Kopitiam Bang Nan |
- SPR Memang Bodoh...
- Beberapa pengumuman...
- Alamak...Zulbabwe kata bumi ni leper rupanya. Isk isk isk...
- Pak Usop Terkini
Posted: 17 Jun 2011 07:21 PM PDT Sesiapapun yang nak berunding dengan SPR memang bodoh. Jadi Mat Sabu nak teruskan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 memang tepat. Tuntutan BERSIH 2.0 bukanlah sesuatu yang asing dan tidak munasabah. Masalahnya SPR sejak akhir-akhir ini prestasinya makin teruk dan sudah menjadi alat yang dimandolkan oleh BN. Kriteria pemilihan pengerusinya adalah kerana dia sedia menjadi lembu cucuk hidung BN. Itu saja. Kalau tak, tak kan dia dilantik. Jadi tak payahlah berunding dengan alat musuh. Buat habis masa dan kederat aje. Pintu rundingan ditutup PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini. "Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik. "Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun? "Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini. "Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut," kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam. Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu. Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. "Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang," katanya. Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan. "Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka," kata beliau. Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata: "Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau." |
Posted: 17 Jun 2011 03:50 PM PDT Di sekitar Bukit Indah: 1. Kuliah Dhuha akan diadakan di Masjid Fatimah Az-Zahra pada hari ini @ Sabtu, 18.6.2011 jam 10.30 pagi oleh Ustaz Abdullah Iraqi. Semua dijemput Hadir. 2. Bilal Masjid Kosas (Baru), Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Wahid telah kembali ke Rahmatullah semalam selepas Solat Jumaat. Al-Fatihah. 3. Team Abang Long akan menyertai acara tarik tali di Karnival Mesra Rakyat yang Insya'Allah akan berlangsung esok di sebelah Tapak Helikopter, Taman Bukit Indah. Team ini akan diketuai oleh seorang kerabat Sultan Solo. Sama-sama kita saksikan. |
Alamak...Zulbabwe kata bumi ni leper rupanya. Isk isk isk... Posted: 17 Jun 2011 05:10 AM PDT Kesian mamat ni. Meroyan x tentu hala dia... http://zul4kulim.blogspot.com/2011/06/ulamak-kartun.html Maka diingatkanlah Art Harun akan mangkok ayun ni...cerita2 lama...hehe...http://art-harun.blogspot.com/2011/06/what-were-you-saying-again-yb-datuk.html Cheerio...!! |
Posted: 16 Jun 2011 11:00 PM PDT Menurut isteri Pak Usop, kini Pak Usop ditempatkan di Wad CCU IJN menantikan pembedahan yang bakal dilakukan untuk memasang 'pacemaker'. Keadaan beliau setakat ini, Alhamdulillah stabil. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan