Sabtu, 16 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Al Fatihah ...YB Dr Lo lo meninggal dunia

Posted: 16 Jul 2011 10:45 PM PDT

AlFatihah ... Ahli Parlimen PAS Titiwangsa YB Dr Lo lo telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Demikian berita yang dipetik dari twitter chegubard.


Takziah kepada kaum keluarga Dr Lo lo

Lagu ‘Yellow Submarine’ sambut Najib, Rosmah di London

Posted: 16 Jul 2011 10:34 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)
LONDON: Kumpulan rakyat Malaysia di sini, mengadakan demontrasi tiga hari berturut-turut dengan menampil tema kuning – warna rasmi Bersih bagi 'menyambut' kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ginie Lim, berkata demontasri bermula 13 hingga 15 Julai lalu itu bertujuan mendesak enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) tanpa bicara dibebaskan.

Pada kenyataan media, beliau berkata, wakil Amnesty International, Josef Roy; aktivis hak asasi manusia, John Liu dan anggota Sekretariat Bersih Andrew Khoo, turut menyertai demontrasi berkenaan.

"Perhimpunan untuk "menyambut" kunjungan rasmi Najib diadakan pada 13 Julai di No 10 Downing Street sempena pertemuan Najib dan Perdana Menteri Britain, David Cameron. Esoknya pula di Mansion House sempena pertemuan Najib dengan komuniti peniaga dan pelabur. Lebih 30 orang hadir.

"Perhimpunan bermula jam 7 hingga 8 malam itu berjaya menarik perhatian pengunjung hotel dan hadirin jamuan makan malam bersama Najib dan Rosmah. Perhimpunan terakhir semalam (15 Julai) di depan Hotel InterContinental, London. Ia adalah yang terbesar, lebih 50 warga Malaysia berbaju kuning menyertainya," kata beliau.

Ginie berkata, mereka membawa kain rentang terpapar perkataan Yes to Tourism, No to Torture dan placard seperti Free Our Leaders Now, Stop Detention Without Trial, selain melaungkan ungkapan Shame, Shame, Shame on You Najib. Lagu kumpulan band terkenal Beatles Yellow Submarine turut dimainkan," katanya.

Sepanjang perhimpunan, beliau berkata, Najib mahupun sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri, langsung tidak sanggup bertemu, apatah lagi bersalaman dengan peserta perhimpunan.

"Hanya Menteri Luar Negeri, Anifah Aman yang bertemu peserta perhimpunan dan berdialog 15 minit di luar hotel. Anifah sekali lagi mempertahan tindakan polis menyurai perhimpunan Bersih dan tangkapan enam aktivis ditahan di bawah EO.

Mengulas kenyataan Anifah, Ginie berkata, Najib perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara kerana ia asas sistem demokrasi, sebaliknya pemerintahan kuku besi akan ditumbangkan rakyat.

"Kerajaan yang tidak menjunjung prinsip demokrasi sebaliknya mengamalkan pemerintahan kuku besi pasti akan ditumbangkan rakyat sepertimana di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan negara authoritarian yang terdahulu," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16933

hahaha ... ni yang buat aku nak tergelak pun ada meluat pun ada .... Cakap tak serupa bikin

Posted: 16 Jul 2011 07:23 AM PDT

Ibu montel ketam ni nak suruh anak-anak berjalan betul .... hahahahaha
Rosmah katek meminta pereka fesyen menghasilkan pakaian YANG MENUTUP AURAT

Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.
Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.

"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.

Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya.

Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.

Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. - MKINI

STONE : Hang tu bila nak tutup aurat si katek oi? Takut tak boleh tunjuk jamboi hang ka?

Harga barang : Bila mai nak puasa atau raya depa pun pantau lah, tapi harga barang terus naik. Apa dapa buat?

Posted: 16 Jul 2011 07:06 AM PDT

Menjelang sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, golongan peniaga diingat agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang engkar terhadap amaran itu.

Beliau juga mengingatkan pengguna agar tidak membuat pembelian yang membazir hingga mencetuskan kegairahan peniaga bertindak menaikkan harga barang.

"Kementerian sentiasa memantau keadan ini dan berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat ke setiap pejabat kementerian sekiranya berlaku kenaikan harga," katanya selepas merasmikan Karnival Pengguna dan Rakan Alam Sekitar 2011 peringkat Parlimen Gerik di Pengkalan Hulu.

Beliau berkata setiap kali menjelang musim perayaan, kementerian sentiasa peka dan akan bertindak segera jika ada maklumat peniaga menaikkan harga barangan keperluan.

--Bernama

Farah AF2 kawin atas kapal

Posted: 16 Jul 2011 06:23 AM PDT

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, selepas solat Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.

"Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal..



"Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program 'Rasa Halal Orient'. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini," kata Farah yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry.

Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.

Kata Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

"Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.



"Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah," cerita Farah.

Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu 'Antara Dua' itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

"Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.

"Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

"Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya," ujar pengacara 'Ustazah Pilihan' ini.

Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.

"Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.

"Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur," ujar Johan.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini.

Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

Atasi gangguan siaran atau hadapi padah - Amaran Rais pada Astro

Posted: 16 Jul 2011 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Astro.

Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini.

Rais berkata antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.

"Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran fi... bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang," katanya.

Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen.

Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Di Malaysia kita bermula dengan enam ke 10 minit bagi sejam rancangan dan saya yakin pada masa ini SKMM sedang meneliti jumlah minit iklan di Astro agar tidak melebihi had 10 minit yang dibenarkan bagi setiap sejam rancangan," katanya.

Sebelum ini pemantauan SKMM juga menujukkan Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersil, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersil dalam sehari. -TMI

Tiada ulasan: