Isnin, 18 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Posted: 18 Apr 2011 09:17 AM PDT

Tag : Merenung Sejenak

Assalamualaikum bagi saudara seislam dan salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam.
Sudah agak lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ni,asyik copypase je hehee.Umur makin meningkat sedangkan persediaan untuk dunia dan akhirat belum cukup.Di kesempatan ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat dari sebuah buku kecil yang saya baca yang membicarakan tentang perkara-perkara yang kita anggap biasa tapi sebenarnya ianya perkara haram.
 
Buku ini hasil terbitan dan edaran Jabatan hal ehwal agama islam Kelantan.sebenarnya dah lama dapat buku ni dan rugi rasanya jika tidak dikongsikan bersama.sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w, "Sampaikanlah walau satu ayat" kerana itu saya merasa satu kewajiban bagi saya untuk berkongsi apa saja ilmu yang bermanfaat dengan pembaca semua.
 
Perkara pertama  Syirik Tanpa Sedar
 
Ada perkara2 yang biasa dikakukan oleh orang islam yang menyebabkan syirik ,antaranya
 
1) Menyembah kuburan
Contohnya beranggapan berdoa di kuburan nabi-nabi,wali-wali atau orang soleh untuk diri sendiri dengan anggapan doanya mudah dimakbulkan,yang lebih teruk lagi ada yang bertawaf mengelilingi kubur wali -wali dan mengucup pintu kubur dan ada sebagainya.(perkara ini tidak berlaki di malaysia tapi ada berlaku dinegara-negara lain)
 
2) Menyembelih binatang untuk selain Allah
 
3)Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
 
4)Berhukum dengan undang-undang jahiliah secara sukarela serta berkeyakinan bahawa hal itu dibolehkan.
 
5)Percaya kepada bomoh dan tukang tilik
Sabda Rasulullah s.a.w
(Barang sesiapa mendatangi tukang ramal lalu menanyakan padanya tentang sesuatu,maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam)Riwayat Muslim
 
6)Percaya kepada ramalan bintang
 
7)Percaya kepada jampi mantera dan azimat

Perkara haram kedua yang biasa kita lakukan tanpa menyedarinya ialah riak dalam ibadah
-bersambung esok lah ,tuan punya blog dah ngantuk ... -
Cari N3 lama-lama disini

kalam Perantau

kalam Perantau


Analisis Pilihanraya Sarawak : Faktor kekalahan PAS

Posted: 18 Apr 2011 09:51 AM PDT

Secara umumnya PAS, PKR mahupun DAP gagal menarik sokongan pengundi Islam (melayu/melanau) kali ini. Tiada satu kerusi pun dimenangi oleh PR termasuklah kerusi “panas” disasarkan menang. Begitu juga dengan kerusi bandar seperti Satok, Tupong dan Semariang sokongan yang diperolehi juga rendah walhal kadar capaian media baru lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar.

Harus diakui, ada beberapa kejayaan yang diraih misalnya PAS berjaya menaikkan undi popularnya. Di Tanjong Daru jika sebelum ini PKR hanya mendapat undi sekitar 400 dan hilang wang deposit, namun calon PAS Nani Sahari berjaya melepasi undi 1,000 dan tidak hilang wang deposit.

Secara umumnya PAS berada dalam keadaan sukar apabila PKR mengumumkan Baru Bian Ketua Menteri. Sewajarnya status quo ini jangan diusik - moderator

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera
Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti

Kempen lambat
Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin
Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN. Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS
Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi. Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian – seorang Dayak – dilihat menakutkan masyarakat Melayu


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Remaja 19 tahun dicekup berbogel dengan janda anak 3

Posted: 18 Apr 2011 10:18 PM PDT

Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.
Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.
Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.
Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.
Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.
Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.
Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh. - KelabGreenboc

Taib 'tempelak' Najib : Putrajaya - Kuching renggang

Posted: 18 Apr 2011 05:53 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 19 April — Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan "tergesa-gesa" mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri "mesra renggang" antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis.
Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin "menempelak" Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri.
"Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri," kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.
Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri," katanya kepada The Malaysian Insider.
BN memperoleh 55 kerusi iaitu lebih dua pertiga walaupun mengalami kemerosotan sebanyak tujuh berbanding keputusan 2006.
Malah, parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang di kesemua 35 yang ditandingi iaitu kemenangan 100 peratus berbanding parti-parti lain.
Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidakberundur — walaupun sebelum ini diperkatana peralihan kuasa akan berlaku.
Malah Taib telah berjanji akan berundur "sekitar pertengahan penggal ini" dan akan menggunakan kesempatan sebelum bersara itu untuk membentuk kepimpinan barisan kepimpinan baru yang mantap.
"Ia (krisis) boleh terjadi, namun ia bergantung kepada rundingan yang akan dibuat selepas ini. Mungkin hubungan akan terjejas jika Taib masih berkeras untuk tidak berundur.
"Mungkin kalau dia (Taib) secara tiba-tiba cakap tidak mahu berundur atau buat-buat lupa akan janjinya, namun tindakan dia mengangkat sumpah itu menunjukkan dia tidak mengambil berat terhadap keprihatinan Perdana Menteri," kata Ahmad Nidzammuddin.
Jelas beliau, Najib selaku Pengerusi BN juga tidak boleh terlalu berkeras mendesak Taib agar berundur kerana ia boleh menyumbang kepada perpecahan parti itu.
"Perdana Menteri tidak boleh paksa sangat. Jadi kena bermain cara selamat supaya tidak wujudkan keadaan yang bahaya kepada BN sebab Taib bukan dari Umno . . . dia dari PBB sebab itu dia berani (melawan).
"PBB adalah komponen BN yang kuat, kalau Najib masih desak dan paksa nanti dibuatnya PBB keluar habislah BN sebab itu Najib tak boleh berkeras sangat dengan Taib.
"Sebab itu, Najib terpaksa akur dengan keputusan itu. Kalau Taib kata tidak mahu, maka Najib kena ikut dan terpaksa tunggu keputusan Taib nanti," katanya.
Ahmad Nidzammuddin juga tidak menolak tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas BN menang dua pertiga kerana "bimbang" tidak akan dilantik memegang jawatan itu lagi.
Kabinet kerajaan negeri dibentuk semalam dan majlis angkat sumpah diadakan dengan lapan anggota sedia ada dikekalkan.
"Itu tak dapat pastikan (angkat sumpah segera), mungkin ada perundingan untuk desak melantik ketua menteri baru, dia (Taib) mungkin sudah dapat rasa tekanan itu dan malam itu juga dia terus minta untuk angkat sumpah segera.
"Ini bermakna dia membayangkan kalau dia lambat mungkin akan ada perundingan pihak tertentu untuk orang lain dilantik menjadi ketua menteri yang baru . . . sebab itu dia cepat-cepat angkat sumpah, dia bimbang akan ada orang lain akan ambil alih jawatan itu.
"Mungkin dia juga bimbang pihak atasan akan pujuk atau desak dia agar undur diri sebab itu dia desak untuk angkat sumpah pada malam itu juga," katanya.
Kata pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), keputusan Taib itu menyebabkan banyak pihak termasuk BN "terkejut" kerana tidak menyangka angkat sumpah dibuat pada malam keputusan pilihan raya — ketika wakil rakyat dan jentera pilihan raya menyambut kemenangan di kawasan masing-masing.
"Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa mesti buat pada malam itu? Orang tengah sibuk di kawasan masing-masing tapi dia boleh cepat angkat sumpah pula," katanya lagi.
"Mengikut undang-undang dia boleh angkat sumpah tapi dari sokongan parti beliau harus faham . . . masa beliau sudah terlalu lama, beliau patut beri peluang kepada muka baru, zaman beliau sudah berlalu," katanya.
Tambah beliau, langkah Taib itu akan memberikan impak kepada BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya ada dengar tentang betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu dia berundur kerana beliau (Najib) memikirkan tentang kepentingan Sarawak yang mana rakyat suka dapat ketua menteri yang baru, macam satu masalah kalau tak nak berundur.
"Jadi Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, keadaan beliau (Taib) itu sepatutnya sudah berundur, BN dapat menang dua pertiga pun kerana bantuan kerajaan pusat," katanya.
Tegas Ahmad Nidzammuddin, langkah Taib itu juga akan menyebabkan beliau menjadi liabiliti kepada BN.
Justeru, beliau berkata Taib perlu memberikan tarikh bila akan berundur daripada jawatan itu.
"Bila tak bagi masa orang ragu-ragu, berapa kali cakap akan berundur tapi tidak, Perdana Menteri nak berundur demi menyelamatkan BN supaya beliau tak jadi liabilti dan untuk juga hadapi pilihan raya umum.
"BN masih berasa bimbang akan pilihan raya umum ke-13 di Sarawak nanti, jadi beliau perlu berikan tarikh bila akan berundur supaya ia akan menyakinkan orang ramai," katanya.
Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 yang berakhir Sabtu lalu.
Malah Pakatan Rakyat menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.
Selain itu, Najib juga telah mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri itu, namun Taib menegaskan hanya akan berundur beberapa tahun lagi.
Pendapat Ahmad Nidzammuddin itu disokong Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin sambil menambah, adalah wajar Taib memberikan satu tarikh yang tepat untuk beliau berundur.
"Orang akan lihat janji kata akan bersara, beliau (Taib) tak ada pilihan selain kotakan janji kalau tidak akan beri kesan kepada BN nanti . . . isu Taib sangat beri kesan kalau tak letak jawatan seperti yang dijanjikan.
"Saya ingat ia penting kotakan janji, kata akan letak jawatan jadi beliau kena kotakan janji, sama ada letak jawatan atau tidak... jika tidak ia akan beri kesan dan jadi liabiliti kepada BN nanti," katanya.
Jelas Ghazali, beliau juga percaya tindakan Taib itu dibuat kerana kemungkinan akan ada calon lain yang lebih berkelayakan untuk memegang jawatan ketua menteri bagi menggantikannya.
"Ia agak luar biasa sebab seolah-olah tak sempat nak tunggu esok, kemungkinan ada calon lain dan ada desakan orang lain akan jadi ketua menteri.
"Apa yang dilakukan agak luar biasa kerana nak kata BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tidak, sudah pasti BN pegang teraju pemerintahan . . . jadi tidak perlu nak gesa-gesa, mungkin ada calon lain sebelum itu berlaku segera dilantik sebagai ketua menteri," katanya.
Bagaimanapun Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata peralihan kuasa itu akan dibuat selepas Taib membentuk Kabinet dalam kerajaan negeri Sarawak.
"Dia akan buat peralihan kuasa maksudnya selepas bentuk Kabinet baru akan buat peralihan kuasa.
"Peralihan kuasa itu akan berlaku cuma akan bentuk Kabinet dulu, siapa pengganti akan buat selepas ini, tindakan itu (angkat sumpah) adalah satu tindakan yang betul," katanya.
Ini kerana jelas Samsul Adabi, Taib adalah individu yang layak untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri ekoran kejayaan PBB memenangai kesemua 35 kerusi yang ditanding parti.
Malah, sebagai Presiden PBB, kata beliau Taib adalah individu yang tepat dipilih sebagai ketua menteri sebelum sebarang peralihan kuasa dibuat.
"Pertama dari segi kesegeraan angkat sumpah itu diutamakan untuk bentuk kerajaan dan dia masih mengetuai kerajaan negeri kerana parti dia menang semua kerusi berbanding parti lain dalam BN.
"Jadi peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Kabinet baru dibentuk bukan selepas dia menang," katanya. - TMI

Video seks : 3 Boroi mungkin didakwa ... hahahaha

Posted: 18 Apr 2011 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Ketiga-tiga "Datuk T" dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelakunya, dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan hubungan dengan seorang wanita dipercayai asing.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.
Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Khamis ini.
"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."
"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya dipetik laporan Bernama Online hari ini.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemas kini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.
Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.
"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara. - TMI

Scorpene : SUARAM lantik Hakim bebas di Peranchis

Posted: 18 Apr 2011 04:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.
       
Gambar Hiasan
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
"Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan," kata peguam itu.
Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua  kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.
Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.
Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar  Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11734

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AKIBAT KEBODOHAN PRESIDEN KIMMA, RESTOREN MAMAK MUNGKIN DIBOIKOT

Posted: 18 Apr 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:-

DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, " Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.

KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.

Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

KES ALTANTUYA HIDUP SEMULA - STRATEGI RAJA PETRA KAH?

Posted: 18 Apr 2011 07:00 PM PDT

Kes Altantuya Hidup Semula?

Benar – polis sudah mula menyiasat semula kenyataan bersumpah Raja Petra Kamaruddin dan Menteri Pertahanan sudah mula menyiasat Col Azmi yang dikatakan berkaitan dengan konspirasi penutupan pembunuhan kes Altantuya. Ya, benar seketika dahulu ramai antara kita dalam UMNO berlonjak kegembiraan bila RPK mengatakan bahawa beliau tidak pernah berkata yang YAB PM Najib dan isterinya Rosmah Mansur dan percaya Rosmah tidak akan hadir dalam hutan di Shah Alam untuk membunuh Altantuya. Najib sendiri mengucapkan kesyukuran dalam petikan media utama kerana katanya kebenaran telah diperoleh hari ini.

Namun dalam isu itu www.umno-reform2.com masih mengatakan bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik kata-kata Raja Petra dalam temu bual eksklusif dengan RPK oleh TV 3. Editor www.umno-reform2.com , Anuar Mohd Nor dalam tulisan beliau telah berkali-kali mengatakan bahawa kenyataan itu tidak seharusnya kita bersorak kemenangan. www.umno-reform2.com pasti akan memantau setiap artikel RPK – kerana sikap curiga terhadap RPK tetap ada.

Kita lihat perkembangan soal siasat dan bagaimana perkembangan kenyataan bersumpah yang di periksa dan di siasatan oleh polis. Masih ada ke yang tengah hip hip horray dengan kenyataan RPK baru-baru ini. Apa yang dilihat adalah satu perjalanan perang saraf yang agak terperinci dalam menyediakan motif untuk menghidupkan semula kes pembunuhan Altantuya. Kita tunggu dengan penuh debaran./Umno-reform2

CERITA ORANG KAMPUNG RAIS ANAK YATIM

Posted: 18 Apr 2011 08:50 AM PDT

Rombongan PAS MTD Klawang terpaksa melalui jambatan gantung yang
uzur dan hampir roboh untuk menyampaikan sumbangan kepada Pn Zainab


Jelebu 17 April 2011 - Percaya atau tidak kemiskinan tara macam ni pun masih wujud lagi di Malaysia ni terutamanya dalam sibuknya United Malays National Organisation (UMNO) / BN melaung-laungkan program pembangunan dan juga begitu ghairah dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemiskinan dan kedhaifan ini pula wujud di daerah Jelebu yang diwakili oleh Dato Rais Yatim yang sibuk dengan program WIFI nya yang konon-kononya Malaysia ni dah maju sangat. Nampak tak kat Tok Rais ni, yang orang kampung nya susah dan miskin dan tolonglah orang kampung awak dahulu daripada sibuk dengan WIFI tu.


Naib YDP Jelebu Sdra Anif memegang besi jambatan gantung yang sudah
patah dan bengkok.


Untuk nak pergi ke rumah Puan Zainab Bte Abdul Rahman yang berumur 77 tahun ini rombongan PAS terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang telah uzur dan kayunya telah pecah-pecah. Jambatan gantung itu juga bergoyang-goyang (dah tak kuat) jika ramai orang melaluinya sekaligus. Salah satu besi yang memegang jambatan gantung telah patah dan senget. Pada hakikatnya jambatan gantung ini sedang menunggu harinya untuk roboh menyembam bumi. Jika hal ini berlaku sewaktu tidak ada sesiapa melaluinya syukurlah tetapi apa pula jika pada masa itu ada orang sedang melaluinya. Siapakah yang harus bertanggugjawab??? Adakah Majlis Daerah Jelebu atau kerajaan NS atau Tok Rais sendiri sebab tak prihatin akan masalah orang kampungnya atau siapa???

Sdra Anif menunjukkan sebahagian kayu jambatan yang telah patah


Tolonglah sikit...Dah lebih 50 tahun dah kita merdeka. Kalau taraf hidup penduduk Malaysia yng merdeka ini sama aje dengan sebelum merdeka, maka apa ertinya kemerdekaan. Mana dia United Malays National Organisation (UMNO) yang kononnya membela Melayu. Cakap aje berdegar-degar. Negeri Sembilan ni semenjak merdeka sampailah hari ini dah 50 tahun dah diperintah oleh United Malays National Organisation (UMNO) / BN dah tak pernah sekalipun dapat diperintah oleh PAS. Tolonglah sikit tengok... dan pandang apa keperitan dan kejerihan hidup rakyat. Tok Rais tengoklah sikit...macam ni ke dah jadi Menteri Kanan ni???

Air yang dipam dari dalam tanah masih digunakan!!! Macam ni pun ada,
tapi dah merdeka lebih 50 tahun

Sumber: http://orangklawang.blogspot.com

Ulasan Blogger:

Terima kasih buat Pengendali blog Orangklawang yang sudi kongsi berita. Tengok gambar Sdr Anif tu, rindu pula saya kat dia...lama tak jumpa kena teh tarik dengan dia ni di Spg Durian. Sdr Nor Anif ni `class mate' saya dulu di Sek Keb Peradong dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Tamat darjah 6, kami terpisah lama setelah saya berpindah rumah ke Spg Durian dalam kawasan Jelebu juga. Sdr Nor Anif kini memegang jawatan Naib YDP PAS Kawasan Jelebu. Tahniah.

Bak kata orang, sudah ada `jodoh' ketemu juga. Alhamdulillah, kami diketemukan dalam saf perjuangan yang sama. Mudah-mudahan ianya berkekalan. Wslm.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Zainal Bilal Khan dakwa aku tawarkan 5 juta...

Posted: 18 Apr 2011 02:23 AM PDT

Kah kah kah.....!! 5 juta rupee....!! Boleh kita minum teh di Shamaju...hehe!!

kerangeleber

kerangeleber


Radio Free Sarawak

Posted: 18 Apr 2011 09:01 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SPR palsu tandatangan Borang 14, KEADILAN protes di DUN Tebedu

Posted: 18 Apr 2011 03:51 PM PDT

KUCHING: KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.
Justeru, beliau membuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini.
"Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).
Read More / Baca Lagi >>

Poll results blow for Najib, say analysts

Posted: 18 Apr 2011 03:50 PM PDT

The just-concluded Sarawak polls is seen as an important gauge of popularity for Najib, who must face a general election of his own.
By M Jegathesan
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak is unlikely to call snap elections after a bruising state poll in which his ruling coalition lost ground to the opposition in a traditional stronghold, analysts said.
The Barisan Nasional (BN) coalition held onto its crucial two-thirds majority after Saturday's vote in Sarawak but the opposition had its best result for nearly a quarter century in the resource-rich state on the Borneo island.
The vote was seen as an important gauge of popularity for Najib, who has dished out money for rural development.
Some observers said it was the most crucial test for the BN since the 2008 general election when the opposition seized a third of parliamentary seats and threatened the BN's half-century grip on power.
In Saturday's Sarawak election, the BN clinched 55 seats while Anwar Ibrahim's opposition Pakatan Rakyat alliance won 15. An independent candidate took one seat. Previously the BN had held 63 seats and the opposition eight.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Tiga 'Datuk T' Mungkin Dicaj Tayang Video Seks

Posted: 18 Apr 2011 03:50 PM PDT

Dari 1juta Pengundi, Hanya 300ribu Undi BN

Posted: 18 Apr 2011 03:20 PM PDT

Oleh ramziredang

"Mungkin kerana kesilapan kedua dua PKR dan Snap yang sama sama tamak, maka pengundi berbelah bahagi memihak kepada BN. Akhirnya keputusannya jelas dan nyata, keduanya rugi. Samada sesiapa yang keras kepala siapa yang tidak adalah soal lain, yang pasti rugi tetap rugi

BN memang boleh berbangga kerana dia menang banyak kerusi. Ini mungkin hasil dari persempadanan semula. Tetapi dari segi sokongan rakyat, jelas dan nyata rakyat telah menolak BN secara total. Dari keseluruhan jumlah pengundi yang melebihi sejuta orang, BN hanya mendapat lebih kurang 300 ribu undian penduduk Sarawak. Yang selebihnya adalah mengundi pembangkang, undi rosak ataupun yang tidak hadir.
Jelaslah di sini kenapa BN bermati matian yang dibantu oleh talibarutnya SPR, inginkan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
SPR sangat marah dan geram bila khabar angin dari media alternatif mengatakan PR telah menang. Sementara muka pengarah SPR kembali ceria bila mengumumkan BN telah menang majoriti.  Nyatalah SPR tidak menyebelahi mana mana pihak. SPR 'tidak menyebelahi mana mana pihak' yang lain, kecuali hanya satu pihak iaitu BN.
Perbuatlah apa sahaja, yang nyata 700 ribu dari pengundi Sarawak, telah tidak memilih BN. Syabas rakyat Sarawak

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis

Posted: 18 Apr 2011 03:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan gagal manfaatkan Youtube, Facebook; terus berangan tentang media baru?

Posted: 18 Apr 2011 03:16 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Walaupun saya belajar kejuruteraan selama lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (1981-86), namun saya boleh dianggap sebagai orang yang cukup "lembab" untuk menguasai teknologi baru. Semasa menyertai Harakah pada 1987, hatta untuk menggunakan perisian komputer yang paling mudah, iaitu sekadar untuk menulis bagi menggantikan mesin taip, saya "merangkak-rangkak". Dari segi aplikasi, seorang rakan sepejabat, lulusan sekolah Arab, lebih cepat memahami.


Dunia ICT berkembang pesat dan cukup menakjubkan -- umpama sebuah revolusi. Sebagai wartawan dan kemudiannya editor, saya memang sering "ketinggalan keretapi". Ketika teriakan reformasi 1998 mengejutkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan seterusnya merebak ke seluruh negara, saya lebih banyak tertumpu di Harakah, majalah Tamadun dan kemudiannya menerbitkan sendiri, Detik. Bagaimanapun, saya tetap menjadi pencandu laman-laman web popular seperti Mahazalim, Mahafiraun dan Minda Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Angkat Sumpah Tanpa Pakai Stoking?

Posted: 18 Apr 2011 03:14 PM PDT

SEBELUM meninggalkan Kuching tengah hari tadi, sebelah pagi saya makan nasi kerabu di kedai orang Kelantan di Satok. Yang bawa saya tentulah sahabat seperjuangan, Cikgu Din. Dia datang jemput saya dan kami terus ke Satok. Di Kedai itu terjumpa pula anak pahlawan Sarawak yang asalnya dari Kelantan.

Orang ini hebat dan dia mengetahui banyak cerita dalam kain politik Sarawak. Saya akan cerita kemudian. Bersama si pahlawan ini ada dua lagi temannya. Mereka juga hebat dan merupakan orang 'besar' Sarawak. "Ini orang besar Kuching, MSO," begitulah beritahu Cikgu Din memperkenalkan kepada saya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak

Posted: 18 Apr 2011 03:08 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

chedet mahathir blog 020508Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

"Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP," tulisnya.

"Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara."

NONEPada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.

"Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN," katanya.

Najib harus panik, tapi PAS...

Posted: 18 Apr 2011 04:41 AM PDT

Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011.  Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular.
Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak.  Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.
Dengan segala yang berlaku, beliau yakin bahawa rakyat lebih bersedia untuk memberi ruang kepada pembangkang dalam pertandingan kerusi parlimen menjelang PRU ke-13, lantas beliau meramalkan bahawa Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 dalam tahun ini.  Jikalau inilah situasinya, maka PR bakal mempunyai masa dan ruang yang lebih, malah peluang yang lebih cerah dalam gandingan PAS, DAP dan PKR untuk melakukan pecutan, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Keputusan S'wak tamparan bagi PM

Posted: 18 Apr 2011 04:39 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

NONEAFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Posted: 18 Apr 2011 04:38 AM PDT

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

NONEIni adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.Read More / Baca Lagi >>

DUN Sarawak: Kaum Cina dijangkiti ‘virus rasis’ DAP, dakwa Mahathir

Posted: 18 Apr 2011 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.
Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.
Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."
"Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.
Read More / Baca Lagi >>