WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah
- Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun, Kata Teresa
- Elektrik : Kerajaan Bela IPP, Hukum Rakyat
- Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir
- Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor
- Tarif Eelektrik : Putrajaya Umum Keputusan Petang Ini
- Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi
- Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula
- Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis
Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah Posted: 30 May 2011 09:10 PM PDT
| ||||
Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun, Kata Teresa Posted: 30 May 2011 07:55 AM PDT
| ||||
Elektrik : Kerajaan Bela IPP, Hukum Rakyat Posted: 30 May 2011 07:49 AM PDT SHAH ALAM 30 MEI: Kenaikan mendadak tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh Putrajaya akan menyebabkan kadar inflasi melonjak dalam tempoh tiga bulan, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli. Pelajar universiti yang menyewa rumah dengan kelengkapan komputer dan penghawa dingin juga akan terbeban memandangkan tenaga elektrik digunakan secara komprehensif. "Kerajan harus fokus kepada perjanjian dengan IPP kerana perjanjian itu merupakan punca semua masalah tarif elektrik di Malaysia ini. Mereka yang telan subsidi gas, dapat banyak untung sebab paksa harga mahal kepada TNB. Tapi kerajaan ambil jalan hukum rakyat dan hukum TNB," katanya lagi. | ||||
Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir Posted: 30 May 2011 04:45 AM PDT Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa… – oleh Muhammad Zir 30 MEI – Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat. Bermacam-macam acara diadakan selama tiga hari yang berakhir malam tadi. Acara-acara yang penuh meriah ini meliputi persembahan artis, karnival, forum, pesta buku, acara keagamaan, gerai pameran dan jualan, perhimpunan persatuan anak-anak yatim, perhimpunan warga belia OKU, belia orang asli, pertandingan nyanyian dan hiburan, kempen-kempen kesedaran dan keselamatan oleh badan-badan berkanun, pertandingan sukan motor, sukan lasak dan sebagainya. Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menghargai peranan belia dalam pembangunan negara. Pesta ini menghimpunkan ribuan pengunjung yang bukan sahaja dari golongan belia, malah bapa-bapa dan ibu-ibu belia pun turut sibuk dengan pelbagai acara itu. Dari segi yang lain pula, ia mendedahkan betapa terdesaknya Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan undi orang muda berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu secara terang-terang menjadikan pesta hiburan itu sebagai medan propaganda politik. "Kalaulah di Mesir, sejuta belia negara itu berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunjuk perasaan supaya pucuk pimpinan kerajaannya diganti dengan yang lain tetapi di Malaysia, sejuta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya. "Sanggupkah belia pertahankan Putrajaya? Sanggupkah?" bersungguh-sungguh Najib merayu di di hadapan hadirian pada malam minggu yang lalu. Mengapa perlu Putrajaya dipertahankan? Daripada siapa Putrajaya mahu dipertahankan? Siapa musuh negara? Apakah yang cuba dimaksudkan oleh Najib dengan menggunakan perkataan tersebut secara terbuka di khalayak? Seperti para pemimpin UMNO yang lain, Najib masih menganggap kebanyakan belia tidak ada kesedaran politik, tidak peduli tentang masalah negara, dan dengan itu menganggap mudah untuk dicucuk hidung mereka. Yang Najib mahu hanyalah belia mempertahankan Putrajaya agar UMNO dan BN terus berkuasa. Tidak salah dari segi propaganda politik kalau guna duit parti tetapi masalahnya UMNO dan BN adalah parti politik – jadi bagaimana mungkin acara rasmi anjuran kerajaan, peruntukan wang kerajaan dan jentera kerajaan yang semuanya hasil wang sumber negara dan cukai rakyat, boleh menjadi medan untuk kempen parti politik mereka? Kenyataan Najib ini tidak menggambarkan beliau mewakili kerajaan untuk semua rakyat, sebaliknya kerajaan yang pro-UMNO sahaja. Ucapan Najib amat bertentangan dengan ungkapan Abraham Lincoln iaitu "government of the people, by the people and for the people". Malah Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri sebagai "rayuan BN yang sudah terdesak" hingga sanggup menyalahgunakan pentas "rakyat" untuk kempen sempit parti politik mereka. Dan, tambah menarik lagi, adakah ini bererti Najib mahu menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk melakukan perkara yang sama – menggunakan pentas kerajaan untuk kempen politik? Garis pemisah di antara keperluan kempen untuk parti dan peranan sebagai kerajaan harus jelas dan dipraktikkan. Agar kita semua melaksanakan apa yang kita pernah katakan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai teladan buat kita pada masa hadapan. Menyalahgunakan tempat, harta dan kuasa adalah budaya yang harus ditinggalkan oleh kita semua. Memang UMNO sudah kemaruk undi khususnya undi belia. Pakatan sepatutnya lebih tinggi standard dan tidak perlu mengikut jejak langkah UMNO dan BN yang terus menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Mungkin Najib tidak sedar apabila para belia berteriak balas "Sanggup" untuk mempertahankan Putrajaya, mungkin mereka maksudkan mahu memastikan Putrajaya bersih dari anasir-anasir korup, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Bukankah itu yang dilakukan oleh sejuta belia di Kaherah dahulu? – Roketkini.com | ||||
Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor Posted: 30 May 2011 01:14 AM PDT SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai. Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman. Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini. "Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim. "Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor. Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu. Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya. PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'. Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu. Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti. Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama. "Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama. "Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi. Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan. Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu. "Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya. | ||||
Tarif Eelektrik : Putrajaya Umum Keputusan Petang Ini Posted: 30 May 2011 01:13 AM PDT KUALA LUMPUR 30 MEI : Kementerian Tenaga, Hijau dan Air akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang ini, tiga hari selepas kerajaan mengatakan bahawa ia sudah memuktamadkan kajian semula tarif elektrik, yang ramai meramalkan ia akan mengalami kenaikan. Pegawai-pegawai kementerian yang dihubungi Reuters tidak memberikan butiran lanjut. | ||||
Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi Posted: 30 May 2011 01:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat. Menurut beliau, selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun. "Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat. "Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya. "Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita," kata Rafizi yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas. Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut. IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand. Rafizi baru-baru ini mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10. Katanya, ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat. "Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat. "Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini. "Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat," kata beliau kepada Keadilandaily.com. Selain itu katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat. "Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi. "Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api," kata beliau. | ||||
Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula Posted: 29 May 2011 11:50 PM PDT LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini. Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut. "Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan. "Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup," kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle. Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk 'rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat' selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen. Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia. Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro. Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah. "Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci," kata Cynthia dipetik. Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis. Seks dan pembunuhan C4 Altantuya Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut. Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut. Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil. Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya. Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia. Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau 'melepaskan' Altantuya kepada Razak. Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia. Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut. Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak. Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD. Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut. Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali. "Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya," tambah Gabriel. * Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle. | ||||
Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis Posted: 29 May 2011 11:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis. Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut. Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu. "Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini. Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Berita selanjutnya menyusul Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14360 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan