Jumaat, 22 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azab dosa silam - Sperma mati dek 'gadis penyedap'

Posted: 22 Apr 2011 05:42 PM PDT

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.
"Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.
Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.
Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui - myMetro

Perkasa tetap lancar 1Bumiputra walau Mahathir tak setuju

Posted: 22 Apr 2011 05:32 PM PDT

Oleh G ManimaranApril 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 April — Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan "1Bumiputera" — menyahut idea "1Melayu, 1Bumi" disyorkan oleh editor Utusan Malaysia walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini.
"Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera.
"Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya.
Semalam, Dr Mahathir berkata idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka.
"Saya harap ia tidak berlaku... jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik. JIka satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa malapetaka kepada negara," katanya.
Katanya, Perkasa akan melancarkan 1Bumiputera untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik.
Kata Syed Hassan, Perkasa akan meneruskan kempen melancarkan "1Bumiputera" di Kedah pada 30 April ini sebaik sahaja Dr Mahathir meninggalkan majlis kerana menghormati pandangan beliau.
"Tun M, di Kedah nanti, (akan) diberi kebebasan untuk berucap mengikut apa yang beliau rasakan perlu handak sampaikan dalam ucapannya sempena Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah.
"Perkasa percaya apa yang Tun (Mahathir) sampaikan pastinya demi keharmonian penduduk negara ini. Presiden Perkasa akan lancarkan 1Bumiputera secara berasingan sebaik Tun M meninggalkan majlis," katanya sambil menambah, pihaknya berharap semangat "1Bumiputera" menyerapi jiwa semua kaum Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu soal Syed Hassan, apa salah mereka jika hendak menjiwai "1Bumiputera" dan mendakwa Perkasa melihat dengan jelas sekarang kaum Cina menjiwai "1Cina" melalui pertubuhan bukan kerajaan mereka.
"Mereka boleh sehati sejiwa dalam hal-hal kepentingan kaum mereka walau berlainan ideologi politik. Jadi mengapa perlu pertikaikan cadangan Datuk Zaini Hassan dari Utusan dan kini Perkasa menyahut cadangannya?" kata beliau.
Bagaimanapun katanya, Perkasa bukan menolak gagasan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Razak tetapi tapi "masalahnya kaum lain sudah mentafsirkan 1 Malaysia sebagai gagasan kesamarataan yang tidak adil pada kaum Bumiputera."
Syed Hassan juga berkata, Perkasa melancarkan gerakan "1Bumiputera" untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik.
Katanya, walaupun mereka berlainan etnik pribumi tetapi ia dalam status Bumiputera dan tiada masalah berlainan ideologi politik tapi perlu ada kesedaran bersama dalam perkara-perkara kepentingan Bumiputera.
"Masih boleh satu suara atas kepentingan Bumiputera walau terbahagi dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perkasa akur bila sudah terbahagi dalam DUN atau Dewan Rakyat sudah pasti ada percanggahan, namun bila menyentuh kepentingan Bumiputera, ia perlu satu hati bagi semua Adun atau Ahli Parlimen Bumiputera," katanya.
Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang prokerajaan dan propembangkang, kata beliau, mesti bersama-sama apabila hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dibangkitkan.
"Bila mereka boleh bersama dalam hal ini, itulah maknanya kuasa politik Bumiputera masih kekal," katanya lagi.- TMI

KEADILAN Bayan Baru Png, tolong la pi tengok sat, betoi ka macam depa cerita ni?

Posted: 22 Apr 2011 06:57 AM PDT

Nasib penjaja dan peniaga Melayu di negeri ini terus teraniaya diancam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dahulu, gerai-gerai yang didirikan golongan itu di sekitar negeri ini terutama kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguatkuasa negeri apabila diroboh dan diruntuhkan.
Kali ini 18 peniaga van bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru disini pula menjadi mangsa terbaru apabila diarahkan tutup dan berdedardari kawasan tersebut semalam oleh kira-kira 50 penguatkuasa dari MPPP,polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Namun nasib mereka agak baik apabila campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru,Datuk Abdul Rahim Saibu, berjaya berunding dan peniaga dibenarkan terus berniaga.
Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke bahagian perlesenan MPPP di Padang Kota Lama,hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil didakwa untuk memudahkan urusan tersebut.
Namun, seperti menunggu buah yang tidak jatuh, setelah menunggu hampir dua jam di Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, tiada seorang pun pegawai pihak berkuasa tempatan itu datang menguruskan permohonan mereka.
''Nasib kami ini lebih buruk daripada anjing. Sudahlah selalu diganggu MPPP semasa mencari rezeki, kini apa yang dijanji tidak pula ditepati. Macam-macam alasan diberikan. Pengarah mesyuaratlah, tiada dipejabatlah.
''Kami cuba memberi kerjasama dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, tapi ini balasan yang kami dapat. Esok kami tetap berniaga di situ. Jika MPPP datang kami tidak akan tutup van dan tidak beredar dari situ. Apa nak jadi, jadilah," tegas Mohd. Saiful Ammar, 28,
Beliau yang mewakili peniaga di Pantai Queensbay itu berkata,kesemua mereka telah hilang sabar apabila sering kerugian akibat menutup operasi jualan sebaik penguat kuasa MPPP berlegar-legar dikawasan berkenaan.
Jelas Mohd. Saiful, kesemua peniaga Melayu di situ tidak mempunyai pekerjaan lain selain hanya bergantung harap hasil jualan tersebut bagi menampung kehidupan seharian.
''Kami ini bukan kaya dan ada di kalangan kami ibu tunggal. Semuanya ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
''Perbuatan mereka yang tanpa timbang rasa ini makin menyempitkan hidup kami yang telah sedia sempit. Inikah dia contoh pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Menghalau dan menghalang rakyat mencari rezeki,"katanya yang telah empat tahun berniaga di kawasan itu.
Mohd. Syukri Ramli, 40, pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu semakin keterlaluan apabila peniaga yang menjual barang permainan sepertinya juga turut mengalami nasib serupa.
''Mereka kata peniaga makanan ganggu lalu lintas dan menyebabkan kawasan itu kotor. Itu sebab tindakan diambil. Tetapi bagaimana pula dengan saya yang hanya menjual layang-layang. Mereka tetap ambil tindakan.
''Sebenarnya, apa yang mereka kata hanya satu alasan semata-mata.Sepanjang berniaga di sini, tiada rungutan atau aduan kami terima kata kawasan itu kotor.
''Justeru, kami berharap dapat dibenarkan terus berniaga di kawasan ini. Tidak kira walaupun kena menyewa gerai dari mereka, kami sanggup.Berilah kerjasama. Suruh kami datang, tapi tiada sebarang keputusan muktamad dapat dicapai," katanya.

Dipetik daripada panggungopera.blogspot

STONE :  Aku tak mau komen apa-apa lagi sebab tak tau hal sebenar. Mungkin puak-puak ni berniaga tak dak lesen pun ya juga, padan la penguatkuasa MPPP kacau. Tapi PENGUATKUASA MPSJ (Subang Jaya) memang baik hati.
Aku duk Equine Park ni dah 7 tahun lebih. Tiap-tiap hari nak keluar pi kerja balik kerja mesti melalui pekan Sri Kembangan. Berhampiran pasar adalah tempat yang paling sibuk. Sebab apa yang jadi sibuk dan sesak? Peniaga-peniaga disana (kebanyakan penjual buah-buahan) menggunakan sebahagian daripada tempat letak kereta untuk mendirikan gerai mereka.
Di waktu pagi sewaktu keluar kerja lebih teruk lagi, jalan yang asalnya dua lorong dah tinggal selorong, kerana satu lorong dah dijadikan "parking" sebab "parking" asal dah didirikan gerai buah-buahan ..... Aku pasti MPAJ sedar akan perkara ini .... tapi sehingga ke hari ini keadaannya tetap sama. MANA PENGUATKUASA MPAJ?
Sebuah kedai eletrik di hadapan CIMB/RHB senang-senang saja  menggunakan lot-lot parking dihadapan kedainya sebagai tempat pameran peralatan eletriki jualan nya. MPAJ pi mana. Tak kan BUTA kot?  ...
Jangan cerita pasal letak kereta la. Depa letak kereta ni, macam jalan mak bapak depa yang punya.
Apakah semua ini dengan pertolongan ADUN Sri Kembangan?
YB Teo, tolong tengok-tengok kan lah. Nak berniaga tu berniaga lah tapi jangan nak susahkan pengguna jalanraya.
Ini bukan nak cakap bab perkauman tapi undang2.

Majlis Fatwa Kebangsaan kata tarian Poco-Poco OK

Posted: 22 Apr 2011 06:44 AM PDT

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.
"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.
Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.
"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.
"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.
Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.
"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.
Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - BERNAMA

Syed Mokhtar kuasai Pos Malaysia

Posted: 22 Apr 2011 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.
DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.
Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.
"Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.
Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.
Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.
Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.
DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.
Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan. - TMI

Di sini mencela, di sana merayu

Posted: 22 Apr 2011 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.
Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti 'tidak mengenang jasa' dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

           
            (Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Utusan turut menyeru kerajaan BN Sarawak tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum Tionghua di dalam kabinetnya.
Bahkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut serta memainkan sentimen yang sama dengan menuduh DAP telah berjaya memisahkan kaum Tionghua daripada kerajaan ekoran kemenangan bergaya parti itu di Sarawak.
Bukan itu sahaja, dalam satu tindakan yang dilihat merobek koyak slogan 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menyeru pemiliknya, Umno untuk melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi" untuk menyatukan orang Melayu sebagai reaksi kepada dakwaan bahawa kaum Tionghua sudah bersatu-padu di bawah DAP.
Cadangan Zaini itu ditolak oleh Mahathir hari ini dengan mengatakan bahawa beliau berharap benda itu tidak berlaku kerana itu satu tindakan yang akan membinasakan negara, meskipun NGO kegemarannya, Perkasa sudahpun menawarkan diri untuk mengelapai pergerakan tersebut.
"Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku," kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Najib turut menjauhkan pentadbirannya daripada seruan Zaini – dengan mengatakan bahawa cadangan 1Melayu, 1Bumi cumalah satu pandangan peribadi, namun beliau tidak mengatakan secara jelas samada Umno menerima atau menolak idea tersebut.
"Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami," beliau berkata.
Namun, situasi suram antara kerajaan Umno Barisan Nasional dengan kaum Tionghua dalam negeri kelihatan jauh lebih positif di peringkat antarabangsa, apabila kerajaan persekutuan tengah berusaha keras untuk berinteraksi dengan para pelabur kaum Tionghua daripada negara China untuk melabur di dalam negara.
Delegasi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Shanghai sedang merayu syarikat-syarikat China untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
"Malaysia mengalu-alukan pelaburan China di dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan, khususnya di dalam aktiviti teknologi tinggi, bernilai tambah dan berasaskan pengetahuan.
"Sebagai respons terhadap peningkatan minat pelabur China, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berunding secara aktif dengan syarikat China yang berminat di dalam sektor logam, kimia, pengangkutan, elektronik dan elektrik, automotif dan makanan," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.
Tambahnya, sehingga kini terdapat lebih 120 syarikat berkepentingan China beroperasi di Malaysia dengan pelaburan modal lebih AS$250 juta (RM754 juta). HD

PRN Sarawak : Suapan RM10,000 - BN bagi cek tendang ... hahahaha

Posted: 21 Apr 2011 11:55 PM PDT

SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan
pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional
(BN), Joseph Mauh telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda.
Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.
"Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah
rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.
"Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua
masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut.
Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui
pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan
tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'.
Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping
cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan
sokongan kepada Barisan Nasional.
"Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai
RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.
Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan
hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.
"Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan
oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus
mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.
"Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi
memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching.
Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.
"Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka
kelihatan lega dengan keputusannya.
"Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah
sebelum sesiapa sempat berteriak 'tangkap pencuri itu!' ulas laporan tersebut.
Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri,
Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.
"Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai
proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.
"Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan
segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.
"Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa
pilihan raya ini," jelas laporan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11978

KEADILAN bantah keras lapuran muka depan Berita Harian

Posted: 21 Apr 2011 11:46 PM PDT

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.
Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:
1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?
2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.
Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11974

CIMB Group miliki 15% saham dalam Tricubes - Nazir

Posted: 21 Apr 2011 11:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd's group chief executive said the group has a 15% stake in TRICUBES BHD [] but this investment was made on behalf of a client and the group neither has board representation nor management control.
Datuk Seri Nazir Razak said on Friday, April 22 that he was made aware of some reports on the internet about CIMB's investment in Tricubes.
"I subsequently checked and found that the investment does exits, which was in 2001 and at 15%," he told reporters after the banking group's annual general meeting. "But we are not involved in the management nor do we have board representation.
"This investment was done in 2001 by the CIMB private equity manager on behalf of a client," he said.
"Any suggestion that we are somewhat involved in the business is totally malicious," he said, adding that CIMB's investment in Tricubes was by virtue of investing in the client's money and it is a private equity business.
Nazir added that CIMB had invested over the years in 100 over companies via the private and "this investment was made on behalf of a client".
Tricubes was appointed to spearhead the to implement the 1Malaysia Email project which would involve RM50 million in investment. It is one of seven new projects under the Economic Transformation Programme (ETP).
The investment also includes the development of a web portal as a one-stop centre for government services, providing value-added services such as social networking, checking bills online and payments.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had on Wednesday, April 20 clarified that the 1Malaysia E-mail project is a voluntary private initiative and does not involve public money.
Under the scheme, Malaysians aged 18 and above will each be assigned a unique e-mail account to receive statements, bills and notices. This would allow direct and secure communication between Malaysians and the government, and enhance the delivery of government services to consumers and businesses alike - The Edge

bumiperak

bumiperak


Demo di Syria: tumpahan darah tertinggi

Posted: 22 Apr 2011 08:31 PM PDT

Syria JUMAAT 22 April 2011 At least 88 people are reported to have been killed in Syria in the bloodiest day since the uprising began, as security forces use live ammunition and tear gas to quell anti-government protests across the country, according to Amnesty International, the London-based rights group.

Syrian activists sent Al Jazeera a list naming 70 people from across the country who they said had been killed by security forces during the "Great Friday" protests. Fifteen of the deaths took place in Izraa, near the flashpoint southern town of Daraa, according to the list. Other places where protesters were killed include Homs, Syria's third largest city, Moadamia and Daraa.

Demonstrators marching in peace were surprised by security forces' live ammunition, according to Hazem, a protester who spoke to Al Jazeera via phone from a Damascus suburb.


Protesters continue to gather in Clock Square demanding the toppling of the regime [Reuters]
Defiant: Protesters say more than 200 people have been killed since anti-government rallies began five weeks ago
Defiant: Protesters say more than 200 people have been killed since anti-government rallies began five weeks ago

"Demonstrators were going with olive branches, it was peaceful" until they were "surprised by live ammunition from some security forces in one of the flats of the street", Hazem said. The protesters took to the streets to mark what activists dubbed "Great Friday" - the biggest demonstrations against Bashar al-Assad's government to date.

Al Jazeera's Rula Amin reported from Damascus, which until now had been relatively calm, that the level of tension in the city on Friday marked a new point in the uprising. "This day is turning into a very bloody day, probably the bloodiest since the protests started," she said. A heavy security presence prevented protests from taking off in Damascus.

"Obviously the government want[s] to make a point, the capital is a redline and they will not allow the protests to reach the capital," she said.

Several witnesses, including medical professionals, told Al Jazeera that many of the injured were either being refused access to hospitals or were too scared to seek treatment. A spokesperson for the ministry of information told Al Jazeera on Friday that security forces would fire on protesters only if they were fired upon first.

State television, meanwhile, aired a talk show where speakers blamed foreign media, including Al Jazeera, Al Arabiya and BBC Arabic, for inciting the protests.

Speaking under condition of anonymity, a witness in Homs described how about 200 protesters, moving ahead of a 3,000-strong group, came under fire as they marched down Cairo Street, close to the Clock Square that has been the city's focus for protests.

"Suddenly the security opened fire on us randomly," the activist told Al Jazeera by phone.

kalam Perantau

kalam Perantau


Analisis Keputusan Pasca PRN Sarawak

Posted: 22 Apr 2011 07:11 AM PDT

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Saya mengikuti Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ini sejak tahun 1980'an lagi. Selepas PRN Sarawak pada tahun 1987 dimana Kumpulan Maju pimpinan Tun Abdul Rahman Yaakob (PERMAS) dan Dato' Leo Mogie (PBDS) hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN3 pimpinan Taib Mahmud ekoran peristiwa Ming Court, pilihanraya kali ini begitu  mencabar bagi BN Sarawak.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen. Rakyat Sarawak sudah sebati dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (gambar – kanan) dan masih memerlukan beliau untuk meneruskan kesinambungan pembangunan. Pilihanraya Sarawak kali ini dikatakan petunjuk bagi  mengukur populariti Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Minggu lepas, saya telah membuat analisa awal berhubung dengan PRN Sarawak ke-10 pada 16hb April, lepas. Dengan hasrat tidak mahu menyusahkan Pakatan Rakyat dengan ulasan yang tidak memihak kepada mereka sebelum pengundian dijalankan, maka saya tinggal dahulu apa yang sepatutnya saya sebut dalam analisa awal tersebut. 

Keputusan PRN ke-10

Sungguhpun undi popular BN telah merosot kepada 55 peratus pada pilihanraya negeri ke-10 kali ini berbanding dengan 63 peratus pada pilihanraya negeri ke-9 tahun 2006 tetapi BN berjaya kembali memerintah dengan kelebihan majoriti 2/3 atau 55 dari 71 kerusi.

Bagi saya, Pakatan Rakyat tersilap strategi. Diantara perkara pokok yang sepatutnya saya tulis adalah kegagalan Pakatan Rakyat secara khususnya PKR untuk 'berjiwa besar' seperti komponen BN (PBB, SUPP, SPDP, PRS) bagi memastikan satu lawan satu diantara BN.  

PR Sarawak bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan part-parti lain yang ada di Sarawak. DAP dan PAS  telah akur untuk bertanding 15 dan 5 kerusi sahaja walaupun berkemampuan bertanding lebih dari itu. PKR dan SNAP gagal membahagikan 51 kerusi, akibatnya tiada kerjasama untuk hadapi BN.

PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi. Soal sama ada PKR atau SNAP yang lebih kuat, sudah tidak penting lagi sekarang. Hasilnya sudah dilihat, rakyat tolak kedua-duanya kerana gagal bersatu. PKR terpaksa berpuashati menang 3 kerusi (Batu Lintang, Ba'Klalan, Krian) sahaja daripada 49 yang ditandinginya. Hampir semua, 26 dari 27 calon SNAP bukan sahaja kalah malah hilang wang pertaruhan kecuali calon DUN Katibas, Toh Heng Sng.

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar yang mana pengundi Cina menjadi majoriti di mana DAP berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP bukan sahaja tumpas teruk, malah presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya. Dan apa yang berlaku ini, sudah jelas DAP yang memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

Perkara ke-2, tidak ada kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandingi oleh PBB berjaya dirampas oleh PKR, PAS atau DAP. Kesilapan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim sendiri kerana terpengaruh dengan kajian-kajian persepsi yang ternyata mengundang padah bila mengisytiharkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru jika Pakatan Rakyat memerintah yang menyebabkan PBB berjaya memenangi semua kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandinginya.

PAS masih gagal mendapat kerusi sulung dari 5 kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Bagi PAS, saya hanya optimis PAS memenangi DUN Beting Maro jika tidak ada perkara-perkara diluar dugaan berlaku pada hari mengundi. Apa yang saya jangka rupanya hampir menjadi kenyataan. PAS kalah dengan majoriti cuma 391 undi sahaja berbanding dengan 895 dalam pilihanraya negeri yang lepas.  Walaupun PAS berjaya meningkatkan undi di saluran lain tapi undi PAS merosot teruk di pusat mengundi SMK Beladin. Macamana UPU Beladin kawasan yang dah jadi macam “kubu PAS” masa PRU12 boleh terlepas kepada BN. Daripada menang masa PRU12 bertukar jadi kalah pulak masa PRN10.

Selain itu, pilihanraya kali ini menyaksikan seramai 71 calon telah hilang wang pertaruhan setelah mendapat kurang dari 12.5 peratus atau satu per lapan jumlah undi. Selain 26 calon SNAP itu, enam calon PKR, empat calon PCM serta 36 calon Bebas. Dominique, bekas ADUN PKR Padungan yang bertanding sebagai calun bebas kali ini juga hilang wang pertaruhan. Hanya calon DAP dan PAS tidak ada yang hilang wang pertaruhan.

Dari 41 calon bebas, hanya 5 sahaja tidak hilang wang pertaruhan. Malah seorang darinya George ak Lagong berjaya memenangi kerusi DUN Pelagus dengan majoriti 2,837 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun.

Kerusi DUN Palagus ini dimenangi oleh calon bebas yang disokong oleh ADUN dahulu, Larry Sng (gambar – kiri), Timbalan Menteri yang dipecat oleh PRS dan tidak dicalonkan semula ekoran perbalahan Larry Sng dengan Dr James Masing (gambar – kiri) berebut kerusi Presiden PRS.

Bukan setakat Larry, bapanya dulu pun ADUN di situ. Keadaan ini sama seperti Gabriel Aidit yang memenangi DUN Ngemah dalam pilihanraya ke-9 2006 sebelum ini atas tiket bebas yang disokong oleh Dato' Leo Mogie selepas PBDS dimasuhkan.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Buat Lapangan Terbang Untuk Main Layang-Layang

Posted: 22 Apr 2011 08:03 PM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Berita baik jika anda gemar main layang-layang atau pencinta burung,kerajaan negeri Melaka khabarnya ingin mewakafkan lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) sebagai tempat main layang-layang dan persinggahan burung-burung.

Wah untung benar  orang melaka sebab ada sebuah kerajaan negeri yang baik hatisampaikan sediakan sebuah lapangan terbang yang besar untuk rakyat main layang-layang.Tak percaya?
baca kenyataan Ali Rostam dibawah ini.

Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.

LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri Umno-BN telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.

Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.

Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.

Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang! - angkasanuri

-ijoks2009-
Kerajaan Melaka memang berjiwa rakyat, cuma nak tanya sikit berapa bilion wang rakyat dihabiskan untuk buat projek padang layang-layang tu?

Cari N3 lama-lama disini

Kelantan rayu Singkirkan Pusat

Posted: 22 Apr 2011 03:41 PM PDT

Isu Semasa

Kerajaan Kelantan mengemukakan rayuan membantah Kerajaan Pusat menjadi pencelah dalam saman tuntutan royalti minyak terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Kerajaan Negeri juga memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili Petronas, Rishwant Singh, ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes terbabit dalam kamar Hakim, Datin Zabariah Mohd Yusof di Mahkamah Tinggi di sini.

Katanya, Zabariah menetapkan sebutan semula saman itu pada 20 Mei depan selepas beliau bertemu hakim berkenaan bersama peguam, Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili Kerajaan Kelantan, serta Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, bagi pihak mewakili Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Zabariah membenarkan permohonan Kerajaan Pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua serta menolak permohonan Kerajaan Negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.

Pada 30 0gos 2010, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terbabit dengan menamakan Petronas sebagai defendan kerana mendakwa syarikat itu melanggar kontrak mengenai pembayaran wang tunai patut dibayar kepada negeri itu bagi pendapatan minyak.

Perjanjian Petroleum Kelantan ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Ketua Eksekutif Petronas ketika itu.

Kerajaan Kelantan selaku plaintif mendakwa Petronas melanggar perjanjian terbabit dan enggan buat bayaran secara adil.

Selain itu, kerajaan Kelantan turut mendakwa tindakan sedemikian sebagai mendiskriminasikan negeri yang dikuasai parti pembangkang sehingga menyebabkan kerugian teruk kepada negeri itu.

Melalui saman berkenaan, kerajaan Kelantan memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah kepada Petronas untuk membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta mengenai pembayaran patut dibayar, serta semua bayaran wang tunai tertunggak yang akan ditentukan oleh mahkamah dibayar dalam tempoh sebulan, dari tarikh perintah dikeluarkan.

Selain itu, plaintif juga menuntut perintah supaya semua bayaran wang tunai pada masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan dari luar pantai Kelantan dibayar kepada Kelantan.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9006136.asp

Cari N3 lama-lama disini

Video Seks Dah Dama Dah, KataBekas Pegawai Kanan PDRM

Posted: 22 Apr 2011 03:37 AM PDT

Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.


"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.
"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.
Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.
"Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," katanya.
 Sumber : Disini

Cari N3 lama-lama disini

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Adakah Pelakun watak orang yg sama. Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011

Posted: 22 Apr 2011 06:10 PM PDT

Surat dari bekas Ketua CID KL kepada Ketua Polis Negara


Sebelum kita tersasar lebih jauh, tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.


Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia, Melalui:Email dan Dengan Tangan
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat, saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat. Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya, menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen. Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut, serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini. Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka "gelanggang yang samarata"(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis, namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka. Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999. Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu" (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS). Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis. Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar. Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999. Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-"cross refer" kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya. KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar. Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini, terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti "sumber" Video Seks Pertama 1999. Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu, tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis. Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T, terdiri daripada Rahim, Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini. Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat "nexus" antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim, Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam
pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar. Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri, Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999. Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999. Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin. Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit. Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim. Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta. Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta. dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau, telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama "Anwar".

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan "prima-facie" terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;"Angkat Sumpah Palsu"), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya. Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian, kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat "benefit of the doubts" wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua. Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut, dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar; sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa, rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ini memandangkan Peguam Negara, Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam. Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman. Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya, sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata, maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan "ingredients" yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu, mereka keterangan palsu. Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama, sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z, dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu, dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri. A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau, serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini, saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan. Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU "ONCE AND FOR ALL"

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah "once and for all". Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral. Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii, seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan. Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh, tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat. Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini. Percayalah, saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam "blue film" yang mungkin sesetengah orang harapkan. Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk "Siapa Anwar" lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar. Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau. Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks. Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini, khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau, ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas. Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul, maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.

13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata. Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011


Sk.
SUPM (untuk makluman KPN dan T/KPN)

Majlis kesyukuran Pejuang Kami........

Posted: 22 Apr 2011 05:02 PM PDT

Malam ini 23hb April..di rumah Pakmat Senaling akan diadakan majlis kesyukuran sekembalinya pejuang kita dari tugasan (PRN) Sarawak. AMK Aboy, SU Shamsul, Wanita Kak Ruby dan seorang lagi (Lupa lak nama) telah menceritakan satu pangalaman yg cukup berharga untuk di kongsi dan dijadikan panduan bagi kami.

12 hari bergelumang bersama-sama penduduk kampong yang serba daif. Daif dgn ekonomi, ilmu pengetahuan apatah lagi issu semasa pilihanraya. Demi untuk melihat bumi kenyalang ini bakal bersinar dari cengkaman BN, petugas kita terpaksa menempuh hari-hari yg sungguh mencabar. Tidur berlantaikan simen. Berbantalkan lengan. Menumbuk lada dengan tukul besi dan mencatu makanan yg kekurangan bekalan. Meraka hanya seramai 9 orang petugas2 khusus dari Negeri Sembilan untuk menjaga sebuah Dun sebesar Parlimen Kuala Pilah dengan situasi yg serba kekurangan.

Kekurangan kenderaan, bekalan makanan dan lebih parah turut diamanahkan untuk mendidik penduduk tempatan sebagai petugas PACA dan perayu undi. Sesungguhnya mereka cukup tertutup dari sumber pengetahuan dan hak mereka yg ada. Tahniah & Syabas pejuangku...

Berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-10 menandakan sinar baru kepada keadilan dan perubahan yang lebih bermakna di Sarawak. Tidak pernah berlaku dalam PRN Sarawak sebelum ini yang mana Barisan Nasional (BN) diberikan tentangan yang cukup sengit oleh parti-parti pembangkang.

BN mungkin mendabik dada dengan kemenangan ini. Namun mereka harus ingat, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menambah lapan (8) lagi kerusi berbanding PRN Sarawak yang lalu, di samping meningkatkan undi keseluruhan Pakatan sehingga 45%.

Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi 'talian hayat' Barisan Nasional untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan.

Amat mendukacitakan bilamana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat.

Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara – deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal.

Kemiskinan dan tahap ilmu pengetahuan yang amat rendah menjadikan mereka alat yang ampuh untuk diperkotak-katikkan supaya mudah memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa di tangan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan kroni-kroninya.

Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari Semenanjung Malaysia, khususnya daripada Pakatan.

Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga Semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) percaya kepada demokrasi tulen sebagai asas kemajuan rakyat. Rakyat bebas bertindak dalam batas-batas peraturan dan undang-undang negara. Rakyat bebas memilih pemimpin dan dasar-dasar tanpa didiskriminasikan. Semua program dan rancangan adalah layak untuk mana-mana sasaran rakyat walaupun mereka ahli Umno atau PBB atau selain Pakatan.

Wanita KEADILAN berbangga dengan pertambahan calon-calon wanita dan kejayaan wanita meraih kerusi DUN Sarawak, khususnya dari DAP. Sebagai Pengarah Pilihan Raya Wanita KEADILAN Pusat, saya juga optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan berganda kali meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Keinginan rakyat Sarawak terhadap kerajaan yang penyayang, adil dan saksama amatlah mendalam. Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak.