Rabu, 11 Mei 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jemputan Najib Kepada Pas Langkah Taktikal

Posted: 11 May 2011 02:40 PM PDT


SUDAH lebih seminggu Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengulang gesaan agar Pas menyertai Umno demi perpaduan Melayu dan berhenti daripada berpakat dengan DAP.

Gesaan itu diulang ucap dalam rangka lawatan pendek beliau ke Terengganu, negeri Presiden Pas, Abdul Haji Awang. Pemilihan Terengganu adalah tindakan strategik kerana wujud tanggapan dan gambaran bahawa Abdul Hadi lebih terbuka kepada idea perpaduan Melayu.

Paling-paling tidak pun, Mohd Najib dan para penasihatnya tentu tahu bahawa kenyataannya itu bukan sahaja akan memaksa Pas bertindak balas, malah seolah-olah mencurahkan lagi minyak ke dalam api.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Islam Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan pantas berkata Pas tidak bercadang memutuskan kerjasama dengan DAP.

Semua orang tahu Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz tidak sekata dalam isu perpaduan Melayu dan kerjasama dengan Umno. Ini dituruti pula oleh Naib Presidennya, Mahfuz Omar, yang menyifatkan Umno sebagai musuh nombor satu negara dan menyamakan cadangan kerjasama Umno-Pas dengan kerjasama Fatah-Hamas.

Tindakan Taktikal Mohd Najib

Saya rasa Mohd Najib tahu kepemimpinan Pas tidak akan menyahut gesaannya. Tetapi beliau membuatnya juga bagi membebaskan Umno daripada ditutuh tidak mementingkan perpaduan Melayu.

Ia juga boleh dilihat sebagai reaksi kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berjuang mempertahankan hak Melayu di luar kerangka politik seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu.

Jika ditakdirkan Pas Pas menyahut seruan itu, namanya Mohd Najib dan Umno akan harum. Mohd Najib akan dilihat sebagai "unifier" seperti Allahyarham bapanya. Tetapi jika tidak, ia sekurang-kurangnya terus melagakan kepemimpinan Pas dalam isu perpaduan Melayu. Akhir sekali, Mohd Najib cuba meyakinkan Melayu yang hilang kepercayaan kepada politik kepartian bahawa Umno tetap mengutamakan perpaduan Melayu.

Percubaan Mohd Najib yang terbaru ini boleh juga dilihat sebagai reaksi kepada apa yang berlaku (atau lebih tepat, tidak berlaku), di majlis "makan malam perpaduan Melayu" di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu.

Mungkin Mohd Najib ingin mencuba nasib kalau-kalau beliau lebih beruntung daripada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang diuar-uarkan sebagai orang tengah pertemuan Umno-Pas di Istana Terengganu itu.Baca lagi di sini

Komen Al-Husseyn : Walaupun TG Hadi menafikan wujudnya 'Geng Perpaduang' banyak kali, tanggapan dan gambaran bahawa beliau lebih terbuka kepada idea perpaduan Melayu. tetap wujud.Dan masih ramai orang PAS yang tidak percaya adanya 'Geng Perpaduang' dalam PAS walaupun pernah didedahkan oleh Ust Ahmad Awang sendiri dalam Muktamar PAS di sini

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib temui pemimpin gereja sebalik kontroversi Islam-Kristian

Posted: 11 May 2011 02:30 AM PDT

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 11Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemimpin-pemimpin gereja sempena majlis makan tengah hari di Putrajaya esok di sebalik kontroversi ekoran laporan media bahawa komuniti Kristian mahu menggantikan Islam sebagai agama rasmi.

Biskop Ng Moon Hing yang mengetuai Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengesahkan beliau menerima jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri minggu lalu dan akan hadir majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil Roman Catholic Church, Council of Churches Malaysia (CCM) dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Royalti: T’ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan

Posted: 11 May 2011 02:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganaktirikan Kelantan atas faktor politik.

"Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama," kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa .

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum menyatakan demikian sebagai mengulas pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.

Baginya, perkara itu yang disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan.

Katanya, pembayaran semula royalti minyak Terengganu itu juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna.

Menurutnya, pembayaran royalti itu, sebagaimana kenyataan Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975.

Justeru, katanya Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu.

"Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalti minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu.

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri

Posted: 11 May 2011 01:31 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.

Papa Gomo Sepak Anjing Besar

Posted: 11 May 2011 12:56 AM PDT

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

"Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

"Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya.

Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

"Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog".

"Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

"Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

KDN nafi beri kerakyatan daftar warga asing pengundi sokong BN

Posted: 11 May 2011 12:45 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Mei — Kementerian Dalam Negeri menafikan pihaknya memberi taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing termasuk 2,000 pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagu menyokong BN sebagaimana didedahkan PKR semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi langsung kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.

"Hal ini tidak akan berlaku. Satu kelulusan pun saya tidak akan bagi apatah lagi 2,000 kelulusan kepada warga Indonesia," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat media di kementerian itu di sini, hari ini.

Semalam, ada kenyataan daripada PKR yang mendedahkan senjata kotor kononnya Umno mahu mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2,000 pemegang status pemastautin tetap, sekali gus dijadikan pengundi baru.

Dalam suratnya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar didakwa memohon kelulusan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi penduduk pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2,000 orang telah dipilih, kata Zuraida semalam.

Zuraida turut menyifatkan Umno khususnya di Selangor sudah terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan cara itu.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan BN dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Lee menambah, untuk mendapatkan kerakyatan bukan senang.

"Warga asing perlu menjalani prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

"Mereka (yang ingin mendapatkan kerakyatan Malaysia) perlu ada dokumen-dokumen sah dan memenuhi syarat, baru kami akan proses kerakyatan yang dipohon. Tetapi itu juga mengambil masa yang lama," ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan, bukan setiap warga asing ada hak memohon kerakyatan.

"Hanya orang tertentu sahaja layak mendapatnya.

"Jika warga asing itu berkahwin dengan pasangan dari warganegara Malaysia, barulah mereka layak memohon kerakyatan itupun tertakluk kepada Perlembagaan dan bukan dalam tempoh masa terdekat," katanya lagi.

"Saya juga tidak akan sembarangan memberi kerakyatan kepada warga asing dalam meraih undi pada pilihan raya umum ke-13," katanya.

Lupus subsidi gula RM116 juta, tapi Permata dapat RM111 juta

Posted: 11 May 2011 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pas mempersoalkan kewajaran kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melupuskan subsidi harga gula RM116 juta, sedangkan dalam masa yang sama memberikan peruntukan sebanyak RM111 juta kepada Permata yang dinaungi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

"Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut Idris, tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

"Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, keputusan kerajaan menaikkan harga gula kononnya untuk menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun, dengan membandingkan harga gula di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina merupakan alasan dangkal.

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.

"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegas Idris.

Pulau Pinang mahu KDN ambil tindakan terhadap Utusan

Posted: 11 May 2011 12:15 AM PDT

Oleh Clara Chooi

GEORGE TOWN, 11 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN semalam.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi meminta YB Menteri untuk mengambil tindakan tegas dan membantah laporan palsu serta fitnah seperti yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 yang melaporkan wujud konspirasi antara DAP dan paderi Kristian di Pulau Pinang untuk membentuk negara Kristian dan melantik perdana menteri Kristian," kata beliau dalam surat rasmi yang diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tambah Lim, tindakan yang diambil Hilmi dan Muhammad Faris membuktikan secara jelas bahawa akhbar milik Umno itu mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat hasutan.

Beliau juga menggesa Putrajaya menuntut Utusan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyiarkan laporan "palsu dan berniat jahat" serta mengambil tindakan kepada semua individu yang terlibat.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang percaya akan kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai asas dalam hak-hak asasi dan demokrasi.

"Bagaimanapun kebebasan ini tidak membenarkan anda mencetak sebarang bentuk laporan tidak benar. Laporan palsu ini dibuat dengan niat jahat dan boleh membangkitkan sensitiviti melalui sentimen yang sempit dan melampau," katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" itu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu "pembohongan yang bahaya."

Lim juga mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia yang tidak mahu menarik balik laporan itu secara sukarela.

"Dengan tidak menarik balik dan meminta maaf, Utusan Malaysia terus memainkan isu itu. "Sekarang laporan palsu ini telah tersebar dan ia akan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.

Sebagai contoh, Lim merujuk kepada demontrasi yang dilakukan Pemuda Umno yang membantah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mencadangkan laluan bebas tol dari Jalan Bagan 29 hingga Jalan Siram.

Ketika demonstrasi itu, Lim berkata "bahasa kasar" telah digunakan dengan menuduh beliau terlibat dengan konspirasi tersebut.

Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak membuat sebarang laporan polis terhadap peserta demonstrasi itu kerana ia merupakan kebebasan bersuara.

"Bagaimanapun ia salah apabila Pemuda Umno Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengkritik dengan menggunakan bahasa kasar dengan menuduh ketua menteri terlibat dalam konspirasi Kristian itu, ia tidak berasas.

"Demonstrasi itu diadakan atas alasan yang tidak benar dan tidak demokratik tapi ia bahaya dan boleh jejaskan kestabilan negara," katanya.

Perlantikan PM mesti diperkenan oleh Agong

Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT

Oleh Syed Imran

Saya pada mulanya tidak ingin ikut sama dalam perbahasan mengenai laporan yang belum tentu benar dan betul mengenai isu kononnya ada usaha untuk menjadikan agama Nasrani atau Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Ianya kerana saya tidak yakin akan kebenaran laporan yang dikutip oleh Utusan Malaysia daripada tulisan dua orang blogger.

Walaupun saya sedar bahawa apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia, iaitu mengutip berita yang amat sensitif itu daripada laman blog tanpa usul periksa akan sumbernya dan menyemak dan menyemak sama ada ianya benar atau hanya satu penulisan yang belum tentu benar, adalah sesuatu yang tidak mematuhi etika kewartawanan, iaitu memastikan kebenaran sesuatu maklumat atau cerita yang hendak disiarkan untuk bacaan umum.

Tetapi, apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok mengulas mengenai jawatan Perdana Menteri, saya rasa bertanggungjawab untuk membuat sedikit ulasan.
Benar, Perlembagaan Malaysia tidak menyebut mengenai pegangan agama seseorang itu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi ada perkara lain yang mesti dilalui sebelum seseorang itu boleh dilantik dan mengangkat sumpah pegang jawatan. Perkara ini yang tidak disebut oleh Bernard Dompok, seorang Bumiputera Kristian dari Sabah.

Saya akur dengan apa yang dijelaskan oleh Bernard Dompok kerana dia mengutip apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan mantan PM Tun Dr Mahathir pun pernah berkata bahawa bukan mustahil bagi seorang bukan Melayu menjadi PM satu hari kelak, walaupun ia hanya satu kemungkinan yang belum tentu boleh menjadi kenyataan.

Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri, iaitu Kabinet, untuk menasihat Baginda dalam hal menjalankan tugas-tugas Baginda.

Perkara 43 juga menyebut bahawa terlebih dahulu, Baginda hendaklah melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri yang pada pendapat Baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dua perkara yang jelas adalah kuasa perlantikan berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan orang yang bakal dilantik itu mesti mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat. Jika kedua-dua perkara ini tidak berlaku, maka tidak akan ada Perdana Menteri atau tidak akan terlantik mana-mana pihak yang ingin menjadi PM sama ada dia beragama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha.

Begitu juga dengan kedudukan agama rasmi Persekutuan Malaysia, iaitu Islam. Ianya termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut - ''Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.''

Selain Perlembagaan, Majlis Raja-Raja adalah pelindung dan bertanggungjawab untuk mempertahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan apa-apa usaha atau tindakan yang boleh menjejas kedudukan itu mesti melalui Majlis Raja-Raja untuk kelulusan.

Perkara 38 Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja hendaklah mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan; mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membut atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Berbalik kepada perlantikan Perdana Menteri, kita yakin dan percaya Majlis Raja-Raja tidak akan melakukan kesilapan dengan memperkenankan seseorang yang bukan beragama Islam.

Saya percaya semua pihak yang waras dan berpendidikan tahu dan sedar akan hakikat itu dan mereka tidak akan mengusulkan untuk menjadikan mana-mana agama lain sebagai agama rasmi Malaysia. Sebab itu saya tidak percaya akan kebenaran bertita yang disiarkan tanpa sumber rasmi dan sahih itu. Utusan Malaysia telah melakukan kesilapan dengan menyiarkan berita sedemikian di muka hadapan tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihan dan kebenarannya

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke 52

Posted: 10 May 2011 06:00 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225663_10150246007583140_269683628139_8804156_7344467_n.jpg

Selamat bermuktamar buat semua pemuda. kami menyokong anda dari belakang!

Takbir!

Johor bukan lagi ‘kubu’ BN, KEADILAN rancang program gempur berterusan

Posted: 10 May 2011 04:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berdasarkan tinjauan yang dilakukan KEADILAN, rata-rata penduduk di negeri Johor yang terkenal dengan gelaran 'kubu Barisan Nasional' bertekad untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Ezaddin Abdul Rahman berkata, sepanjang tempoh dua bulan melakukan tinjauan termasuk di kawasan bandar dan separa-bandar, isu utama yang dibangkitkan adalah peningkatan kos kehidupan mendadak selain isu sosial dan kebajikan.

"Kepada golongan muda, isu pemilikan aset seperti rumah dan kereta menjadi permasalahan utama. Begitu juga dengan beban hutang pinjaman pendidikan yang besar.

"Kepada kelompok yang hanya mempunyai taraf pendidikan sederhana dan rendah, isu mereka ialah peluang pekerjaan yang dimonopoli oleh warga asing. Jika mereka bekerja di sektor yang sama, pendapatan mereka sangat rendah, tak sesuai dengan kos kehidupan semasa," kata Ezaddin kepada Keadilandaily.

Beliau menjelaskan demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang kononnya mendakwa isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah semata-mata kepada kredibilti calon Umno.

Ghani dilaporkan merayu kepada orang Melayu di negeri itu termasuk ahli Pas untuk bersatu kerana kononnya perkembangan itu adalah satu cabaran besar yang boleh menggugat masa depan orang Melayu.

"Orang Melayu di kawasan luar bandar yang paling banyak terkesan daripada peningkatan kos kehidupan akibat polisi kerajaan. Ini termasuk dasar kerajaan negeri yang pincang. Sebagai contoh, kadar tarif air yang paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Johor," ujarnya.

Justeru, AMK Johor merancang untuk meneruskan program serupa ke seluruh pelusuk negeri.

Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali bertemu mangsa kebakaran di Pekan Senggarang

Terbaru, pada 7 hingga 9 Mei lalu, Cabang KEADILAN Batu Pahat dengan kerjasama Srikandi KEADILAN Pusat mengadakan tinjauan langsung dan program edaran risalah di sekitar kawasan Dun Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Turut hadir menjayakan program ialah Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Mereka turut singgah membantu mangsa kebakaran yang melibatkan 7 rumah kedai di pekan Senggarang.

"Persepsi orang ramai terhadap Umno dan Barisan Nasional semakin buruk. Namun, pendekatan kita lebih menekankan kepada kesan positif yang berlaku sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang," ujarnya.

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Nekad Lari dalam Keadaan Bogel Elak Operasi Maksiat

Posted: 11 May 2011 07:00 AM PDT


Seorang lelaki nekad melarikan diri dengan menuruni bumbung sebuah bangunan dalam keadaan bogel selepas sebuah lokasi aktiviti maksiat diserbu polis dalam satu operasi cegah kegiatan tidak bermoral di China. Gambar ini dirakamkan oleh beberapa jurugambar dan menjadi "hangat" selepas dimuatnaikkan di internet pada 26 April lalu.
 
Menurut sumber gambar, kelibat lelaki ini berjaya dikesan ekoran bunyi bising di kawasan kediamannya. Beberapa orang lelaki termasuk lelaki bogel ini serta beberapa orang wanita yang dipercayai pelacur bertempiaran lari apabila sebuah tempat pelacuran diserbu polis - dipercayai di tingkat bawah sebuah bangunan di Changchun di daerah Jilin.

Kebanyakan mereka berjaya membalut tubuh masing-masing dengan tuala atau seluar pendek, namun sebahagiannya terpaksa berlari dalam keadaan bogel.

P/s: Lawak sungguh! Moralnya, tidak kiralah apa agama/bangsa anda, jangan terlibat dalam aktiviti maksiat!

Kerana Ingkar Nasihat, Bapa Seret Anak dalam Keadaan Bogel di Jalan Raya

Posted: 11 May 2011 05:10 AM PDT


Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe internet di Hechi, China selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe internet itu sebelum menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya kerana berang anaknya enggan mematuhi nasihat yang diberikannya. Sebelum itu, Tan dikatakan telah bertindak membuang komputer di rumahnya kerana anaknya menghabiskan masa sepanjang hari dengan bermain komputer.

Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak mendengar nasihat dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari internet.

Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. 
 
 

Kaki Fitnah No. 1 Bantai Kaki Fitnah Elit. Sebab Apa?

Posted: 11 May 2011 02:00 AM PDT


Pelik!

Kaki fitnah bantai kaki fitnah.

Tiba-tiba blog kaki fitnah no. 1 meminta pihak berkuasa menangkap kaki fitnah elit dan menahannya di ISA. Begitu banyak jurublog UMCO menulis tulisan berunsur fitnah dan caci maki, mengapa dia hanya berminat "menghentam" jurublog elit ini?

Apa sebab lain jurublog kaki fitnah no. 1 ini menghentam kaki fitnah elit ini?

Yang saya perasan kaki fitnah yang menggelarkan dirinya jurublog nyamuk ini pernah menghentam jurublog elit yang sama dalam beberapa isu terutamanya isu yang membabitkan skandal Rais Yatim. Dua orang  jurublog elit UMCO yang mula-mula menyentuh isu itu dihentam cukup-cukup oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka jurublog nyamuk termasuklah jurublog kaki fitnah no. 1 ini.  Bukan setakat tulisan, malah poster dan banner dicipta untuk mempersenda dan mengutuk dua orang jurublog elit UMCO. Semuanya mahu menjadi pembela Rais.

Jadi dalam isu ini, tulisan kaki fitnah no. 1,  iaitu "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA Si Bigdog Ini" selain cuba/kononnya "menyuarakan perkara yang benar" sudah tentu tulisannya kali ini adalah poin terbaik untuk menghentam jurublog elit itu. Maklumlah, hit blognya kini setara dengan portal berita perdana yang lain. Pengaruhnya pun sudah cukup kuat di ruangan maya berbanding dengan jurublog elit ini. Manalah tahu dapat menjadi Panglima Perang Cyber UMCO.

P/s: Lagi pelik, banyak juga pelayar internet berminat membaca tulisan berunsur lucah, fitnah, carut, makian di blog kaki fitnah no. 1 ini! Mahu berkongsi "saham"kah?

Dari satu segi, isu Kristian Agama Rasmi ini jelas menunjukkan sikap double standard kerajaan. Jika isu sensitif ditimbulkan oleh jurublog PR, tengah malam pun polis sanggup menyerbu rumah jurublog yang terlibat, namun apabila isu sensitif membabitkan agama dan perpaduan kaum ditimbulkan oleh jurublog UMCO, apa tindakan polis? Dalam hal yang lain, apa tindakan polis terhadap blog-blog pro-UMCO yang menyiarkan video lucah? Sampai sekarang tiada tindakan tegas diambil!


Permainan Komputer "Bunuh Osama" Dilancarkan

Posted: 11 May 2011 12:00 AM PDT


Sebuah permainan komputer atas talian melancarkan misi terbaharu, iaitu senario misi pasukan elit menggempur tempat persembunyian Osama kira-kira SEMINGGU selepas beliau dibunuh oleh tentera AS.

Berdasarkan senario permainan itu, sepasukan elit tentera tiba ke kawasan persembunyian Osama dengan menaiki Black Hawk. Episod 107 permainan itu yang diberi nama KumaWar dibina berdasarkan perkembangan terkini peperangan menentang keganasan ciptaan AS.

Para pemain akan mengetuai pasukan elit menggempur Osama berdasarkan lokasi dan tempat persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan. Pemain akan melancarkan serangan untuk "membunuh" Osama.

Permainan komputer atas talian secara percuma ini telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu. Pada masa ini, lebih 20 juta pengguna menggunakan permainan ini di seluruh dunia.

P/s: Sudahlah dibunuh tanpa diberi peluang membela diri, mayatnya didakwa dihumban ke laut, dihina oleh orang Islam dan dimaki oleh orang bukan Islam, kali ini "dirinya" dipersenda di dunia permainan komputer.(Saya menulis begitu jika Osama itu benar-benar pejuang Islam tulen.) Untuk bacaan lanjut, sila rujuk The Sun.

Sultan Kelantan Tukar Seruan “Daulat Tuanku” kepada “Allahu Akhbar” Agar Orang yang Melafazkannya Peroleh Pahala

Posted: 10 May 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan:
Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

 P/s: Terbaik!


Bukan Khairy Sahaja, Rakyat Malaysia Pun Persoal Tindakan Jurublog UMCO Padamkan Artikel "Kosnpirasi Negara Kristian"!!!

Posted: 10 May 2011 08:17 PM PDT


Saya petik:
[MK] Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya "konspirasi negara Kristian".

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

"Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?" soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

"Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan," tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul"Making Christianity the official religion?" yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

P/s: Sifirnya mudah. Kalau artikel itu benar, masakan jurublog itu memadamkan artikel itu. Jadi, sudah jelas artikel itu hanyalah fitnah. Jika difikir logik akal pun, dakwaan itu langsung tidak masuk akal!!!

Namun yang menariknya, di laman blog pencacai yang lain, blog Marahku ini dikatakan telah disabotaj dan diserang oleh pihak yang kononnya penyokong PR. Walhal, pelbagai pihak yakin empunya blog memadamkan artikel itu menyedari isu ini tidak logik dan bertindak mereka-reka cerita untuk "cover line".


 

Mengapa Pak Cik Perogol Masih Bebas & Tidak Dikenakan Tindakan? Adakah Kerana Dia Polis?

Posted: 10 May 2011 06:30 PM PDT


Saya petik:
Ibu dakwa anak trauma suspek yang juga anggota polis masih bebas

[BH] KUALA LUMPUR: Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang menjadi mangsa rogol dan cabul bapa saudaranya sejak tiga tahun lalu berada dalam keadaan trauma selepas mengetahui suspek masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Mangsa dua beradik yang ketika itu berusia enam dan sembilan tahun dikatakan dicabul manakala seorang lagi saudaranya dirogol beberapa kali di rumah neneknya di Seksyen 14, Petaling Jaya dekat sini, pada Disember 2008 oleh lelaki itu yang juga seorang anggota polis.

Ibu dua beradik yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 28, berkata sikap anaknya berubah selepas kejadian itu dan sering menggigil serta menangis.

Maria yang berkerja sebagai seorang perunding di Petaling Jaya berkata, keadaan bertambah buruk apabila anaknya meningkat dewasa dan mengetahui perogolnya itu masih bebas dan tidak diambil tindakan.

Beliau berkata, walaupun sudah membuat laporan polis serta dipanggil beberapa kali untuk menjalani prosiding perbicaraan mahkamah sejak tiga tahun lalu, beliau kesal kerana tiada tindakan diambil ke atas suspek selain hanya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sah menunjukkan dia adalah perogol dan mencabul kehormatan ketiga-tiga kanak-kanak ini. Mengapa penjenayah masih dibiarkan bebas?," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.
 
"Saya sebagai ibu hanya inginkan keadilan dari pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek mengikut undang-undang supaya anak saya gembira seperti kanak-kanak lain," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.

Maria yang berasal dari Kelantan juga memohon supaya Jabatan Pendakwa Raya dapat mempercepatkan prosiding perbicaraan mahkamah untuk menyelesaikan kes ini kerana beliau sudah menghabiskan ribuan ringgit sepanjang menjalani kes itu.

Mengulas lanjut, Maria berkata, pada Disember 2008, ketiga-tiga kanak-kanak itu sering mengadu mengalami kesakitan di bahagian alat sulit mereka.

Selepas dipujuk ibu bapa, mereka mengakui dicabul dan dirogol beberapa kali oleh bapa saudara mereka.

Berang dengan tindakan itu, beliau dan ibu bapa mangsa yang dirogol membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya suspek dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dan diarah tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwa.

Sekolah Hamil Melaka Hampir Penuh. Hebat Remaja Malaysia (Melayu)!!!!

Posted: 10 May 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:
15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan

[BH] JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.

Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.

Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

"Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa," katanya.
 
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.

SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.
 
 P/s: Tak tahu nak komen apa!

Isteri Miang Nyaris Terkena Tembakan Suami Berang

Posted: 10 May 2011 05:10 PM PDT


Saya petik:
[BH] KOTA KINABALU: Akibat terlalu marah selepas melihat isterinya menaiki kereta dengan seorang lelaki, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan ke arah kereta berkenaan, di Kilometer 25, Jalan Kota Kinabalu-Papar, di Kinarut, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal berusia 30-an itu dipercayai melepaskan tembakan dengan menggunakan pistol dan mengenai badan kereta itu. 

Bagaimanapun, isterinya berusia lewat 20-an dan lelaki, dipercayai teman lelaki isterinya yang juga anggota PGA bertugas di Tawau tidak cedera.  

Sebelum kejadian, suspek dipercayai menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari Markas PGA di Kinarut selepas selesai bertugas syif malam.

Ketika melalui jalan berkenaan, suspek dipercayai terserempak dengan isterinya yang memandu kereta Proton Waja bersama lelaki terbabit yang duduk di tempat duduk bahagian depan.

Suspek kemudian membuat pusingan 'U' dan mengejar kereta berkenaan sebelum dipercayai mengarahkan isterinya memberhentikan kereta.

Bagaimanapun, isteri suspek memecut kereta ke arah bandar raya ini, menyebabkan suspek berang lalu mengejarnya sebelum dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan.
 
Isterinya kemudian memandu ke Balai Polis Kinarut, sebelum membuat laporan polis. Tidak lama selepas itu, suspek turut tiba di balai polis berkenaan untuk membuat laporan polis sebelum menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata polis merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan suspek untuk melepaskan tembakan dan menahan suspek.
 
P/s: Macam-macam


Ajijoi

Ajijoi


Kemana perginya subsidi yang dijimat?

Posted: 11 May 2011 04:34 AM PDT

Oleh Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia

Harga gula sekali lagi dinaikkan semalam. Regim penguasa cuba mengelirukan rakyat dengan tidak menggunakan perkataan naik harga sebaliknya penyelarasan.

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Kenaikan harga gula kali ini kerana regim sudah tidak mampu mengeluarkan RM116.6juta sebagai tanggungjawab memberikan subsidi kepada rakyat.

Langkah sedikit — demi sedikit ini adalah untuk melalikan rakyat agar sehingga satu tahap nanti rakyat akan terbiasa dengan harga pasaran terbuka. Rakyat akan hanyut dalam pasaran terbuka dunia kerana regim sudah tidak mampu melindungi rakyat.

Ini diakui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, yang mengatakan dalam kenyataan pengumuman kenaikan harga gula dengan mengatakan langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Seperti biasa teknik yang sama "membodohkan rakyat" ialah dengan membandingkan dengan negara jiran. Walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Dalam satu lagi kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita dan dilaporkan oleh beberapa agensi pemberitaan tempatan.

Selepas ini juga pasti akan ada Kutbah Jumaat yang bertajuk "kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"

Persoalan

Industri gula ini telah menjadi industri yang dimonopoli oleh kelompok kroni tertentu yang rapat dengan regim. SAMM mendesak agar industri gula ini dibuka dari dimonopoli kelompok tertentu sahaja yang walau apa pun berlaku mereka tetap kaya dan untung.

Persoalan penting kini ialah regim boleh mengumumkan kenaikan tetapi peniaga kecil pasti akan terhimpit dengan kenaikan dan jika menaikkan harga terpaksa berdepan tindakan termasuk saman dari pihak regim yang akhirnya menguntungkan regim lagi dengan berjaya mengutip duit saman. Ini memberi makna regim melindungi kelompok peniaga korporat besar tetapi yang kecil marhaenis akan menjadi kambing hitam untuk disalahkan kerana menaikkan harga dan terus ditindas.

Kedua subsidi untuk mengawal harga sememangnya hak rakyat negara ini. Semangat ini terbina lama kerana ia sebahagian semangat apabila regim menggali dan mengaut keuntungan negara seperti petrolium dan rakyat dipulangkan hak mereka dalam negara yang dianugerah hasil bumi tuhan ini dalam bentuk subsidi.

Namun mutaakhir ini oleh kerana pengurusan negara yang lemah serta membazir, rasuah yang berleluasa dan ketirisan yang melampau maka negara kekurangan wang sebagai tindak balas regim melihat subsidi rakyat sebagai cara paling mudah untuk menampung kelemahan urustadbir mereka.

Bagi kenaikan kali ini, regim hanya boleh menjimatkan RM 116.6 juta sahaja. Apalah nilai ini jika dibandingkan dengan kes - kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan (itu belum masuk yang belum terbongkar). Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat.

Persoalan ke tiga ke mana wang penjimatan subsidi ini disalurkan.

Masih terngiang lagi ditelinga ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia negara dilanda kenaikan harga minyak yang antara tertinggi dalam sejarah atas alasan kononya untuk memperbaiki taraf pengangkutan awam.

Yang pasti harga minyak naik, wang subsidi kerajaan "selamatkan" juga telah habis tetapi pengangkutan awam meningkatkah tarafnya.... siapa biasa menggunakan komuter pasti paham derita ketika masa kemuncak bersesak dengan warga perbagai negara dengan perbagai bau serta aroma.

Isu kenaikan ini isu besar, regim cuba mengalihkan kegagalan pengurusan ekonomi kepada rakyat. Jika rakyat terus tergula dan akhirnya lali dengan kenaikan ini maka rakyat akan diserahkan terus terdedah ke pasaran harga terbuka. Ketika itu peranan regim kutip cukai dan sebagainya tetapi rakyat tak dilindungi untuk disembelih oleh sistem kapitalis dunia yang kejam.

SAMM menggesa seluruh rakyat supaya bangkit segera sebelum terlambat!


"Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala" - Sultan Kelantan

Posted: 11 May 2011 04:25 AM PDT

Sultan Yang Prihatin

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV.Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah"Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soalkekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnyaserta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Ulasan GB

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya....

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang nih.

Singapura perlu ramaikan menteri Islam

Posted: 11 May 2011 02:26 AM PDT


KENYATAAN MEDIA

LAJNAH ANTARABANGSA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


7 JAMADIL AKHIR 1432/11 MEI 2011


SINGAPURA PERLU RAMAIKAN MENTERI ISLAM


Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong diatas kejayaan partinya mempertahankan kerusinya pada pilihanraya negaranya tempohari. Walaupun peratus undi yang diperolehi partinya PAP hanya 60 peratus, yakni merosot teruk sejak Singapura merdeka, namun mereka masih dapat mengekalkan majoriti kerusi mereka iaitu 81 daripada 87 yang dipertandingkan.


Pilihanraya Singapura baru-baru ini telah memperlihatkan kebangkitan rakyat Singapura yang mahukan perubahan dan berani menyuarakan isihati mereka dengan menghadiri majlis-majlis kempen pembangkang sehingga Berjaya menumpangkan beberapa menteri kanan.


Bagi pihak LA DPPP, harapan yang dianjurkan ialah agar Perdana Menteri Lee akan menunaikan permohonan maafnya secara terbuka kepada rakyat Singapura 3 hari sebelum hari mengundi atas segala permasalahan dan kelemahan kerajaan pimpinannya. Satu tindakan yang perlu dipuji kerana berani bertanggungjawap dan mengakui kelemahan dan kesilapan kerajaan dibawah pimpinannya.


LA DPPP juga berharap Perdana Menteri Lee mengotai janjinya kepada umat Islam Singapura untuk memperbaiki taraf hidup dan kebajikan umat Islam di Singapura. Lantaran itu LA DPPP berharap Perdana Menteri Lee akan melantik lebih ramai Menteri-menteri dari kalangan umat Islam berbanding sesi yang lalu di mana beliau hanya mempunyai seorang menteri penuh Islam iaitu Dr Ibrahim Yaacob. LA DPPP yakin dengan perlantikan lebih ramai menteri Islam, nasib dan kebajikan umat melayu dan Islam di Singapura akan lebih terbela dan terjaga. Disamping itu juga, ianya akan meningkatkan lagi tahap keprihatinan politik dikalangan orang Melayu dan Islam yang dilihat kurang prihatin terhadap isu semasa dan politik di Singapura. LA DPPP yakin dengan kebolehan dan pencapaian umat Islam di Singapura mampu untuk memenuhi kabinet Singapura hatta sebagai menteri kanan seperti Menteri Luar Negara yang dilihat tiada calon yang dilihat sesuai.


RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB

Pengerusi

Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Pusat

Takziah buat Kartika, Tahniah buat Unit Amal

Posted: 10 May 2011 05:01 PM PDT

Arif Sha'arani - Pengarah Jabatan Amal Perak



Kenyataan Media (10 Mei 2011)

ANAK KARTIKA: TAHNIAH JABATAN AMAL PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merakamkan ucapan takziah kepada Kartika Sari Dewi Sukarno di atas kembalinya kerahmatullah anak sulungnya Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9 tahun yang berjaya ditemui terapung di Sungai Perak dekat pengenapan inap desa milik keluarga mereka di Kampung Jawang, Karai, Sungai Siput awal pagi semalam.


DPPN Pk juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota Jabatan Amal Negeri Perak yang telah berjaya menemui mayat anak sulung Kartika sekitar jam 2.33 pagi, 1 kilometer dari tempat kejadian. DPPN Pk juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Penyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis DiRaja Malaysia, Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung berhampiran.


Bagi DPPN Pk, usaha dan kejayaan Jabatan Amal membantu sehingga berjayanya menjumpai jenazah Allahyarham pagi kelmarin adalah satu usaha dan gerakerja yang perlu dicontohi dan diazami bersama. Aadalah diharapkan semoga Jabatan Amal akan meneruskan usaha bakti dan kebajikan kepada umum.






DR RAJA AHMAD AL-HISS

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



ajijoi ~ Sebuah lagi episod yang tidak disiarkan media utama. Namun begitu, bukanlah matlamat Unit Amal ditubuhkan untuk mendapat pengiktirafan mahupun puji-pujian daripada orang ramai. Khidmat dan amal mereka hanyalah ikhlas kerana Allah.


Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Pas Ganti Umno' Peringkat Negeri Perak

Posted: 10 May 2011 04:33 PM PDT

IPOH – Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kini gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan UMNO selaku kuasa politik utama orang melayu di negara ini bagaikan angin yang sedang bertiup kencang.


Justeru PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai himpunan kebangkitan rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak pada 14-15 Mei 2011 di zon utara Perak iaitu di Padang Rengas dan 28-29 Mei 2011 di zon Selatan Perak iaitu di Pasir Salak, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, PAS Perak akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO ini dengan bersungguh dan penuh komitmen agar program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan jayanya..

Beliau juga menyatakan, program besar- besaran PAS ganti UMNO ini adalah antara usaha PAS Perak untuk kembali memerintah negeri Perak sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kes rampasan kuasa secara zalim oleh UMNO BN ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas PRU 12 selama 11 bulan.

Setiausaha PAS Perak itu juga menyatakan, PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.


Memetik ucapan beliau,

''Kita berhasrat dan memang berniat untuk mengambil semula pemerintahan negeri Perak, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang rancak dijalankan untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

" Oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menawan hati rakyat, kita mendokong penuh program yang disarankan diperingkat PAS Pusat iaitu program "PAS Ganti Umno", dan kita akan jayakannya di peringkat negeri Perak.

Menurutnya lagi, kejayaan Himpunan PAS ganti UMNO di pantai timur tanah air menyebabkan pemimpin Umno akur melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun untuk menyatakan aspirasi mereka menyokong perjuangan PAS.

Justeru Ijtima' PAS Ganti UMNO adalah manifestasi perjuangan yang sekian lama dilaungkan oleh PAS dalam usaha menggantikan UMNO dalam penguasaan politik negara, ia juga merupakan matlamat utama parti mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil mengikut lunas-lunas Islam. Rakyat pasti akan lebih terbela masa depannya, manakala negara akan lebih stabil dalam semua aspek pembangunan sekiranya PAS berpeluang menggantikan UMNO yang sudah lama pincang dengan amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, menzalimi hak rakyat, budaya fitnah dan beribu penyelewengan lagi.