Isnin, 30 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


KEADILAN failkan permohonan mahkamah halang ROS

Posted: 30 May 2011 10:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

"Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran KEADILAN.

"Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun," kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).

"Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini," kata beliau.

Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14441

Bonda Sultan Selangor Mangkat

Posted: 30 May 2011 10:03 PM PDT

PETALING JAYA: Bonda Sultan Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di Hospital Ampang Puteri dekat sini pukul 9 pagi tadi.

Jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah

Lagi mayat bayi baru lahir ditemui berhampiran The Mall

Posted: 30 May 2011 09:15 PM PDT


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang dijumpai berhampiran pusat membeli-belah The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP

STONE : Masa hangpa sedap-sedap hangpa tak ingat, bila dah macam ni senang-senang saja hangpa buang. Korang terima lah balasan nanti ... Apa punya manusia la, binatang pun sayang anak tau ...

Liwat II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

Posted: 30 May 2011 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

"Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.


STONE : Kita tengok adakah Najib dan Rosmah akan jadi macam Mahathir juga ... takut ke Mahkamah.

"Tarik balik Al Quran diragui" - PPIM

Posted: 30 May 2011 06:06 PM PDT

PPIM bimbang kandungan produk digital silap jejas akidah

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertindak segera menarik balik semua produk al-Quran elektronik dan bercetak di pasaran yang tidak mendapat kelulusan untuk dipasarkan.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata pemantauan pihaknya jelas mendapati wujud lambakan produk sedemikian secara berleluasa di pasaran seluruh negara sejak sekian lama seperti di kedai buku dan cenderamata termasuk dijual peniaga bukan Islam. Katanya, penerbitan al-Quran bercetak dan digital itu bebas dijual tanpa sebarang cetakan logo kelulusan dari pihak berwajib khususnya KDN sekali gus mengundang pertanyaan adakah produk itu dipantau rapi atau tiada kesilapan isi kandungannya. "PPIM cabar pihak yang mempertikaikan perkara ini (tiada lambakan dan semua produk dijual di pasaran mendapat kelulusan KDN) meninjau keadaan sebenarnya.

"Banyak bahan penerbitan agama khususnya kitab al-Quran dijual tanpa mendapat kelulusan atau mempunyai logo KDN, keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan menjejas akidah umat Islam jika tidak dipantau dengan segera.

"Dua kementerian ini perlu bertindak segera dan bekerjasama dengan Majlis Agama Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia membabitkan kandungan digital dan cetakan yang diragui isi kandungannya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas produk al-Quran khususnya yang diimport membabitkan perisian digital mengandungi banyak kesilapan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata pihaknya mengambil berat kesilapan yang terdapat pada kandungan al-Quran elektronik dan bercetak kerana khuatir ia diseleweng pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu untuk menjejas akidah umat Islam.

Katanya, walaupun kesilapan kandungan tidak sampai ke tahap kritikal, keadaan itu merbahaya apabila dibaca setiap anggota keluarga atau generasi.

Beliau berkata, setiap patah perkataan dalam kitab suci itu tidak boleh silap kerana ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada umat-Nya yang boleh memberi pengertian berbeza.

"Jika tidak betul kandungannya sama ada secara sengaja atau sebaliknya, memang berbahaya.

"Kita takut ada penyelewengan dengan agenda tertentu, kena berhati-hati sebab mungkin ada pihak tertentu guna cara lain untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini," katanya.

Bagaimanapun Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa KDN.

Katanya, JAKIM hanya terbabit dalam jawatankuasa dikendalikan KDN bagi meneliti kandungan al-Quran - BH

Permikahan ke 4 Salih Yakob (gambar2)

Posted: 30 May 2011 07:22 AM PDT





lagi gambar dan artikel di sini

Sindiket curi kereta : 4 anggota polis termasuk seorang Inspektor digantung tugas

Posted: 30 May 2011 07:07 AM PDT

4 anggota polis - dari Lans Koperal  hingga Inspektor - digantung tugas untuk siasatan bersabit penglibatan mereka dalam sendiket penjualan kereta curi

PETALING JAYA: Four policemen, including an inspector, have been suspended pending investigations by the Bukit Aman disciplinary department over their alleged involvement in a syndicate selling stolen cars.

Confirming this today, Bukit Aman CID director Mohd Bakri Zinin told FMT that the case was being handled by the Bukit Aman commercial crime department.

However, both the disciplinary and the commercial crime divisions do not fall under Bakri's purview and he could not provide further details.

"We confirm that there is an investigation being carried out by the commercial crime department on the case.

"Internally, the disciplinary department has suspended several men. They are an inspector, a sergeant-major, a corporal and and a lance corporal," he said.

On the details of the individuals, Bakri could only say that they were "not from Bukit Aman, but all were investigating officers and assistant investigating officers from the district level".

Bakri also stressed that police were being as fair as possible in cases such as this.

"Let the people face the music. We do not condone these kind of offences that they have purportedly done, so we have to do the proper investigations. For us, we are just doing of the job," he said.

Expressing disappointment over the serious allegations made against the police force, Bakri admitted that there were always bound to be "black sheep" in any agency.

Last week, FMT reported that several officers were being investigated for allegedly handing over stolen cars, which have been recovered by police, to the syndicate instead of returning them to their rightful owners.

These stolen cars would then be re-conditioned and re-sold to unsuspecting second-hand car dealers or private owners.

It was also alleged that the syndicate has contacts in the Road Transport Department who would ensure the "re-conditioned" cars would not be blacklisted.

It was further reported that the syndicate was connected to a warehouse which was raided by police in Kepong in July last year, but Bakri today said that the raid was not connected with the current investigations. - FMT

Pakatan mara, Umno cemas

Posted: 30 May 2011 05:54 AM PDT

oleh Hazayani Zakaria/HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.

Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.

Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.

"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.

"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian

Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya.

Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka.

Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang.

"Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar.

"Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia.

"Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita.

"Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya

Wanita bawa kemaluan lelaki cuba merogolnya ke balai polis

Posted: 30 May 2011 12:53 AM PDT

DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogol dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya. Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FITNAH LIWAT II - SUKAR MAHU SOAL SIASAT NAJIB DAN ROSMAH SEBAGAI SAKSI?

Posted: 30 May 2011 07:53 PM PDT

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan. Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar. "Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com.

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan. Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah. Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya.

Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14411

FOTO - BERJUTA SAMBUT NAJIB DALAM PERHIMPUNAN `SEJUTA BELIA'

Posted: 30 May 2011 08:23 AM PDT

GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI..


GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA...


MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL..
MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA


NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS..


MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB)


FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI..

GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR
LUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK...


LG GUA KEBELAKANG...


LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN...

YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB..
AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH..

LIMA PERTEMUAN, TIGA JAWATAN MENTERI UNTUK BELI PAS?

Posted: 29 May 2011 11:48 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

LIMA kali pertemuan, tiga jawatan Menteri untuk PAS sekiranya PAS bersedia `sekelambu' dengan Umno. Itulah pendedahan yang dibuat oleh MP Pasir Puteh, Muhammad Husain apabila beliau merujuk kepada pertemuan Mursyidul Am PAS dengan anak-anak Kelantan di Lembah Kelang di Dengkil semalam.

NONEMemetik laporan Malaysiakini, menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu (Malaysiakini).

Setelah mereka berpuluh tahun mengecop PAS sebagai parti ajaran sesat, menuduh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz melakukan rasuah pergi menunaikan Haji, rasuah kek, penyelewengan balak, merampas tanah rakyat dan banyak lagi tuduhan yang sehingga kini gagal dibuktikan, secara tiba-tiba dan hilang rasa malu mereka ingin membawa PAS bersama parti sekular tersebut. Mana mungkin `minyak boleh bersatu dengan air'.

Hakikatnya PAS tidak pernah menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan parti berkenaan bersedia untuk bersama PAS memperjuangkan Islam sekiranya parti berkenaan adalah parti yang dianggotai oleh orang-orang Islam, manakala parti yang di dalamnya bercampor-campor di antara ahli-ahli berugama Islam atau Non Muslim, parti berkenaan mestilah bersedia berjuang untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. PAS tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam untuk menyokong perjuangan Islam, tetapi mereka diajak untuk memperjuangkan keadilan.

Sekiranya Umno yang dikatakan ahli-ahlinya terdiri dari orang-orang Islam, tiada sebab PAS untuk bersama parti berkenaan sekiranya parti berkenaan bersedia untuk berubah dengan menerima dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Umno juga perlu tunjukkan keikhlasannya di dalam hal ini dengan menunjukkan bahawa Umno telah berubah, bukan hanya berjanji dimulut. Adakah Umno telah menunjukkan perubahan itu? Tiadakah bentuk kezaliman atau rasuah yang diredhai oleh Umno sekarang ini? Mengapa dua negeri Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu `dirampas' hak royalti mereka? Mengapa Umno masih mengekalkan akta zalim Akta ISA yang Non-Muslim juga membantah akta ini?

Apakah Umno komitmen dengan keadilan dan meninggalkan sifat keji iaitu menyuburkan amalan fitnah melalui media kerajaan? Mengapa Umno tidak bertindak tegas ke atas media yang terang-terang menyebarkan fitnah, mengaibkan seorang tokoh Melayu Islam yang pernah berjasa di dalam Umno sendiri? Sekiranya tokoh yang berbelas tahun berjasa di dalam Umno ini pun Umno sanggup mengkhianatinya, apa jaminan jika PAS bersama Umno nanti?

Sehubungan itu, tentulah tidak lojik PAS sanggup bersama Umno di dalam keadaan sedemikian. Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasannya terlebih dahulu untuk bersama PAS atas dasar perpaduan Islam. Masa masih ada untuk Umno bersama PAS dengan syarat Umno mesti berubah. Usahlah Umno cuba `membeli' PAS dengan tawaran tiga jawatan Menteri kerana PAS berjuang bukan untuk satu, dua atau tiga jawatan Menteri itu. Jika itu lah yang diimpikan oleh PAS, sudah lama PAS bersama Umno.

Buat masa ini, cukup-cukuplah Umno untuk `melutut' dengan PAS mahu pun DAP. Kami di dalam PR sanggup menang atau kalah asalkan prinsip kami tidak tergadai dengan jawatan atau pangkat yang sementara itu. Komitmen PR kini adalah menuju ke Putrajaya, usaha kini sedang giat berjalan dan PR tidak akan berhenti untuk mencabut `kemuncup di jalanan' kerana ianya akan melambatkan perjalanan yang semakin hampir ke Putrajaya ini. /wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Perkahwinan ke4 Saleh Yaakob Meriah(Tahniah)

Posted: 30 May 2011 10:32 PM PDT

Isu Semasa
SALIH bersama isteri keempatnya Samihah selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, semalam.
Sumber gambar dari SinarFm


[BH] KULAIJAYA: Pelajar sebuah universiti tempatan, Samihah Sheikh Ali, 25, semalam selamat diijabkabulkan sebagai isteri keempat pengacara dan pelawak, Salih Yaacob di Masjid Jamek Kulaijaya, di sini.

Salih disahkan menjadi suami Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi, gadis kelahiran Mersing dengan dua kali lafaz nikah di depan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
 
Emi pelajar jurusan pengangkutan menerima wang hantaran RM25,000 dan mas kahwin RM23. Sebagai tanda pernikahan itu, Salih turut menyarungkan cincin emas ke jari manis Emi di depan kira-kira 100 saudara mara isterinya. Turut hadir menyerikan majlis itu ibu Salih, Zainun Mat Sidi, 75. 
Bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Ditanya lagi:semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."
 -----------------------------------
Dari situ kita dah dapat agak formula apa yang Saleh Yaakob guna untuk tambat hati isteri-isterinya,
Keadilan..

p/s: yang penting halal bukan cabul anak gadis orang atau rogol orang gaji.

Cari N3 lama-lama disini

Apa Komen Cikgu?

Posted: 30 May 2011 04:06 AM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,petang ni saja nak tanya pendapat anda ,apa perasaan anda jika mendapati anak anda yang bersekolah tingkatan dua tapi masih membaca dengan mengeja dan ayat bahasa melayunya masih tunggang langganag

Ini bukan budak itu,tapi dia suka main motor jugak
Di bawah adalah apa yang saya dapat dari sekeping kertas yang digunakan oleh seorang anak melayu ,tingkatan dua untuk membeli barang -barang motosikalnya.

1)gaskit ExDerin(huruf 'D'ditulis terbalik)

2)Selide

3)Auto Kelah

4)Kelah resin

Cuba teka apa yang nak dibeli oleh budak ni?
(Ini bahasa kelantan,pomen kelantan mesti dapat agak apa yang ditulis oleh budak ni)

Saya bukan nak malukan budak ni cuma nak kongsikan suasana yang masih berlaku dalam masyarakat kita.Budak ni semasa darjah lima masih lagi belum pandai membaca.Apa yang saya nampak dia terlalu dimanjakan oleh maknya, seorang ibu tunggal.

Apa komen cikgu-cikgu diluar sana,jika cikgu ada anak murid macam ni apa yang cikgu buat untuk bantu murid macam ni ataupun cikgu hanya lepas tangan sahaja

Pengajarannya jangan terlalu manjakan anak,tapi kalau terlalu mengangkongpun tak boleh.Sederhana adalah menepati cara islam.
wasalam..

Cari N3 lama-lama disini

dollah yankee

dollah yankee


Malaysia,kad aplikasi diri...

Posted: 30 May 2011 06:48 PM PDT

Kad pengenalan atau MyKad kita mungkin selamat sebab sentiasa ada di-dalam dompet atau 'hand-bag' kita. Tapi gurkah-gurkah politik di'port' nak tanya lah.. boleh kah pakai MyKad anda tu?

Sebabnya dilaporkan yang lebih dari satu juta.. what?? 1 juta??? ya.. 1juta pemilik MyKad telah mengalami masalah dengan 'chips' yang di dalam MyKad itu selepas urusan mereka menggunakan MyKad telah tidak diterima di bank, jabatan imigresen, JPJ, EPF, dan juga di PLUS serta lain-lain tempat lagi. Itu belum lagi di-kira kalau kita nak pakai MyKad untuk mesin ATM, MEPS serta Touch n Go.

MyKad ini akan digunakan ketika sesuatu situasi itu memerlukan pengenalan dan keaslian butiran-butiran berkenaan dengan pemiliknya, termasuk lah mengenal pasti keaslian cap jari.

Pihak yang berkenaan nak buat apa tentang perkara ini? Apa langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini? Gurkah-gurkah ini nak tanya lagi... macam mana boleh terjadi kes-kes 'chips' yang di dalam MyKad itu sudah tak boleh pakai, sudah roask? Haallooo.. MyKad ni adalah kad pengenalan atau bukti atau dokumen yang menunjukan kita ni seorang warganegara tau ka?? Apa ingat MyKad ni macam manila kad ka? atau macam kain peliKAT?

Gurkah-gurkah ini kata lagi yang kerosakan 'chips' dalam MyKad adalah kerana JPN tak peka dengan kualiti 'chips' itu, jadi ini ada lah kelemahan mereka (JPN), jadi kenapa perlu kita (pemegang MyKad) yang terpaksa di-denda semasa kita nak buat MyKad baru?

Siapa yang bertanggung jawab membekalkan 'chips' ini? Siapa yang perlu kita salahkan? Dengan kecangihan teknologi masa kini, teknologi 'chips' ini sepatutnya sudah tidak ada apa-apa masalah lagi. SPRM tak mau jenguk-jenguk ke JPN? mana lah tau kot-kot pembekal 'chips' ni bekalkan 'chips' yang tak ada kualiti, 'chips' yang dah kena 'reject', 'chips' yang di beli dengan harga murah, lepas tu jual pula dekat gomen dengan harga yang mahal.

Gurkah-gurkah ini juga rasa yang JPN patut buat 'rombongan sambil perhabis duit..oopps sorry.. rombongan sambil belajar' ke jabatan pendaftaran Thailand, sebabnya 'micro chip' yang digunakan mereka ada mempunyai tarikh luput. Perlu di perbaharui setiap 6 tahun sekali dan ianya pula mengambil masa hanya 15 minit untuk mendapatkan pengenalan yang baru.

dollah yankee -
Buat duit lagi kontraktor yang membekalkan 'chips' ini...

Cina pun dah jangkit penyakit melayu dengan hindu!

Posted: 30 May 2011 03:46 AM PDT


Amat jarang kalau kita semua nak dengar yang bangsa cina di Malaysia boleh bergaduh, bertumbuk di sebabkan perbezaan ideologi politik. Setahu gurkah-gurkah lah, cina-cina di Penang ini akan bersatu hati dalam apa juga hal pun biarpun berbeza pendapat dan berlainan parti politik. 

Tetapi kini tidak lagi, kelmarin seorang gurkah politik telah berpeluang melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana berlaku satu pergaduhan antara 'kepala-kepala' yang sama-sama merupakan orang cina akibat perbezaan ideologi politik di sebuah kedai kopi di Gurney Drive.

Kedua-dua cina yang bertumbuk ini, dua-dua pun 'kepala' dalam parti MCA. Dua-dua kepala ni ada lah orang lama dalam MCA, dua-dua pun ada jawatan dalam MCA negeri Pulau Pinang.

Puncanya ialah sebab salah seorang dari mereka (mangsa kena tumbuk) telah hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin MCA negeri, dan dia dikatakan sudah mempengaruhi banyak ahli-ahli MCA dan penduduk-penduduk setempat supaya memberikan sokongan mereka kepada Guan Eng dan DAP/Pakatan Rakyat, dan ramai juga lah ahli-ahli MCA yang tinggal di kawasan itu yang sehaluan dan sependapat dengan dia (mangsa) sudah membuat keputusan untuk memberikan sokongan mereka kepada DAP/Pakatan Rakyat pada masa PRU-13 nanti.

Suspek dan mangsa ketika itu sedang 'open table' (perbincangan cara gangster dalam menyelesaikan masalah) berkenaan dengan perkara ini dengan geng masing-masing. Entah di mana yang tak betul, atau mungkin ada yang tak puas hati, tiba-tiba kedua-dua 'kepala' ini telah dilihat sedang melepaskan tumbukan masing-masing sesama mereka.

Gurkah-gurkah politik di'port' cukup pasti yang suspek ini mesti ada sangkut paut dengan 'gangster', kalau tidak tak kan lah mangsa nak buat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.

Memandangkan polis kita adalah antara yang terbaik dalam dunia, mereka pun bergegas serta merta ke tempat kejadian untuk menemuramah beberapa orang ... tapi gurkah-gurkah politik diport' tau sangat akan perangai orang-orang  cina yang kuat simpan rahsia dan tak ambil pot pasal dalam kain orang lain, jadi bila polis tanya.. jawapan yang diterima.. "saya tak tau woo..saya tarak nampak woo.. wa emm chai lo.."


dollah yankee -
Dalam PRU, gangster pun ada peranan besar nak tentukan siapa boleh menang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

Posted: 30 May 2011 09:10 PM PDT


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan, lapor Keadilan Daily.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

"Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada Keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.


Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun, Kata Teresa

Posted: 30 May 2011 07:55 AM PDT




Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.
Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.
" Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit.
Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik.
Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu.
" Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik," kata beliau.
"Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh," tambah beliau.
Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini.


Elektrik : Kerajaan Bela IPP, Hukum Rakyat

Posted: 30 May 2011 07:49 AM PDT






SHAH ALAM 30 MEI: Kenaikan mendadak tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh Putrajaya akan menyebabkan kadar inflasi melonjak dalam tempoh tiga bulan, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

Beliau berkata peningkatan itu sepatutnya boleh dikekang jika kerajaan menyemak semula pemberian subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), namun ini tidak dilakukan dan sekali lagi rakyat terpaksa menanggung akibatnya, tambah beliau.

"Sepatutnya subsidi untuk IPP patut diuruskan (terlebih dahulu). Rundingan dengan IPP penting untuk mengurangkan bayaran elektrik yang dikenakan supaya TNB boleh jual elektrik kepada rakyat pada kadar yang berpatutan dan pada masa yang sama tidak terlalu bergantung kepada subsidi gas untuk mengekalkan tarif elektrik," kata beliau.

Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuatkuasa Rabu ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Peter Chin dalam kenyataannya mendakwa ianya sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau mendakwa langkah itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 300 kw elektrik sebulan.

Rafizi menegaskan rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga bil elektrik tetapi harga barangan juga akan naik akibat peningkatan kos elektrik dalam sektor perindustrian.

Pelajar universiti yang menyewa rumah dengan kelengkapan komputer dan penghawa dingin juga akan terbeban memandangkan tenaga elektrik digunakan secara komprehensif.

Rafizi berkata dakwaan bahawa mereka yang menggunakan 300 kilowatt ke bawah terkecuali daripada kenaikan harga itu tidak relevan kerana purata penggunaan elektrik sesebuah keluarga khususnya di bandar melebihi jumlah itu.

Beliau menambah purata bil elektrik bagi sebuah keluarga lebih RM200 sebulan dan mereka akan terpaksa membayar lebih susulan kenaikan tarif yang diumumkan hari ini.

Justeru, Rafizi mahukan kerajaan pusat untuk memberi tumpuan serius kepada mengkaji subsidi yang diberikan kepada IPP.

"Kerajan harus fokus kepada perjanjian dengan IPP kerana perjanjian itu merupakan punca semua masalah tarif elektrik di Malaysia ini. Mereka yang telan subsidi gas, dapat banyak untung sebab paksa harga mahal kepada TNB. Tapi kerajaan ambil jalan hukum rakyat dan hukum TNB," katanya lagi.

Dalam pada itu ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata polisi yang sering bertukar-tukar berhubung IPP mencetuskan kemusykilan terhadap layanan kerajaan kepada rakyat.

"Pada tahun 2007, Menteri Tenaga ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah berjanji dan menyatakan secara terbuka kalau subsidi gas dihentikan kepada IPP, ianya tidak akan memberi kesan kepada tarif elektrik.

"Maka pada saya, pengumuman kenaikan tarif elektrik ini perlu diperincikan tentang siapa yang akan terkesan, bagaimana mekanisme itu terjadi, dan saya takut kalau ianya menjadi satu lagi sandiwara kepada Umno-Barisan Nasional untuk menjustifikasi kenapa akhirnya mereka terpaksa memotong subsidi RON95,"katanya.

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir

Posted: 30 May 2011 04:45 AM PDT

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir


30 MEI – Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.

Bermacam-macam acara diadakan selama tiga hari yang berakhir malam tadi. Acara-acara yang penuh meriah ini meliputi persembahan artis, karnival, forum, pesta buku, acara keagamaan, gerai pameran dan jualan, perhimpunan persatuan anak-anak yatim, perhimpunan warga belia OKU, belia orang asli, pertandingan nyanyian dan hiburan, kempen-kempen kesedaran dan keselamatan oleh badan-badan berkanun, pertandingan sukan motor, sukan lasak dan sebagainya.

Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menghargai peranan belia dalam pembangunan negara. Pesta ini menghimpunkan ribuan pengunjung yang bukan sahaja dari golongan belia, malah bapa-bapa dan ibu-ibu belia pun turut sibuk dengan pelbagai acara itu.

Dari segi yang lain pula, ia mendedahkan betapa terdesaknya Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan undi orang muda berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu secara terang-terang menjadikan pesta hiburan itu sebagai medan propaganda politik.

"Kalaulah di Mesir, sejuta belia negara itu berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunjuk perasaan supaya pucuk pimpinan kerajaannya diganti dengan yang lain tetapi di Malaysia, sejuta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya.

"Sanggupkah belia pertahankan Putrajaya? Sanggupkah?" bersungguh-sungguh Najib merayu di di hadapan hadirian pada malam minggu yang lalu.

Mengapa perlu Putrajaya dipertahankan? Daripada siapa Putrajaya mahu dipertahankan? Siapa musuh negara? Apakah yang cuba dimaksudkan oleh Najib dengan menggunakan perkataan tersebut secara terbuka di khalayak?

Seperti para pemimpin UMNO yang lain, Najib masih menganggap kebanyakan belia tidak ada kesedaran politik, tidak peduli tentang masalah negara, dan dengan itu menganggap mudah untuk dicucuk hidung mereka.

Yang Najib mahu hanyalah belia mempertahankan Putrajaya agar UMNO dan BN terus berkuasa. Tidak salah dari segi propaganda politik kalau guna duit parti tetapi masalahnya UMNO dan BN adalah parti politik – jadi bagaimana mungkin acara rasmi anjuran kerajaan, peruntukan wang kerajaan dan jentera kerajaan yang semuanya hasil wang sumber negara dan cukai rakyat, boleh menjadi medan untuk kempen parti politik mereka?

Kenyataan Najib ini tidak menggambarkan beliau mewakili kerajaan untuk semua rakyat, sebaliknya kerajaan yang pro-UMNO sahaja. Ucapan Najib amat bertentangan dengan ungkapan Abraham Lincoln iaitu "government of the people, by the people and for the people". Malah Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri sebagai "rayuan BN yang sudah terdesak" hingga sanggup menyalahgunakan pentas "rakyat" untuk kempen sempit parti politik mereka.

Dan, tambah menarik lagi, adakah ini bererti Najib mahu menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk melakukan perkara yang sama – menggunakan pentas kerajaan untuk kempen politik?

Garis pemisah di antara keperluan kempen untuk parti dan peranan sebagai kerajaan harus jelas dan dipraktikkan. Agar kita semua melaksanakan apa yang kita pernah katakan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai teladan buat kita pada masa hadapan. Menyalahgunakan tempat, harta dan kuasa adalah budaya yang harus ditinggalkan oleh kita semua.

Memang UMNO sudah kemaruk undi khususnya undi belia. Pakatan sepatutnya lebih tinggi standard dan tidak perlu mengikut jejak langkah UMNO dan BN yang terus menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka.

Mungkin Najib tidak sedar apabila para belia berteriak balas "Sanggup" untuk mempertahankan Putrajaya, mungkin mereka maksudkan mahu memastikan Putrajaya bersih dari anasir-anasir korup, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Bukankah itu yang dilakukan oleh sejuta belia di Kaherah dahulu? – Roketkini.com

Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor

Posted: 30 May 2011 01:14 AM PDT




SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.

Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.

Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.

"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.

"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.

Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.

Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.

PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'.

 Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.

Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.

Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.

"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.

"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.

Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.

"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.

Tarif Eelektrik : Putrajaya Umum Keputusan Petang Ini

Posted: 30 May 2011 01:13 AM PDT




KUALA LUMPUR 30 MEI : Kementerian Tenaga, Hijau dan Air akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang ini, tiga hari selepas kerajaan mengatakan bahawa ia sudah memuktamadkan kajian semula tarif elektrik, yang ramai meramalkan ia akan mengalami kenaikan.

Pegawai-pegawai kementerian yang dihubungi Reuters tidak memberikan butiran lanjut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan satu mesyuarat telah diadakan pagi tadi berhubung perkara tersebut.

Laporan itu berkata kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan tarif dalam usahanya mengawal kos subsidi.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung dengan tarif elektrik.

"Apa pun kita akan tengok dulu. Kita tak boleh kata apa. Itu laporan... terpulang kepada mereka," kata Najib.

Mengulas mengenai pendirian kerajaan mengenai subsidi serta kesannya kepada rakyat, beliau berkata: "Saya sudah maklumkan dasar kita tetapi banyak orang tidak berapa faham."

"Ini bukan pengurangan subsidi tetapi sebenarnya kurangkan kenaikan subsidi. Subsidi bukan sahaja tetap diberikan tetapi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.

"Jadi, kerajaan terpaksa cari tambahan lebih RM8 bilion, bukan satu jumlah kecil," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata isu berhubung semakan harga gas dan tarif elektrik telah dibincangkan dalam mesyuarat NEC, Jumaat lalu.-TheMalaysianInsider

Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi

Posted: 30 May 2011 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat.

Menurut beliau, selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun.

"Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat.

"Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya.

"Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita," kata Rafizi yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas.

Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut.

IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand.

Rafizi baru-baru ini mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat.

"Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat.

"Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini.

"Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat," kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Selain itu katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat.

"Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi.

"Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api," kata beliau.

Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula

Posted: 29 May 2011 11:50 PM PDT

LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.

"Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.

"Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup," kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk 'rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat' selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.

"Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci," kata Cynthia dipetik.

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau 'melepaskan' Altantuya kepada Razak.

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.

"Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya," tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle.

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis

Posted: 29 May 2011 11:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.
Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu.


"Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Berita selanjutnya menyusul

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14360