RAKYAT MARHAEN |
- Bukan setiap pendidik itu cikgu
- Kes Aminul: Siasatan forensik tak ikut prosedur
- Cari Pasal : Buku kartun Najib tonjol Cina berhidung babi
- Bersih phobia: Are M'sians a herd of wild cattle and raging bulls
- Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam?
- 'Tubuh panel pengawasan elak media hina Islam'
- Bersih: PAS pledges free legal service 'all the way'
- Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema'
- Vision 2020: Sodomized, sex-taped and bombed
- Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin
- Video : Peneroka Saman Felda RM344 Juta
- Video : Peneroka Kesal Ditipu Felda Selama 15 Tahun
- Guan Eng: Jangan malukan Malaysia dengan Facebook RM1.8 juta.
- Kempen BOIKOT akhbar porno dan jahat!
- Mitos dalam zaman sains dan tekno-coli
- Perkasa: ‘Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih’
- Polis & Perkasa ; Seiringan & Seperjalanan
- Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu
- Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini
- UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN
- MP BN sokong kempen antiloji Lynas
- Kes Kantoi : Anak Najib Bertunang Malam Ini: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini!
- Material, negara dan ruang awam
- Mengangkat martabat Dayak
- Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis
Bukan setiap pendidik itu cikgu Posted: 17 Jun 2011 08:41 PM PDT 18 JUN — Satu perkara yang amat saya hargai sebagai warga kerja di institusi saya ialah keterbukaan peluang untuk setiap individu mengambil kursus memperbaiki kedudukan profesional mereka. Ini bukan sekadar kursus untuk peperiksaan profesional, tetapi juga kursus-kursus yang menambah kemahiran, sama ada dari segi berkomunikasi, menambah pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer, atau belajar bahasa asing. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kes Aminul: Siasatan forensik tak ikut prosedur Posted: 17 Jun 2011 08:39 PM PDT Seorang saksi berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan. Read More / Baca Lagi >>Bekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian. Selain itu, katanya, kegagalan pasukan forensik membuat lakonan semula kejadian turut menyumbang kepada kegagalan menghasilkan keputusan yang jitu dalam kes itu. Katanya amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti yang dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa sains forensik. Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh dalam kes itu, Koperal Jenain Subi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, semalam. | ||
Cari Pasal : Buku kartun Najib tonjol Cina berhidung babi Posted: 17 Jun 2011 08:27 PM PDT Penulis buku ialah bekas wartawan Utusan Malaysia dan setiausaha akhbar Perdana Menteri. Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi. "Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian," kata Helen Ang kepada FMT. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bersih phobia: Are M'sians a herd of wild cattle and raging bulls Posted: 17 Jun 2011 08:16 PM PDT A citizens' peaceful assembly and march for clean and fair elections as guaranteed by the nation's Constitution and an act sanctioned globally as a tenet of true democracy and civil liberties, is suddenly becoming a phenomenal issue involving various quarters. In fact it is being made out to appear even nightmarish. The repeated warnings site 'threat to national security' with reference to the announced rally . The Home Minister is convinced that it is too dangerous to have a mammoth rally of citizens parading peacefully to present their Memorandum to the nation's Ruler conveying their concerns, fears, hopes and aspirations for free and fair election that will only serve in the nation and Ruler's best interest. Read More / Baca Lagi >> | ||
Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam? Posted: 17 Jun 2011 08:10 PM PDT Shamsul Muda Kartun yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum hakamnya. Namun, jika diamati perkara atau subjek yang dipersenda oleh kartun itu, timbul satu persoalan, benarkah kartun itu menghina Islam? Read More / Baca Lagi >> | ||
'Tubuh panel pengawasan elak media hina Islam' Posted: 17 Jun 2011 08:08 PM PDT PAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam. Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cadangan itu dibuat untuk memastikan insiden penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Rabu lalu. "Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bersih: PAS pledges free legal service 'all the way' Posted: 17 Jun 2011 08:06 PM PDT PAS Youth's Law and Human Rights Unit has pledged free legal representation to anyone arrested for the charge of illegal assembly during the upcoming Bersih rally next month. "We will give legal representation to those detained from the moment of their arrest up to the appeal process in the highest courts, free of charge," said its chairman Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami. In a response to a threat by deputy Inspector General of Police Khalid Abu Bakar that police would make "preventive arrests" of those behind the rally, Zamri said the statement only revealed Khalid's ignorance about Article 10 of the Federal Constitution. Read More / Baca Lagi >> | ||
Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema' Posted: 17 Jun 2011 08:03 PM PDT Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini. Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu. Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik. Read More / Baca Lagi >> | ||
Vision 2020: Sodomized, sex-taped and bombed Posted: 17 Jun 2011 08:02 PM PDT In 1991 the then prime minister of Malaysia launched Vision 2020. The nine challenges spelt out in this vision that promised to propel Malaysia onto the platform of the developed world, seized the nation with fervent hope comparable perhaps to the spirit that marched the nation to Merdeka in 1957. Read More / Baca Lagi >>Today, after almost two decades we witness how that same political party that served the Tun Dr Mahathir has placed the Vision 2020 in a precarious dilemma. With two decades under the bridge and hardly a decade to the grandeur goal of Year 2020, we witness how far we have drifted from the much acclaimed Wawasan's nine challenges. One of the nine challenges which we cannot deny butchering mercilessly and incessantly is the fourth challenge. | ||
Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin Posted: 17 Jun 2011 08:01 PM PDT Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya. Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu. Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Video : Peneroka Saman Felda RM344 Juta Posted: 17 Jun 2011 08:00 PM PDT | ||
Video : Peneroka Kesal Ditipu Felda Selama 15 Tahun Posted: 17 Jun 2011 07:59 PM PDT | ||
Guan Eng: Jangan malukan Malaysia dengan Facebook RM1.8 juta. Posted: 17 Jun 2011 07:58 PM PDT Kerajaan Barisan Nasional diminta supaya tidak memalukan Malaysia dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk laman Facebook yang percuma. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, RM1.8 juta sangat tidak munasabah sedangkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tidak menggunakan wang yang sebesar itu untuk mempromosikan Pulau Pinang. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen yang memperuntukkan wang yang banyak itu untuk mempromosikan kementeriannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kempen BOIKOT akhbar porno dan jahat! Posted: 17 Jun 2011 07:56 PM PDT 15 Rejab 1432H - Assalamualaikum. Saya sudah lama boikot akhbar Utusan Malaysia. Kalian bila lagi? Jom gerakkan massa boikot akhbar yang sarat budaya porno, fitnah, adu domba, budaya lucah dan paling berat menghina agama dan hukum Islam. "Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar." (Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin) | ||
Mitos dalam zaman sains dan tekno-coli Posted: 17 Jun 2011 07:54 PM PDT Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 18 JUN — Sebagai orang Umno, saya merasakan bahawa semua orang Umno mesti jelas mengenai perkara yang sangat dasar ini: Umno memperjuangkan dan mewakili makruf atau righteousness, keadilan, saksama, dan semua yang baik yang patut ada orang Melayu. Lagi pun itu menjadi tuntutan agama Islam pula. Itu asas keujudan Umno. Read More / Baca Lagi >>Makanya, menjadi suatu kehairanan apabila Umno menjadi jurucakap,menjuarai dan mempertahankan kebathilan. Ini bukan landasan diatas mana Umno ujud pada tahun 1946. Keujudan Umno itu sendiri pada tahun 1946 bertujuan menentang segala bentuk ketidakadilan, penindasan, pembohongan dan apa sahaja yang mungkar. Hari ini rupa rupa nya, Umno bukan sahaja mudah lupa tapi juga membutakan mata. Hari ini, Umno sudah berubah perwatakannya. Ia sekarang di lihat sebagai sebuah parti yang mendokong kebathilan, kezaliman, penipuan dan pembohongan. | ||
Perkasa: ‘Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih’ Posted: 17 Jun 2011 07:51 PM PDT Sehubungan itu kepimpinan Perkasa tidak mahu menyertai mana-mana pertubuhan politik yang menganjurkan tindakan sedemikian walaupun matlamat adalah sama. "Pada saya, kita anggap ia usaha yang bagus untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0, tetapi kami tidak akan sertai mana-mana parti politik... terpulang kalau mereka mahu buat secara berasingan," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi tengah malam tadi selepas pihaknya merumuskan program Gerakan Aman 9 Julai, yang akan dilancarkan petang esok. Read More / Baca Lagi >> | ||
Polis & Perkasa ; Seiringan & Seperjalanan Posted: 17 Jun 2011 07:51 PM PDT Oleh: abirds "Pakatan Rakyat berusaha untuk menjayakan BERSIH 2.0, dan Barisan Nasional juga berusaha semaksimum yang mungkin untuk menggagalkan perhimpunan ini. Untuk menjayakan usaha menggagalkan perhimpunan BERSIH ini, Barisan Nasional menggunakan anjing-anjing mereka untuk mengerkah peha peserta BERSIH nanti. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu Posted: 17 Jun 2011 07:49 PM PDT SHAH ALAM 18 JUN : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali. Read More / Baca Lagi >>Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih. | ||
Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini Posted: 17 Jun 2011 07:48 PM PDT
| ||
UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN Posted: 17 Jun 2011 05:26 PM PDT Tindakan PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi. Read More / Baca Lagi >> | ||
MP BN sokong kempen antiloji Lynas Posted: 17 Jun 2011 05:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun — Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal. Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kes Kantoi : Anak Najib Bertunang Malam Ini: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini! Posted: 17 Jun 2011 11:57 AM PDT Majlis Pertunangan Anak Najib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini. Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.Read More / Baca Lagi >> | ||
Material, negara dan ruang awam Posted: 17 Jun 2011 11:52 AM PDT oleh Muhammad Nazreen Hiburan di kota besar dalam semalam, sama dengan biaya pembangunan di sepuluh desa! Apakah semua negara yang ingin maju harus menjadi negara industri..Kita telah dikuasai mimpi..Kita telah asing di negara sendiri. (Sajak Sebotol Bir) ~ WS Rendra17 JUN – Bagaimana manusia melihat moden itu? Adakah dengan memaparkan gambaran pembangunan blok-blok bangunan yang terbina atas dasar kemegahan? Misalnya, cita rasa kemegahan Putrajaya di balik tembok-tembok gah yang menelan kos berbilion ringgit sudah membuktikan masyarakatnya lebih intelektual daripada yang lain? Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Jun 2011 11:51 AM PDT Hampir 100,000 warga Malaysia keturunan Dayak dari Sarawak terpaksa meninggalkan negeri untuk mencari kerja di Semenanjung. Keadaan menyedihkan itu berlaku kerana kerajaan negeri Barisan Nasional Sarawak gagal menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya. Daripada jumlah 2.4 juta penduduk Sarawak, separuh daripadanya adalah dari kalangan masyarakat Dayak yang merangkumi Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah, Penan, Kayan, Punan, Ngaju, Lun Bawang, Sihan dan suku-suku kaum lain. Malah, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Adul Taib Mahmud mahu anak-anak negeri yang masih berada di kampung supaya bersaing dengan buruh asing di lading-ladang kelapa sawit yang hanya menawarkan gaji RM12 sehari. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis Posted: 17 Jun 2011 11:44 AM PDT JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia. Read More / Baca Lagi >>"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis. Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi. Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan