MIMPI SENJA |
- KEADILAN failkan permohonan mahkamah halang ROS
- Bonda Sultan Selangor Mangkat
- Lagi mayat bayi baru lahir ditemui berhampiran The Mall
- Liwat II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah
- "Tarik balik Al Quran diragui" - PPIM
- Permikahan ke 4 Salih Yakob (gambar2)
- Sindiket curi kereta : 4 anggota polis termasuk seorang Inspektor digantung tugas
- Pakatan mara, Umno cemas
- Wanita bawa kemaluan lelaki cuba merogolnya ke balai polis
KEADILAN failkan permohonan mahkamah halang ROS Posted: 30 May 2011 10:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu. Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini. "Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran KEADILAN. "Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun," kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com. Katanya, antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL). "Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini," kata beliau. Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011. Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14441 |
Posted: 30 May 2011 10:03 PM PDT PETALING JAYA: Bonda Sultan Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di Hospital Ampang Puteri dekat sini pukul 9 pagi tadi. Jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar. Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah. Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah |
Lagi mayat bayi baru lahir ditemui berhampiran The Mall Posted: 30 May 2011 09:15 PM PDT ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang dijumpai berhampiran pusat membeli-belah The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP STONE : Masa hangpa sedap-sedap hangpa tak ingat, bila dah macam ni senang-senang saja hangpa buang. Korang terima lah balasan nanti ... Apa punya manusia la, binatang pun sayang anak tau ... |
Liwat II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah Posted: 30 May 2011 07:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II. Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan. Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan. Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar. "Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta. Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor. Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan. Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah. Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14411 STONE : Kita tengok adakah Najib dan Rosmah akan jadi macam Mahathir juga ... takut ke Mahkamah. |
"Tarik balik Al Quran diragui" - PPIM Posted: 30 May 2011 06:06 PM PDT PPIM bimbang kandungan produk digital silap jejas akidah KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertindak segera menarik balik semua produk al-Quran elektronik dan bercetak di pasaran yang tidak mendapat kelulusan untuk dipasarkan. Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata pemantauan pihaknya jelas mendapati wujud lambakan produk sedemikian secara berleluasa di pasaran seluruh negara sejak sekian lama seperti di kedai buku dan cenderamata termasuk dijual peniaga bukan Islam. Katanya, penerbitan al-Quran bercetak dan digital itu bebas dijual tanpa sebarang cetakan logo kelulusan dari pihak berwajib khususnya KDN sekali gus mengundang pertanyaan adakah produk itu dipantau rapi atau tiada kesilapan isi kandungannya. "PPIM cabar pihak yang mempertikaikan perkara ini (tiada lambakan dan semua produk dijual di pasaran mendapat kelulusan KDN) meninjau keadaan sebenarnya. "Banyak bahan penerbitan agama khususnya kitab al-Quran dijual tanpa mendapat kelulusan atau mempunyai logo KDN, keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan menjejas akidah umat Islam jika tidak dipantau dengan segera. "Dua kementerian ini perlu bertindak segera dan bekerjasama dengan Majlis Agama Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia membabitkan kandungan digital dan cetakan yang diragui isi kandungannya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas produk al-Quran khususnya yang diimport membabitkan perisian digital mengandungi banyak kesilapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata pihaknya mengambil berat kesilapan yang terdapat pada kandungan al-Quran elektronik dan bercetak kerana khuatir ia diseleweng pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu untuk menjejas akidah umat Islam. Katanya, walaupun kesilapan kandungan tidak sampai ke tahap kritikal, keadaan itu merbahaya apabila dibaca setiap anggota keluarga atau generasi. Beliau berkata, setiap patah perkataan dalam kitab suci itu tidak boleh silap kerana ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada umat-Nya yang boleh memberi pengertian berbeza. "Jika tidak betul kandungannya sama ada secara sengaja atau sebaliknya, memang berbahaya. "Kita takut ada penyelewengan dengan agenda tertentu, kena berhati-hati sebab mungkin ada pihak tertentu guna cara lain untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini," katanya. Bagaimanapun Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa KDN. Katanya, JAKIM hanya terbabit dalam jawatankuasa dikendalikan KDN bagi meneliti kandungan al-Quran - BH |
Permikahan ke 4 Salih Yakob (gambar2) Posted: 30 May 2011 07:22 AM PDT |
Sindiket curi kereta : 4 anggota polis termasuk seorang Inspektor digantung tugas Posted: 30 May 2011 07:07 AM PDT 4 anggota polis - dari Lans Koperal hingga Inspektor - digantung tugas untuk siasatan bersabit penglibatan mereka dalam sendiket penjualan kereta curi PETALING JAYA: Four policemen, including an inspector, have been suspended pending investigations by the Bukit Aman disciplinary department over their alleged involvement in a syndicate selling stolen cars. Confirming this today, Bukit Aman CID director Mohd Bakri Zinin told FMT that the case was being handled by the Bukit Aman commercial crime department. However, both the disciplinary and the commercial crime divisions do not fall under Bakri's purview and he could not provide further details. "We confirm that there is an investigation being carried out by the commercial crime department on the case. "Internally, the disciplinary department has suspended several men. They are an inspector, a sergeant-major, a corporal and and a lance corporal," he said. On the details of the individuals, Bakri could only say that they were "not from Bukit Aman, but all were investigating officers and assistant investigating officers from the district level". Bakri also stressed that police were being as fair as possible in cases such as this. "Let the people face the music. We do not condone these kind of offences that they have purportedly done, so we have to do the proper investigations. For us, we are just doing of the job," he said. Expressing disappointment over the serious allegations made against the police force, Bakri admitted that there were always bound to be "black sheep" in any agency. Last week, FMT reported that several officers were being investigated for allegedly handing over stolen cars, which have been recovered by police, to the syndicate instead of returning them to their rightful owners. These stolen cars would then be re-conditioned and re-sold to unsuspecting second-hand car dealers or private owners. It was also alleged that the syndicate has contacts in the Road Transport Department who would ensure the "re-conditioned" cars would not be blacklisted. It was further reported that the syndicate was connected to a warehouse which was raided by police in Kepong in July last year, but Bakri today said that the raid was not connected with the current investigations. - FMT |
Posted: 30 May 2011 05:54 AM PDT oleh Hazayani Zakaria/HarakahDaily KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya. Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu. "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno. Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya. "Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka. "Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup. "Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya. Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya. Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini. Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka. Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang. "Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar. "Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia. "Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita. "Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya |
Wanita bawa kemaluan lelaki cuba merogolnya ke balai polis Posted: 30 May 2011 12:53 AM PDT DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogol dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini. Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu. "Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya. Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan