Ahad, 27 Mac 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


Betulkah Melayu sukar berubah?

Posted: 27 Mar 2011 08:19 PM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

BETULKAH orang Melayu sukar berubah, apakah orang Melayu tidak boleh berubah. Jawapannya Insyaallah Melayu boleh berubah. Tidak ada perkara yang mustahil atas dunia ini untuk berubah cuma ia mesti bertepatan dengan sebab dan musabbab.

Firman Allah SWT bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah nasib mereka sendiri".

 Teruk sangatkah Melayu sehingga tergamak orang berkata demikian. Kayu ukur mereka yang berpandangan demikian ialah apabila melihat siri keputusan pilihanraya kecil di Galas, Tenang, Merlimau dan Kedau yang masih menyebalahi BN walaupun terdapat lambakan isu yang tidak menyebelahi BN, namun rakyat tetap memilih BN. Maka mereka merumuskan Melayu sukar untuk berubah.

InsyaAllah Melayu boleh berubah dengan ilmu pengetahuan dan agama. Selagi Melayu berjaya dibutakan maklumat oleh BN melalui media arus perdana seperti Televisyen maka selagi itulah mereka akan digula-gulakan oleh kerajaan BN. Menyedari hakikat ini kerajaan BN akan menggunakan sebaik mungkin tanpa belas kasihan kepada parti lawan.

Dengan skil yang terlatih di kalangan pakar media di media elektronik maka ia berjaya mengelirukan orang Melayu, terutamanya yang berkiblat dengan televisyen. Tetapi dengan pengetahuan semuanya akan berubah.

Benarlah Allah SWT yang menurunkan ayat pertama di dalam Surah al-Alaq dengan arahan" bacalah" membawa erti, bahawa tamaddun suatu umat akan berjaya apabila masyarakat yang mempunyai pengetahuan.

Ramai di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sekarang berasal daripada keluarga Umno telah bertukar kem untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dianugerahkan Allah ilmu pengetahuan samaada ke berada di menara gading atau mereka akses maklumat daripada media baru.

Ketika itu mereka akan meninggalkan perahu bocor yang dinaiki oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka selama ini. Manamana pemimpin diktator ia mesti menutup maklumat supaya tidak sampai ke pengetahuan rakyat.

Sebab itu orang Melayu yang terdedah dengan maklumat yang bebas mereka boleh membuat pertimbangan yang waras untuk mencorak kepimpinan negara. Mereka tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang tidak amanah, perasuah, pecah amanah.
Mereka ini ialah melayu yang rasional dan waras.

Kedua ialah faktor memahami ajaran Islam yang syumul, akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi faktor untuk islahkan masyarakat Melayu. Mereka yang memahami agama akan merasa bersalah menyokong parti yang penuh dengan rasuah, umno maka ia cepat-cepat dipancong.

Ketika Umno berkuasa di Selangor sebelum PRU 2008, Para ustaz diburu kerana penyampaian agama mereka yang dianggap boleh membunuh virus sekular yang bersarang di dalam otak orang Melayu. Masyarakat tidak akan lupa tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) yang hendak menangkap Dato' Dr Haron Din, Dato' Ishak Baharom, Dato' Ismail Kamus semuanya gara-gara takut orang Melayu me mahami Islam yang sebenar.

Maka apabila majlis ilmu tidak hidup di masjid dan surau maka kekuatan Umno begitu bertenaga, Sekiranya tempat itu subur dengan pengajian ilmu seperti pondok maka ia akan menjadi kubu kuat PAS.Oleh itu institusi pondok adalah pengkalan PAS yang paling teguh. Kerana kebanyakan Tok Guru pondok adalah penyokong tegar PAS, walaupun pondok mereka tidak di atas nama PAS.

Contohnya Pondok PASir Tumbuh di Parlimen Kubang Kerian, Pondok Pak Nik Lah dan Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka di Pengkalan Chepa. Di Pasir Emas ada Pondok Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, Pondok Tuan Guru Haji Zakaria. Di Kedah ada Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Pondok Pak Man Bukit Besar, Pondok Tuan Guru Haji Awang Lanai Baling dan banyak lagi pondok yang menjadi kubu PAS.

Umno begitu cemburu dengan kuliah agama maka mereka berusaha menyekat kuliah dan memecat ahli jawatankuasa masjid dengan diganti mereka yang bukan ahli masjid. Pada mereka biar masjid mati tidak mengapa asalkan orang Melayu tidak memahami Islam yang syumul.

Usaha pencerahan maklumat perlu di kalangan orang melayu jika mahu mereka berubah. Selagi mereka cetek agama. maka selagi itulah mereka akan tidak tahu membezakan antara hak dengan yang batil. Melayu cerdik apabila ada agama, melayu akan hina apabila jauh daripada pegangan agama.

Benarlah kata-kata Saidina Umar "Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam maka kami akan dihina oleh Allah". Hari ini orang Arab dihina kerana mereka tidak menghayati Islam sehingga mereka takut kepada Israel walaupun mereka mempunyai hasil minyak yang banyak untuk dijadikan senjata untuk melumpuhkan ekonomi Israel dan sekutunya.

Ustaz Idris Ahmad merupakan Ketua Penerangan PAS


Sambutan Hi-Tea Anak Terengganu diluar jangkaan..

Posted: 27 Mar 2011 04:27 AM PDT

Ipoh: Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak telah berjaya menganjurkan Hi-Tea bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Abdul Wahid bin Endut (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Turut hadir memeriahkan majlis Presiden Perantau, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Setiausaha Perantau, Saudara Suhaimi Embong.

Program Hi-Tea ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran seramai kira-kira 200 orang. Menurut Pengarah Program, Saudara Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak ini membuktikan sokongan Anak Terengganu masih lagi teguh bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini selaras dengan Slogan PAS ganti Umno yang dilancarkan oleh PAS Pusat dan rata-rata hadirin yakin PAS mampu untuk menggantikan Umno sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku tuan rumah.

Sesi Bergambar bersama Yb kesayangan..

 
Para Hadirin mengiri borang pendaftaran
Yb Abdul Wahid Bin Endut
Hadirin Memberi tumpuan ketika Yb berucap..
barisan kepimpinan PAS dan PERANTAU..
Pelbagai jenis hidangan..
hidangan VVIP..

Sumber asal : http://perantau-perak.blogspot.com/2011/03/sambutan-hi-tea-anak-terengganu-diluar.html


Tiada ulasan: