Isnin, 18 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Posted: 18 Apr 2011 09:17 AM PDT

Tag : Merenung Sejenak

Assalamualaikum bagi saudara seislam dan salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam.
Sudah agak lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ni,asyik copypase je hehee.Umur makin meningkat sedangkan persediaan untuk dunia dan akhirat belum cukup.Di kesempatan ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat dari sebuah buku kecil yang saya baca yang membicarakan tentang perkara-perkara yang kita anggap biasa tapi sebenarnya ianya perkara haram.
 
Buku ini hasil terbitan dan edaran Jabatan hal ehwal agama islam Kelantan.sebenarnya dah lama dapat buku ni dan rugi rasanya jika tidak dikongsikan bersama.sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w, "Sampaikanlah walau satu ayat" kerana itu saya merasa satu kewajiban bagi saya untuk berkongsi apa saja ilmu yang bermanfaat dengan pembaca semua.
 
Perkara pertama  Syirik Tanpa Sedar
 
Ada perkara2 yang biasa dikakukan oleh orang islam yang menyebabkan syirik ,antaranya
 
1) Menyembah kuburan
Contohnya beranggapan berdoa di kuburan nabi-nabi,wali-wali atau orang soleh untuk diri sendiri dengan anggapan doanya mudah dimakbulkan,yang lebih teruk lagi ada yang bertawaf mengelilingi kubur wali -wali dan mengucup pintu kubur dan ada sebagainya.(perkara ini tidak berlaki di malaysia tapi ada berlaku dinegara-negara lain)
 
2) Menyembelih binatang untuk selain Allah
 
3)Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
 
4)Berhukum dengan undang-undang jahiliah secara sukarela serta berkeyakinan bahawa hal itu dibolehkan.
 
5)Percaya kepada bomoh dan tukang tilik
Sabda Rasulullah s.a.w
(Barang sesiapa mendatangi tukang ramal lalu menanyakan padanya tentang sesuatu,maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam)Riwayat Muslim
 
6)Percaya kepada ramalan bintang
 
7)Percaya kepada jampi mantera dan azimat

Perkara haram kedua yang biasa kita lakukan tanpa menyedarinya ialah riak dalam ibadah
-bersambung esok lah ,tuan punya blog dah ngantuk ... -
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: