MIMPI SENJA |
- Eskay kaki putaq bhg 2 : Pembohongan semakin terserlah - Rafizi
- Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari
- Eskay gagal dapat RM20 juta dari Merong Mahawangsa
- Pengkhianat Islam - Utusan
- Simpati Pakatan Perak mula pudar?
- Sah kaki putaq alam : Eskay nafi tuduh DSAI terlibat dalam video seks
- Undilah Barisan Nasional : RON 97 naik lagi ... hidup Najib hahaha
- Rosmah bawa 'bencana' pada Najib
- Kerajaan Pulau Pinang tidak akan terima wang dipulangkan warga emas
- DS Nizar selar Mufti Perlis Dr. Juanda
Eskay kaki putaq bhg 2 : Pembohongan semakin terserlah - Rafizi Posted: 04 May 2011 11:13 PM PDT Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu. "Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang. "Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula. "Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com. Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar. Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan. "Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat. "Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah. "Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. "Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah. " Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya. Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini. Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara |
Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari Posted: 04 May 2011 09:34 PM PDT Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974. "PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. "Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam. "Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya. Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut. "Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti. Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara. "Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya. Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan. Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang. Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. - malaysiakini |
Eskay gagal dapat RM20 juta dari Merong Mahawangsa Posted: 04 May 2011 08:26 PM PDT By Yow Hong Chieh May 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang "Datuk T" dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut. Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka. |
Posted: 04 May 2011 07:40 PM PDT Mufti Perlis menyatakan kekecewaannya terhadap sikap PAS yang disifatkannya "terlalu angkuh" untuk menerima ajakan Umno untuk duduk semeja. Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka. "(Saya) kecewa dengan PAS terlalu angkuh nak terima ajakan Umno hendak duduk semeja. Najib sudah jelaskan jemputan (secara) terbuka. "PAS parti besar, (mereka) tidak patut tenggelam dalam nostalgia dan emosi lama," katanya. Melalui SMS kepada Malaysiakini daripada Arab Saudi semalam, Mufti termuda di Malaysia itu juga berkata golongan ulama bersedia menjadi pemudahcara dalam program pertemuan kedua-dua parti Melayu terbesar itu. Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Menjelaskan lanjut kepada Malaysiakini pada hari yang sama, Dr Juanda menjelaskan gesaan penyatuan yang diutarakannya bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti. Sebaliknya, menurut Juanda, ia merupakan penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara, antaranya dengan kurang memaki sesama sendiri dan kurang politiking. Najib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam. Kenyataan yang dianggap sebagai pelawaan itu bagaimanapun ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. ps: sejarah mengajar kita erti hidup! |
Simpati Pakatan Perak mula pudar? Posted: 04 May 2011 06:56 PM PDT Sentimen simpati Pakatan Perak pasca-Februari '09 mula pudar Oleh Shannon TeohMay 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Mei — Sentimen marah di kalangan rakyat berhubung tindakan Barisan Nasional (BN), yang didakwa merampas kerajaan negeri Perak awal 2009, kelihatan mula pudar dengan kajian terbaru menunjukkan bilangan kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat (PR) merosot. Bilangan kerusi boleh dikuasai PR jika pilihan raya diadakan sekarang hanya sekitar 33 berbanding 40 kerusi yang diramalkan sejurus selepas krisis politik Februari 2009. Kajian pendapat umum yand dikendalikan PR sejurus selepas peristiwa Februari 2009 menunjukkan perikatan tiga parti itu boleh menyapu sehingga 40 kerusi ataupun majoriti dua pertiga daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri. BN memiliki 28 kerusi sekarang dan mempunyai sokongan empat Adun yang mesra perikatan itu selepas keluar komponen PR. Bagaimanapun kajian yang sama, yang diadakan PR Perak awal tahun ini menunjukkan ia hanya boleh memenangi 33 kerusi jika pilihan raya diadakan sekarang. "Sentimen sangat tinggi pada 2009. Sejak itu orang ramai sudah mula bertenang," kata Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kepada The Malaysian Insider. PR memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan seorang wakil rakyat DAP keluar parti menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PR tumbang. Pada Jun lalu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, juga meninggalkan DAP, untuk menjadi wakil rakyat mesra BN. Justeru, BN mempunyai kekuatan 32 anggota berbanding 27 wakil PR. Ngeh juga berkata, maklum balas peribadi daripada pengundi-pengundi Perak menunjukkan mereka kurang berminat dengan isu pengambilalihan kuasa dan mahukan kedua-dua perikatan berkhidmat kepada rakyat. "Selepas kami mengadakan mogok lapar pada Mei dan mencabar kesahihan kerajaan negeri BN pada beberapa sidang (Dewan Undangan Negeri), orang ramai mula memberitahu kami bahawa mereka menerima mesej dan sudah tiba masa bagi kami untuk bergerak ke depan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas. Dengan momentum kelihatan beralih kepada BN, Ngeh berkata, PR kemungkinan cuba menimbulkan balik isu ini ketika pilihan raya umum akan datang. Kata beliau, pihaknya juga telah bersetuju untuk mengekakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar jika PR memperoleh kerusi terbanyak. "Satu persoalan yang pengundi-pengundi Perak mesti putuskan ialah MB yang mereka inginkan?" katanya lagi - TMI |
Sah kaki putaq alam : Eskay nafi tuduh DSAI terlibat dalam video seks Posted: 04 May 2011 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya. Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor Tv Selangor. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi. Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan. Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau. Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=1276 |
Undilah Barisan Nasional : RON 97 naik lagi ... hidup Najib hahaha Posted: 04 May 2011 04:26 AM PDT Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. - malaysiakini |
Rosmah bawa 'bencana' pada Najib Posted: 04 May 2011 01:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan belanja yang ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat dalam menampung perbelanjaan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki. Beliau mengulas berita lawatan Rosmah selama tiga hari ke negara berkenaan dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Delegasi itu dilaporkan turut disertai 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation. "Kita sudah membangkitkan banyak kali tentang isu ini sebelum ini apabila Rosmah melancong ke luar negara mengguna wang rakyat, tetapi isu yang lama masih belum dijawab. "Kerajaan masih belum lagi menjawab tentang peranan Rosmah dalam mengetuai delegasi dan mewakili kerajaan serta perbelanjaan yang ditanggung ketika ke luar negara bila kita bangkitkan di parlimen," ujar beliau yang turut mempersoalkan faedah daripada lawatan Rosmah itu kepada rakyat Malaysia. Justeru it, Zuraida menyifatkan Rosmah, yang menggelar dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia, 'membawa bencana' kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita melihat Najib gagal melaksanakan tanggungjawab terrutama bila gagal mengawal isterinya. Bila dia gagal mengawal isterinya, maka Najib juga tidak bertanggungjawab terhadap rakyat. Saya cuma merasakan ia satu bencana bagi Najib. "Kita sudah berulangkali meminta Najib supaya menasihati isterinya, tetapi dia masih gagal berbuat demikian," ujarnya. Rosmah yang mempunyai pejabatnya dan divisyen sendiri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini menerima kecaman keras kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Malaysia. Tindakan itu dikatakan menghina perlembagaan dan menderhaka kepada Yang dipertuan Agung, kerana gelaran itu hanya layak digunakan Permaisuri Agung. Beliau juga dikritik hebat atas sikap borosnya membelanjakan wang kerajaan dan sewenang mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dengan mengambil alih tugas menteri, terutama dalam urusan hubungan diplomatik. Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negeri seluruh dunia. Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.. Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman - Kea |
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan terima wang dipulangkan warga emas Posted: 04 May 2011 01:38 AM PDT GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan UMNO ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut. "Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada UMNO secepat mungkin," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini. - BERNAMA |
DS Nizar selar Mufti Perlis Dr. Juanda Posted: 03 May 2011 11:57 PM PDT Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam. "Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma' ulama' disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam? "Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?," soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter. Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya. Nizar menegaskan, "Perkembar adalah parti perkauman!" Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. "Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno," ujar beliau. Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai." Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij. "Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu," kata Juanda. Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan