Rabu, 4 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Misteri Huruf O

Posted: 04 May 2011 10:47 PM PDT

Santai


Di Amarika Obama semakin popular kerana berjaya membunuh Osama
Di Malaysia ,jam yang paling popular ialah Omega

Cari N3 lama-lama disini

Info Berguna Untuk Blogger Baru

Posted: 04 May 2011 04:01 PM PDT

Komputer

Assalamualaikum dan salam blogger.

Dalam kita dok blogwalking terkadang kita akan terjumpa dengan blog yang menarik minat kita. Jadi jika kita seorang blogger sudah tentu kita akan buat keputusan untuk memollow blog tu kan. Dan seperti biasa juga kita sebagai masyarakat yang berbudi bahasa mungkin ada diantara kita yang teringin difollow oleh blog yang telah kita follow tadi. Kalau tak follow balik pun sekurang-kurang orang nak la datang melawat blog kita. Tapi tunggu punya tunggu member tak nak pun follow dan mungkin langsung tak datang melawat blog kita. Mungkin kita sedikit terasa.. mungkin juga kita terfikir bahawa blog kita ini tak istimewa kan sampai orang tak sudi nak follow atau nak datang menjenguk.

Ok.. apa yang aku nak bincangkan disini kadang-kadang bukanlah kerana blog kita tu tak cukup bagus, Tapi orang tak follow atau tak masuk ke blog kita hanya kerana kesilapan teknikal kita yang kecil saja. Kita ni bukan apa.. cuma bimbang orang kata kita sombong jer bila kita tak follow blog member yang dah follow kita tu.. macam kita ni best sangat la pulak .. orang dah follow kita tapi kita buat derk jer..

Benda ni sering berlaku terutamanya kepada blogger-blogger baru. Kesilapannya ialah mereka terlupa atau tak tahu sangat macam mana nak setting profile blog mereka yang mengakibatkan sesiapa yang mereka follow tak dapat nak trace blog mereka semula.

Sebagai contoh kat bawah ni.. ada 2 orang follower blog ni yang satunya dah edit profile dia dan yang satu lagi tak. Jadi yang pertama tu kita dapat mengecces blog mereka dan yang kedua tu tak dapek den nak nolong.


Image 1


Image 2

Jadi macam mana kita nak mengatasi masalah ni? Ok.. Aku malas nak taip banyak-banyak. kita terus ke step yang pertama.

1- Sign in blog korang
2- Pastikan korang berada dipage "Dashboard"
3- Sekarang korang klik pada "Edit Profile"



4- Cari "Homepage URL" dan masukan URL/link blog korang. (macam image kat bawah ni)


Klik pada image untuk besarkan

5- Dah selesai tapi jangan lupa klik "SAVE PROFILE" sebelum keluar.

Ok dah.. semoga bermanfaat.. wassalam.

Eh.. jap.. ada satu cara lagi. kalau dah ajar macam kat atas ni pun korang x faham lagi, korang boleh tinggalkan url dan pesanan pada shoutbox blog yang korang follow tu. (itupun kalau dia ada shoutbox la). Contohnya macam kat bawah ni.



Name: Letak la nama blog korang
e-mail/Url : http://blogkorang.blogspot.com
Message : Tolong la follow aku balik.. kesian la kat aku.. asyik aku jer follow korang... kah..kah..kah..kah..

Wassalam.
Sumber: MySifu

Cari N3 lama-lama disini

Minyak Naik Lagi(Rakyat Di dahulukan)

Posted: 04 May 2011 09:16 AM PDT

Isu Semasa

 Sebagai bukti tanda kerajaan perihatin dengan slogan "Rakyat didahulukan " bermula jam 12.00 tadi harga bagi RON 97 akan dijual dengan harga 2.90 selitar berbanding bulan lalu RM 2.70.
Ini bermakna kenaikan 20 cen dalam tempoh sebulan.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred
ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
http://www.mohamadazhan.com/2011/05/minyak-naik-lagi-rakyat-naik-basikal.html
Rakyat didahulukan maknanya kalau ada apa-apa yang tak baik rakyat yang kena  tangung dulu.
Cari N3 lama-lama disini

Komen Pyan Habib Mencuit Hati

Posted: 04 May 2011 08:16 AM PDT

Isu Semasa

Cuba anda baca komen Pyan Habib berkenaan dengan kes sumpah laknat video lucah baru-baru ini.

GUNA al-Quran bersumpah laknat. Bersumpah laknat dalam masjid. Dalam masjid pakai baju kalis peluru. Pakai baju kali peluru kerana takut mati? Tidak percayakah Allah Maha Pelindung yang menghidup dan mematikan? Ceh, gua tidak terfikir langsung dalam rumah Allah ada makhluk berjaket kalis peluru kerana takut mati!

-ijoks2009-
Sumpah laknat berani tapi takut mati.

Cari N3 lama-lama disini

Adakah Benar Ini Mayat Osama ?

Posted: 04 May 2011 07:18 AM PDT

Isu Semasa

Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ...

... might be a photo that was floating around the internet for the last few months!
And it appears to be photoshopped!
Here is the real Osama from about 15 years ago.


Now flip it left to right...

And compare the lower half with today's photo of the dead 'Osama'!
There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.
Did Obama just fall for a dirty trick by Pakistan's ISI? Inquiring minds want to know! :)

whatreallyhappened.com


-ijoks2009-

Nampak sangat menipunya,takkanlah orang yang meninggal dan yang masih hidup sama je mimik mukanya.Pendapat saya Amarika sengaja mahu tutup malu sebab sampai ke hari ini masih tidak dapat jumpa OsamaBen Laden yang diburu.walaupun dan banyak usaha yang dilakukan tapi masih tak jumpa ,cara paling mudah ialah tutup kes dengan buat berita palsu.


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Eskay kaki putaq bhg 2 : Pembohongan semakin terserlah - Rafizi

Posted: 04 May 2011 11:13 PM PDT

Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.

"Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.

"Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.

"Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com.

Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar.

Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan.

"Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat.

"Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah.

"Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini.

"Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah.

" Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya.

Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,"

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini.

Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China.

Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara

Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari

Posted: 04 May 2011 09:34 PM PDT

Abdul Rahim Sabri
NONEPensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. -  malaysiakini

Eskay gagal dapat RM20 juta dari Merong Mahawangsa

Posted: 04 May 2011 08:26 PM PDT

By Yow Hong Chieh
May 05, 2011


KUALA LUMPUR, 5 Mei —  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang "Datuk T" dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Pengkhianat Islam - Utusan

Posted: 04 May 2011 07:40 PM PDT

Mufti Perlis menyatakan kekecewaannya terhadap sikap PAS yang disifatkannya "terlalu angkuh" untuk menerima ajakan Umno untuk duduk semeja.

Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka.

"(Saya) kecewa dengan PAS terlalu angkuh nak terima ajakan Umno hendak duduk semeja. Najib sudah jelaskan jemputan (secara) terbuka.

"PAS parti besar, (mereka) tidak patut tenggelam dalam nostalgia dan emosi lama," katanya.

Melalui SMS kepada Malaysiakini daripada Arab Saudi semalam, Mufti termuda di Malaysia itu juga berkata golongan ulama bersedia menjadi pemudahcara dalam program pertemuan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Menjelaskan lanjut kepada Malaysiakini pada hari yang sama, Dr Juanda menjelaskan gesaan penyatuan yang diutarakannya bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya, menurut Juanda, ia merupakan penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara, antaranya dengan kurang memaki sesama sendiri dan kurang politiking.

Najib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kenyataan yang dianggap sebagai pelawaan itu bagaimanapun ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ps: sejarah mengajar kita erti hidup!
 

Simpati Pakatan Perak mula pudar?

Posted: 04 May 2011 06:56 PM PDT

Sentimen simpati Pakatan Perak pasca-Februari '09 mula pudar
Oleh Shannon TeohMay 05, 2011


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Sentimen marah di kalangan rakyat berhubung tindakan Barisan Nasional (BN), yang didakwa merampas kerajaan negeri Perak awal 2009, kelihatan mula pudar dengan kajian terbaru menunjukkan bilangan kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat (PR) merosot.

Bilangan kerusi boleh dikuasai PR jika pilihan raya diadakan sekarang hanya sekitar 33 berbanding 40 kerusi yang diramalkan sejurus selepas krisis politik Februari 2009.

Kajian pendapat umum yand dikendalikan PR sejurus selepas peristiwa Februari 2009 menunjukkan perikatan tiga parti itu boleh menyapu sehingga 40 kerusi ataupun majoriti dua pertiga daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

BN memiliki 28 kerusi sekarang dan mempunyai sokongan empat Adun yang mesra perikatan itu selepas keluar komponen PR.

Bagaimanapun kajian yang sama, yang diadakan PR Perak awal tahun ini menunjukkan ia hanya boleh memenangi 33 kerusi jika pilihan raya diadakan sekarang.

"Sentimen sangat tinggi pada 2009. Sejak itu orang ramai sudah mula bertenang," kata Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kepada The Malaysian Insider.

PR memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan seorang wakil rakyat DAP keluar parti menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PR tumbang.

Pada Jun lalu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, juga meninggalkan DAP, untuk menjadi wakil rakyat mesra BN.

Justeru, BN mempunyai kekuatan 32 anggota berbanding 27 wakil PR.

Ngeh juga berkata, maklum balas peribadi daripada pengundi-pengundi Perak menunjukkan mereka kurang berminat dengan isu pengambilalihan kuasa dan mahukan kedua-dua perikatan berkhidmat kepada rakyat.

"Selepas kami mengadakan mogok lapar pada Mei dan mencabar kesahihan kerajaan negeri BN pada beberapa sidang (Dewan Undangan Negeri), orang ramai mula memberitahu kami bahawa mereka menerima mesej dan sudah tiba masa bagi kami untuk bergerak ke depan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.

Dengan momentum kelihatan beralih kepada BN, Ngeh berkata, PR kemungkinan cuba menimbulkan balik isu ini ketika pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, pihaknya juga telah bersetuju untuk mengekakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar jika PR memperoleh kerusi terbanyak.

"Satu persoalan yang pengundi-pengundi Perak mesti putuskan ialah MB yang mereka inginkan?" katanya lagi - TMI

Sah kaki putaq alam : Eskay nafi tuduh DSAI terlibat dalam video seks

Posted: 04 May 2011 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor Tv Selangor.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Undilah Barisan Nasional : RON 97 naik lagi ... hidup Najib hahaha

Posted: 04 May 2011 04:26 AM PDT

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. - malaysiakini

Rosmah bawa 'bencana' pada Najib

Posted: 04 May 2011 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan belanja yang ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat dalam menampung perbelanjaan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki.

Beliau mengulas berita lawatan Rosmah selama tiga hari ke negara berkenaan dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Delegasi itu dilaporkan turut disertai 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.

"Kita sudah membangkitkan banyak kali tentang isu ini sebelum ini apabila Rosmah melancong ke luar negara mengguna wang rakyat, tetapi isu yang lama masih belum dijawab.

"Kerajaan masih belum lagi menjawab tentang peranan Rosmah dalam mengetuai delegasi dan mewakili kerajaan serta perbelanjaan yang ditanggung ketika ke luar negara bila kita bangkitkan di parlimen," ujar beliau yang turut mempersoalkan faedah daripada lawatan Rosmah itu kepada rakyat Malaysia.

Justeru it, Zuraida menyifatkan Rosmah, yang menggelar dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia, 'membawa bencana' kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita melihat Najib gagal melaksanakan tanggungjawab terrutama bila gagal mengawal isterinya. Bila dia gagal mengawal isterinya, maka Najib juga tidak bertanggungjawab terhadap rakyat. Saya cuma merasakan ia satu bencana bagi Najib.

"Kita sudah berulangkali meminta Najib supaya menasihati isterinya, tetapi dia masih gagal berbuat demikian," ujarnya.

Rosmah yang mempunyai pejabatnya dan divisyen sendiri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini menerima kecaman keras kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Malaysia.

Tindakan itu dikatakan menghina perlembagaan dan menderhaka kepada Yang dipertuan Agung, kerana gelaran itu hanya layak digunakan Permaisuri Agung.

Beliau juga dikritik hebat atas sikap borosnya membelanjakan wang kerajaan dan sewenang mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dengan mengambil alih tugas menteri, terutama dalam urusan hubungan diplomatik.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negeri seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman - Kea

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan terima wang dipulangkan warga emas

Posted: 04 May 2011 01:38 AM PDT

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan UMNO ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada UMNO secepat mungkin," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini. - BERNAMA

DS Nizar selar Mufti Perlis Dr. Juanda

Posted: 03 May 2011 11:57 PM PDT

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.

"Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma' ulama' disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?

"Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?," soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.

Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.

Nizar menegaskan, "Perkembar adalah parti perkauman!"

Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

"Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno," ujar beliau.

Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai."

Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.

"Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu," kata Juanda.

Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. - FMT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?

Posted: 04 May 2011 09:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

PORTAL UMNO REFORM PUN RAGU-RAGU DENGAN CERITA ESKAY

Posted: 04 May 2011 12:42 PM PDT

Datuk Eskay Pembohong?

Datuk Eskay pembohong - merujuk mengenai wanita Cina itu dalam video lucah Carcosa.

Saya semakin terhambat untuk menjawab di kalangan rakan-rakan saya mengenai perbualan dan perbincangan saya dengan Datuk Eskay dan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb Mar 2011 dan apa yang dilaporkan oleh mereka dalam kenyataan media dan baru-baru ini di dalam artikel Eskay denies hiring woman in sex video http://www.malaysiakini.com/news/163229.

Semakin banyak kenyataan mereka semakin saya mempersoalkan apa cerita sebenarnya. Banyak yang berbeza dari apa yang diberitahu oleh mereka kepada saya sehingga isu wanita Cina yang dimaklumkan itu juga mempunyai kontradiksi. Saya tidak membicarakan mengenai siapa pelaku dalam video itu. Jawapannya mungkin ada pada pihak polis tetapi untuk saya jawapan mengenai sama ada saya percaya atau tidak adalah seperti berikut - Sekiranya kita mencari perbezaan dalam video itu maka perbezaan akan nampak di mata kita, dan sekiranya kita mencari persamaan maka kita akan jumpa persamaan. Dalam kita masih boleh membahaskan persamaan dan perbezaan maka akan timbul kecurigaan dan ketidaktentuan. Selagi kedua-dua perbezaan dan persamaan ada maka kita tidak akan dapat kepastian. Dengan ketidakpastian ini maka kita sepatutnya tidak membuat spekulasi.

Berbalik dalam isu wanita Cina itu – Datuk Eskay menafikan bahawa beliau yang melanggan "hire" wanita itu. Dari perbualan sebelum ini dan disaksikan oleh kami yang hadir mendengar penjelasan mengenai wanita itu – Datuk Eskay MEMAKLUMKAN bahawa beliau menyimpan wanita itu untuk keterangan. Katanya 'yes Tan Sri' we have that girl mana tau ada keperluan, bagi menjawab soalan di mana wanita itu sekarang.

Itu adalah kenyataan beliau yang bagi saya mengambil makna bahawa – wanita itu terus disimpan untuk kenyataan atau tujuan pengesahan kelak dan Rahim Thamby Chik mengambil maklum. Hari ini dalam www.malaysiakini.com, Dato Eskay menafikan bahawa beliau telah melanggan wanita itu untuk si pelaku dalam video tersebut. Dari apa yang difahamkan oleh Datuk Eskay – pada malam itu, wanita itu ada di bawah simpanan/kawalan mereka kerana mahu menjadikan wanita itu kemungkinan saksi sekiranya perlu.

Datuk Eskay sewaktu memberi penerangan itu TETAP dalam mengatakan bahawa kejadian itu adalah di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti kenapa percanggahan cerita oleh Datuk Eskay khususnya mengenai Tan Sri rahim Thamby Chik tetapi – beliau mungkin terpaksa mencari jalan terbaik dalam membuat pendedahan lantas terpaksa menipu untuk membolehkan beliau mendedahkan video tersebut.

Ditambah pula Datuk Eskay dalam memberi penerangan – memang mengatakan bahawa wanita itu di sediakan oleh beliau dan hari ini beliau bertaubat – katanya tetapi Anwar Ibrahim tidak – katanya lagi. Sehingga hari ini video lucah Carcosa terus menjadi perdebatan tanpa ada nampak kesudahan./Umno-reform2

KENYATAAN SEPARUH MASAK MUFTI PERLIS DIBIDAS

Posted: 04 May 2011 10:44 AM PDT

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

NONEAhmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

NONE"Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

umno mca chua soi lek najibDalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

NONE"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold..."

"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau dengan jelas./Malaysiakini

VIDEO SEKS - SAYA TIDAK TUDUH ANWAR, KATA ESKAY? PUTARAN 360 DARJAH

Posted: 04 May 2011 01:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini di Malaysiakini, Eskay membuat kenyataan mengelirukan lagi. Eskay berkata, " Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay (Malaysiakini).

Mula-mula dulu dia kata dia terjumpa kamera tersembunyi, dia buka dan terperanjat melihat Anwar melakukan adegan itu. Beliau menjemput beberapa rakannya untuk menonton untuk mengesahkan adakah itu Anwar. Kemudiannya, dijemput beberapa wartawan dan editor akhbar menonton video hitam putih tersebut di Seri Carcosa. Ertinya, beliau mungkin tidak tahu itu adalah Anwar jika tidak menjumpai kamera tersembunyi tersebut.

Kemudian terbaru, beliau di dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian. Pulak dah. Dan, hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi wartawan-wartawan yang telah menontonnya membuat penilaian. Tidak disebut pula oleh Eskay, apakah penilaian wartawan itu semua? Adakah kita mendengar mana-mana wartawan yang mengesahkan lelaki itu adalah Anwar? Yang ada kita dengar, beberapa orang yang menontonnya menafikan dan tidak percaya itu adalah Anwar.

Cukuplah Eskay, banyak keterangannya yang berputar 360 darjah. Mungkin Zul Kulim yang percaya 110 % cerita putaran 360 darjah ini. Diberitakan beliau dipanggil Polis untuk siasat tentang kejadian sumpah laknat di dalam masjid. Bagaimana dengan kes menayangkan video lucah? Jangan dilupakan sudahlah./wfauzdin.blogspot.com

PERCATURAN SILAP UNTUK JATUHKAN ANWAR

Posted: 04 May 2011 12:37 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak. Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di'telanjangkan' rakyat akan menolak Anwar.

Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan Umno-BN. Mahathir ketika menerajui Umno-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.

Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN. Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu. Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.

Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib Umno-BN. Amarah rakyat kepada Umno-BN macam 'api dalam sekam'. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong Umno-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini. Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, Umno-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua. Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.

Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak Umno-BN dalam apa jua keadaan. Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang. Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan Umno-BN dihentikan.

Kezaliman Umno-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik Umno-BN diranapkan. Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat. Silap catur Umno-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat./Anwaribrahim.blog