Ahad, 27 Mac 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


Betulkah Melayu sukar berubah?

Posted: 27 Mar 2011 08:19 PM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

BETULKAH orang Melayu sukar berubah, apakah orang Melayu tidak boleh berubah. Jawapannya Insyaallah Melayu boleh berubah. Tidak ada perkara yang mustahil atas dunia ini untuk berubah cuma ia mesti bertepatan dengan sebab dan musabbab.

Firman Allah SWT bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah nasib mereka sendiri".

 Teruk sangatkah Melayu sehingga tergamak orang berkata demikian. Kayu ukur mereka yang berpandangan demikian ialah apabila melihat siri keputusan pilihanraya kecil di Galas, Tenang, Merlimau dan Kedau yang masih menyebalahi BN walaupun terdapat lambakan isu yang tidak menyebelahi BN, namun rakyat tetap memilih BN. Maka mereka merumuskan Melayu sukar untuk berubah.

InsyaAllah Melayu boleh berubah dengan ilmu pengetahuan dan agama. Selagi Melayu berjaya dibutakan maklumat oleh BN melalui media arus perdana seperti Televisyen maka selagi itulah mereka akan digula-gulakan oleh kerajaan BN. Menyedari hakikat ini kerajaan BN akan menggunakan sebaik mungkin tanpa belas kasihan kepada parti lawan.

Dengan skil yang terlatih di kalangan pakar media di media elektronik maka ia berjaya mengelirukan orang Melayu, terutamanya yang berkiblat dengan televisyen. Tetapi dengan pengetahuan semuanya akan berubah.

Benarlah Allah SWT yang menurunkan ayat pertama di dalam Surah al-Alaq dengan arahan" bacalah" membawa erti, bahawa tamaddun suatu umat akan berjaya apabila masyarakat yang mempunyai pengetahuan.

Ramai di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sekarang berasal daripada keluarga Umno telah bertukar kem untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dianugerahkan Allah ilmu pengetahuan samaada ke berada di menara gading atau mereka akses maklumat daripada media baru.

Ketika itu mereka akan meninggalkan perahu bocor yang dinaiki oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka selama ini. Manamana pemimpin diktator ia mesti menutup maklumat supaya tidak sampai ke pengetahuan rakyat.

Sebab itu orang Melayu yang terdedah dengan maklumat yang bebas mereka boleh membuat pertimbangan yang waras untuk mencorak kepimpinan negara. Mereka tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang tidak amanah, perasuah, pecah amanah.
Mereka ini ialah melayu yang rasional dan waras.

Kedua ialah faktor memahami ajaran Islam yang syumul, akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi faktor untuk islahkan masyarakat Melayu. Mereka yang memahami agama akan merasa bersalah menyokong parti yang penuh dengan rasuah, umno maka ia cepat-cepat dipancong.

Ketika Umno berkuasa di Selangor sebelum PRU 2008, Para ustaz diburu kerana penyampaian agama mereka yang dianggap boleh membunuh virus sekular yang bersarang di dalam otak orang Melayu. Masyarakat tidak akan lupa tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) yang hendak menangkap Dato' Dr Haron Din, Dato' Ishak Baharom, Dato' Ismail Kamus semuanya gara-gara takut orang Melayu me mahami Islam yang sebenar.

Maka apabila majlis ilmu tidak hidup di masjid dan surau maka kekuatan Umno begitu bertenaga, Sekiranya tempat itu subur dengan pengajian ilmu seperti pondok maka ia akan menjadi kubu kuat PAS.Oleh itu institusi pondok adalah pengkalan PAS yang paling teguh. Kerana kebanyakan Tok Guru pondok adalah penyokong tegar PAS, walaupun pondok mereka tidak di atas nama PAS.

Contohnya Pondok PASir Tumbuh di Parlimen Kubang Kerian, Pondok Pak Nik Lah dan Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka di Pengkalan Chepa. Di Pasir Emas ada Pondok Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, Pondok Tuan Guru Haji Zakaria. Di Kedah ada Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Pondok Pak Man Bukit Besar, Pondok Tuan Guru Haji Awang Lanai Baling dan banyak lagi pondok yang menjadi kubu PAS.

Umno begitu cemburu dengan kuliah agama maka mereka berusaha menyekat kuliah dan memecat ahli jawatankuasa masjid dengan diganti mereka yang bukan ahli masjid. Pada mereka biar masjid mati tidak mengapa asalkan orang Melayu tidak memahami Islam yang syumul.

Usaha pencerahan maklumat perlu di kalangan orang melayu jika mahu mereka berubah. Selagi mereka cetek agama. maka selagi itulah mereka akan tidak tahu membezakan antara hak dengan yang batil. Melayu cerdik apabila ada agama, melayu akan hina apabila jauh daripada pegangan agama.

Benarlah kata-kata Saidina Umar "Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam maka kami akan dihina oleh Allah". Hari ini orang Arab dihina kerana mereka tidak menghayati Islam sehingga mereka takut kepada Israel walaupun mereka mempunyai hasil minyak yang banyak untuk dijadikan senjata untuk melumpuhkan ekonomi Israel dan sekutunya.

Ustaz Idris Ahmad merupakan Ketua Penerangan PAS


Sambutan Hi-Tea Anak Terengganu diluar jangkaan..

Posted: 27 Mar 2011 04:27 AM PDT

Ipoh: Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak telah berjaya menganjurkan Hi-Tea bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Abdul Wahid bin Endut (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Turut hadir memeriahkan majlis Presiden Perantau, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Setiausaha Perantau, Saudara Suhaimi Embong.

Program Hi-Tea ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran seramai kira-kira 200 orang. Menurut Pengarah Program, Saudara Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak ini membuktikan sokongan Anak Terengganu masih lagi teguh bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini selaras dengan Slogan PAS ganti Umno yang dilancarkan oleh PAS Pusat dan rata-rata hadirin yakin PAS mampu untuk menggantikan Umno sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku tuan rumah.

Sesi Bergambar bersama Yb kesayangan..

 
Para Hadirin mengiri borang pendaftaran
Yb Abdul Wahid Bin Endut
Hadirin Memberi tumpuan ketika Yb berucap..
barisan kepimpinan PAS dan PERANTAU..
Pelbagai jenis hidangan..
hidangan VVIP..

Sumber asal : http://perantau-perak.blogspot.com/2011/03/sambutan-hi-tea-anak-terengganu-diluar.html


Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Lucah-Keji-Shit-Politikus Sempit

Posted: 27 Mar 2011 07:11 PM PDT

Kelucahan Politikus Sempit Terkeji

usinkata;..Sehingga hari ini sesudah Malaysia dilucahkan dengan penayangan video seks oleh "Datuk T"..bahan lucah tersebut masih dilucahkan utk memastikan kesinambungan jangka hayat politik individu tertentu.

Isu lucah ini  merupakan salah satu acara kemuncak politik kotor yang dimainkan oleh politikus sempit..sempit segalanya..dari kepala turun ke kaki..segala ruang yg ada baginya terlalu sempit..lebih sempit dari lubang kubur yg gelap itu..

Wajar tidak wajar politik lucah-keji seperti yg dimainkan dewasa ini ianya sudah menjadi realiti dan ia perlu ditelan pahit buat segenap rakyat Malaysia malah politik Melayu  yg suatu ketika dulu gah dan tersohor dimata dunia sehingga menjadi buat mulut semua bangsa didunia kini makin mencair bak lilin dipanggang api..

Rupanya Politik Lucah-Keji yg dikatakan "Now Showing" dipentaskan dilantai Opera Hidup bernama Malaysia sudah dihidu seawal tahun 1989 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad didalam salah sebuah hadiah tidak ternilai kepada kita rakyat Malaysia..iaitu karya beliau "Sutan Baginda"..

"Politik bukan lagi amanah yang sewajibnya dijaga dan disanjung tetapi politik sudah menjadi jenis nafsu ammarah yang hanya mengejar kekuasaan untuk mengisi perut.
Persoalan segan-silu dan malu-alah dan hormat-menghormati dan jujur-ikhlas dengan sendirinya terhakis.Masing-masing melonjak wajah dan fiil untuk ampu konco-koncnya.Dan bila jari-jari terpaut pada dahan yang agak kukuh,konco sendiri itupun disepakterajangkan ; malah segala benda yang terjangkau,termasuk maruah sendiri,dieksploitasikan selicik mungkin.Waktu itu tidak kira lagilah tentang amanah,tanggungjawab,keadilan atau keimanan.
Fenomena ini kadang-kadang diluar jangkauan akal dan kelaziman kita disebelah sini tetapi itulah realiti polilitik yang membinatangkan manusia di mana-mana pun sekarang ini." - Shahnon Ahmad

Keyakinan bahawa politik lucah-keji tidak akan berakhir didalam hawa politik Malaysia-Melayu...Ianya telah  memiliki pewaris..dan anak itu sudah pun remaja dan dipengaruhi idealisme bersifat "Firaun Keji"..

Politikus Lucah-Keji ini bagaikan tidak menyedari mati itu akan tetap tiba pada masanya..dan dewasa ini sudah banyak kezahiran bahawa gambaran hukuman Allah sudah berjalan didunia utk dipratontonkan kepada manusia yang lain agar menjadi iktibar dan kesedaran buat mereka yang ingin mencuba-cuba mempraktikan diri sebagai pewaris politik lucah-keji..namun mereka itu "Mudah Lupa".."Sering tak ingat"..

Untuk itu kepada kita yg sering nk ingat tarikh matinya kita..perlu berwaspada.jangan ikut perasaan..elakan menjadi pewaris "Firaun Keji" yg memulakan politik lucah-keji yang sememangnya "SHIT !!!".dan tidak perlu dibiarkan melata di bumi Malaysia tercinta ini...

Marilah kita berganding tangan dan menyahut seruan pihak yang mahu nyahkan budaya politik lucah-keji di Malaysia-Melayu..

usinlastkata;...Mat Rempit pon tak sekeji Politikus Sempit ...kerana Mat Rempit berusaha mematikan diri sendiri dan orang lain...Politikus Sempit pula setiap hari berusaha utk mematikan orang lain dan biarkan dirinya mati kekenyang nafsu dan dunia..


adoiii..nantila aku edit utk boh gambar..berukband ni lece..lembab sembab..huhuhu

Banjir Besar Di Zaman Nabi Nuh a.s

Posted: 27 Mar 2011 10:40 AM PDT

Ilustrasi yg mengambarkan Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s



Al-Quran adalah wahyu daripada Allah dan satu-satunya kitab yg tidak berubah.  Al-Quran melihat kejadian banjir besar ini dari perspektif yg berbeza daripada Pentateuch dan lagenda-lagenda lain yg diterangkan oleh pelbagai budaya.Pentateuch, adalah nama bagi salah satu dari lima buku yg terdapat didalam Perjanjian Lama,mengatakan bahawa banjir itu berlaku secara global; iaitu meliputi seluruh bumi.

Di Dalam Al-Quran adalah jelas bahawa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh tidak meliputi seluruh muka bumi,tetapi hanya memusnahkan kaum Nabi Nuh a.s . Sama seperti Nabi Hud a.s yg hanya dihantar kepada kaum Ad,  Nabi Salih a.s  untuk kaum Thamud...Nabi Nuh a.s telah dihantar hanya utk kaumnya dan banjir itu telah menyebabkan kaumnya pupus...

 "Dan demi sesungguhnya ! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dgn berkata  "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yg nyata kepada kamu.  "Iaitu janganlah kamu menyembah melaikan Allah ; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yg lainnya), kamu akan ditimpa azab yg tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan" ( Surah Hud : 25-26)

Mereka yang pupus adalah golongan yg tidak langsung menerima seruan Nabi Nuh a.s dan berterusan menentang baginda. Ayat-ayat berikut jelas menerangkan;

"Mereka terus mendustakanya ,  Kami selamatkan dia dan org-orgnya yg besertanya di dlm bahtera, dan Kami karamkan org-org yg mendustakan ayat-ayat Kami.Sesunguhnya mereka adalah kaum yg buta (maa hatinya daripada melihat kebenaran) . (Surah Al-A'raf; 64)

Allah SWT juga telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan menghancurkan sesuatu kaum sebelum seorang rasul dihantar kepada kaum tersebut.Kehancuran hanya berlaku setelah seorang rasul diturunkan dikalangan sesuatu kaum dan sekiranya rasul itu ditentang. Allah berfirman di dalam Surah Al-Qashash ;

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota ,sebelum Dia mengutus di ibukota itu seoreang rasul yg membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (Surah Al-Qashash;59)

Allah SWT tidak menghancurkan sesuatu kaum sebelum Dia menghantar seorang rasul, Nabi Nuh a.s telah dihantar kepada kaumnya sebagai pemberi ingatan .Oleh yg demikian ,Allah SWT telah menghancurkan hanya umat Nabi Nuh a.s , tidak melibatkan mana-mana kaum yg tidak dihantar seorang rasul.

Daripada kenyataan -kenyataan Al-Quran ini , kita boleh membuat kesimpulan bahawa banjir besar itu hanya berlaku di wilayah terentu, dan bukan secara global.Kerja-kerja penggalian yg dilakukan di kawasan arkeologi ditempat yg dikatakan berlakunya banjir besar itu menunjukan bahawa banjir besar itu bukanlah satu fenomena global, tetapi ia adalah kemusnahan luas yang berlaku di kawasan tertentu Mesopotamia.

Banyak penggalian sejarah telah dibuat di sekitar kawasan dataran Mesopotamia utk mengkaji kejadian banjir tersebut.Penggalian sejarah yg dilaksanakan ke atas empat buah bandar utama; kesan-kesan yg menunjukan satu banjir besar pernah berlaku sekitar 3000 tahun SM telah ditemui.  Keempat-empat bandar ini adalah yg terpenting di Mesopotamia; Ur , Erech , Kish , Shuruppak
R.H.Hall dari Museum British adalah org pertama menjalankan kerja-kerja penggalian disitu.Selepas itu ,Leonard Woolley, menjalankan sendiri kerja-kerja penggalian dan turut menyelia kerja-kerja yg sama di bawah penajaan bersama Museum British dan University of Pennsylvania.Kerja-kerja yg dijalankan oleh Wolley mmeberi kesan yg besar seluruh dunia berlangsung dari tahun 1922 hingga 1934.
Apabila setiap faktor yg menyebabkan berlakunya banjir dianalisis, didapati semuanya menunjukan kejadian itu sebagai fenomena biasa yg snagat lumrah,Apa yg menariknya kejadian ini ialah ; semua faktor itu berlaku dlm masa yg sama dan pada ketika itu Nabi Nuh a.s telah pun mengeluarkan amaran sebelumnya.
Penilaian ke atas bukti yg ditemui hasil daripada kajian lengkap mendedahkan bahawa banjir besar itu meliputi kawasan seluas lebih kurang 160km (lebar) dari timur ke barat, dan 600km (panjang) dari utara ke selatan.Ini bermakna banjir itu meliputi kesemua kawasan dataran Mesopotamia.Apabila analisis dibuat ke atas susunan bandar-bandar yg terlibat ; Ur,Erech,Shuruppak dan Kish, kita dapati ianya terletak dlm satu laluan.Oleh itu, pastinya banjir tersebut meliputi keempat-empat bandar ini dan dataran sekelilingnya.

Seperti diketahui umum , sungai-sungai Tigris dan Eupharets memotong Mesopotamia dari kedua-dua hala.Nampaknya kedua-dua sungai ini bersama -sama dengan sumber -sumber air yg lain; kecil dan besar,telah melimpah dan bersama-sama dengan hujan yg lebat telah mengakibatkan banjir besar berlaku.Kejadian ini dijelaskan oleh Al-Quran  seperti berikut;

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan)air yang tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12)

Selain itu perlu dinyatakan bahawa struktur geografi dataran Mesopotamia di sekitar 3000SM amat berbeza dengan apa yg ada pada hari ini.Pada hari itu, dasar sungai Euphrates adalah lebih ketimur daripada keadaanya pada hari ini; perubahan itu ada kaitanya dengan garis laluan menerusi Ur, Erech,Shuruppak dan Kish.Dengan terbukanya "cucuran langit dan bumi", Sungai Euphrates telah melimpah dan membanjiri serta memusnahkan keempat-empat bandar tersebut.





usinkata;..ini adalah petikan dari buku "KAUM-KAUM YANG PUPUS Bab 1; Kisah Banjir Besar Nabi Nuh  a.s - karya Harun Yahya @ Adnan Oktar (Ankara Turki)

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azmin akan saman polis

Posted: 27 Mar 2011 11:06 PM PDT

SHAH ALAM, 28 MAC: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis kerana menyerbu dan mencetuskan provokasi di majlis pelancaran kempen "Datuk Najib- Altantuya (DNA) di Gombak Sabtu lalu.

Awal pagi tadi, Azmin, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari diberikan notis untuk hadir di Balai Polis Ampang bagi memberi kenyataan bersabit majlis itu.

Azmin berkata pencerobohan polis pada majlis itu menyalahi undang- undang kerana ia diadakan di perkarangan pejabat beliau dan justeru itu tidak memerlukan permit sebagaimana yang dituntut oleh polis.

Pada majlis itu, Anwar dilarang meneruskan ucapan, malah dilaporkan dikasari oleh anggota Polis Simpanan Persekutuan yang cuba memaksa beliau untuk meninggalkan majlis berkenaan. Anwar berkata beliau tidak menyalahkan polis kerana mereka hanya mengikut arahan tetapi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang begitu khuatir terhadap pendedahan hubung kait antara beliau dan Altantuya Sharibuu yang mati dibom pada tahun 2006.

Azmin memberitahu pemberita, polis bertindak diluar batas kuasa dalam keghairahan untuk menyuraikan pelancarkan kempen DNA itu. "Saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang- undang kepada polis yang menganggu dan mencetuskan provokasi dalam ceramah di pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada tiga malam lalu," kata Azmin.

"Kekecohan itu hanya timbul apabila pihak polis menyerbu masuk (ceramah) dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan untuk menggangu program kami pada malam itu. Ini adalah satu tempat persendirian. Mereka tidak ada hak untuk memasuki kawasan berkenaan," tambah beliau.

Azmin berkata tindakan polis memberikan notis kepada beliau dan dua pemimpin PKR yang lain untuk hadir member kenyataan juga menunjukkan niat jahat badan itu. "Cara penyerahan itu seolah- olah saya dan teman- teman seperti penjenayah. Saari Sungib menerima notis jam 2 pagi. Amiruddin Saari menerima notis jam 2.30 pagi.

Mengapa mereka dalam keadaan tergesa- gesa untuk menyerahkan notis ini. Seolah kami ini pengganas dan kami tidak dimaklumkan apa tujuan notis ini dan apakah keterangan yang hendak diambil daripada kami," kata Azmin. "Saya telah menghubungi OCPD Ampang, ACp Amiruddin sebaik notis diterima dan beliau tidak memaklumkan tujuan keterangan diambil namun mendesak saya untuk hadir hari ini," kata Azmin.

Azmin berkata penguamnya telah memaklumkan polis bahawa beliau hanya akan hadir pada Rabu ini untuk member kenyataan yang dikehendaki. - tvsnews-

Kali ni Nallakarupan pula nak dedahkan siapa DSAI ...

Posted: 27 Mar 2011 05:29 PM PDT

Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

"Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua. "Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. "Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

"Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin," dakwanya. Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

"Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar," katanya. Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China - TMI


STONE : Ada sapa-sapa lagi lepas ni nak buat cerita pasal DSAI? Ramainya hahahaha ... tunggu ye selepas Nalla nanti ...

Video sex : Wartawan Harakah pula difitnah?

Posted: 27 Mar 2011 04:37 PM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar. Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu. Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya. Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana. Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks

TERBARU : Rumah YB Azmin diserbu polis

Posted: 27 Mar 2011 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis 'menyerbu' rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti. Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily. Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, kepada Ahli Parlimen Gombak itu. Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-Altantuya' yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam. Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahihan maklumat itu belum dapat dipastikan. Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat. - KD

TERKINI : Polis kepung rumah YB Azmin

Posted: 27 Mar 2011 08:22 AM PDT

TERKINI : Dari Twitter Elizabeth Wong What the ...! "@muazomar: Terkini : Pihak polis sedang mengepung rumah @AzminAli" Police have surrounded @AzminAli's house right now. #fb Tunggu perkembangan lanjut
12.00 tgh malam : Tiada sebarang berita lanjut tentang YB Azmin. Masih menunggu

Lagi gambar-gambar untuk puak UMporNO

Posted: 27 Mar 2011 07:42 AM PDT






hahahahaha ketaq kaki CSL dan Rahim Tambi bila tgk gambaq ni ......

2 gambaq di atas adalah anak kepada seorang pelakon Hollywood terkenal. Nanti tgh malam aku bagitau sapa bapa dia .... denagan gambaq dia sekali, lagi sexy beb ...

Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear --DAP

Posted: 27 Mar 2011 06:30 AM PDT

Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik

DAPSY Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan pendirian tidak bersetuju kami terhadap rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji nuklear di negara kita.

Memandangkan negara Jepun yang memiliki kepakaran dan tahap teknologi yang sangat maju dan progresif kini dihadapi dengan krisis nuklear yang paling serius dalam sejarah dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu, adalah perlu rancangan ini dibatalkan. Perlu diambil perhatian, tahap kawalan teknologi fission nuklear di negara kita adalah terhad berbanding dengan kepakaran Negara Jepun. Lagipun negara-negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan ekonomi kedua besar dunia negara China telahpun membatalkan rancangan membina loji nuclear dalam negara mereka masing-masing. Keselamatan rakyat Malaysia harus diutamakan dan risiko tinggi ini tidak harus diperjudikan.

Pada masa kini, Malaysia mempunyai simpanan tenaga sebanyak 40% dan sebenarnya hanya memerlukan 20% sahaja. Mengapakah Kerajaan Persekutuan masih enggan membatalkan projek loji nuklear selepas krisis nuklear yang berlaku di Jepun? Syarikat apa yang akan dapat komisyen yang berharga berjuta-juta ringgit daripada projek loji nuklear?

Tenaga elektrik yang dijana daripada loji nuklear bukannya murah, masyarakat kita perlu membayar kos tersembunyi (hidden cost ) dalam pembangunan loji nuklear. Kos tersebut meliputi kos memperolehi sumber asli Uranium, kos tambahan dalam menamatkan khidmat, kos pengendalian dan pelupusan sisa radioaktif . Lagipun Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan negara kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear.

Sehubungan dengan itu, kami juga tidak yakin dengan rekod prestasi yang kurang memuaskan oleh sesetengah projek Kerajaan Persekutuan yang dijalankan seperti ada bumbung yang bukan sahaja bocor tetapi juga runtuh. Sekiranya bumbung stadium, sekolah dan terminal bas pun boleh runtuh bagaimana kita boleh yakin tentang keselamatan dan kekukuhan sesuatu loji nuklear yang berisiko tinggi dan bahaya?

Kerajaan Persekutuan haruslah menolak cadangan membina loji nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia dan melabur untuk menerokai pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain - DAPSY

Tabung Keadilan : RM802 ribu dikutip dihari pelancaran

Posted: 27 Mar 2011 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita tak mampu gunakan pendapatan sendiri, tetapi kita cuba jumpa rakyat yang kuat sentimen untuk membantu parti, yang benci perkembangan politik, kezaliman, dan kegilaan yang ada sekarang ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian pelancaran itu di Hotel De Palma, Ampang di sini, petang ini. Hadir sama, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marahen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini.

Dalam pada itu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata, kutipan itu bertujuan untuk membayar pelbagai penyediaan material seperti program ceramah dan sebagainya.

"Untuk membayar bot, petrol, percetakan untuk sebaran kepada rakyat, melawat rumah ke rumah dan ia kemungkinan memakan jutaan ringgit," katanya.

Program kutipan dana ini akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 yang kemungkinan akan berlaku bila-bila masa. Untuk membuat sumbangan, semua maklumat ada di laman ini.

Dulu mata, sekarang perut saya jadi sasaran - DSAI

Posted: 27 Mar 2011 04:12 AM PDT

PERMATANG PAUH, 27 Mac: "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam. Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini.

Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan. Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya. "Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya.

Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut.

Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio' Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah. Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa.

"Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh. "Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti," ujarnya. - HD

Santai : Sepetang di Petaling Street

Posted: 27 Mar 2011 02:25 AM PDT



Aku saja pi jalan-jalan petaling street. Ramai juga. Ada pelancung. Mat Salleh. Pak Arab. Macam-macam orang ada.

Aku sebenarnya jarang-jarang ke sini. Tapi macamana hati terbuka pula petang semalam. Bukan ada niat nak beli apa-apa pun, sekadar jalan-jalan buang masa dan nak cari sumber cerita kat blog. Yang pasti dalam beg aku Canon 500D tetap sentiasa bersama.

Tiba-tiba sorang peniaga Bangla "Bang VCD bang, murah-murah saja ... ambil la bang" katanya kepada aku sambil menunjukkan beberapa keping VCD lucah.

"Eh ini salah ni u jual" jawab aku "Mana ada salah lagi bang sekarang, itu hari 1 menteri sudah cakap tak salah" katanya

"Mana u tau?" soal aku lagi

"Ala 1 Malaysia sudah tahu la, sekarang ini VCD lucah sudah tidak salah lagi" katanya bersungguh-sungguh

"O u pun tau ker"

"Ala kita tau la bang"

"Lagi ahh, itu orang itu hari sudah tayaang itu video pada paper punya orang, pun tidak apa. Tidak kena tangkap, ... ambil la bang"

"Lagi ah itu tayang punya orang pergi sana Bukit Aman itu polis punya tempat, lagi tak kena apa-apa juga,,, polis tarak tangkap sama dia .... jadi kita apa takut?

"Ok-ok lain kali saya beli" aku berlalu dari sana.

Mamat Bangla tu terus menunjukan VCD lucah pada sesiapa saja yang lalu lalang di depannya termasuk pelancong luar ....

Hahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa ...............

Ni yang buat orang UMporNO tak senang duduk, tambah2 Rahim Thamby dan Soi Lek .. haha

Posted: 27 Mar 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita. Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh.

Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas. Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus.

Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum - seterusnya

Pelakon-pelakon porno ni perlu letak jawatan - Tian Chua

Posted: 27 Mar 2011 12:22 AM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mencabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya meletakkan jawatan yang dipegang sekarang jika benar-benar mahu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat negara ini.

Kata Chua, kedua-dua pemimpin itu perlu berbuat tanpa hanya mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan rakaman video seks Isnin lalu. "Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia," kata Ahli Parlimen Batu ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Oleh itu, kata Chua, beliau mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakannya agar Dr Chua meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda beliau insaf selepas skandal seksnya tersebar luas manakala Abdul Rahim melepaskan semua kedudukan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

"Jika Datuk Seri Chua tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan," katanya dalam reaksi berhubung "perang kenyataan" dalam isu semasa ekoran pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat Isnin lalu.

Beliau yang turut dikenali sebagai Tian Chua merujuk kepada kenyataan Dr Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh Umno. Kenyataan itu memetik seruan Dr Chua, Presiden MCA, supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau bukanlah si pelaku dalam video. Abdul Rahim merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno manakala Dr Chua pula melepaskan jawatan naib presiden MCA dan menteri kesihatan tiga tahun lalu sebelum dipilih semula sebagai presiden MCA awal tahun lalu.

"Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. "Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalin hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya," katanya.

Chua menambah perancangan Umno untuk memfitnah Anwar melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. "Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik (berkata) yang terpaksa (beliau) meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. "Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks," katanya.

Hakikatnya, kata beliau, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti dan mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. "Kenyataan Datuk Seri Chua semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Datuk Seri Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk dalam politik," kata Chua lagi. - TMI