Jumaat, 22 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Buat Lapangan Terbang Untuk Main Layang-Layang

Posted: 22 Apr 2011 08:03 PM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Berita baik jika anda gemar main layang-layang atau pencinta burung,kerajaan negeri Melaka khabarnya ingin mewakafkan lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) sebagai tempat main layang-layang dan persinggahan burung-burung.

Wah untung benar  orang melaka sebab ada sebuah kerajaan negeri yang baik hatisampaikan sediakan sebuah lapangan terbang yang besar untuk rakyat main layang-layang.Tak percaya?
baca kenyataan Ali Rostam dibawah ini.

Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.

LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri Umno-BN telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.

Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.

Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.

Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang! - angkasanuri

-ijoks2009-
Kerajaan Melaka memang berjiwa rakyat, cuma nak tanya sikit berapa bilion wang rakyat dihabiskan untuk buat projek padang layang-layang tu?

Cari N3 lama-lama disini

Kelantan rayu Singkirkan Pusat

Posted: 22 Apr 2011 03:41 PM PDT

Isu Semasa

Kerajaan Kelantan mengemukakan rayuan membantah Kerajaan Pusat menjadi pencelah dalam saman tuntutan royalti minyak terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Kerajaan Negeri juga memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili Petronas, Rishwant Singh, ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes terbabit dalam kamar Hakim, Datin Zabariah Mohd Yusof di Mahkamah Tinggi di sini.

Katanya, Zabariah menetapkan sebutan semula saman itu pada 20 Mei depan selepas beliau bertemu hakim berkenaan bersama peguam, Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili Kerajaan Kelantan, serta Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, bagi pihak mewakili Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Zabariah membenarkan permohonan Kerajaan Pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua serta menolak permohonan Kerajaan Negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.

Pada 30 0gos 2010, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terbabit dengan menamakan Petronas sebagai defendan kerana mendakwa syarikat itu melanggar kontrak mengenai pembayaran wang tunai patut dibayar kepada negeri itu bagi pendapatan minyak.

Perjanjian Petroleum Kelantan ditandatangani pada 9 Mei 1975 antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Ketua Eksekutif Petronas ketika itu.

Kerajaan Kelantan selaku plaintif mendakwa Petronas melanggar perjanjian terbabit dan enggan buat bayaran secara adil.

Selain itu, kerajaan Kelantan turut mendakwa tindakan sedemikian sebagai mendiskriminasikan negeri yang dikuasai parti pembangkang sehingga menyebabkan kerugian teruk kepada negeri itu.

Melalui saman berkenaan, kerajaan Kelantan memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah kepada Petronas untuk membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta mengenai pembayaran patut dibayar, serta semua bayaran wang tunai tertunggak yang akan ditentukan oleh mahkamah dibayar dalam tempoh sebulan, dari tarikh perintah dikeluarkan.

Selain itu, plaintif juga menuntut perintah supaya semua bayaran wang tunai pada masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan dari luar pantai Kelantan dibayar kepada Kelantan.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9006136.asp

Cari N3 lama-lama disini

Video Seks Dah Dama Dah, KataBekas Pegawai Kanan PDRM

Posted: 22 Apr 2011 03:37 AM PDT

Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.


"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.
"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.
Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.
"Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," katanya.
 Sumber : Disini

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: