MIMPI SENJA |
- Azmin akan saman polis
- Kali ni Nallakarupan pula nak dedahkan siapa DSAI ...
- Video sex : Wartawan Harakah pula difitnah?
- TERBARU : Rumah YB Azmin diserbu polis
- TERKINI : Polis kepung rumah YB Azmin
- Lagi gambar-gambar untuk puak UMporNO
- Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear --DAP
- Tabung Keadilan : RM802 ribu dikutip dihari pelancaran
- Dulu mata, sekarang perut saya jadi sasaran - DSAI
- Santai : Sepetang di Petaling Street
- Ni yang buat orang UMporNO tak senang duduk, tambah2 Rahim Thamby dan Soi Lek .. haha
- Pelakon-pelakon porno ni perlu letak jawatan - Tian Chua
Posted: 27 Mar 2011 11:06 PM PDT SHAH ALAM, 28 MAC: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis kerana menyerbu dan mencetuskan provokasi di majlis pelancaran kempen "Datuk Najib- Altantuya (DNA) di Gombak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, Azmin, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari diberikan notis untuk hadir di Balai Polis Ampang bagi memberi kenyataan bersabit majlis itu. Azmin berkata pencerobohan polis pada majlis itu menyalahi undang- undang kerana ia diadakan di perkarangan pejabat beliau dan justeru itu tidak memerlukan permit sebagaimana yang dituntut oleh polis. Pada majlis itu, Anwar dilarang meneruskan ucapan, malah dilaporkan dikasari oleh anggota Polis Simpanan Persekutuan yang cuba memaksa beliau untuk meninggalkan majlis berkenaan. Anwar berkata beliau tidak menyalahkan polis kerana mereka hanya mengikut arahan tetapi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang begitu khuatir terhadap pendedahan hubung kait antara beliau dan Altantuya Sharibuu yang mati dibom pada tahun 2006. Azmin memberitahu pemberita, polis bertindak diluar batas kuasa dalam keghairahan untuk menyuraikan pelancarkan kempen DNA itu. "Saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang- undang kepada polis yang menganggu dan mencetuskan provokasi dalam ceramah di pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada tiga malam lalu," kata Azmin. "Kekecohan itu hanya timbul apabila pihak polis menyerbu masuk (ceramah) dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan untuk menggangu program kami pada malam itu. Ini adalah satu tempat persendirian. Mereka tidak ada hak untuk memasuki kawasan berkenaan," tambah beliau. Azmin berkata tindakan polis memberikan notis kepada beliau dan dua pemimpin PKR yang lain untuk hadir member kenyataan juga menunjukkan niat jahat badan itu. "Cara penyerahan itu seolah- olah saya dan teman- teman seperti penjenayah. Saari Sungib menerima notis jam 2 pagi. Amiruddin Saari menerima notis jam 2.30 pagi. Mengapa mereka dalam keadaan tergesa- gesa untuk menyerahkan notis ini. Seolah kami ini pengganas dan kami tidak dimaklumkan apa tujuan notis ini dan apakah keterangan yang hendak diambil daripada kami," kata Azmin. "Saya telah menghubungi OCPD Ampang, ACp Amiruddin sebaik notis diterima dan beliau tidak memaklumkan tujuan keterangan diambil namun mendesak saya untuk hadir hari ini," kata Azmin. Azmin berkata penguamnya telah memaklumkan polis bahawa beliau hanya akan hadir pada Rabu ini untuk member kenyataan yang dikehendaki. - tvsnews- |
Kali ni Nallakarupan pula nak dedahkan siapa DSAI ... Posted: 27 Mar 2011 05:29 PM PDT Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar. "Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua. "Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. "Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin," dakwanya. Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka. "Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar," katanya. Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China - TMI STONE : Ada sapa-sapa lagi lepas ni nak buat cerita pasal DSAI? Ramainya hahahaha ... tunggu ye selepas Nalla nanti ... |
Video sex : Wartawan Harakah pula difitnah? Posted: 27 Mar 2011 04:37 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Mac: Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar. Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi. "Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya. Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu. Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya. Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit. Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana. Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu. Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media. Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja. Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks |
TERBARU : Rumah YB Azmin diserbu polis Posted: 27 Mar 2011 09:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Sepasukan polis 'menyerbu' rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti. Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily. Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, kepada Ahli Parlimen Gombak itu. Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-Altantuya' yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam. Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahihan maklumat itu belum dapat dipastikan. Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat. - KD |
TERKINI : Polis kepung rumah YB Azmin Posted: 27 Mar 2011 08:22 AM PDT TERKINI : Dari Twitter Elizabeth Wong What the ...! "@muazomar: Terkini : Pihak polis sedang mengepung rumah @AzminAli" Police have surrounded @AzminAli's house right now. #fb Tunggu perkembangan lanjut 12.00 tgh malam : Tiada sebarang berita lanjut tentang YB Azmin. Masih menunggu |
Lagi gambar-gambar untuk puak UMporNO Posted: 27 Mar 2011 07:42 AM PDT |
Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear --DAP Posted: 27 Mar 2011 06:30 AM PDT Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik DAPSY Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan pendirian tidak bersetuju kami terhadap rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji nuklear di negara kita. Memandangkan negara Jepun yang memiliki kepakaran dan tahap teknologi yang sangat maju dan progresif kini dihadapi dengan krisis nuklear yang paling serius dalam sejarah dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu, adalah perlu rancangan ini dibatalkan. Perlu diambil perhatian, tahap kawalan teknologi fission nuklear di negara kita adalah terhad berbanding dengan kepakaran Negara Jepun. Lagipun negara-negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan ekonomi kedua besar dunia negara China telahpun membatalkan rancangan membina loji nuclear dalam negara mereka masing-masing. Keselamatan rakyat Malaysia harus diutamakan dan risiko tinggi ini tidak harus diperjudikan. Pada masa kini, Malaysia mempunyai simpanan tenaga sebanyak 40% dan sebenarnya hanya memerlukan 20% sahaja. Mengapakah Kerajaan Persekutuan masih enggan membatalkan projek loji nuklear selepas krisis nuklear yang berlaku di Jepun? Syarikat apa yang akan dapat komisyen yang berharga berjuta-juta ringgit daripada projek loji nuklear? Tenaga elektrik yang dijana daripada loji nuklear bukannya murah, masyarakat kita perlu membayar kos tersembunyi (hidden cost ) dalam pembangunan loji nuklear. Kos tersebut meliputi kos memperolehi sumber asli Uranium, kos tambahan dalam menamatkan khidmat, kos pengendalian dan pelupusan sisa radioaktif . Lagipun Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan negara kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear. Sehubungan dengan itu, kami juga tidak yakin dengan rekod prestasi yang kurang memuaskan oleh sesetengah projek Kerajaan Persekutuan yang dijalankan seperti ada bumbung yang bukan sahaja bocor tetapi juga runtuh. Sekiranya bumbung stadium, sekolah dan terminal bas pun boleh runtuh bagaimana kita boleh yakin tentang keselamatan dan kekukuhan sesuatu loji nuklear yang berisiko tinggi dan bahaya? Kerajaan Persekutuan haruslah menolak cadangan membina loji nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia dan melabur untuk menerokai pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain - DAPSY |
Tabung Keadilan : RM802 ribu dikutip dihari pelancaran Posted: 27 Mar 2011 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13. "Kita tak mampu gunakan pendapatan sendiri, tetapi kita cuba jumpa rakyat yang kuat sentimen untuk membantu parti, yang benci perkembangan politik, kezaliman, dan kegilaan yang ada sekarang ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian pelancaran itu di Hotel De Palma, Ampang di sini, petang ini. Hadir sama, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marahen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini. Dalam pada itu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata, kutipan itu bertujuan untuk membayar pelbagai penyediaan material seperti program ceramah dan sebagainya. "Untuk membayar bot, petrol, percetakan untuk sebaran kepada rakyat, melawat rumah ke rumah dan ia kemungkinan memakan jutaan ringgit," katanya. Program kutipan dana ini akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 yang kemungkinan akan berlaku bila-bila masa. Untuk membuat sumbangan, semua maklumat ada di laman ini. |
Dulu mata, sekarang perut saya jadi sasaran - DSAI Posted: 27 Mar 2011 04:12 AM PDT PERMATANG PAUH, 27 Mac: "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam. Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini. Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan. Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya. "Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya. Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut. Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio' Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah. Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa. "Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh. "Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti," ujarnya. - HD |
Santai : Sepetang di Petaling Street Posted: 27 Mar 2011 02:25 AM PDT Aku saja pi jalan-jalan petaling street. Ramai juga. Ada pelancung. Mat Salleh. Pak Arab. Macam-macam orang ada. Aku sebenarnya jarang-jarang ke sini. Tapi macamana hati terbuka pula petang semalam. Bukan ada niat nak beli apa-apa pun, sekadar jalan-jalan buang masa dan nak cari sumber cerita kat blog. Yang pasti dalam beg aku Canon 500D tetap sentiasa bersama. Tiba-tiba sorang peniaga Bangla "Bang VCD bang, murah-murah saja ... ambil la bang" katanya kepada aku sambil menunjukkan beberapa keping VCD lucah. "Eh ini salah ni u jual" jawab aku "Mana ada salah lagi bang sekarang, itu hari 1 menteri sudah cakap tak salah" katanya "Mana u tau?" soal aku lagi "Ala 1 Malaysia sudah tahu la, sekarang ini VCD lucah sudah tidak salah lagi" katanya bersungguh-sungguh "O u pun tau ker" "Ala kita tau la bang" "Lagi ahh, itu orang itu hari sudah tayaang itu video pada paper punya orang, pun tidak apa. Tidak kena tangkap, ... ambil la bang" "Lagi ah itu tayang punya orang pergi sana Bukit Aman itu polis punya tempat, lagi tak kena apa-apa juga,,, polis tarak tangkap sama dia .... jadi kita apa takut? "Ok-ok lain kali saya beli" aku berlalu dari sana. Mamat Bangla tu terus menunjukan VCD lucah pada sesiapa saja yang lalu lalang di depannya termasuk pelancong luar .... Hahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa ............... |
Ni yang buat orang UMporNO tak senang duduk, tambah2 Rahim Thamby dan Soi Lek .. haha Posted: 27 Mar 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita. Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu. Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin. Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas. Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum - seterusnya |
Pelakon-pelakon porno ni perlu letak jawatan - Tian Chua Posted: 27 Mar 2011 12:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mencabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya meletakkan jawatan yang dipegang sekarang jika benar-benar mahu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat negara ini. Kata Chua, kedua-dua pemimpin itu perlu berbuat tanpa hanya mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan rakaman video seks Isnin lalu. "Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia," kata Ahli Parlimen Batu ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Oleh itu, kata Chua, beliau mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakannya agar Dr Chua meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda beliau insaf selepas skandal seksnya tersebar luas manakala Abdul Rahim melepaskan semua kedudukan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini. "Jika Datuk Seri Chua tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan," katanya dalam reaksi berhubung "perang kenyataan" dalam isu semasa ekoran pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat Isnin lalu. Beliau yang turut dikenali sebagai Tian Chua merujuk kepada kenyataan Dr Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh Umno. Kenyataan itu memetik seruan Dr Chua, Presiden MCA, supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau bukanlah si pelaku dalam video. Abdul Rahim merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno manakala Dr Chua pula melepaskan jawatan naib presiden MCA dan menteri kesihatan tiga tahun lalu sebelum dipilih semula sebagai presiden MCA awal tahun lalu. "Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. "Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalin hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya," katanya. Chua menambah perancangan Umno untuk memfitnah Anwar melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. "Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik (berkata) yang terpaksa (beliau) meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. "Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks," katanya. Hakikatnya, kata beliau, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti dan mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. "Kenyataan Datuk Seri Chua semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Datuk Seri Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk dalam politik," kata Chua lagi. - TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan