Jumaat, 22 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azab dosa silam - Sperma mati dek 'gadis penyedap'

Posted: 22 Apr 2011 05:42 PM PDT

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.
"Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.
Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.
Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui - myMetro

Perkasa tetap lancar 1Bumiputra walau Mahathir tak setuju

Posted: 22 Apr 2011 05:32 PM PDT

Oleh G ManimaranApril 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 April — Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan "1Bumiputera" — menyahut idea "1Melayu, 1Bumi" disyorkan oleh editor Utusan Malaysia walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini.
"Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera.
"Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya.
Semalam, Dr Mahathir berkata idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka.
"Saya harap ia tidak berlaku... jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik. JIka satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa malapetaka kepada negara," katanya.
Katanya, Perkasa akan melancarkan 1Bumiputera untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik.
Kata Syed Hassan, Perkasa akan meneruskan kempen melancarkan "1Bumiputera" di Kedah pada 30 April ini sebaik sahaja Dr Mahathir meninggalkan majlis kerana menghormati pandangan beliau.
"Tun M, di Kedah nanti, (akan) diberi kebebasan untuk berucap mengikut apa yang beliau rasakan perlu handak sampaikan dalam ucapannya sempena Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah.
"Perkasa percaya apa yang Tun (Mahathir) sampaikan pastinya demi keharmonian penduduk negara ini. Presiden Perkasa akan lancarkan 1Bumiputera secara berasingan sebaik Tun M meninggalkan majlis," katanya sambil menambah, pihaknya berharap semangat "1Bumiputera" menyerapi jiwa semua kaum Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu soal Syed Hassan, apa salah mereka jika hendak menjiwai "1Bumiputera" dan mendakwa Perkasa melihat dengan jelas sekarang kaum Cina menjiwai "1Cina" melalui pertubuhan bukan kerajaan mereka.
"Mereka boleh sehati sejiwa dalam hal-hal kepentingan kaum mereka walau berlainan ideologi politik. Jadi mengapa perlu pertikaikan cadangan Datuk Zaini Hassan dari Utusan dan kini Perkasa menyahut cadangannya?" kata beliau.
Bagaimanapun katanya, Perkasa bukan menolak gagasan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Razak tetapi tapi "masalahnya kaum lain sudah mentafsirkan 1 Malaysia sebagai gagasan kesamarataan yang tidak adil pada kaum Bumiputera."
Syed Hassan juga berkata, Perkasa melancarkan gerakan "1Bumiputera" untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik.
Katanya, walaupun mereka berlainan etnik pribumi tetapi ia dalam status Bumiputera dan tiada masalah berlainan ideologi politik tapi perlu ada kesedaran bersama dalam perkara-perkara kepentingan Bumiputera.
"Masih boleh satu suara atas kepentingan Bumiputera walau terbahagi dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perkasa akur bila sudah terbahagi dalam DUN atau Dewan Rakyat sudah pasti ada percanggahan, namun bila menyentuh kepentingan Bumiputera, ia perlu satu hati bagi semua Adun atau Ahli Parlimen Bumiputera," katanya.
Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang prokerajaan dan propembangkang, kata beliau, mesti bersama-sama apabila hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dibangkitkan.
"Bila mereka boleh bersama dalam hal ini, itulah maknanya kuasa politik Bumiputera masih kekal," katanya lagi.- TMI

KEADILAN Bayan Baru Png, tolong la pi tengok sat, betoi ka macam depa cerita ni?

Posted: 22 Apr 2011 06:57 AM PDT

Nasib penjaja dan peniaga Melayu di negeri ini terus teraniaya diancam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dahulu, gerai-gerai yang didirikan golongan itu di sekitar negeri ini terutama kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguatkuasa negeri apabila diroboh dan diruntuhkan.
Kali ini 18 peniaga van bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru disini pula menjadi mangsa terbaru apabila diarahkan tutup dan berdedardari kawasan tersebut semalam oleh kira-kira 50 penguatkuasa dari MPPP,polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Namun nasib mereka agak baik apabila campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru,Datuk Abdul Rahim Saibu, berjaya berunding dan peniaga dibenarkan terus berniaga.
Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke bahagian perlesenan MPPP di Padang Kota Lama,hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil didakwa untuk memudahkan urusan tersebut.
Namun, seperti menunggu buah yang tidak jatuh, setelah menunggu hampir dua jam di Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, tiada seorang pun pegawai pihak berkuasa tempatan itu datang menguruskan permohonan mereka.
''Nasib kami ini lebih buruk daripada anjing. Sudahlah selalu diganggu MPPP semasa mencari rezeki, kini apa yang dijanji tidak pula ditepati. Macam-macam alasan diberikan. Pengarah mesyuaratlah, tiada dipejabatlah.
''Kami cuba memberi kerjasama dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, tapi ini balasan yang kami dapat. Esok kami tetap berniaga di situ. Jika MPPP datang kami tidak akan tutup van dan tidak beredar dari situ. Apa nak jadi, jadilah," tegas Mohd. Saiful Ammar, 28,
Beliau yang mewakili peniaga di Pantai Queensbay itu berkata,kesemua mereka telah hilang sabar apabila sering kerugian akibat menutup operasi jualan sebaik penguat kuasa MPPP berlegar-legar dikawasan berkenaan.
Jelas Mohd. Saiful, kesemua peniaga Melayu di situ tidak mempunyai pekerjaan lain selain hanya bergantung harap hasil jualan tersebut bagi menampung kehidupan seharian.
''Kami ini bukan kaya dan ada di kalangan kami ibu tunggal. Semuanya ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
''Perbuatan mereka yang tanpa timbang rasa ini makin menyempitkan hidup kami yang telah sedia sempit. Inikah dia contoh pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Menghalau dan menghalang rakyat mencari rezeki,"katanya yang telah empat tahun berniaga di kawasan itu.
Mohd. Syukri Ramli, 40, pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu semakin keterlaluan apabila peniaga yang menjual barang permainan sepertinya juga turut mengalami nasib serupa.
''Mereka kata peniaga makanan ganggu lalu lintas dan menyebabkan kawasan itu kotor. Itu sebab tindakan diambil. Tetapi bagaimana pula dengan saya yang hanya menjual layang-layang. Mereka tetap ambil tindakan.
''Sebenarnya, apa yang mereka kata hanya satu alasan semata-mata.Sepanjang berniaga di sini, tiada rungutan atau aduan kami terima kata kawasan itu kotor.
''Justeru, kami berharap dapat dibenarkan terus berniaga di kawasan ini. Tidak kira walaupun kena menyewa gerai dari mereka, kami sanggup.Berilah kerjasama. Suruh kami datang, tapi tiada sebarang keputusan muktamad dapat dicapai," katanya.

Dipetik daripada panggungopera.blogspot

STONE :  Aku tak mau komen apa-apa lagi sebab tak tau hal sebenar. Mungkin puak-puak ni berniaga tak dak lesen pun ya juga, padan la penguatkuasa MPPP kacau. Tapi PENGUATKUASA MPSJ (Subang Jaya) memang baik hati.
Aku duk Equine Park ni dah 7 tahun lebih. Tiap-tiap hari nak keluar pi kerja balik kerja mesti melalui pekan Sri Kembangan. Berhampiran pasar adalah tempat yang paling sibuk. Sebab apa yang jadi sibuk dan sesak? Peniaga-peniaga disana (kebanyakan penjual buah-buahan) menggunakan sebahagian daripada tempat letak kereta untuk mendirikan gerai mereka.
Di waktu pagi sewaktu keluar kerja lebih teruk lagi, jalan yang asalnya dua lorong dah tinggal selorong, kerana satu lorong dah dijadikan "parking" sebab "parking" asal dah didirikan gerai buah-buahan ..... Aku pasti MPAJ sedar akan perkara ini .... tapi sehingga ke hari ini keadaannya tetap sama. MANA PENGUATKUASA MPAJ?
Sebuah kedai eletrik di hadapan CIMB/RHB senang-senang saja  menggunakan lot-lot parking dihadapan kedainya sebagai tempat pameran peralatan eletriki jualan nya. MPAJ pi mana. Tak kan BUTA kot?  ...
Jangan cerita pasal letak kereta la. Depa letak kereta ni, macam jalan mak bapak depa yang punya.
Apakah semua ini dengan pertolongan ADUN Sri Kembangan?
YB Teo, tolong tengok-tengok kan lah. Nak berniaga tu berniaga lah tapi jangan nak susahkan pengguna jalanraya.
Ini bukan nak cakap bab perkauman tapi undang2.

Majlis Fatwa Kebangsaan kata tarian Poco-Poco OK

Posted: 22 Apr 2011 06:44 AM PDT

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.
"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.
Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.
"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.
"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.
Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.
"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.
Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - BERNAMA

Syed Mokhtar kuasai Pos Malaysia

Posted: 22 Apr 2011 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.
DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.
Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.
"Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.
Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.
Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.
Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.
DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.
Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan. - TMI

Di sini mencela, di sana merayu

Posted: 22 Apr 2011 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.
Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti 'tidak mengenang jasa' dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

           
            (Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Utusan turut menyeru kerajaan BN Sarawak tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum Tionghua di dalam kabinetnya.
Bahkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut serta memainkan sentimen yang sama dengan menuduh DAP telah berjaya memisahkan kaum Tionghua daripada kerajaan ekoran kemenangan bergaya parti itu di Sarawak.
Bukan itu sahaja, dalam satu tindakan yang dilihat merobek koyak slogan 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menyeru pemiliknya, Umno untuk melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi" untuk menyatukan orang Melayu sebagai reaksi kepada dakwaan bahawa kaum Tionghua sudah bersatu-padu di bawah DAP.
Cadangan Zaini itu ditolak oleh Mahathir hari ini dengan mengatakan bahawa beliau berharap benda itu tidak berlaku kerana itu satu tindakan yang akan membinasakan negara, meskipun NGO kegemarannya, Perkasa sudahpun menawarkan diri untuk mengelapai pergerakan tersebut.
"Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku," kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Najib turut menjauhkan pentadbirannya daripada seruan Zaini – dengan mengatakan bahawa cadangan 1Melayu, 1Bumi cumalah satu pandangan peribadi, namun beliau tidak mengatakan secara jelas samada Umno menerima atau menolak idea tersebut.
"Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami," beliau berkata.
Namun, situasi suram antara kerajaan Umno Barisan Nasional dengan kaum Tionghua dalam negeri kelihatan jauh lebih positif di peringkat antarabangsa, apabila kerajaan persekutuan tengah berusaha keras untuk berinteraksi dengan para pelabur kaum Tionghua daripada negara China untuk melabur di dalam negara.
Delegasi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Shanghai sedang merayu syarikat-syarikat China untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
"Malaysia mengalu-alukan pelaburan China di dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan, khususnya di dalam aktiviti teknologi tinggi, bernilai tambah dan berasaskan pengetahuan.
"Sebagai respons terhadap peningkatan minat pelabur China, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berunding secara aktif dengan syarikat China yang berminat di dalam sektor logam, kimia, pengangkutan, elektronik dan elektrik, automotif dan makanan," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.
Tambahnya, sehingga kini terdapat lebih 120 syarikat berkepentingan China beroperasi di Malaysia dengan pelaburan modal lebih AS$250 juta (RM754 juta). HD

PRN Sarawak : Suapan RM10,000 - BN bagi cek tendang ... hahahaha

Posted: 21 Apr 2011 11:55 PM PDT

SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan
pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional
(BN), Joseph Mauh telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda.
Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.
"Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah
rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.
"Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua
masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut.
Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui
pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan
tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'.
Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping
cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan
sokongan kepada Barisan Nasional.
"Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai
RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.
Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan
hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.
"Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan
oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus
mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.
"Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi
memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching.
Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.
"Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka
kelihatan lega dengan keputusannya.
"Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah
sebelum sesiapa sempat berteriak 'tangkap pencuri itu!' ulas laporan tersebut.
Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri,
Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.
"Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai
proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.
"Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan
segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.
"Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa
pilihan raya ini," jelas laporan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11978

KEADILAN bantah keras lapuran muka depan Berita Harian

Posted: 21 Apr 2011 11:46 PM PDT

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.
Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:
1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?
2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.
Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11974

CIMB Group miliki 15% saham dalam Tricubes - Nazir

Posted: 21 Apr 2011 11:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd's group chief executive said the group has a 15% stake in TRICUBES BHD [] but this investment was made on behalf of a client and the group neither has board representation nor management control.
Datuk Seri Nazir Razak said on Friday, April 22 that he was made aware of some reports on the internet about CIMB's investment in Tricubes.
"I subsequently checked and found that the investment does exits, which was in 2001 and at 15%," he told reporters after the banking group's annual general meeting. "But we are not involved in the management nor do we have board representation.
"This investment was done in 2001 by the CIMB private equity manager on behalf of a client," he said.
"Any suggestion that we are somewhat involved in the business is totally malicious," he said, adding that CIMB's investment in Tricubes was by virtue of investing in the client's money and it is a private equity business.
Nazir added that CIMB had invested over the years in 100 over companies via the private and "this investment was made on behalf of a client".
Tricubes was appointed to spearhead the to implement the 1Malaysia Email project which would involve RM50 million in investment. It is one of seven new projects under the Economic Transformation Programme (ETP).
The investment also includes the development of a web portal as a one-stop centre for government services, providing value-added services such as social networking, checking bills online and payments.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had on Wednesday, April 20 clarified that the 1Malaysia E-mail project is a voluntary private initiative and does not involve public money.
Under the scheme, Malaysians aged 18 and above will each be assigned a unique e-mail account to receive statements, bills and notices. This would allow direct and secure communication between Malaysians and the government, and enhance the delivery of government services to consumers and businesses alike - The Edge

Tiada ulasan: