Sabtu, 26 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Pemuda Pas Kacau Blog Mazidul?

Posted: 26 Feb 2011 06:12 PM PST

Tag : Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger ,
ini berita yang baru saya baca, kat blog Mazidul (pengacara popular tv3 )Khabarnya Mazidul angin betul dengan sikap seorang blogger yang sering buat kacau dengan komen-komen yang menyakitkan hatinya .Ayat-ayat seperti kau botak dan sebagainya sering tujukan pada mazidul.entah apa penyakit mamat tu tak tahu.
yang lebih suspen lagi bila budak tu siap bagi gambar dia sekali yang menunjukkan dia adalah ahli "PAS" cawangan ulu choh Johor.

Teruk betul akhlak pemuda PAS tu.itulah agaknya hasil didikan pimpinan "PAS" pada pemuda harapan bangsa mereka.
mari kita tengok gambardia dulu..
Sila klik untuk besarkan gambar


Berikut adalah yang saya petik dari blog Mazidul.
------------------------------------------------------

Dia Terus Meracau

Saya keliru berhubung sikap blogger pernah saya dedahkan identitinya sebelum ini.

Dia gila menghantar spam ke blog ini dan saya mula berasa penat memadamkannya. Jika dilihat raut wajah, dia kelihatan seperti manusia normal dan profesional, biarpun hakikatnya tidak.

Ditampalkan wajahnya dalam 2 gambar berbeza  beserta butiran dirinya dengan harapan dia memberhentikan kegiatannya kerana dia kini dikenali namun setakat ini usaha itu kelihatan sia-sia.

Pelbagai kaedah digunakan sebelum ini, dia dinasihati secara lembut  dek beberapa bloggers lain serta dimarahi mereka tetapi jiwa kacaunya terus meronta dan meracau.

Saya memohon bantuan rakan bloggers untuk menasihatkan dia.

Boleh?

Dia pembaca regular blog ini.

Terima kasih semua, jasa anda amat saya hargai.







Cari N3 lama-lama disini

Siapa Lelaki Berkupiah Bersama Najib Di Turki?

Posted: 26 Feb 2011 03:45 AM PST

Tag : Isu Semasa

Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

 Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya?

Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???
Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih???

-ijoks2009-
Macam kenal je kopiah tu,adakah itu lelaki yang namanya bermula dengan huruf Z yang suka melompat parti?Wallahua'lam..
]
Sumber : klik kat sini
 
Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenapa saya peluk Islam : Daphne Iking

Posted: 26 Feb 2011 11:06 PM PST


KUALA LUMPUR: "Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah," kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.

Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.

"Selepas memeluk agama Islam, saya membuat keputusan berkahwin dengan lelaki pilihan hati, iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe. Majlis resepsi dilakukan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah 8 Januari lalu.

"Majlis perkahwinan itu hanya dilakukan kecil-kecilan. Bagi saya, tidak perlu mengadakan majlis besar- besaran kerana yang penting adalah keutuhan rumah tangga berkenaan dan bukan majlis perkahwinan," katanya, semalam.

Menurut Daphne, dia dan Joe adalah rakan kongsi dalam perniagaan.

Katanya, sejak mengenali hati budi masing-masing, mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menamatkan hubungan yang terjalin ke jenjang pelamin.

"Suami saya bersikap rendah diri dan tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai mahupun media. Malah, saya mencintainya kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang," katanya - Metro

Demo Hindraf - 109 ditahan

Posted: 26 Feb 2011 10:43 PM PST

109 detained in 'Interlok' protest
By Clara Chooi - February 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan "perkauman Umno", di ibu negara hari ini.

Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.

Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka.

MENYUSUL LAGI

KLCC Lengang - Demo Hindraf

Posted: 26 Feb 2011 09:04 PM PST

Hadapan KLCC

Dua buah kereta polis di hadapan Suria

Suasana di Jln Ampang

Anggota polis berhampiran KLCC

Deretan kenderann polis di Jln Ampang hadapan KLCC


Polis berkawal sekitar KLCC

Di hadapan Suria KLCC



Seorang pelancung dan anggota polis di hadapan Menara Berkembar PETRONAS.

Kawasan sekitar KLCC dipenuhi anggota polis pagi ini gara-gara himpunan haram Hindraf. Walaubagaimana pun himpunan itu tak menjadi kerana sejak awal pagi kawasan tersebut telahg dikepung anggota polis. Dan lagi pemimpin Hindraf sejak awal lagi telah ditahan di rumah nya di Pantai Hillpark. Berita awal di SINI. Jalan di hadapan IPD Dang Wangi yang ditutup sejak pagi tadi kini baru saja dibuka pada jam 1.30 tghari.

bumiperak

bumiperak


TERKINI: Libya bahaya dan tidak terkawal

Posted: 25 Feb 2011 11:51 PM PST

25 Feb 2011 Fierce fighting has broken out in Tripoli, where the dictator has vowed to fight it out to the 'last drop of blood'. Armoured units and mercenaries were unleashed on anti-government protesters yesterday with great bloodshed. Such is the concern in Whitehall that officials warn the British Embassy in Tripoli will shut early next week to protect the lives of diplomats.

Internal and international pressure is mounting on Libyan leader Muammar Gaddafi to stand down from power as protests continue against his 42-year rule. Within the country, anti-government protesters said the demonstrations were gaining support, and footage believed to be filmed on Friday appeared to show soldiers in uniform joining the protesters.

Al-Jazeera in Libya reported on Friday that army commanders in the east who had renounced Gaddafi's leadership had told her that military commanders in the country's west were also beginning to turn against him. They warned, however, that the Khamis Brigade, an army special forces brigade that is loyal to the Gaddafi family and is equipped with sophisticated weaponry, is currently still fighting anti-government forces.

Crackdown after prayers

Those worries were compounded as security forces loyal to Gaddafi reportedly opened fire on anti-government protesters in the capital, Tripoli, after Friday prayers. Heavy gun fire was reported in the districts of Fashloum, Ashour, Jumhouria and Souq Al, sources told Al Jazeera.

The offensive came after Gaddafi appeared in Tripoli's Green Square on Friday, to address a crowd of his supporters. The speech, which also referred to Libya's war of independence with Italy, appeared to be aimed at rallying what remains of his support base, with specific reference to the country's youth.

An earlier speech, on Thursday evening had been made by phone, leading to speculation about his physical condition. But the footage aired on Friday showed the leader standing above the square, waving his fist as he spoke. In the rooftop address Gaddafi urged his supporters below to "defend Libya".

"If needs be, we will open all the arsenals. We will fight them and we will beat them," he said.. Intimidating: Libyan anti-regime protesters wave machine guns and ammunition confiscated from soldiers in Benghazi
Intimidating: Libyan anti-regime protesters wave machine guns and ammunition confiscated from soldiers in Benghazi

Ripped apart: Libyans walk through a destroyed room in Muarmar Gadaffi's former palace in the Libyan city of Benghazi
Ripped apart: Libyans walk through a destroyed room in Muarmar Gadaffi's former palace in the Libyan city of Benghazi
Volatile: Though these men are pro-democracy protesters the situation in Libya has already spiralled out of control
Volatile: Though these men are pro-democracy protesters the situation in Libya has already spiralled out of control
Out of control: Libyan soldiers who now call themselves the Free Libyan Army shout as the pose for pictures at the main army base in the eastern city of Tobruk
Out of control: Libyan soldiers who now call themselves the Free Libyan Army shout as the pose for pictures at the main army base in the eastern city of Tobruk

Up in arms: Anti-Gaddafi protesters have seized weapons and military hardware as once-loyal troops switch sides
Up in arms: Anti-Gaddafi protesters have seized weapons and military hardware as once-loyal troops switch sides
The price of change: Mourners carry two coffins of protesters who were killed last week during the demonstrations, in Benghazi
The price of change: Mourners carry two coffins of protesters who were killed last week during the demonstrations, in Benghazi

Get me out of here: Tripoli's airport is a scene of chaos as migrant workers desperate to flee the capital tried to make their way home
Get me out of here: Tripoli's airport is a scene of chaos as migrant workers desperate to flee the capital tried to make their way home

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

Posted: 26 Feb 2011 10:17 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini Najib `menjual' orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa.

PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, 'I Help U, U Help Me'. Di Merlimau, Najib berkata kepada kaum Cina, 'Gua tolong Lu, Lu tolong Gua'. Hari ini Najib mengulangi cara yang sama di Felda Jengka. Beliau turut menerangkan tentang Islam pada pemikirannya. Najib mendakwa, Islam apa yang PAS perjuangkan? Adakah Islam yang tiada tanah? Adakah Islam yang miskin? Itulah pemikiran Najib terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Benarkah PAS menganggap Islam menolak pembangunan dan Islam menolak kesenangan? Jika benar, mengapa PAS yang lebih kuat berjuang menuntut hak golongan peneroka termasuk hak memiliki tanah? Bukankah PAS yang sering mendedahkan betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu Islam yang tergadai ke tangan kroni-keroni Umno? Tidakkah PAS bersama PR sering menuntut agar rakyat ini terbela, membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan, isu kenaikan gaji dan beberapa isu yang sering menindas rakyat? Adakah ini bukti menunjukkan PAS menganggap Islam mahukan kemunduran dan kesusahan?

Najib sebenarnya takut dengan pendedahan demi pendedahan oleh PAS bersama PR tentang betapa gelojohnya kerajaan Bn yang menindas rakyat. Rakyat sering digula-gulakan dengan habuan yang sedikit, tetapi mereka di atas mengagih-agihkan kekayaan sesama mereka. Buktinya jelas, Najib datang membawa sedikit bekal untuk rakyat ketika adanya pilihanraya, tetapi semasa pulang beliau akan memunggah berganda daripada itu. Di PRK Dun Tenang, pengundi dijamu dengan sedikit habuan, selepas menang Najib umumkan kenaikan harga minyak yang jauh berganda dari yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

Adakah rakyat di Dun Kerdau tidak boleh menjadi lebih cerdik dari sebilangan mereka di Tenang? Mampukah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mengajar Najib bahawa bukan semuaorang-orang Melayu bodoh. Tidak semua orang Melayu lapar sangat kepada pembangunan sehingga lupa kepada amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah. Adakah maruah agama boleh dijual dengan sedikit kesenangan yang sementara?/wfauzdin.blogspot.com

TAKTIK UMNO - `UMNO TUDUH PAS YANG KATA' DAN KEBANGGAAN POSTER LUCAH

Posted: 26 Feb 2011 05:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

TAKTIK yang digunakan oleh Umno di dalam PRK Dun Kerdau adalah menimbulkan satu isu kununnya `PAS tuduh'. Umno tuduh `PAS kata' itulah taktik yang Umno rasa boleh memburukkan nama PAS di mata para pengundi kununnya PAS memang kaki fitnah.

Sebagai contoh, isu sijil calon Umno iaitu Syed Ibrahim yang Umno tuduh `PAS dakwa bahawa calon Umno itu memiliki sijil Al-Azhar tipu.' Bila masa PAS berkata demikian? Sebutkan mana kenyataan rasmi dari pemimpin PAS yang membuat dakwaan begitu? Jika Umno mahu kutip dari sumber lain yang bukan dari sumber rasmi PAS, itu menandakan Umno buat kerja bodoh.

Pesuruhjaya PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri pelik di mana datangnya tuduhan kununnya PAS pertikaikan sijil calon Umno tersebut. Di petik melalui Harakahdaily, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan PAS dengan isu tersebut. PAS bukan mahu berlawan dengan Sijil, PAS berlawan dengan dasar parti Umno. Saya telah ulas sebelum ini bahawa andainya calon Umno itu adalah `Syeikh Al-Azhar' sekalipun, jika ia menyokong dan menjadi ahli parti sekular yang korup itu, PAS tetap akan menentangnya. Apatah lagi, jika benar beliau bukan berkelulusan Al-Azhar.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat. Mungkin Umno mencedoknya dari media lain yang bukan media rasmi dari PAS. Terpulanglah pada Umno untuk mengarahkan calonnya itu mempamirkan sijil yang beliau miliki ke setiap pelusuk Dun Kerdau. PAS tidak hairan berapa buah lori yang boleh memuatkan Sijil calon Umno tersebut kerana PAS menentang Umno bukan kerana sijil atau orangnya.

Terpulang juga kepada MB Pahang, Adnan Yaakob samada ingin melekatkan sendiri poster aksi lucah beliau di setiap pokok di Dun Kerdau. Mungkin beliau berbangga kerana beliaulah satu-satunya MB berbangsa Melayu dan Islam yang berani melakukan aksi yang budak tadika PASTI pun malu untuk melakukannya. Mungkin poster itu nanti boleh menunjukkan betapa Umno penjaga maruah Melayu dan pejuang Islam yang tulin./wfauzdin.blogspot.com

SELEPAS NAJIB, ALI RUSTAM PULA MENCABAR SPR, BERANIKAH SPR ?

Posted: 26 Feb 2011 08:27 AM PST

Jangan dipermainkan seperti ini oleh Ali Rustam...

Oleh: WFAUZDIN NS

SPR mungkin sudah tidak asing lagi dengan perkataan `Lu tolong gua, gua tolong lu', `I help u, u help me', yang pernah diucapkan oleh Najib sewaktu pilihanraya kecil Sibu dan juga baru-baru ini di Merlimau, Melaka. Itulah politik Umno/Bn setiap kali berdepan dengan pilihanraya, kemudiannya mendabik dada jika parti korup tersebut menang.

`Bapa Borek, Anak Rintik,' `Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maka, `ilmu' Najib diperturunkan kepada Ali Rustam, KM Melaka yang Umno sendiri akui terlibat dengan rasuah politik sewaktu pemilihan kepimpinan Umno satu masa dulu. Terbaru, Ali Rustam pula berkata kepada sekumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika Bn memenangi PRK Dun Merlimau. Baca di sini.
Wahai SPR dan SPRM, masakan kamu tidak nampak semua yang berlaku ini? Di mana ketegasan kamu sebagai badan yang diharapkan oleh rakyat untuk berlaku adil? Tiadakah sedikitpun terdapat unsur-unsur rasuah dan ugutan di situ? Jangan cuba berlagak telus apabila berhadapan dengan kamera TV kununnya SPR tidak akan berkompromi dengan undang-undang pilihanraya.

Amat malang, setelah orang-orang Melayu Melaka banyak yang dicucuk hidung oleh Ali Rustam, kini beliau cuba menjadikan kaum Cina seperti lembu. Ertinya, tiada kaum yang selamat di bawah Ali Rustam di Melaka. Dengan Ali Rustam, jangan bicara pasal agama kerana pemimpin yang rasuah tidak takut dengan hukum agama.
NONESebab itu, amat penting sekali umat Islam di Melaka mengangkat seorang wakil yang berani memperjuangkan Islam di Melaka. Di dalam Dun Melaka sekarang, tiada seorang pun wakil dari PAS. Amat sukar untuk mengharapkan DAP yang ada di dalam Dun Melaka untuk menegur Kerajaan Melaka berkaitan isu agama. DAP hanya boleh menegur kerajaan negeri isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, penyelewengan, kebajikan dan beberapa isu lain yang tidak melibatkan kepentingan Islam.

Justeru itu, tidak menghairankan di Melaka sekarang jika ada pembangunan sekali pun, ianya tidak diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan Islam. Dikatakan Melaka negeri maju tetapi kita lihat sendiri di mana letaknya nilai-nilai Islam di Melaka kecuali di dalam masjid dan surau. Masalah sosial, kegiatan hiburan yang terlampau tidak lagi menjadi pelik di Melaka. Siapakah yang boleh menegur semua ini?

Menjadi kewajipan pengundi-pengundi di Dun Merlimau untuk mengangkat seorang wakil yang bersuara Islam di dalam Dun Melaka. Cukuplah Adun Melayu yang menjadi `burung belatuk' yang ada di dalam dewan itu sekarang. Kita mesti angkat seorang Adun Islam yang akan mewakili rakyat yang berugama Islam di Melaka yang tidak akan takut kepada Ali Rustam. Adun itu adalah Adun dari PAS dan inilah saat dan masanya./wfauzdin.blogspot.com

BIARKAN CICAK MENGKARUNG LAPAR MENCARI MAKAN

Posted: 26 Feb 2011 02:44 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA adanya pilihanraya, maka adalah cerita ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang keluar parti. Itu kelazimannya dan rakyat sudah jemu mendengar cerita basi tersebut. Begitu juga lah dengan laporan di sini.

Apa yang penting, setiap kali kita adakan program ceramah maka kita akan dapat menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS, PKR dan juga DAP. Sudah tentu berita ini tidak akan disiarkan di dalam media pencacai yang ada.

Pedulikan yang mahu keluar parti kerana bukan semua pejuang sangup bersusah dan berlapar. Jika PR menguasai Putrajaya, kita tengoklah nanti puak-puak itu akan menyembah lutut kita. Mereka ini hanya pentingkan perut semata-mata. Jika tidak, masakan bila ada pilihanraya baru tersedar bahawa PR tidak boleh dipercayai.

Di Kelantan khususnya, rakyat Kelantan sudah masak dengan sandiwara seperti ini. PAS sudah tidak hairan dengan cicak mengkarung yang kelaparan itu. PAS pernah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat di mana Presiden dan Naib Presiden mereka keluar parti. Namun, PAS tetap kuat dan bertambah disiplinnya. Itu lah yang menggusarkan Umno Kelantan yang siang malam bermimpin untuk memerintah Kelantan. Kirim salam buat mereka./wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Seorang Professor UM disyaki rasuah,menipu dan meroooooo....

Posted: 26 Feb 2011 06:38 PM PST

lama aku tk blog...korang rindu aku tk??

aku dilanda beberapa musibah..

dah la khamis tu..bangun je dari mimpi pasal sorang awek cun aikol tu..

terus tekak aku gatal2..tk pasal2 demam...

ni dah kebah la sikit neeeeeeeeeeeeeeeeeeei..

biasa la..sakit itu kan pencuci dosa..banyak dosa pakwe neeeeeeeeeeei...

ni ha aku nk komen..pasal sorang professor um ni..

kata gagasan 1 malaysia ni melengkapkan sistem sosial sedia ada..

ye atau tidak aku tk nk komen..

tapi aku nk tanya dia balik..

sistem gagasan 1 malaysia ni ke yg isi periuk nasik diorang2 yg gaji tk sampai seribu rengget tu??

gagasan ni ke yg dapat tolong budak2 yg tak dapat straight A,dan malangnya lagi daripada keluarga yg kureng..masuk universiti..atas ehsan bantuan pembangunan potensi rakyat??

gagasan ni ke yg bantu mereka2 yg tk berupaya nk operate jantung anak dapat treatment free??alih dok mengemis kat kat tv mintak bantuan???

helllllllllooooooo??

kalau kerajaan kita ni sebuah kerajaan perihatin dan efektif..

bende2 mengemis kat tv ni tkkan berlaku...secara otomatik settle kat dalam offis doktor ok.....

so siapa yg masih berani kata najib dan isteri kerja keras???cuma blogger yg bernama parpukikari je..haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

kerja keras ke anu keras weiiiiiiiiiiiiiiiii

jadi kenyataan professor ni hanyalah seperti orng yg baru lepas dibayar,bertindak menipu pemikiran pembaca..dan juga merogol minda pembaca yg sedang berfikir...

(skarang aku ada objektif baru dalam perjuangan baru dalam arena politik..memperjuangkan hak lepasan spm dan stpm yang hanya mendapat sekurang2nya 1 A untuk masuk ke IPTA..prioriti diberikan kepada keluarga yg kureng........yg pasti..kemasukan mereka2 ini ke IPTA adalah pasti dan diberikan mereka kursus2 yg sesuai dengan mata pelajaran yg mereka cemerlang itu..ini berdasarkan kepada pengkhususan kecemerlangan individu pada sesuatu bidang yg dapat mengimarahkan lg suasana akademik di Malaysia...malangnya sistem straight A ini hanya menyebabkan mereka2 yg tak dapat straight A gagal ke ipta dan terpaksa ke kolej...ada kolej murah..ada kolej mahal..wAllahu'alam..moreover..nobody's perfecto"

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


"Keris" takan hilang walaupun Umno "hilang"

Posted: 26 Feb 2011 07:35 PM PST

Inilah sebilah keris purba yg ditemui di sebuah kuil purba "Enkakuji Temple"di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun

usinkata;...Sejarah sudah membuktikan bahawa Melayu xpernah hilang-hilang walaupun banyak bangsa sezaman denganya sudah pupus..sebab itulah Hang Tuah tinggalkan kata pusakanya.."Takan Melayu Hilang Di Dunia"..dan hati ini yakin Melayu akan hilang apabila dunia akan kiamat kerana tiada yg kekal selain dari Allah..
Untuk itu tanpa Umno..Melayu akan terus berdiri..akan terus berlari..


PAS ganti Umno..PR ganti BN
"Teras kepimpinan Melayu tidak perlu dicemasi kerana ia tidak akan hilang.Sistem demokrasi yang diamalkan hari ini meletakan kuasa Melayu utuh dan teras kepimpinan Melayu juga tidak akan terhakis.
Daripada 222 kerusi Parlimen hari ini sebanyak 129 kerusi milik orang Melayu beragama Islam,manakala 69 milik bukan Melayu dan 24 kerusi lagi milik Bumiputera bukan islam.Dari sudut mana pun,orang Melayu akan menguasai Parlimen,kerana Parlimen Malaysia hanya memerlukan simple majoriti mana-mana puak atau parti mendapat lebih satu kerusi merekalah yang akan menjadi pemerintah.
Jadi kebimbangan mengenai teras kepimpinan Melayu tidak berasas hatta 50 tahun lagi Melayu tetap menjadi teras kepimpinan negara ini selagi sistem demokrasi digunapakai. " - Mustapa Ali Setiausaha Agung PAS

MSOkata;...Dengan mengambil fakta dan keyakinan dilontarkan Mustapa tadi jelas yang bimbang,yang gerun dan kehilangan kekuasaan hari ini bukan Melayu..teapi UMNO,sedangkan kedudukan orang Melayu di negara ini bukan sahaja terbela di tangan Umno.
Pengakuan kononya Umno saja yang mempu menjaga Melayu dinegara adalah mitos yan dicipta untuk menakut dan menggerunkan mereka yang buta sejarah dan buta pengetahuan.

* sumber; Siasah 25 Feb-03 Mac 2011(m/s 26);. Komentar; " Siapa dilema,Melayu atau Umno? "-Arus Bawah : Mohd Sayuti Omar 

dollah yankee

dollah yankee


Tak nampak ada jalan boleh menang.

Posted: 26 Feb 2011 03:29 AM PST

Peneroka-peneroka sekali lagi bakal menjadi penentu kepada kejayaan parti mana dan calun-calun yang bertanding pada pilihanraya kecil Kerdau sepertimana di-Tenang.

Peneroka-peneroka dari skim Jengka 22, 23 dan 25 ini adalah setengah daripada 9 ribu pengundi berdaftar yang layak mengundi.

Hampir 80 peratus rumah-rumah peneroka di-Kerdau ini kalau kita perhatikan, mengibarkan bendera kati warna biru dan bendera umno, ini awal-awal lagi adalah isyarat kata hidup dan mati mereka hanya bersama dengan BN/umno.

Dengan kebangkitan anak-anak muda yang sedang bangun melawan di Tunisia,Mesir,Algeria serta anak-anak muda di IPTA-IPTA di negara kita sendiri, PAS/Pakatan Rakyat hanya menaruh harapan dan berharap kepada anak-anak muda di Kerdau yang merangkumi 40% dari keseluruhan pengundi berdaftar, mana tahu mungkin semangat anak muda yang bangun melawan disana boleh berjangkit dekat sini.

" SIAPA KATA FELDA BANKRAP?, FELDA TAK BANKRAP LAH!" itu kata seorang makcik yang tak reti baca dan tak reti menulis,yang tak tau apa-apa,yang dah duduk di-felda sana dekat 4o tahun... Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Betul lah kata blogger Al'Banjari..kalau tunggul kayu di cat dengan warna biru pun mereka akan memangkahnya..

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Tengok sapa ikut FLOM pergi Isketambola??

Posted: 25 Feb 2011 11:38 PM PST


Tegur2lah FLOM tu...bila nak tutup aurat?

Aku dok fikior, siapalah yang nasihat Najib kutuk Ikhwan dan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi?

Apalah agaknya peranan yang diberikan oleh Najib untuk meyakinkan Erdogan yang Anwar ni begitu begini..

Fulus yob fulus...masyukkkkkk....

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Libya Kini : Jururawat Batal Hidup Semati Bersama Gaddafi..!!!

Posted: 26 Feb 2011 09:20 PM PST


Seorang jururawat Ukraine membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu.

Jururawat peribadi Gaddafi berambut perang dan bertubuh seksi itu, Galyna Kolotnytska, 38, (atas), kelmarin berkata beliau akan terus berada di sisi pemimpin itu selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang hingga habis-habisan menghapuskan tentangan terhadapnya.

Gaddafi 'tidak boleh mengadakan perjalanan' tanpa wanita cantik berstatus janda yang berasal dari Ukraine serta dituduh menjadi kekasih pemimpin itu.

Wanita ibu tunggal itu arif mengenai rutin lelaki itu, kata dokumen bocor yang didedahkan kepada akhbar The Sun.

Pegawai Ukraine berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk membawa wanita itu pulang.

Anak perempuan janda itu, Tatiana, 20, berkata:
"Ibu menelefon semalam. Dia berada di Tripoli.

"Ada kejadian tembakan, pertempuran dan kekacauan lain disiarkan di televisyen.

"Dia masih tenang menghadapi keadaan dan berkata akan pulang segera."

Gaddafi lebih mengutamakan Kolotnytska berbanding pengawal peribadi wanita Amazon yang pakar dalam pertahanan diri dan dikatakan masih dara.

Nota rahsia 2009 kepada Setiausaha Negara Hillary Clinton disiarkan selepas didedahkan WikiLeaks memberitahu yang pemerintah kuku besi itu bergantung kepada wanita itu.

Gaddafi dikatakan pernah menghantar pesawat peribadi untuk membawa Kolotnytska dari Libya ke Portugal untuk bertemu dengannya berikutan kelewatan kedatangan wanita itu akibat masalah visa.

Pegawai politik Ukraine mengesahkan jururawat Ukraine sentiasa bersama-sama pemimpin itu ke mana saja.

"Sesetengah sumber mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska mempunyai hubungan romantik," katanya.

Gaddafi dikatakan terlalu taksub bergantung kepada pegawai yang dipercayainya seperti Kolotnytska.

Tetapi kini kehidupannya sebagai orang kepercayaan akan berakhir dan musuh Gaddafi pula terus mendapat kekuatan.

Di sempadan di antara Tunisia dan Libya, ahli sukan bina badan Nabil Mohamed, berkata "Eva Braun tinggal dalam kubu bersama Hitler, mengapa Kolotnytska tidak boleh tinggal bersama Gaddafi?" – Agensi

Prk Kerdau : Utusan Meloya.anggarkan kehadiran diambil kira Bulu Kaki dan Bulu PxKx..dapat le 20 ribu..

Posted: 26 Feb 2011 09:18 PM PST


gambar1 dari era pasca

gambar2 dari era pasca


gambar 1 dirakamkan dari kamera saya jam sekitar jam 8 pagi


gambar 2 dari kamera saya
No To Bn.

Tok Ki Det Sasau Terlampau..!!!

Posted: 26 Feb 2011 09:14 PM PST


Mahathir sudah semakin sasau. Sasaunya bukan main-main. Sasaunya begitu agresif sekali. Sasaunya macam babi gila.... menyondol-nyondol.

Mangsa yang menjadi sasaran sondolannya ialah dua musuh utama dia di Malaysia. Mereka ialah dua orang pemimpin Melayu iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Dahsyat orang tua ni. Baca, apa dia kata...


Orang tua ni, tak dapat terima hakikat bahawa yang berpecah ialah Melayu-UMNO. Dalam bahagian pecahan carta pie bangsa Melayu, portion yang mewakili PAS semakin besar, sedangkan pecahan bahagian UMNO semakin mengecil. Ini kerana.... banyak dalam kalangan bangsa Melayu-UMNO telah yang berpecah dan masuk ke dalam PAS dan ada yang masuk PKR.

Jadi.... kesimpulan bodoh yang dibuat oleh orang tua ini ialah Melayu telah berpecah, dan puncanya ialah Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Oleh itu, kedua-dua mereka, pengkhianat bangsa Melayu. Alahai senangnya kamu buat kesimpulan....

Hello... siapa yang menyebabkan pecahan bahagian Melayu-UMNO dalam carta pie bangsa Melayu mengecil?? Pi cermin diri dan cermin akan kata.... kamu penyebabnya. Siapa suruh hang gatai pi pecat Anwar?? Apa sebab hang gatai mulut, pi fitnah dan hina sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan hukum Hudud Allah?? Hang yang menyebabkan bangsa Melayu -UMNO berpecah. Hang sebenarnya.... pengkhianat bangsa Melayu.

Memang hang Melayu mudah lupa... Itu pun aku bagi kredit sikit dekat hang dengan iktiraf hang sebagai Melayu. Kalau orang lain la.... mampuih depa akan kata hang mamak padukang!! Nasib baik ler aku ni jenis tak suka nak ungkit keturunan orang...

Aku harap Melayu- di luar sana pun, jangan mudah lupa dan jangan mudah terpedaya dengan auta orang tua ni.

Lepas tu, dia mendabik dada, labun pada orang Kampung Gajah, kononnya Malaysia makmur kerana strategi politik bijak depa. Cer tengok di bawah ini...

Memang tidak dapat dinafikan, berkongsi kuasa itu baik kerana kita hidup dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Perkongsian kuasa ini telah memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Negara menjadi makmur. Banyak pelabur datang melabur di Malaysia. Itu... dulu.

Namun demikian, itu satu hakikat yang kita kena terima. Dan PAS, PKR serta DAP sudah pun menerima hakikat tersebut.

Sebab itu... ketiga-tiga parti tersebut, membuka keahlian mereka kepada sesiapa saja, tak kira bangsa dan agama, walau pun ada certain-certain bangsa yang memonopoli parti-parti tersebut. PAS pun sama. Semua bangsa yang beragama Islam boleh menjadi ahli PAS. PAS for all!!

Walau bagaimana pun.... untuk memurnikan lagi strategi bagi menjatuhkan UMNO/BN, yang dah jadi semakin rakus... tamak... giler kuasa dan yang dah mula bersifat kuku besi maka.... Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Lebih-lebih lagi, apabila..... sedikit demi sedikit demokrasi dimatikan, ini tak boleh jadi. Kita tak boleh berdiam diri. UMNO/BN mesti dijatuhkan. Penubuhan Pakatan Rakyat mendatangkan kesan yang baik sekali. UMNO/BN berjaya dilemahkan. Pada PRU12, UMNO/BN dilanda tsunami paling dahsyat. Ruyup habis 5 negeri!!

Ini telah menyedarkanUMNO/BN, yang mereka cannot play-play with Pakatan Rakyat. Bahaya...... UMNO/BN bisa binasa. Sejak itu, Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya menjadi sasaran serangan mereka. Kalau kita berjaya lemahkan mereka, kini mereka pula berhempas-pulas untuk melemahkan kita. Senjata mereka....?? Aaaahhh.... biasa ler, FITNAH!! Jangan biarkan....

Kemakmuran yang telah dicapai oleh negara, telah menjadikan para pemimpin UMNO/BN takbur dan tamak. Mereka menjadi lupa daratan dan hilang arah tujuan. Mereka terbabas daripada landasan perjuangan. Dengan kuasa yang ada pada mereka, pelbagai helah digunakan untuk merompak harta dan duit rakyat. Rakyat diketepi dan tidak dipedulikan. Sebaliknya, diri, anak-pinak, sedara-mara serta kroni menjadi priority mereka untuk dijadikan kaya-raya.

Kezaliman bermaharaja lela, rasuah berleluasa dan penyelewengan serta salah guna kuasa menjadi perkara biasa. Salah urus tadbir pentadbiran negara menjadi amat parah. Akibat gila untuk kekal dan terus berkuasa, sistem pentadbiran negara diperkosa dan jadi porak peranda. Tonggang-langgang jadinya. Fitnah dijadikan senjata untuk menjatuhkan lawan politik mereka.

Kesannya..... ekonomi terjejas. Pelaburan menurun kerana para pelabur tak ingin lagi datang ke sini. Mereka sudah hilang kepercayaam pada sistem pemerintahan negara kita yang pincang pada tahap kronik. Yang sudah ada di sini, angkat bungkus, cabut lari dan cari lain-lain destinasi untuk melabur.

Tetapi.... strategi berkongsi kuasa ala-Pakatan Rakyat telah menjadi 'eye opener' kepada semua, baik di dalam mau pun di luar negara. Kita mendapat sambutan dan sokongan. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, telah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan kerana tahap pentadbiran dan pengurusan menjadi cekap. Pelaburan pun meningkat. Kesannya.... ekonomi di negeri-negeri tersebut menjadi lebih makmur daripada negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN.

Ini berlaku kerana, para pelabur lebih selesa berurusan dengan kerajaan-kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Kejayaan dan kecekapan Pakatan Rakyat mentadbir negeri dan mengurus kewangan negeri telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Lagi ler para pelabur bukak mata....

Jadi.... kalau orang tua Mahathir kata, perkongsian kuasa antara kaum-kaum menjadi faktor urtama negara menjadi makmur, itu memang betul. Tepat sekali dan tidak dapat disangkal lagi. Dan.... itulah formula yang kini diguna pakai oleh Pakatan Rakyat. Strategi serupa... tetapi kita ada acuan sendiri.

Lantaran itu, perlu ditegaskan di sini, bahawa.... negara Malaysia akan menjadi LEBIH MAKMUR dan KEBAJIKAN RAKYAT akan LEBIH TERBELA, jika Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat. UMNO/BN telah menghampiri tarikh EXPIRED mereka.

Just say.... adios kepada mereka!!
 
A Mum Of Three Mohd

Prk Kerdau : PAS Mahu Berusaha Merampas DUN Kerdau

Posted: 26 Feb 2011 09:13 PM PST

Walaupun BN Sudah Pasti Menggunakan Berbagai Taktik Kotor Mereka Bagi Pertahankan Kerusi Itu!

KERDAU, 27 Feb - Presiden PAS, Dato' Hj.Hadi Awang (foto) menyifatkan perjuangan menentang UMNO BN harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau pun UMNO menggunakan taktik kotor dalam setiap kali pilihan raya ditambah lagi dengan kerjasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mahu atau tidak PAS perlu menyuburkan amalan demokrasi itu.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat ringkas dihadapan para petugas dan penyokong parti itu dekat Kg.Desa Murni semalam. "Puak-puak BN hanya tahu ingin menang sahaja, mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu hatta menipu dan menabur wang dalam pilihan raya. Inilah yang berlaku, masalahnya jika kita tidak lawan mereka akan kata kita takut.

Jika kita lawan mereka main kotor. Kalau kita tidak lawan kita bodoh",
katanya. Perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam dan kita tidak mahu kemenangan itu dicapai secara kotor. Tapi UMNO sanggup melakukannya demi mempertahakan kuasa biar pun mereka tahu telah ditolak rakyat secara keseluruhan sebenarnya.


[Amalan demokrasi tercemar dengan tindakan yang jelas bercanggah dan tidak sepatutnya itu. Beliau menyeru petugas PAS bekerja lebih gigih untuk memastikan kemenangan calon parti itu. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Apa yang jelas dapat dilihat, PAS sedaya upaya mahu merampas DUN Kerdau daripada BN dalam pilihanraya kecil ini. Ia mungkin bagi menyuntik semangat perjuangan ke arah menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Cuma di sini, PAS perlu lebih menumpukan gerak kerja di kawasan Felda dan Felcra yang dipercayai ada lebih 3,000 pengundi].


PDO.

Prk Kerdau : PM bidas dakwaan peneroka hamba kerajaan....marah tandanya betul..!!!

Posted: 26 Feb 2011 09:10 PM PST

BANDAR JENGKA, 27 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan memperhambakan peneroka Felda tanpa memperdulikan kebajikan mereka.
Beliau berkata sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lepas, peneroka yang dahulunya tidak mempunyai sebarang harta kini mampu berbangga dengan hasil yang dikecapi hasil penat lelah mereka.
"Kalau orang kata kononnya kita memperhambakan peneroka, hamba mana yang ada tanah seluas 10 ekar, hamba mana yang ada rumah batu atau rumah separuh batu ataupun sekurang-kurangnya bahagian depan batu.
"Rezeki tidak datang bergolek, ini semua kerana anda pilih kerajaan yang betul," katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Najib berkata janji pembangkang yang kononnya ingin melupuskan 300,000 hektar tanah Felda Plantations untuk diberi kepada generasi kedua dan seterusnya akan membawa malapetaka yang besar kepada peneroka.
"Sebab 51 peratus pelaburan dalam Felda Plantations adalah milik Koperasi Pembangunan Felda dengan dividennya peneroka dapat sebanyak 14 peratus. Itu lebih tinggi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan amanah saham.
"Dividen ini tidak ada lagilah kalau bagi (tanah) kepada anak cucu. Sebenarnya kita dah kira kepentingan, masa depan anak cucu peneroka," katanya.
Perdana Menteri (gambar) berkata usaha kerajaan memajukan masyarakat peneroka itu lebih berlandaskan kepada perjuangan Islam berbanding yang diperjuangkan parti pembangkang.
"Kalau kita nak perjuangkan Islam, Islam yang macam mana, yang miskin? Yang tidak ada tanah? Rumah robek? Itu bukan imej Islam yang diperjuangkan kerajaan, kita nak imej yang gagah perkasa dan hebat di mata dunia," katanya.
Dalam pada itu, Najib turut bersetuju memberi pertimbangan khas berhubung pembayaran Skim Insentif Tanam Semula kepada peneroka felda dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 dan 25.
Katanya perkara tersebut akan dirunding oleh Felda dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Pada majlis itu,
Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan semai bakti, pusat jalur lebar dan merasmikan pecah tanah kilang biomass Felda Jengka 9 secara maya. — Bernama

Saudara Baru : Daphe Iking kini ‘Dahlia Daphne’ sebagai orang Islam

Posted: 26 Feb 2011 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb — "Ikan di laut, asam di darat, kalau dah jodoh, bertemu jua. Saya minta maaf banyak-banyak sebab suami saya, Joe (nama panggilan) adalah seorang yang sangat privasi. Dia tak suka kalau cerita tentang hal ehwal rumah tangga kami dihebohkan,'' reaksi awal pelakon jelita ini tatkala diminta mengulas tentang status perkahwinan barunya yang berusia sebulan lebih.
Ikatan sah bersama Azmi Abdul Rahman yang dibina atas dasar cinta itu berlangsung pada 8 Januari 2011 di kampung halamannya, Keningau, Sabah.
Satu majlis kesyukuran kecil-kecilan telah dilakukan di kampung halamannya bagi meraikan pasangan mempelai tersebut, laporan Mingguan Malaysia hari ini.
Sejak tahun lalu model dan pengacara TV terkenal ini menjadi tumpuan dalam kes di Mahkamah Majistret, yang sedang didengar, yang dibawa bekas suaminya terhadap bekas pengarah urusan Adidas Darren Choy Khin Ming.
Saman peribadi itu dikemukakan terhadap Choy, 44, oleh Ryan Chong Yiing Yih, bekas suami Daphne kerana memikatnya dengan mengetahui bahawa beliau ketika itu merupakan isteri Chong dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.
Daphne (gambar) mengahwini Chong pada 27 Jan 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong.
Sebelum ini, usahawan yang berusia 30-an ini dilihat selalu bersama dengan pengacara ini, tetapi tiada siapa yang dapat mengesan hubungan istimewa mereka.
Pun begitu, ketika ditanya tentang perihal lelaki berkenaan, Daphne mengatakan Azmi hanya rakan kongsi pada masa itu.
Mungkin ketika itu masih terlalu awal untuk mendedahkan rahsia hati wanita yang cukup suka berceloteh itu. Sekarang ini, tidak ada yang perlu disembunyikan.
Coretan Daphne di akaun laman sosial Twitter miliknya juga penuh dengan nada-nada keriangan, tambah ruangan Pancaindera akhbar itu.
Apabila diajukan soalan kepada wanita berusia 31 tahun ini mengenai kehidupan barunya itu, Daphne cukup berlapik dalam bicara, tidak mahu kenyataannya yang bakal dikeluarkan itu dimanipulasi banyak pihak.
"Insya-Allah, saya berharap hanya yang terbaik untuk diri saya dan keluarga untuk mendapat keberkatan dengan silaturahim yang telah terjalin ini. Doakan kebahagian saya ya,'' katanya ringkas minta dimengerti.
Bagaimanapun, dia cukup bersedia tatkala mengulas tentang pemilihan nama terbarunya, Dahlia Daphne Eleanor M Iking.
Sekali gus menjawab persoalan desas desus mengatakan dia sudah memeluk agama Islam.
"Sebenarnya, saya selalu teruja untuk mengetahui keindahan agama lain kerana saya mahu pastikan dapat mengulas sesuatu perkara dengan tepat.
"Apatah lagi kebanyakan ahli keluarga saya jenis yang suka membaca. Semua bahan bacaan kami baca termasuk buku berkaitan agama yang turut diletakkan di rak buku.
"Antara buku tentang agama yang pernah dibaca seperti Understanding Islam (A Brief Illustrated Guide To Understanding Islam oleh I.A. Ibrahim).
"Buku ini mengajar panduan asas Islam. Ia memudahkan saya belajar tentang perkara boleh dilakukan atau dilarang dalam agama ini," katanya.
Bercerita lanjut tentang minatnya yang mendalam tentang agama, wanita ini kelihatan begitu bersemangat lagi.
"Keluarga belah ibu saya, Naili Ganahang adalah sebuah keluarga campuran yang cukup unik. Mereka terdiri daripada latar belakang budaya dan agama yang cukup berbeza. Jadi dari sinilah kami menghormati kepercayaan masing-masing.
"Takdir bagaimanapun telah membuka hati saya untuk mendalami agama Islam. Rakan-rakan mualaf saya juga banyak bercerita tentang keindahan dan kesucian Islam. Rasa ingin tahu semakin memuncak dan saya banyak bertanya kepada ustaz kalau ada soalan bermain di fikiran tentang hal-hal berkaitan agama," katanya lagi.
Pun begitu, Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Belukar ini turut bertuah kerana mendapat banyak tunjuk ajar daripada pembantu rumahnya yang beragama Islam.
Selain bertindak menjaga puteri hati, Isobel Daniella Iking-Chong, dia juga menunjukkan cara hidup Muslim yang sebenar kepada Daphne.
"Saya memang tak ada masalah untuk sebarang pengajaran yang menunjukkan arah kebaikan. Juga dari situ juga saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam hujung tahun lepas," katanya lagi.
Bagaimanapun, graduan lulusan komunikasi di Universiti Sains Malaysia juga menolak cerita mengatakan dia memeluk agama Islam kerana pihak tertentu.
Jauh sekali kerana mahu berkahwin dengan seorang lelaki muslim. Sebaliknya, dia memilih Islam kerana terpesona dengan keindahan agama itu sendiri.
"Saya tak mahu memeluk Islam kerana disebabkan individu tertentu. Ia sememang ikhlas. Saya dengan rela hati melakukan perkara tersebut. Alhamdulillah, pengalaman tersebut cukup indah buat saya," katanya lagi.
Menjawab persoalan bagaimana Daphne boleh terlintas untuk mengacara dalam bahasa kebangsaan, wanita ini menyifatkan ia sebagai satu cabaran buat dirinya.
Baginya, perkara tersebut perlu diteruskan walaupun jauh dari sudut hatinya, rasa gementar menguasai sepanjang mengendalikan majlis berkenaan.
Ditanya tentang perkembangan terbaru dirinya, Daphne memberitahu dia sudah tak lagi bersama The Breakfast Show setelah empat tahun berganding dengan program pagi itu.
"Tahun lepas saya diberi peluang untuk menjadi pengacara rancangan Bella bersama dua lagi pengacara, Deborah Henry dan Elaine Daly secara bergilir-gilir.
"Giliran saya ke udara untuk Bella adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari dan hari Ahad (1.30 hingga 2.30 petang),'' ujarnya yang turut mengacara televisyen secara online 2RedChairs.

Tohmah Yusuf Qaradawi, Najib jahil agama- AMK

Posted: 26 Feb 2011 08:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai jahil agama apabila membayangkan ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas.
"Najib sebenarnya jahil dengan agama dan kebangkitan di Mesir bukan desakan daripada golongan ulama tetapi rakyat perlukan perubahan.
"Beliau seakan tidak sedar apa yang dicakapnya sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan tersebut," kata Shamsul kepada KeadilanDaily.com.
Najib sebelum ini membayangkan Yusuf Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang akrab dengan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebagai pengganas sewaktu bercakap pada satu persidangan di Istanbul.
Kenyataan Perdana Menteri itu kemudian dipetik National Review, sebuah majalah politik antarabangsa dalam talian.
Najib dilapor berkata, beliau 'risau, sangat risau' dengan Yusuf Qaradawi kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.
"Kita hilang jalan pertengahan kepada puak pelampau di Timur Tengah," kata Najib, dipetik.
Shamsul tidak menolak kemungkinan kenyataan itu berikutan Najib dihantui kebimbangan mengenai kebangkitan rakyat Mesir merebak ke Malaysia kerana negara ini pernah menobatkan Yusuf Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.
"Yusuf Qaradawi adalah ulama yang dihormati seluruh dunia di samping fatwa-fatwa yang mencakupi peredaran masa. Mungkin sebab pernah diiktiraf Malaysia, Najib takut benih-benih itu bercambah di kalangan negara kita.
"Yang pasti, kenyataan Najib hanya berteraskan politik hipokritnya yang selama ini dilaung-laungkan beliau sendiri yang lupa dengan prinsip demokrasi di negara kita," katanya.

SPR: Janji Pilihan Raya Bukan Rasuah..untuk UMNO@APCO semua halal..!!

Posted: 26 Feb 2011 08:09 PM PST


JASIN: Siri ucapan pemimpin kerajaan yang mengandungi pelbagai janji membawa pembangunan pada mana-mana kawasan semasa kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia bukan rasuah.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di semua negeri yang dikuasai mereka itu merupakan apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan masing-masing.
"Memang biasa pemimpin tak kira dari BN atau Pakatan Rakyat berjanji dalam ucapan-ucapan mereka, tapi itu bukan kesalahan seperti rasuah kerana ia telah ditetapkan dalam belanjawan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, Jumaat.
Beliau mengulas mengenai janji-janji yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang bertanding kepada pengundi jika mereka dipilih pada pilihan raya yang diadakan termasuk pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak pada 6 Mac ini.
Hadir sama ialah Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle.
Abdul Aziz menjelaskan, jika benar-benar berlaku rasuah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sentiasa melakukan pemantau akan bertindak.
Katanya, pegawai-pegawai SPRM telah ditugaskan pada setiap kali PRK diadakan bagi memastikan setiap pemilihan diadakan dalam keadaan bersih dari gejala rasuah.Dalam pada itu, beliau menegaskan, semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Sabtu.
Katanya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku.
"Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara masih berlaku pada PRK Tenang di Johor. Kita rampas bateri mereka keluarkan bateri baru," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan para penyokong supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon.
"Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu sebanyak enam set borang calon telah dijual kepada kedua-dua pati BN dan PAS.
Katanya, pusat pencalonan akan dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi.
"Selepas itu tempoh bantahan selama sejam akan bermula sebelum calon-calon yang layak bertanding akan diumumkan kira-kira pukul 12 tengah hari," ujarnya.

Perdana Menteri perlu mohon maaf dari Sheikh Yusuf Qaradhawi

Posted: 26 Feb 2011 08:06 PM PST

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.
Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.
Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.
Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga  pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.
Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.
Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.
Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukkan Dato' Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.
Sheikh Yusuf adalah ulama' yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.
Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama' dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.
Maka mengaitkan Sheikh Yusuf,  yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Rakyat Revolusioner Libya Kepung Tripoli

Posted: 26 Feb 2011 08:04 PM PST


Rezim diktator Muammaf Gaddafi makin meningkatkan aksi kekerasannya menyikapi masuknya ribuan demonstran dari berbagai kota lain yang bergerak menuju ibukota, Tripoli.
Menurut laporan Press TV, saat ini ribuan pengunjuk rasa dari kota-kota di wilayah timur dan barat Libya tengah bergerak menuju ibukota. Beberapa laporan yang masuk bahkan memberitakan bahwa massa demonstran pro-demokrasi telah melewati pinggiran kota.

Sementara itu hingga kini bentrokan sporadis antara demonstran dan pasukan pemerintah di Tripoli masih berlangsung. Bersamaan dengan itu, banyak tentara yang dikabarkan membelot dari tugasnya dan bergabung dengan revolusi rakyat.
Perkembangan terbaru juga menunjukkan bahwa rezim Gaddafi kini mulai kehilangan kontrol atas sejumlah kota di sebelah barat dan timur negara itu.
Sekitar dua juta jiwa dari total penduduk Libya sebanyak enam juta tinggal di kota Tripoli. Karena itu, kota ini terbilang sangat strategis dan penting. Para ahli mengatakan jatuhnya Tripoli ke tangan rakyat anti-Gaddafi akan menjadi pukulan terakhir bagi rezim penguasa.
Aksi buas kelompok bayaran dan militer pro-Gaddafi terhadap rakyat hingga kini menelan korban tewas lebih dari 1400 orang. Komisaris Tinggi Dewan HAM PBB, Navi Pillay menyatakan kekhawatirannya atas kondisi Libya dan menyeru masyarakat internasional campar tangan guna membela rakyat Libya serta mengakhiri aksi kekerasan di negara ini.

"Keris" takan hilang walaupun Umno "hilang"

Posted: 26 Feb 2011 08:02 PM PST

Inilah sebilah keris purba yg ditemui di sebuah kuil purba "Enkakuji Temple"di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun

usinkata;...Sejarah sudah membuktikan bahawa Melayu xpernah hilang-hilang walaupun banyak bangsa sezaman denganya sudah pupus..sebab itulah Hang Tuah tinggalkan kata pusakanya.."Takan Melayu Hilang Di Dunia"..dan hati ini yakin Melayu akan hilang apabila dunia akan kiamat kerana tiada yg kekal selain dari Allah..Untuk itu tanpa Umno..Melayu akan terus berdiri..akan terus berlari..


PAS ganti Umno..PR ganti BN
"Teras kepimpinan Melayu tidak perlu dicemasi kerana ia tidak akan hilang.Sistem demokrasi yang diamalkan hari ini meletakan kuasa Melayu utuh dan teras kepimpinan Melayu juga tidak akan terhakis.
Daripada 222 kerusi Parlimen hari ini sebanyak 129 kerusi milik orang Melayu beragama Islam,manakala 69 milik bukan Melayu dan 24 kerusi lagi milik Bumiputera bukan islam.Dari sudut mana pun,orang Melayu akan menguasai Parlimen,kerana Parlimen Malaysia hanya memerlukan simple majoriti mana-mana puak atau parti mendapat lebih satu kerusi merekalah yang akan menjadi pemerintah.
Jadi kebimbangan mengenai teras kepimpinan Melayu tidak berasas hatta 50 tahun lagi Melayu tetap menjadi teras kepimpinan negara ini selagi sistem demokrasi digunapakai. " - Mustapa Ali Setiausaha Agung PAS

MSOkata;...Dengan mengambil fakta dan keyakinan dilontarkan Mustapa tadi jelas yang bimbang,yang gerun dan kehilangan kekuasaan hari ini bukan Melayu..teapi UMNO,sedangkan kedudukan orang Melayu di negara ini bukan sahaja terbela di tangan Umno.
Pengakuan kononya Umno saja yang mempu menjaga Melayu dinegara adalah mitos yan dicipta untuk menakut dan menggerunkan mereka yang buta sejarah dan buta pengetahuan.

Prk Kerdau : Begini Keadaan Rumah Di Negeri PM Setelah 53 Tahun Malaysia Merdeka

Posted: 26 Feb 2011 08:01 PM PST




Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera sempat meluangkan masa menziarah seorang wagra emas Kalsom Yunus, 80, yang tinggal seorang diri di rumah yang usang dan kurang lengkap ketika melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Kuala Tekal di sini hari ini.

Ismail Sabri melawat kampung berkenaan untuk memastikan jentera kempen BN berada dalam keadaan sempurna dan dapat menjalankan kerja-kerja kempen. --fotoBERNAMA

Ulasan GB

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama mendedahkan fakta yang tersangat jelas keadaan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan - di negeri Pahang, negeri dimana datangnya seorang PM yang bongkak dan sombong menyatakan BN sahaja yang membawa kemajuan.

I help you, you help me. Mentang-mentang warga tua itu tak berupaya "to help you", then Najib tak pedulikan nasibnya.

Mana JKKK? Mana PPRT? Mana Jabatan Kebajikan?

Menteri yang bernama Ismail Sabri pun sekadar berkempen nakkan undi, bukan untuk memabtu sepenuh hati. Kalau tak kenapa hanya duduk ditangga serambi, tak pergi jengah ke dapurnya, periuk dan kuali samada berisi? Itulah perangan sang menteri dari BN ini!

KERAJAAN PERSEKUTUAN 'COVER-UP' ISU PATI?

Posted: 26 Feb 2011 07:59 PM PST



HARI berganti bulan, bulan berganti tahun dan tahun berganti dekad, kita masih lagi menghadapi masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah. Sehingga kini, tiada sebarang tindakan konkrit yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah ini.
Kerajaan persekutuan langsung tidak berminat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan, apatah lagi untuk menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap pendatang tanpa izin ini.
Lebih menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka sudahpun menjadi warga negara Malaysia dan mendapat hak mereka sebagai penduduk negara ini. Kenapa ini terjadi?
Apakah kita sudah tidak lagi menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan setelah kita jatuh sebagai sebuah negeri termiskin di Malaysia? Atau, ada pihak yang mahu mengekalkan kuasa lalu menjadikan mereka sebagai deposit dalam menentukan kemenangan mereka dalam pilihanraya nanti?
Jika inilah sebab utamanya, maka rakyat negeri Sabah akan menghadapi masa depan yang suram dan tidak berhalatuju akibat tindak tanduk Kerajaan Persekutuan yang mendalangi semua kegiatan memberikan kerakyatan songsang kepada PATI, namun dinafikan dengan tegas oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin.
Meninjau kepada keadaan politik sekarang ini, ramai di antara kita tidak menyedari atau sengaja tidak mahu menyedari atau memilih untuk berdiam diri dan tidak mau mengambil tahu betapa seriusnya masalah yang kita hadapi di Sabah ini.
Sepatutnya, mengikut amalan demokrasi, parti mana pun yang memerintah negeri ini, asalkan ianya mempunyai aspirasi untuk memajukan negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, wajib disokong.
Kesan yang kita hadapi dari kebanjiran pendatang tanpa izin ini terlalu banyak. Sekarang ini pun, kita sudah merasakan kehadiran mereka telah merampas kekukuhan ekonomi penduduk tempatan.
Kalau kita imbas siapa pemegang utama ekonomi kita, ini pecahannya. Bagi perniagaan sayur, mula dikuasai oleh pendatang dari Indonesia; bagi perniagaan ikan pula dikuasai oleh orang-orang Filipina dan peniaga kedai-kedai runcit dikuasai oleh pendatang dari Pakistan.
Kalau kerajaan tidak mengambil langkah-langkah untuk melindungi hak penduduk tempatan, maka suatu masa nanti, rakyat Sabah akan menjadi lemah, mundur dan akhirnya menjadi pelarian di negeri sendiri.
Percaya atau tidak, budak-budak Filipina suatu masa dulu, mencuci kereta di bawah jambatan Segama Kompleks, sekarang ini sudah mampu memiliki kereta, segak bergaya dan yang paling menyakitkan hati, mereka juga sudah berhak untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan.
Bukannya tidak ada pemimpin-pemimpin yang menyuarakan masalah ini kepada kerajaan persekutuan tetapi suara-suara mereka itu langsung tidak didengar oleh kerajaan persekutuan tetapi yang anehnya, bila pilihanraya tiba, kerajaan tetap juga menang.
Mungkin pemimpin-pemimpin kita ini belum lagi mencapai tahap kepimpinan yang kental, berani dan beretika. Pemimpin-pemimpin kita hanya seperti anjing menyalak bukit dan tidak pernah mencapai sebarang kejayaan. Yang amat menyedihkan, ianya umpama anak-anak kecil yang merajuk, bila diberikan gula-gula, rajuk mereka akan reda dan ketawa semula.
Kita berharap, pada pilihanraya akan datang, rakyat akan lebih matang memilih pemimpin-pemimpin. Janganlah kira apa bangsa agama dan keturunan pemimpin kita, yang penting ianya mestilah rakyat tempatan yang memiliki keinginan untuk membantu Sabah membangun dan menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa izin dan membendung mereka dri terus menjadi warganegara Malaysia.
Kita mahu pemimpin yang boleh berdiri atas prinsip dan bukan pemimpin yang suka mengikut telunjuk orang lain walaupun perbuatan itu salah dan merugikan rakyat. Jika kita tidak mula berubah, maka negeri Sabah ini akan terus diperbudak-budakan dan ketinggalan dalam arus pembangunan.
Rakyat Sabah harus mula belajar, melihat keadaan sekililing dan bersatu hati merealisasikan harapan semua orang, bahawa suatu hari nanti negeri ini akan bebas dari masalah pendatang tanpa izin.
Pemimpin-pemimpin masa kini juga harus berubah, jangan memperkecil-kecilkan pendapat pemimpin lain walaupun ianya pemimpin pembangkang. Percayalah, tiada perkara yang lebih indah dalam kehidupan kita ini, selain daripada melakukan sesuatu perkara yang baik dalam kehidupan.
Harta kekayaan hanya bersifat sementara, tetapi perjuangan anda, kepercayaan anda dan kejujuran perjuangan anda akan menjadi sanjungan semua orang di Sabah ini. Kepada Datuk Yong Teck Lee; Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datuk Wilfred Tangau, Datuk Eric Mojimbun, Dr.Chong Eng Leong, Christina Liew, Dr.Jeffery Kitingan dan semua pemimpin yang berjiwa ingin membela nasib rakyat Sabah, teruskan perjuangan.
Kepada pemimpin-pemimpin PBS, kembalilah ke perjuangan asal, membebaskan Sabah dari belenggu masalah PATI. Kepada Johny Mositun dan Herbert Timbun, hentikan kritikan yang mengungkit masa lampau pemimpin. Semua itu tidak berguna dan yang penting, pemimpin-pemimpin seperti Datuk Yong Teck Lee sudah berubah dan bertaubat dan mahu memperbetulkan keadaan. Jangan nanti, seperti pepatah Melayu, kita menang sorak, tetapi negeri tergadai.
Sekian, Terima Kasih.
LENCANA MERAH 47

MANUSIA ARAB DAN MALAYSIA APA BEZANYA?

Posted: 26 Feb 2011 07:57 PM PST


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

DATO' Seri Najib Razak baru-baru ini keluar negara. Beliau memberi komen bagaimana pergolakan kebangkitan fahaman demokrasi rakyat di negara-negara Arab. Anggapan Najib bahawa rakyat di sana lain dan rakyat di Malaysia lain.
Anggapan itu mungkin betul dan mungkin juga salah kerana rakyat itu adalah manusia sejagat yang mempunyai rasa, punya hati dan punya pemikiran. Manusia Arab dengan manusia Malaysia sama juga dan mempunyai perasaan dan sifat kemanusiaan.
Masyarakat Malaysia rata-rata tidak suka ISA. Kalau seseorang itu dianggap menjadi ancaman kepada Keselamatan Negara, dakwa mereka ke mahkamah untuk diadili oleh para hakim dan bukannya dengan cara tangkap, masuk penjara tanpa bicara. Setelah bertahun-tahun mereka dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Kerajaan dan Pembangkang wajib bermuafakat agar jangan sekali-kali menggunakan kekerasan dalam usaha menjinakkan pemberontakan rakyat yang berpaksikan demokrasi dan bertunjangkan semangat nasionalisme.
Perkara yang dirasakan oleh Pembangkang tidak adil kerana kalau penyokong Kerajaan adakan tunjuk perasaan dan perarakan di negeri-negeri yang di perintah oleh Pembangkang dibolehkan, tapi kalau Pembangkang adakan perkara yang sama tidak dibenarkan. Senario berat sebelah ini wajar diubah.
Kalau parti Pembangkang mahu adakan ceramah di dewan tidak boleh, di padang tidak boleh. Jadi mahu adakan di mana? Tandas awam? Cara ini Kerajaan mesti bersikap adil dan tolak ansur, menjadikan semua pihak merasa dilayan sama rata. Cara ini menjadikan Malaysia berlainan dengan negara-negara luar dan pastinya Malaysia sebagai sebuah negara contoh di dunia.

Krisis Libya: PBB beku aset Gaddafi, 15 lain turut dilarang

Posted: 26 Feb 2011 07:45 PM PST

Anggota Majlis Keselamatan PBB meluluskan usul tindakan ke atas Libya. — Foto Reuters
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 27 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan 15 yang lain termasuk lima anaknya berhadapan dengan larangan perjalanan antarabangsa dan dibekukan aset mereka. Majlis Keselamatan semalam (hari ini waktu Malaysia) secara sebulat suara mengenakan larangan perjalanan dan membekukan aset Muammar.
Keputusan itu diambil ekoran pendekatan kekerasan yang dikenakan oleh kepimpinan Muammar ke atas penunjuk perasaan antikerajaan.
Lebih 1,000 orang telah terbunuh dalam kebangkitan rakyat yang masuk minggu kedua.
Majlis itu meluluskan pembekuan aset Muammar, empat anak lelaki dan seorang anak perempuannya, selain larangan perjalanan ke atas keseluruhan anggota keluarganya.
Turut dikenakan tindakan itu ialah 10 orang yang rapat dengan pemimpin Libya itu.
Majlis Keselamatan juga menyokong embargo senjata.
Keputusan itu diambil sekitar pukul 9 pagi tadi (waktu Malaysia).

Hipokrasi Umno

Posted: 26 Feb 2011 07:44 PM PST

SATU - Kalau Syeikh al-Qardawi menerima cadangan perlantikannya sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin suatu masa dahulu, adakah kerajaan Malaysia akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau?
Saya berani berkata tidak, bahkan tidak sekali-kali. Serangan Najib kepada Ikhwan dan tokoh ulama itu yang dibantah oleh pimpinan PAS membuktikannya.
Al-Qardhawi memang orang Ikhwan dan itu bukan rahsia lagi. Beliau antara produk terbaik Ikhwan. Namun beliau pernah menolak untuk memegang jawatan itu kerana baginya, suaranya lebih berkesan jika beliau tidak memegang jawatan itu.
Hasilnya ialah, suaranya berharga kepada semua pihak dan itu bukan sekadar menguntungkan Ikhwan bahkan Islam secara keseluruhan.
Namun orang tidak pernah lupa bahawa beliau adalah orang Ikhwan. Sekali lagi, serangan serentak Najib ke atas Ikhwan dan al-Qardawi membuktikan semua itu.

DUA - Calon BN di Kerdau terpaksa menunjukkan sijil yang dimilikinya kepada umum selepas dikatakan tidak berjaya menamatkan pengajian. Selepas sijil itu ditunjukkan, dia diserang lagi dengan dakwaan sijil itu diperolehi bukan dengan lulus peperiksaan tetapi dibeli.
Adakah calon Umno / BN itu akan terpilih sebagai calon jika dia bukan lepasan al-Azhar? Saya berani berkata tidak, bahkan sekali-kali tidak.
Calon Umno / BN tidak dikenali umum sebagai tokoh agama. Setahu saya, beliau tidak pernah muncul dalam acara agama berprsetij. Namun itu semua tidak penting. Apa yang penting ialah beliau lepasan al-Azhar.
Samada beliau lepas dengan pintu belakang atau depan juga tidak penting. Apa yang penting, canangkan sahaja bahawa beliau lepasan al-Azhar.

TIGA – Mengapa Umno / BN menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada al-Qardawi? Mengapa Umno / BN memilih lepasan al-Azhar sebagai calon di Kerdau?
Tentulah untuk membuktikan kepada umum bahawa Umno / BN pro agama. Samada Umno / BN benar-benar pro agama atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting ialah persepsi umum mesti dibentuk bahawa Umno / BN adalah parti pro agama.
Ada satu lagi langkah yang boleh dilakukan oleh Najib untuk membuktikan Umno / BN pro agama. Apa dia?
Ha… suruh saja si Rosmah bertudung semasa berkempen di Kerdau. Tak perlu pakai furdah, tudung sahaja sikit-sikit, nampak jambul pun tak apa, itu sudah boleh dikira bertudung versi Umno / BN. Kalau si Rosmah boleh bertudung litup, itu lebih mengagumkan.
Semua ini membuktikan apa? Ya… hipokrasi Umno / BN. Itu sahaja.
----------------------------------------------------------------------
by Zolkharnain Abidin

Demo Hindraf : Lebih 300 Sudah Ditangkap

Posted: 26 Feb 2011 07:41 PM PST


KUALA LUMPUR 27 FEB : Lebih 300 peserta perhimpunan aman anjuran Parti Hak Asasi dan sekutunya Hindraf ditahan polis di sekitar Kuala Lumpur termasuk pemimpinnya P Uthayakumar yang ditangkap seawal pagi tadi ketika beliau hendak keluar ke kawasan protes.
Dalam perkembangan terbaru, setakat jam 11 pagi tadi para peserta perhimpunan berkumpul di Kuil Kottei Mallai di Pudu untuk meneruskan bantahan. Menurut wakil HRP Y.Mohan lebih 1,000 masyarakat India turun menyertai perhimpunan ini namun lebih 300 orang telah ditahan. Penasihat HRP M Ganeson kecewa dengan tindakan polìs dan mahu mereka yang ditangkap dibebaskan segera. 
Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

"Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.
Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Tak Percaya : Ini Ijazah Al-Azhar Saya..

Posted: 26 Feb 2011 07:28 PM PST




3.jpg (300×200) 2.jpg (300×229)

TEMERLOH, 26 Feb -- BUKTI...Inilah ijazah daripada Universiti Al Azhar yang diterima oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mendakwa beliau menipu kononnya mempunyai ijazah dari universiti itu. Syed Ibrahim akan ditentang oleh calon Pas Hasanuddin Salim.

Sumber : Bernama


Tolong la percaya...korang ni. Dah kesian dah aku tengok Ustaz ni, siap korek Ijazah dari fail. Kalau ada yang tuduh dia kahwin dekat siam.... mau aku ingat dia keluar sijil nikah dia, siap bawak saksi-saksi nikah sekali.
Tapi yang hairannya...siapa yang persoalkan Ijazah dia??? Hmm.

Prk Kerdau : GAMBAR PELANCARAN BUKU JINGGA

Posted: 26 Feb 2011 07:23 PM PST




Prk Merlimau : Golongan muda cenderung sokong BN, kata Shabery..dengan umpan budaya sosial UMNO@APCO..!!!

Posted: 26 Feb 2011 06:37 PM PST

Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan BN yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery Cheek di bukit selambauBeliau berkata golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka.

"Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu, antara punca kekalahan BN (di negeri dan kerusi tertentu) ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia dan kembara promosi Hari Belia Negara 2011 di Merlimau Pasir dekat Jasin, malam semalam.

Ahmad Shabery berkata golongan muda kini menyedari bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

Beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan.

NONE"Lebih-lebih lagi calon BN Roslan Ahmad, 44, adalah bekas aktivis belia, maka sudah tentu beliau faham dengan baik kehendak orang muda. Bagi saya tidak ada isu besar maka tidak ada sebab orang muda tidak bersama BN," katanya dengan menambah terdapat 39 peratus pengundi berusia antara 21 dan 40 tahun di DUN Merlimau.

Roslan, ditentang oleh calon PAS Yuhaizad Abullah, 38, bagi kerusi DUN Merlimau yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ahmad Shabery menasihati para belia India supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pertubuhan yang diharamkan, Hindraf atau Hindu Rights Action Force, di Kuala Lumpur hari ini.

hindraf rally arrestBeliau berkata belia India tidak sepatutnya terpengaruh dengan Hindraf kerana isu yang mereka ketengahkan adalah tidak berasas, satu pembohongan dan tidak benar.

Katanya semua kaum di negara ini mempunyai isu tetapi kerajaan dapat menguruskan semua isu tersebut dengan baik.

"Perarakan di jalan raya tidak relevan di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa perbuatan tersebut akan menjejaskan ketenteraman awam.

- Bernama

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Posted: 26 Feb 2011 06:33 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.
Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.
"Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini," katanya dalam artikel akhbar tabloid  itu.
Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.
Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.
"Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya," katanya dipetik.
Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.
Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.
Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.
Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyalang sehingga berusia lapan tahun.

Demo Hindraf : Lebih 20 Sudah Ditangkap

Posted: 26 Feb 2011 06:31 PM PST


KUALA LUMPUR 27 FEB : Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.
Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, DatukAbdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

"Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.
Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.

Sementara itu, jalan-jalan utam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak malam semalam telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta-Lebuhraya Sungai Buluh.
Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat.

Prk Kerdau : 'Jabatan agama ambil alih semua masjid di Kerdau'

Posted: 26 Feb 2011 06:21 PM PST

Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.
 
Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.

"Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.

Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.

"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.

Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.

Hassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN.

"Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam.

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Posted: 26 Feb 2011 06:17 PM PST

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]



Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]


Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?


ReJaM© "Ulama Besar gerombolan songkok tinggi, Al-Fadhil Sheikh Najib Tun Razak"

Najib wajib mohon maaf atau sah jadi jurucakap yahudi

Posted: 26 Feb 2011 06:16 PM PST

Najib ketika kunjungan ke Turki telah mengeluarkan kenyataan dan tuduhan liar bahawa gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama' terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi terlibat dengan keganasan dan bersifat ekstremis.
Kita tidak mendengar mana-mana pemimpin negara Islam lain hatta pihak berkuasa Israel sendiri mengeluarkan kenyataan sebiadap itu terhadap Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sejak kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak sebaliknya Najib bertindak seolah-olah menjadi jurucakap bagi pihak yahudi.
Bagi mengelak tanggapan berkenaan, Najib wajib memohon maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi serta seluruh umat Islam yang telah tersinggung dengan kenyataan biadap beliau.
Hanya yahudi yang tidak pernah mengaku salah dan tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terangan melakukan kesalahan, penindasan dan kezaliman. Jadi kita tengoklah nanti sama ada Najib akan mengakui kesilapan dan memohon maaf dan menarik balik kenyataan biadab beliau atau mengambil sikap tidak peduli, seperti amalan biasa pihak yahudi bila berhadapan dengan keadaan sebegini.

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
MENDESAK NAJIB UNTUK MENARIK BALIK TUDUHAN LIAR TERHADAP
SYEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI DAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN


Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama' terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema "Penglibatan dan Bukan Penguasaan" disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.

Sempena majlis sambutan Ma'al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia