MIMPI SENJA |
- Jamil Khir lebih faham Islam dari Persatuan Ulama Malaysia? ... hebat mamat ni
- Cerita polis Pandan Perdana : Polis adakan siasatan dalaman
- Bersih 2 : Pemuda Umno tak hirau amaran Hishamuddin
Jamil Khir lebih faham Islam dari Persatuan Ulama Malaysia? ... hebat mamat ni Posted: 17 Jun 2011 10:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Pihak yang membantah karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam tidak memahami undang-undang Islam serta menafikan kewujudan sains dan teknologi dalam Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak yang mengecam Utusan Malaysia kerana menyiarkan karikatur itu adalah mereka yang berfikiran sempit mengenai Islam. "Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sepatutnya berfikiran lebih luas dan jangan cuba menghina Islam dengan menafikan penggunaan video sebagai bahan bukti dalam undang-undang Islam. "Karikatur itu bukan menghina Islam sebaliknya cuba menyampaikan bahawa video boleh digunakan sebagai bukti dalam undang-undang Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan PUM mengecam karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia sambil menyifatkan ia menghina agama Islam. Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam. Jamil Khir berkata, pihak yang membantah karikatur itu adalah perbuatan mereka yang tidak memahami undang-undang Islam. - UM STONE : Jamil Khir bukan sebenarnya faham Islam, tapi dia lebih faham macamana nak jaga periuk nasi dan nak bodek Najib. Kalau mamat ni betui-betul faham Islam dan betul-betul nak mempertahan Islam, hanya perkara kecil yang sehingga ke hari ini dia tak berani melakukannya. Sebelum ini dah beberapa kali aku (dan ramai lagi) mengharapakn agar si Jamil ni menasihatkan bini Najib yang katek pendek tu untuk menutup aurat (bertudung) tapi sehingga kini perkara tu masih tidak dilakukannya. Nampak sangat Islam Jamil hanya lah kerana politik. Haprak punya menteri Agama |
Cerita polis Pandan Perdana : Polis adakan siasatan dalaman Posted: 17 Jun 2011 10:16 PM PDT The police are investigating one of their personnel who failed to respond to a distress call from a FMT journalist. PETALING JAYA: An internal investigation has commenced against a police personnel who failed to respond to a distress call from a journalist who was pursued by an axe-wielding burglar on Monday. Two disciplinary unit officers from the Ampang Jaya police district recorded a statement from FMT journalist Teoh El Sen at the news portal's office in Damansara Intan here this afternoon. On Monday, Teoh lodged a complaint against Lance Corporal Murni Ramli of the Pandan Perdana police station for dismissing Teoh's complaint over a burglary in Ampang. Teoh, 25, and his girlfriend were dropping off the latter's teenage cousin at his house in Pandan Perdana on Monday night when they walked into a burglary in progress. As the teenager locked himself in a room for safety, the burglar pointed an axe at the couple who ran to the street and got into a taxi. Noticing that the burglar was still pursuing them, Teoh called the Pandan Perdana police station for help but was rudely dismissed by Murni who told Teoh to call another number for assistance. On arriving at the police station, Murni, who was stationed there, also scoffed at Teoh despite the latter's attempt to point out the personnel's rude behaviour. Disciplinary unit officer, Sergeant Major Ting Kim Choo, who took Teoh's statement told the latter that they had also questioned Murni and another officer who was present at the scene. She also said they were planning to record a statement from Teoh's girlfriend and other witnesses. Teoh said the police officer assured him that they would take action against Murni if he was found guilty of professional misconduct. "I was told Murni can either be fined or transferred, among others, if found guilty," said Teoh. It is learnt that Murni had gone for several counselling sessions last year due to complaints over his communication skills. FMT Berita barkaitan terdahulu |
Bersih 2 : Pemuda Umno tak hirau amaran Hishamuddin Posted: 17 Jun 2011 09:34 PM PDT Oleh HAIRULAZIM MAHMUD PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini. "Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya. "Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat. Beliau mengulas amaran Hishammuddin sebelum itu kepadanya supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu. Dengan ini, terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno. Katanya, berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis. Dalam pada itu, Khairy menegaskan, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapi apa sekalipun kemungkinan. "Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja," akhirnya. "Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya Ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama," tegasnya. - mStar |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan