Sabtu, 26 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

Posted: 26 Feb 2011 10:17 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini Najib `menjual' orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa.

PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, 'I Help U, U Help Me'. Di Merlimau, Najib berkata kepada kaum Cina, 'Gua tolong Lu, Lu tolong Gua'. Hari ini Najib mengulangi cara yang sama di Felda Jengka. Beliau turut menerangkan tentang Islam pada pemikirannya. Najib mendakwa, Islam apa yang PAS perjuangkan? Adakah Islam yang tiada tanah? Adakah Islam yang miskin? Itulah pemikiran Najib terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Benarkah PAS menganggap Islam menolak pembangunan dan Islam menolak kesenangan? Jika benar, mengapa PAS yang lebih kuat berjuang menuntut hak golongan peneroka termasuk hak memiliki tanah? Bukankah PAS yang sering mendedahkan betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu Islam yang tergadai ke tangan kroni-keroni Umno? Tidakkah PAS bersama PR sering menuntut agar rakyat ini terbela, membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan, isu kenaikan gaji dan beberapa isu yang sering menindas rakyat? Adakah ini bukti menunjukkan PAS menganggap Islam mahukan kemunduran dan kesusahan?

Najib sebenarnya takut dengan pendedahan demi pendedahan oleh PAS bersama PR tentang betapa gelojohnya kerajaan Bn yang menindas rakyat. Rakyat sering digula-gulakan dengan habuan yang sedikit, tetapi mereka di atas mengagih-agihkan kekayaan sesama mereka. Buktinya jelas, Najib datang membawa sedikit bekal untuk rakyat ketika adanya pilihanraya, tetapi semasa pulang beliau akan memunggah berganda daripada itu. Di PRK Dun Tenang, pengundi dijamu dengan sedikit habuan, selepas menang Najib umumkan kenaikan harga minyak yang jauh berganda dari yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

Adakah rakyat di Dun Kerdau tidak boleh menjadi lebih cerdik dari sebilangan mereka di Tenang? Mampukah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mengajar Najib bahawa bukan semuaorang-orang Melayu bodoh. Tidak semua orang Melayu lapar sangat kepada pembangunan sehingga lupa kepada amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah. Adakah maruah agama boleh dijual dengan sedikit kesenangan yang sementara?/wfauzdin.blogspot.com

TAKTIK UMNO - `UMNO TUDUH PAS YANG KATA' DAN KEBANGGAAN POSTER LUCAH

Posted: 26 Feb 2011 05:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

TAKTIK yang digunakan oleh Umno di dalam PRK Dun Kerdau adalah menimbulkan satu isu kununnya `PAS tuduh'. Umno tuduh `PAS kata' itulah taktik yang Umno rasa boleh memburukkan nama PAS di mata para pengundi kununnya PAS memang kaki fitnah.

Sebagai contoh, isu sijil calon Umno iaitu Syed Ibrahim yang Umno tuduh `PAS dakwa bahawa calon Umno itu memiliki sijil Al-Azhar tipu.' Bila masa PAS berkata demikian? Sebutkan mana kenyataan rasmi dari pemimpin PAS yang membuat dakwaan begitu? Jika Umno mahu kutip dari sumber lain yang bukan dari sumber rasmi PAS, itu menandakan Umno buat kerja bodoh.

Pesuruhjaya PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri pelik di mana datangnya tuduhan kununnya PAS pertikaikan sijil calon Umno tersebut. Di petik melalui Harakahdaily, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan PAS dengan isu tersebut. PAS bukan mahu berlawan dengan Sijil, PAS berlawan dengan dasar parti Umno. Saya telah ulas sebelum ini bahawa andainya calon Umno itu adalah `Syeikh Al-Azhar' sekalipun, jika ia menyokong dan menjadi ahli parti sekular yang korup itu, PAS tetap akan menentangnya. Apatah lagi, jika benar beliau bukan berkelulusan Al-Azhar.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat. Mungkin Umno mencedoknya dari media lain yang bukan media rasmi dari PAS. Terpulanglah pada Umno untuk mengarahkan calonnya itu mempamirkan sijil yang beliau miliki ke setiap pelusuk Dun Kerdau. PAS tidak hairan berapa buah lori yang boleh memuatkan Sijil calon Umno tersebut kerana PAS menentang Umno bukan kerana sijil atau orangnya.

Terpulang juga kepada MB Pahang, Adnan Yaakob samada ingin melekatkan sendiri poster aksi lucah beliau di setiap pokok di Dun Kerdau. Mungkin beliau berbangga kerana beliaulah satu-satunya MB berbangsa Melayu dan Islam yang berani melakukan aksi yang budak tadika PASTI pun malu untuk melakukannya. Mungkin poster itu nanti boleh menunjukkan betapa Umno penjaga maruah Melayu dan pejuang Islam yang tulin./wfauzdin.blogspot.com

SELEPAS NAJIB, ALI RUSTAM PULA MENCABAR SPR, BERANIKAH SPR ?

Posted: 26 Feb 2011 08:27 AM PST

Jangan dipermainkan seperti ini oleh Ali Rustam...

Oleh: WFAUZDIN NS

SPR mungkin sudah tidak asing lagi dengan perkataan `Lu tolong gua, gua tolong lu', `I help u, u help me', yang pernah diucapkan oleh Najib sewaktu pilihanraya kecil Sibu dan juga baru-baru ini di Merlimau, Melaka. Itulah politik Umno/Bn setiap kali berdepan dengan pilihanraya, kemudiannya mendabik dada jika parti korup tersebut menang.

`Bapa Borek, Anak Rintik,' `Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maka, `ilmu' Najib diperturunkan kepada Ali Rustam, KM Melaka yang Umno sendiri akui terlibat dengan rasuah politik sewaktu pemilihan kepimpinan Umno satu masa dulu. Terbaru, Ali Rustam pula berkata kepada sekumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika Bn memenangi PRK Dun Merlimau. Baca di sini.
Wahai SPR dan SPRM, masakan kamu tidak nampak semua yang berlaku ini? Di mana ketegasan kamu sebagai badan yang diharapkan oleh rakyat untuk berlaku adil? Tiadakah sedikitpun terdapat unsur-unsur rasuah dan ugutan di situ? Jangan cuba berlagak telus apabila berhadapan dengan kamera TV kununnya SPR tidak akan berkompromi dengan undang-undang pilihanraya.

Amat malang, setelah orang-orang Melayu Melaka banyak yang dicucuk hidung oleh Ali Rustam, kini beliau cuba menjadikan kaum Cina seperti lembu. Ertinya, tiada kaum yang selamat di bawah Ali Rustam di Melaka. Dengan Ali Rustam, jangan bicara pasal agama kerana pemimpin yang rasuah tidak takut dengan hukum agama.
NONESebab itu, amat penting sekali umat Islam di Melaka mengangkat seorang wakil yang berani memperjuangkan Islam di Melaka. Di dalam Dun Melaka sekarang, tiada seorang pun wakil dari PAS. Amat sukar untuk mengharapkan DAP yang ada di dalam Dun Melaka untuk menegur Kerajaan Melaka berkaitan isu agama. DAP hanya boleh menegur kerajaan negeri isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, penyelewengan, kebajikan dan beberapa isu lain yang tidak melibatkan kepentingan Islam.

Justeru itu, tidak menghairankan di Melaka sekarang jika ada pembangunan sekali pun, ianya tidak diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan Islam. Dikatakan Melaka negeri maju tetapi kita lihat sendiri di mana letaknya nilai-nilai Islam di Melaka kecuali di dalam masjid dan surau. Masalah sosial, kegiatan hiburan yang terlampau tidak lagi menjadi pelik di Melaka. Siapakah yang boleh menegur semua ini?

Menjadi kewajipan pengundi-pengundi di Dun Merlimau untuk mengangkat seorang wakil yang bersuara Islam di dalam Dun Melaka. Cukuplah Adun Melayu yang menjadi `burung belatuk' yang ada di dalam dewan itu sekarang. Kita mesti angkat seorang Adun Islam yang akan mewakili rakyat yang berugama Islam di Melaka yang tidak akan takut kepada Ali Rustam. Adun itu adalah Adun dari PAS dan inilah saat dan masanya./wfauzdin.blogspot.com

BIARKAN CICAK MENGKARUNG LAPAR MENCARI MAKAN

Posted: 26 Feb 2011 02:44 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA adanya pilihanraya, maka adalah cerita ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang keluar parti. Itu kelazimannya dan rakyat sudah jemu mendengar cerita basi tersebut. Begitu juga lah dengan laporan di sini.

Apa yang penting, setiap kali kita adakan program ceramah maka kita akan dapat menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS, PKR dan juga DAP. Sudah tentu berita ini tidak akan disiarkan di dalam media pencacai yang ada.

Pedulikan yang mahu keluar parti kerana bukan semua pejuang sangup bersusah dan berlapar. Jika PR menguasai Putrajaya, kita tengoklah nanti puak-puak itu akan menyembah lutut kita. Mereka ini hanya pentingkan perut semata-mata. Jika tidak, masakan bila ada pilihanraya baru tersedar bahawa PR tidak boleh dipercayai.

Di Kelantan khususnya, rakyat Kelantan sudah masak dengan sandiwara seperti ini. PAS sudah tidak hairan dengan cicak mengkarung yang kelaparan itu. PAS pernah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat di mana Presiden dan Naib Presiden mereka keluar parti. Namun, PAS tetap kuat dan bertambah disiplinnya. Itu lah yang menggusarkan Umno Kelantan yang siang malam bermimpin untuk memerintah Kelantan. Kirim salam buat mereka./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: