Rabu, 4 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?

Posted: 04 May 2011 09:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

PORTAL UMNO REFORM PUN RAGU-RAGU DENGAN CERITA ESKAY

Posted: 04 May 2011 12:42 PM PDT

Datuk Eskay Pembohong?

Datuk Eskay pembohong - merujuk mengenai wanita Cina itu dalam video lucah Carcosa.

Saya semakin terhambat untuk menjawab di kalangan rakan-rakan saya mengenai perbualan dan perbincangan saya dengan Datuk Eskay dan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb Mar 2011 dan apa yang dilaporkan oleh mereka dalam kenyataan media dan baru-baru ini di dalam artikel Eskay denies hiring woman in sex video http://www.malaysiakini.com/news/163229.

Semakin banyak kenyataan mereka semakin saya mempersoalkan apa cerita sebenarnya. Banyak yang berbeza dari apa yang diberitahu oleh mereka kepada saya sehingga isu wanita Cina yang dimaklumkan itu juga mempunyai kontradiksi. Saya tidak membicarakan mengenai siapa pelaku dalam video itu. Jawapannya mungkin ada pada pihak polis tetapi untuk saya jawapan mengenai sama ada saya percaya atau tidak adalah seperti berikut - Sekiranya kita mencari perbezaan dalam video itu maka perbezaan akan nampak di mata kita, dan sekiranya kita mencari persamaan maka kita akan jumpa persamaan. Dalam kita masih boleh membahaskan persamaan dan perbezaan maka akan timbul kecurigaan dan ketidaktentuan. Selagi kedua-dua perbezaan dan persamaan ada maka kita tidak akan dapat kepastian. Dengan ketidakpastian ini maka kita sepatutnya tidak membuat spekulasi.

Berbalik dalam isu wanita Cina itu – Datuk Eskay menafikan bahawa beliau yang melanggan "hire" wanita itu. Dari perbualan sebelum ini dan disaksikan oleh kami yang hadir mendengar penjelasan mengenai wanita itu – Datuk Eskay MEMAKLUMKAN bahawa beliau menyimpan wanita itu untuk keterangan. Katanya 'yes Tan Sri' we have that girl mana tau ada keperluan, bagi menjawab soalan di mana wanita itu sekarang.

Itu adalah kenyataan beliau yang bagi saya mengambil makna bahawa – wanita itu terus disimpan untuk kenyataan atau tujuan pengesahan kelak dan Rahim Thamby Chik mengambil maklum. Hari ini dalam www.malaysiakini.com, Dato Eskay menafikan bahawa beliau telah melanggan wanita itu untuk si pelaku dalam video tersebut. Dari apa yang difahamkan oleh Datuk Eskay – pada malam itu, wanita itu ada di bawah simpanan/kawalan mereka kerana mahu menjadikan wanita itu kemungkinan saksi sekiranya perlu.

Datuk Eskay sewaktu memberi penerangan itu TETAP dalam mengatakan bahawa kejadian itu adalah di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti kenapa percanggahan cerita oleh Datuk Eskay khususnya mengenai Tan Sri rahim Thamby Chik tetapi – beliau mungkin terpaksa mencari jalan terbaik dalam membuat pendedahan lantas terpaksa menipu untuk membolehkan beliau mendedahkan video tersebut.

Ditambah pula Datuk Eskay dalam memberi penerangan – memang mengatakan bahawa wanita itu di sediakan oleh beliau dan hari ini beliau bertaubat – katanya tetapi Anwar Ibrahim tidak – katanya lagi. Sehingga hari ini video lucah Carcosa terus menjadi perdebatan tanpa ada nampak kesudahan./Umno-reform2

KENYATAAN SEPARUH MASAK MUFTI PERLIS DIBIDAS

Posted: 04 May 2011 10:44 AM PDT

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

NONEAhmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

NONE"Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

umno mca chua soi lek najibDalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

NONE"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold..."

"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau dengan jelas./Malaysiakini

VIDEO SEKS - SAYA TIDAK TUDUH ANWAR, KATA ESKAY? PUTARAN 360 DARJAH

Posted: 04 May 2011 01:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini di Malaysiakini, Eskay membuat kenyataan mengelirukan lagi. Eskay berkata, " Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay (Malaysiakini).

Mula-mula dulu dia kata dia terjumpa kamera tersembunyi, dia buka dan terperanjat melihat Anwar melakukan adegan itu. Beliau menjemput beberapa rakannya untuk menonton untuk mengesahkan adakah itu Anwar. Kemudiannya, dijemput beberapa wartawan dan editor akhbar menonton video hitam putih tersebut di Seri Carcosa. Ertinya, beliau mungkin tidak tahu itu adalah Anwar jika tidak menjumpai kamera tersembunyi tersebut.

Kemudian terbaru, beliau di dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian. Pulak dah. Dan, hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi wartawan-wartawan yang telah menontonnya membuat penilaian. Tidak disebut pula oleh Eskay, apakah penilaian wartawan itu semua? Adakah kita mendengar mana-mana wartawan yang mengesahkan lelaki itu adalah Anwar? Yang ada kita dengar, beberapa orang yang menontonnya menafikan dan tidak percaya itu adalah Anwar.

Cukuplah Eskay, banyak keterangannya yang berputar 360 darjah. Mungkin Zul Kulim yang percaya 110 % cerita putaran 360 darjah ini. Diberitakan beliau dipanggil Polis untuk siasat tentang kejadian sumpah laknat di dalam masjid. Bagaimana dengan kes menayangkan video lucah? Jangan dilupakan sudahlah./wfauzdin.blogspot.com

PERCATURAN SILAP UNTUK JATUHKAN ANWAR

Posted: 04 May 2011 12:37 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak. Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di'telanjangkan' rakyat akan menolak Anwar.

Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan Umno-BN. Mahathir ketika menerajui Umno-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.

Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN. Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu. Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.

Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib Umno-BN. Amarah rakyat kepada Umno-BN macam 'api dalam sekam'. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong Umno-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini. Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, Umno-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua. Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.

Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak Umno-BN dalam apa jua keadaan. Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang. Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan Umno-BN dihentikan.

Kezaliman Umno-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik Umno-BN diranapkan. Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat. Silap catur Umno-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat./Anwaribrahim.blog

Tiada ulasan: