Siulan Apadianie |
Lucah-Keji-Shit-Politikus Sempit Posted: 27 Mar 2011 07:11 PM PDT Kelucahan Politikus Sempit Terkeji usinkata;..Sehingga hari ini sesudah Malaysia dilucahkan dengan penayangan video seks oleh "Datuk T"..bahan lucah tersebut masih dilucahkan utk memastikan kesinambungan jangka hayat politik individu tertentu. Isu lucah ini merupakan salah satu acara kemuncak politik kotor yang dimainkan oleh politikus sempit..sempit segalanya..dari kepala turun ke kaki..segala ruang yg ada baginya terlalu sempit..lebih sempit dari lubang kubur yg gelap itu.. Wajar tidak wajar politik lucah-keji seperti yg dimainkan dewasa ini ianya sudah menjadi realiti dan ia perlu ditelan pahit buat segenap rakyat Malaysia malah politik Melayu yg suatu ketika dulu gah dan tersohor dimata dunia sehingga menjadi buat mulut semua bangsa didunia kini makin mencair bak lilin dipanggang api.. Rupanya Politik Lucah-Keji yg dikatakan "Now Showing" dipentaskan dilantai Opera Hidup bernama Malaysia sudah dihidu seawal tahun 1989 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad didalam salah sebuah hadiah tidak ternilai kepada kita rakyat Malaysia..iaitu karya beliau "Sutan Baginda".. "Politik bukan lagi amanah yang sewajibnya dijaga dan disanjung tetapi politik sudah menjadi jenis nafsu ammarah yang hanya mengejar kekuasaan untuk mengisi perut. Persoalan segan-silu dan malu-alah dan hormat-menghormati dan jujur-ikhlas dengan sendirinya terhakis.Masing-masing melonjak wajah dan fiil untuk ampu konco-koncnya.Dan bila jari-jari terpaut pada dahan yang agak kukuh,konco sendiri itupun disepakterajangkan ; malah segala benda yang terjangkau,termasuk maruah sendiri,dieksploitasikan selicik mungkin.Waktu itu tidak kira lagilah tentang amanah,tanggungjawab,keadilan atau keimanan. Fenomena ini kadang-kadang diluar jangkauan akal dan kelaziman kita disebelah sini tetapi itulah realiti polilitik yang membinatangkan manusia di mana-mana pun sekarang ini." - Shahnon Ahmad Keyakinan bahawa politik lucah-keji tidak akan berakhir didalam hawa politik Malaysia-Melayu...Ianya telah memiliki pewaris..dan anak itu sudah pun remaja dan dipengaruhi idealisme bersifat "Firaun Keji".. Politikus Lucah-Keji ini bagaikan tidak menyedari mati itu akan tetap tiba pada masanya..dan dewasa ini sudah banyak kezahiran bahawa gambaran hukuman Allah sudah berjalan didunia utk dipratontonkan kepada manusia yang lain agar menjadi iktibar dan kesedaran buat mereka yang ingin mencuba-cuba mempraktikan diri sebagai pewaris politik lucah-keji..namun mereka itu "Mudah Lupa".."Sering tak ingat".. Untuk itu kepada kita yg sering nk ingat tarikh matinya kita..perlu berwaspada.jangan ikut perasaan..elakan menjadi pewaris "Firaun Keji" yg memulakan politik lucah-keji yang sememangnya "SHIT !!!".dan tidak perlu dibiarkan melata di bumi Malaysia tercinta ini... Marilah kita berganding tangan dan menyahut seruan pihak yang mahu nyahkan budaya politik lucah-keji di Malaysia-Melayu.. usinlastkata;...Mat Rempit pon tak sekeji Politikus Sempit ...kerana Mat Rempit berusaha mematikan diri sendiri dan orang lain...Politikus Sempit pula setiap hari berusaha utk mematikan orang lain dan biarkan dirinya mati kekenyang nafsu dan dunia.. adoiii..nantila aku edit utk boh gambar..berukband ni lece..lembab sembab..huhuhu |
Banjir Besar Di Zaman Nabi Nuh a.s Posted: 27 Mar 2011 10:40 AM PDT Ilustrasi yg mengambarkan Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s Al-Quran adalah wahyu daripada Allah dan satu-satunya kitab yg tidak berubah. Al-Quran melihat kejadian banjir besar ini dari perspektif yg berbeza daripada Pentateuch dan lagenda-lagenda lain yg diterangkan oleh pelbagai budaya.Pentateuch, adalah nama bagi salah satu dari lima buku yg terdapat didalam Perjanjian Lama,mengatakan bahawa banjir itu berlaku secara global; iaitu meliputi seluruh bumi. Di Dalam Al-Quran adalah jelas bahawa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh tidak meliputi seluruh muka bumi,tetapi hanya memusnahkan kaum Nabi Nuh a.s . Sama seperti Nabi Hud a.s yg hanya dihantar kepada kaum Ad, Nabi Salih a.s untuk kaum Thamud...Nabi Nuh a.s telah dihantar hanya utk kaumnya dan banjir itu telah menyebabkan kaumnya pupus... "Dan demi sesungguhnya ! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dgn berkata "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yg nyata kepada kamu. "Iaitu janganlah kamu menyembah melaikan Allah ; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yg lainnya), kamu akan ditimpa azab yg tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan" ( Surah Hud : 25-26) Mereka yang pupus adalah golongan yg tidak langsung menerima seruan Nabi Nuh a.s dan berterusan menentang baginda. Ayat-ayat berikut jelas menerangkan; "Mereka terus mendustakanya , Kami selamatkan dia dan org-orgnya yg besertanya di dlm bahtera, dan Kami karamkan org-org yg mendustakan ayat-ayat Kami.Sesunguhnya mereka adalah kaum yg buta (maa hatinya daripada melihat kebenaran) . (Surah Al-A'raf; 64) Allah SWT juga telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan menghancurkan sesuatu kaum sebelum seorang rasul dihantar kepada kaum tersebut.Kehancuran hanya berlaku setelah seorang rasul diturunkan dikalangan sesuatu kaum dan sekiranya rasul itu ditentang. Allah berfirman di dalam Surah Al-Qashash ; Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota ,sebelum Dia mengutus di ibukota itu seoreang rasul yg membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (Surah Al-Qashash;59) Allah SWT tidak menghancurkan sesuatu kaum sebelum Dia menghantar seorang rasul, Nabi Nuh a.s telah dihantar kepada kaumnya sebagai pemberi ingatan .Oleh yg demikian ,Allah SWT telah menghancurkan hanya umat Nabi Nuh a.s , tidak melibatkan mana-mana kaum yg tidak dihantar seorang rasul. Daripada kenyataan -kenyataan Al-Quran ini , kita boleh membuat kesimpulan bahawa banjir besar itu hanya berlaku di wilayah terentu, dan bukan secara global.Kerja-kerja penggalian yg dilakukan di kawasan arkeologi ditempat yg dikatakan berlakunya banjir besar itu menunjukan bahawa banjir besar itu bukanlah satu fenomena global, tetapi ia adalah kemusnahan luas yang berlaku di kawasan tertentu Mesopotamia. Banyak penggalian sejarah telah dibuat di sekitar kawasan dataran Mesopotamia utk mengkaji kejadian banjir tersebut.Penggalian sejarah yg dilaksanakan ke atas empat buah bandar utama; kesan-kesan yg menunjukan satu banjir besar pernah berlaku sekitar 3000 tahun SM telah ditemui. Keempat-empat bandar ini adalah yg terpenting di Mesopotamia; Ur , Erech , Kish , Shuruppak R.H.Hall dari Museum British adalah org pertama menjalankan kerja-kerja penggalian disitu.Selepas itu ,Leonard Woolley, menjalankan sendiri kerja-kerja penggalian dan turut menyelia kerja-kerja yg sama di bawah penajaan bersama Museum British dan University of Pennsylvania.Kerja-kerja yg dijalankan oleh Wolley mmeberi kesan yg besar seluruh dunia berlangsung dari tahun 1922 hingga 1934. Apabila setiap faktor yg menyebabkan berlakunya banjir dianalisis, didapati semuanya menunjukan kejadian itu sebagai fenomena biasa yg snagat lumrah,Apa yg menariknya kejadian ini ialah ; semua faktor itu berlaku dlm masa yg sama dan pada ketika itu Nabi Nuh a.s telah pun mengeluarkan amaran sebelumnya. Penilaian ke atas bukti yg ditemui hasil daripada kajian lengkap mendedahkan bahawa banjir besar itu meliputi kawasan seluas lebih kurang 160km (lebar) dari timur ke barat, dan 600km (panjang) dari utara ke selatan.Ini bermakna banjir itu meliputi kesemua kawasan dataran Mesopotamia.Apabila analisis dibuat ke atas susunan bandar-bandar yg terlibat ; Ur,Erech,Shuruppak dan Kish, kita dapati ianya terletak dlm satu laluan.Oleh itu, pastinya banjir tersebut meliputi keempat-empat bandar ini dan dataran sekelilingnya. Seperti diketahui umum , sungai-sungai Tigris dan Eupharets memotong Mesopotamia dari kedua-dua hala.Nampaknya kedua-dua sungai ini bersama -sama dengan sumber -sumber air yg lain; kecil dan besar,telah melimpah dan bersama-sama dengan hujan yg lebat telah mengakibatkan banjir besar berlaku.Kejadian ini dijelaskan oleh Al-Quran seperti berikut; "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan)air yang tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12) Selain itu perlu dinyatakan bahawa struktur geografi dataran Mesopotamia di sekitar 3000SM amat berbeza dengan apa yg ada pada hari ini.Pada hari itu, dasar sungai Euphrates adalah lebih ketimur daripada keadaanya pada hari ini; perubahan itu ada kaitanya dengan garis laluan menerusi Ur, Erech,Shuruppak dan Kish.Dengan terbukanya "cucuran langit dan bumi", Sungai Euphrates telah melimpah dan membanjiri serta memusnahkan keempat-empat bandar tersebut. usinkata;..ini adalah petikan dari buku "KAUM-KAUM YANG PUPUS Bab 1; Kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s - karya Harun Yahya @ Adnan Oktar (Ankara Turki) |
You are subscribed to email updates from usinkata To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan