Isnin, 18 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SPR palsu tandatangan Borang 14, KEADILAN protes di DUN Tebedu

Posted: 18 Apr 2011 03:51 PM PDT

KUCHING: KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.
Justeru, beliau membuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini.
"Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).
Read More / Baca Lagi >>

Poll results blow for Najib, say analysts

Posted: 18 Apr 2011 03:50 PM PDT

The just-concluded Sarawak polls is seen as an important gauge of popularity for Najib, who must face a general election of his own.
By M Jegathesan
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak is unlikely to call snap elections after a bruising state poll in which his ruling coalition lost ground to the opposition in a traditional stronghold, analysts said.
The Barisan Nasional (BN) coalition held onto its crucial two-thirds majority after Saturday's vote in Sarawak but the opposition had its best result for nearly a quarter century in the resource-rich state on the Borneo island.
The vote was seen as an important gauge of popularity for Najib, who has dished out money for rural development.
Some observers said it was the most crucial test for the BN since the 2008 general election when the opposition seized a third of parliamentary seats and threatened the BN's half-century grip on power.
In Saturday's Sarawak election, the BN clinched 55 seats while Anwar Ibrahim's opposition Pakatan Rakyat alliance won 15. An independent candidate took one seat. Previously the BN had held 63 seats and the opposition eight.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Tiga 'Datuk T' Mungkin Dicaj Tayang Video Seks

Posted: 18 Apr 2011 03:50 PM PDT

Dari 1juta Pengundi, Hanya 300ribu Undi BN

Posted: 18 Apr 2011 03:20 PM PDT

Oleh ramziredang

"Mungkin kerana kesilapan kedua dua PKR dan Snap yang sama sama tamak, maka pengundi berbelah bahagi memihak kepada BN. Akhirnya keputusannya jelas dan nyata, keduanya rugi. Samada sesiapa yang keras kepala siapa yang tidak adalah soal lain, yang pasti rugi tetap rugi

BN memang boleh berbangga kerana dia menang banyak kerusi. Ini mungkin hasil dari persempadanan semula. Tetapi dari segi sokongan rakyat, jelas dan nyata rakyat telah menolak BN secara total. Dari keseluruhan jumlah pengundi yang melebihi sejuta orang, BN hanya mendapat lebih kurang 300 ribu undian penduduk Sarawak. Yang selebihnya adalah mengundi pembangkang, undi rosak ataupun yang tidak hadir.
Jelaslah di sini kenapa BN bermati matian yang dibantu oleh talibarutnya SPR, inginkan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
SPR sangat marah dan geram bila khabar angin dari media alternatif mengatakan PR telah menang. Sementara muka pengarah SPR kembali ceria bila mengumumkan BN telah menang majoriti.  Nyatalah SPR tidak menyebelahi mana mana pihak. SPR 'tidak menyebelahi mana mana pihak' yang lain, kecuali hanya satu pihak iaitu BN.
Perbuatlah apa sahaja, yang nyata 700 ribu dari pengundi Sarawak, telah tidak memilih BN. Syabas rakyat Sarawak

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis

Posted: 18 Apr 2011 03:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan gagal manfaatkan Youtube, Facebook; terus berangan tentang media baru?

Posted: 18 Apr 2011 03:16 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Walaupun saya belajar kejuruteraan selama lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (1981-86), namun saya boleh dianggap sebagai orang yang cukup "lembab" untuk menguasai teknologi baru. Semasa menyertai Harakah pada 1987, hatta untuk menggunakan perisian komputer yang paling mudah, iaitu sekadar untuk menulis bagi menggantikan mesin taip, saya "merangkak-rangkak". Dari segi aplikasi, seorang rakan sepejabat, lulusan sekolah Arab, lebih cepat memahami.


Dunia ICT berkembang pesat dan cukup menakjubkan -- umpama sebuah revolusi. Sebagai wartawan dan kemudiannya editor, saya memang sering "ketinggalan keretapi". Ketika teriakan reformasi 1998 mengejutkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan seterusnya merebak ke seluruh negara, saya lebih banyak tertumpu di Harakah, majalah Tamadun dan kemudiannya menerbitkan sendiri, Detik. Bagaimanapun, saya tetap menjadi pencandu laman-laman web popular seperti Mahazalim, Mahafiraun dan Minda Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Angkat Sumpah Tanpa Pakai Stoking?

Posted: 18 Apr 2011 03:14 PM PDT

SEBELUM meninggalkan Kuching tengah hari tadi, sebelah pagi saya makan nasi kerabu di kedai orang Kelantan di Satok. Yang bawa saya tentulah sahabat seperjuangan, Cikgu Din. Dia datang jemput saya dan kami terus ke Satok. Di Kedai itu terjumpa pula anak pahlawan Sarawak yang asalnya dari Kelantan.

Orang ini hebat dan dia mengetahui banyak cerita dalam kain politik Sarawak. Saya akan cerita kemudian. Bersama si pahlawan ini ada dua lagi temannya. Mereka juga hebat dan merupakan orang 'besar' Sarawak. "Ini orang besar Kuching, MSO," begitulah beritahu Cikgu Din memperkenalkan kepada saya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak

Posted: 18 Apr 2011 03:08 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

chedet mahathir blog 020508Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

"Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP," tulisnya.

"Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara."

NONEPada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.

"Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN," katanya.

Najib harus panik, tapi PAS...

Posted: 18 Apr 2011 04:41 AM PDT

Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011.  Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular.
Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak.  Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.
Dengan segala yang berlaku, beliau yakin bahawa rakyat lebih bersedia untuk memberi ruang kepada pembangkang dalam pertandingan kerusi parlimen menjelang PRU ke-13, lantas beliau meramalkan bahawa Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 dalam tahun ini.  Jikalau inilah situasinya, maka PR bakal mempunyai masa dan ruang yang lebih, malah peluang yang lebih cerah dalam gandingan PAS, DAP dan PKR untuk melakukan pecutan, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Keputusan S'wak tamparan bagi PM

Posted: 18 Apr 2011 04:39 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

NONEAFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Posted: 18 Apr 2011 04:38 AM PDT

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

NONEIni adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.Read More / Baca Lagi >>

DUN Sarawak: Kaum Cina dijangkiti ‘virus rasis’ DAP, dakwa Mahathir

Posted: 18 Apr 2011 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.
Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.
Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."
"Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: