Jumaat, 17 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jamil Khir lebih faham Islam dari Persatuan Ulama Malaysia? ... hebat mamat ni

Posted: 17 Jun 2011 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak yang membantah karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam tidak memahami undang-undang Islam serta menafikan kewujudan sains dan teknologi dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak yang mengecam Utusan Malaysia kerana menyiarkan karikatur itu adalah mereka yang berfikiran sempit mengenai Islam.

"Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sepatutnya berfikiran lebih luas dan jangan cuba menghina Islam dengan menafikan penggunaan video sebagai bahan bukti dalam undang-undang Islam.

"Karikatur itu bukan menghina Islam sebaliknya cuba menyampaikan bahawa video boleh digunakan sebagai bukti dalam undang-undang Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan PUM mengecam karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Jamil Khir berkata, pihak yang membantah karikatur itu adalah perbuatan mereka yang tidak memahami undang-undang Islam. - UM

STONE :  Jamil Khir bukan sebenarnya faham Islam, tapi dia lebih faham macamana nak jaga periuk nasi dan nak bodek Najib. Kalau mamat ni betui-betul faham Islam dan betul-betul nak mempertahan Islam, hanya perkara kecil yang sehingga ke hari ini dia tak berani melakukannya.
Sebelum ini dah beberapa kali aku (dan ramai lagi) mengharapakn agar si Jamil ni menasihatkan bini Najib yang katek pendek tu untuk menutup aurat (bertudung) tapi sehingga kini perkara tu masih tidak dilakukannya. Nampak sangat Islam Jamil hanya lah kerana politik. Haprak punya menteri Agama

Cerita polis Pandan Perdana : Polis adakan siasatan dalaman

Posted: 17 Jun 2011 10:16 PM PDT

The police are investigating one of their personnel who failed to respond to a distress call from a FMT journalist.

PETALING JAYA: An internal investigation has commenced against a police personnel who failed to respond to a distress call from a journalist who was pursued by an axe-wielding burglar on Monday.

Two disciplinary unit officers from the Ampang Jaya police district recorded a statement from FMT journalist Teoh El Sen at the news portal's office in Damansara Intan here this afternoon.

On Monday, Teoh lodged a complaint against Lance Corporal Murni Ramli of the Pandan Perdana police station for dismissing Teoh's complaint over a burglary in Ampang.

Teoh, 25, and his girlfriend were dropping off the latter's teenage cousin at his house in Pandan Perdana on Monday night when they walked into a burglary in progress.

As the teenager locked himself in a room for safety, the burglar pointed an axe at the couple who ran to the street and got into a taxi.

Noticing that the burglar was still pursuing them, Teoh called the Pandan Perdana police station for help but was rudely dismissed by Murni who told Teoh to call another number for assistance.

On arriving at the police station, Murni, who was stationed there, also scoffed at Teoh despite the latter's attempt to point out the personnel's rude behaviour.

Disciplinary unit officer, Sergeant Major Ting Kim Choo, who took Teoh's statement told the latter that they had also questioned Murni and another officer who was present at the scene.

She also said they were planning to record a statement from Teoh's girlfriend and other witnesses.

Teoh said the police officer assured him that they would take action against Murni if he was found guilty of professional misconduct.

"I was told Murni can either be fined or transferred, among others, if found guilty," said Teoh.

It is learnt that Murni had gone for several counselling sessions last year due to complaints over his communication skills. FMT

Berita barkaitan terdahulu


Bersih 2 : Pemuda Umno tak hirau amaran Hishamuddin

Posted: 17 Jun 2011 09:34 PM PDT

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya.

"Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat.

Beliau mengulas amaran Hishammuddin sebelum itu kepadanya supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

Dengan ini, terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno.

Katanya, berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapi apa sekalipun kemungkinan.

"Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja," akhirnya.

"Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya Ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama," tegasnya. - mStar

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


18SX - Jangan Jadi Perempuan Busuk (Series Finale)

Posted: 17 Jun 2011 06:55 PM PDT

18SX - "Masalah Rumahtangga Semuanya Berpunca Daripada Lelaki Sahaja!" Kata Wanita

Posted: 17 Jun 2011 01:42 AM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


SPR Memang Bodoh...

Posted: 17 Jun 2011 07:21 PM PDT

Sesiapapun yang nak berunding dengan SPR memang bodoh.

Jadi Mat Sabu nak teruskan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 memang tepat.

Tuntutan BERSIH 2.0 bukanlah sesuatu yang asing dan tidak munasabah. Masalahnya SPR sejak akhir-akhir ini prestasinya makin teruk dan sudah menjadi alat yang dimandolkan oleh BN. Kriteria pemilihan pengerusinya adalah kerana dia sedia menjadi lembu cucuk hidung BN. Itu saja. Kalau tak, tak kan dia dilantik.

Jadi tak payahlah berunding dengan alat musuh. Buat habis masa dan kederat aje.

Pintu rundingan ditutup

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini.

"Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

"Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

"Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini.

"Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut," kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam.

Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu.

Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

"Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan.

"Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka," kata beliau.

Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata:

"Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau."

Beberapa pengumuman...

Posted: 17 Jun 2011 03:50 PM PDT

Di sekitar Bukit Indah:

1. Kuliah Dhuha akan diadakan di Masjid Fatimah Az-Zahra pada hari ini @ Sabtu, 18.6.2011 jam 10.30 pagi oleh Ustaz Abdullah Iraqi. Semua dijemput Hadir.

2. Bilal Masjid Kosas (Baru), Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Wahid telah kembali ke Rahmatullah semalam selepas Solat Jumaat. Al-Fatihah.

3. Team Abang Long akan menyertai acara tarik tali di Karnival Mesra Rakyat yang Insya'Allah akan berlangsung esok di sebelah Tapak Helikopter, Taman Bukit Indah. Team ini akan diketuai oleh seorang kerabat Sultan Solo. Sama-sama kita saksikan.

Alamak...Zulbabwe kata bumi ni leper rupanya. Isk isk isk...

Posted: 17 Jun 2011 05:10 AM PDT

Kesian mamat ni. Meroyan x tentu hala dia... http://zul4kulim.blogspot.com/2011/06/ulamak-kartun.html


Maka diingatkanlah Art Harun akan mangkok ayun ni...cerita2 lama...hehe...http://art-harun.blogspot.com/2011/06/what-were-you-saying-again-yb-datuk.html


Cheerio...!!

Pak Usop Terkini

Posted: 16 Jun 2011 11:00 PM PDT

Menurut isteri Pak Usop, kini Pak Usop ditempatkan di Wad CCU IJN menantikan pembedahan yang bakal dilakukan untuk memasang 'pacemaker'.

Keadaan beliau setakat ini, Alhamdulillah stabil.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bukan setiap pendidik itu cikgu

Posted: 17 Jun 2011 08:41 PM PDT


18 JUN — Satu perkara yang amat saya hargai sebagai warga kerja di institusi saya ialah keterbukaan peluang untuk setiap individu mengambil kursus memperbaiki kedudukan profesional mereka. Ini bukan sekadar kursus untuk peperiksaan profesional, tetapi juga kursus-kursus yang menambah kemahiran, sama ada dari segi berkomunikasi, menambah pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer, atau belajar bahasa asing.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Aminul: Siasatan forensik tak ikut prosedur

Posted: 17 Jun 2011 08:39 PM PDT

Seorang saksi berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan.

NONEBekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian.

Selain itu, katanya, kegagalan pasukan forensik membuat lakonan semula kejadian turut menyumbang kepada kegagalan menghasilkan keputusan yang jitu dalam kes itu.

Katanya amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti yang dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa sains forensik.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh dalam kes itu, Koperal Jenain Subi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Cari Pasal : Buku kartun Najib tonjol Cina berhidung babi

Posted: 17 Jun 2011 08:27 PM PDT

Penulis buku ialah bekas wartawan Utusan Malaysia dan setiausaha akhbar Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Sebuah buku kartun bertajuk 'Transformasi Najib' nukilan Akmar Hisham Mokhles merupakan bahan terbaru yang memperkecilkan masyarakat minoriti di Malaysia.
Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi.
"Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian," kata Helen Ang kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih phobia: Are M'sians a herd of wild cattle and raging bulls

Posted: 17 Jun 2011 08:16 PM PDT

Bersih phobia: Are M'sians a herd of wild cattle and raging bullsThe planned Bersih 2.0 rally is indeed becoming a historical sensation with each passing day.
A citizens' peaceful assembly and march for clean and fair elections as guaranteed by the nation's Constitution and an act sanctioned globally as a tenet of true democracy and civil liberties, is suddenly becoming a phenomenal issue involving various quarters. In fact it is being made out to appear even nightmarish.
The repeated warnings site 'threat to national security' with reference to the announced rally . The Home Minister is convinced that it is too dangerous to have a mammoth rally of citizens parading peacefully to present their Memorandum to the nation's Ruler conveying their concerns, fears, hopes and aspirations for free and fair election that will only serve in the nation and Ruler's best interest.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam?

Posted: 17 Jun 2011 08:10 PM PDT

Shamsul Muda

Kartun yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum hakamnya.

Namun, jika diamati perkara atau subjek yang dipersenda oleh kartun itu, timbul satu persoalan, benarkah kartun itu menghina Islam?
Read More / Baca Lagi >>

'Tubuh panel pengawasan elak media hina Islam'

Posted: 17 Jun 2011 08:08 PM PDT

NONEPAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cadangan itu dibuat untuk memastikan insiden penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Rabu lalu.

"Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: PAS pledges free legal service 'all the way'

Posted: 17 Jun 2011 08:06 PM PDT

PAS Youth's Law and Human Rights Unit has pledged free legal representation to anyone arrested for the charge of illegal assembly during the upcoming Bersih rally next month.
"We will give legal representation to those detained from the moment of their arrest up to the appeal process in the highest courts, free of charge," said its chairman Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.
In a response to a threat by deputy Inspector General of Police Khalid Abu Bakar that police would make "preventive arrests" of those behind the rally, Zamri said the statement only revealed Khalid's ignorance about Article 10 of the Federal Constitution.
Read More / Baca Lagi >>

Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema'

Posted: 17 Jun 2011 08:03 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa on Cabaran Transformasi Parti PolitikNaib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.

Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Vision 2020: Sodomized, sex-taped and bombed

Posted: 17 Jun 2011 08:02 PM PDT

Vision 2020: Sodomized, sex-taped and bombedIn 1991 the then prime minister of Malaysia launched Vision 2020. The nine challenges spelt out in this vision that promised to propel Malaysia onto the platform of the developed world, seized the nation with fervent hope comparable perhaps to the spirit that marched the nation to Merdeka in 1957.
Today, after almost two decades we witness how that same political party that served the Tun Dr Mahathir has placed the Vision 2020 in a precarious dilemma. With two decades under the bridge and hardly a decade to the grandeur goal of Year 2020, we witness how far we have drifted from the much acclaimed Wawasan's nine challenges.
One of the nine challenges which we cannot deny butchering mercilessly and incessantly is the fourth challenge.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin

Posted: 17 Jun 2011 08:01 PM PDT

NONEPemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.

Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Peneroka Saman Felda RM344 Juta

Posted: 17 Jun 2011 08:00 PM PDT

Video : Peneroka Kesal Ditipu Felda Selama 15 Tahun

Posted: 17 Jun 2011 07:59 PM PDT

Guan Eng: Jangan malukan Malaysia dengan Facebook RM1.8 juta.

Posted: 17 Jun 2011 07:58 PM PDT

Kerajaan Barisan Nasional diminta supaya tidak memalukan Malaysia dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk laman Facebook yang percuma.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, RM1.8 juta sangat tidak munasabah sedangkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tidak menggunakan wang yang sebesar itu untuk mempromosikan Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen yang memperuntukkan wang yang banyak itu untuk mempromosikan kementeriannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen BOIKOT akhbar porno dan jahat!

Posted: 17 Jun 2011 07:56 PM PDT

                     
15 Rejab 1432H - Assalamualaikum. Saya sudah lama boikot akhbar Utusan Malaysia. Kalian bila lagi? Jom gerakkan massa boikot akhbar yang sarat budaya porno, fitnah, adu domba, budaya lucah dan paling berat menghina agama dan hukum Islam.

Mengata atau mengutuk sosok seseorang merupakan satu hal. Menghina hukum Islam secara karikatur atau simplistik, satu hal yang amat biadab dan kurang ajar. SIAL punya Utusan Malaysia!!!!


"Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar." (Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin)

Mitos dalam zaman sains dan tekno-coli

Posted: 17 Jun 2011 07:54 PM PDT

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

18 JUN — Sebagai orang Umno, saya merasakan bahawa semua orang Umno mesti jelas mengenai perkara yang sangat dasar ini: Umno memperjuangkan dan mewakili makruf atau righteousness, keadilan, saksama, dan semua yang baik yang patut ada orang Melayu. Lagi pun itu menjadi tuntutan agama Islam pula. Itu asas keujudan Umno.
Makanya, menjadi suatu kehairanan apabila Umno menjadi jurucakap,menjuarai dan mempertahankan kebathilan. Ini bukan landasan diatas mana Umno ujud pada tahun 1946. Keujudan Umno itu sendiri pada tahun 1946 bertujuan menentang segala bentuk ketidakadilan, penindasan, pembohongan dan apa sahaja yang mungkar.
Hari ini rupa rupa nya, Umno bukan sahaja mudah lupa tapi juga membutakan mata. Hari ini, Umno sudah berubah perwatakannya. Ia sekarang di lihat sebagai sebuah parti yang mendokong kebathilan, kezaliman, penipuan dan pembohongan.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa: ‘Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih’

Posted: 17 Jun 2011 07:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Perkasa yang mendakwa mengetuai lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tidak kisah jika Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan berasingan pada 9 Julai ini, hari yang ditetapkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Sehubungan itu kepimpinan Perkasa tidak mahu menyertai mana-mana pertubuhan politik yang menganjurkan tindakan sedemikian walaupun matlamat adalah sama.
"Pada saya, kita anggap ia usaha yang bagus untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0, tetapi kami tidak akan sertai mana-mana parti politik... terpulang kalau mereka mahu buat secara berasingan," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi tengah malam tadi selepas pihaknya merumuskan program Gerakan Aman 9 Julai, yang akan dilancarkan petang esok.
Read More / Baca Lagi >>

Polis & Perkasa ; Seiringan & Seperjalanan

Posted: 17 Jun 2011 07:51 PM PDT

Oleh: abirds

"Pakatan Rakyat berusaha untuk menjayakan BERSIH 2.0, dan Barisan Nasional juga berusaha semaksimum yang mungkin untuk menggagalkan perhimpunan ini.

Untuk menjayakan usaha menggagalkan perhimpunan BERSIH ini, Barisan Nasional menggunakan anjing-anjing mereka untuk mengerkah peha peserta BERSIH nanti.

Read More / Baca Lagi >>

Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu

Posted: 17 Jun 2011 07:49 PM PDT

SHAH ALAM 18 JUN : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini

Posted: 17 Jun 2011 07:48 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.
Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.
"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.
Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN

Posted: 17 Jun 2011 05:26 PM PDT


Puas Umno melalui semua media mereka menjolok PAS berhubung isu negara Islam, namun tiada seorang pun pemimpin PAS dari atas hingga ke bawah yang melatah. Umno benar-benar kebingungan.

Tindakan PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi.
Read More / Baca Lagi >>

MP BN sokong kempen antiloji Lynas

Posted: 17 Jun 2011 05:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal. Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Kantoi : Anak Najib Bertunang Malam Ini: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini!

Posted: 17 Jun 2011 11:57 AM PDT


Majlis Pertunangan Anak Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.

Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.Read More / Baca Lagi >>

Material, negara dan ruang awam

Posted: 17 Jun 2011 11:52 AM PDT

oleh Muhammad Nazreen
Hiburan di kota besar dalam semalam, sama dengan biaya pembangunan di sepuluh desa! Apakah semua negara yang ingin maju harus menjadi negara industri..Kita telah dikuasai mimpi..Kita telah asing di negara sendiri. (Sajak Sebotol Bir) ~ WS Rendra

17 JUN – Bagaimana manusia melihat moden itu? Adakah dengan memaparkan gambaran pembangunan blok-blok bangunan yang terbina atas dasar kemegahan? Misalnya, cita rasa kemegahan Putrajaya di balik tembok-tembok gah yang menelan kos berbilion ringgit sudah membuktikan masyarakatnya lebih intelektual daripada yang lain?
Read More / Baca Lagi >>

Mengangkat martabat Dayak

Posted: 17 Jun 2011 11:51 AM PDT

Hampir 100,000 warga Malaysia keturunan Dayak dari Sarawak terpaksa meninggalkan negeri untuk mencari kerja di Semenanjung. Keadaan menyedihkan itu berlaku kerana kerajaan negeri Barisan Nasional Sarawak gagal menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.
Daripada jumlah 2.4 juta penduduk Sarawak, separuh daripadanya adalah dari kalangan masyarakat Dayak yang merangkumi Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah, Penan, Kayan, Punan, Ngaju, Lun Bawang, Sihan dan suku-suku kaum lain.
Malah, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Adul Taib Mahmud mahu anak-anak negeri yang masih berada di kampung supaya bersaing dengan buruh asing di lading-ladang kelapa sawit yang hanya menawarkan gaji RM12 sehari.
Read More / Baca Lagi >>

Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis

Posted: 17 Jun 2011 11:44 AM PDT

JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.
"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.
Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.
Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>