Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


10 ribu sertai demo anti Hosni Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 08:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DEBAT ULAMAK UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ MENJADI KENYATAAN ?

Posted: 04 Feb 2011 09:22 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Ulamak veteren Umno dari Kelantan, Mohd Noor mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengannya berkaitan kenyataan Mursyidul Am PAS itu bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah golongan Jahiliyyah dan Malaysia bukan Negara Islam, saya merasakan cabaran itu lebih kepada bersifat emosi dan peribadi orang tua tersebut.

Sebelum ini orang tua berkenaan pernah `menyerang' Tuan Guru Nik Aziz di dalam rumah yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen PRK Dun Galas tanpa beradab sama sekali dan tidak menghormati tuan rumah yang mereka berdua adalah tetamunya. Orang tua seperti ini sepatutnya bukan lawan buat Tuan Guru Nik Aziz kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang ilmuan apatah lagi alim ulamak.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar hari ini, Tuan Guru Nik Aziz bersedia malah mengalu-alukan debat di antara beliau dengan orang tua berkenaan. Meskipun diketahui orang tua berkenaan bukan pemimpin utama atau berpengaruh di dalam Umno yang boleh menentukan dasar parti dan negara, namun sebagai menghormati cabaran dari beliau, maka Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdepan dengannya. Sepatutnya yang lebih berwibawa dan sesuai untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah PM atau wakilnya seperti Mej Jen (B) Jamil Khir dan juga wakil dari JAKIM.

Persoalannya, apakah debat tersebut akan direstui oleh Umno? Apakah pihak media kerajaan seperti TV sanggup menyiarkan secara langsung debat berkenaan? Sukar untuk saya meyakini bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Walau apa pun, kita menanti perkembangan seterusnya. Biarpun dikatakan orang tua Umno ini telah menghantar memorandum kepada Majlis Fatwa dan juga membuat laporan Polis terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, kita yakin ianya tidak akan memberi kesan sedikit pun. Majlis Fatwa lebih-lebih lagi pihak Polis tidak boleh menipu atau memutarbelitkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tuan Guru Nik Aziz berhujah berpandukan Al-Quran. Orang tua ini berhujah berpandukan akal dan emosi. Mana mungkin akal manusia boleh mengatasi ilmu Allah? Semua ini akan dibuktikan nanti jika debat ini berjaya diadakan. Sekarang kita tunggu apa pula jawapan pihak yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz. Apa pula helah mereka kali ini agar debat tersebut tidak dapat diadakan. Jangan mengikut cara Najib yang penakut berdebat itu sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Najib dan Rosmah laki bini didakwa murtad,tolong sahkan perakra ini!(surat khabar Singapura)

Posted: 04 Feb 2011 09:37 PM PST

Sila baca berita harian dan jangan percaya pada tajuk..baca dan nilai..

dalam Islam..haram mempercayai mana2 tahun itu boleh membawa keberkatan..ini pndapat aku

ini adalah feng shui..ada unsur meramal..

meramal2 nasib adalah haram dalam Islam dah boleh jatuh pada syirik..

feng shui ni ada yg berunsur logik...iaitu masuk akal dari aspek saikologi dan juga sains..

tetapi ada jugak yg membawa ramalan..mana mungkin dia percaya tahun ini boleh naik saham..

ini smua Allah je yang tahu....ong mcm mana pun banjir tak surut jugak oi..

ahahahahahaha

Tuah Tahun Arnab
Oleh Misiah Taib, Faridzwan Abdul Ghafar dan Muhammad Hatim Ab Manan
bhnews@bharian.com.my
2011/02/05

  • Foto

    NAJIB bersama beberapa pemimpin negara termasuk Dr Mahathir (kiri) menggaul 'Yee Sang' sebagai simbol perpaduan kaum di Wisma MCA, Kuala Lumpur, kelmarin.

  • Foto

    KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua dari kanan) diiringi Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye (kiri) memberi angpau kepada peserta tarian singa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, kelmarin.

PM harap perayaan bawa kejayaan negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada dasar dan agenda yang dibentangkan kerajaan.
"Saya harap, tahun ini tahun yang dapat memberi limpahan kejayaan sesuai kepercayaan Tahun Arnab iaitu tahun kejayaan dan rezeki boleh diperoleh.
"Ini akan hanya jadi kenyataan sekiranya semua dapat pastikan dasar-dasar kerajaan dan agenda yang dibentangkan dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya pada majlis rumah terbuka MCA di Wisma MCA di sini, kelmarin.

Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga berharap sektor swasta dan masyarakat Cina dapat sama-sama memainkan peranan menyokong dan mendokong kejayaan kerajaan berdasarkan agenda nasional.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; pemimpin MCA termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya, Datuk Seri Kong Cho Ha serta beberapa pemimpin parti komponen lain.

Pada majlis itu, Najib dan Muhyiddin serta semua pemimpin kemudian menggaul 'Yee Sang' sebagai simbol perpaduan kaum di Malaysia.
Kira-kira 2,000 warga kota termasuk rakyat asing turut memeriahkan sambutan yang antara lain mempersembahkan segmen tarian singa yang dianggotai pelbagai kaum.

Di KUCHING, hari kedua Tahun Baru Cina diteruskan dengan tradisi rumah terbuka oleh masyarakat Tionghua di bandaraya ini dan seluruh negeri, semalam.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi mengunjungi rumah terbuka pemimpin, ketua masyarakat, ahli perniagaan dan rakan taulan di seluruh negeri sejak kelmarin.

Di GEORGETOWN, Tahun Baru Cina disambut meriah oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk pelancong asing yang mengunjung rumah terbuka yang dianjurkan pelbagai pihak.

Semalam, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majinor Shariff mengunjungi rumah terbuka anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Di MELAKA, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum termasuk pelancong dari asing meraikan ambang Tahun Baru Cina di Jonker Walk, Bandar Hilir, di sini.

Majlis yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan Cina termasuk tarian singa turut dihadiri Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo serta Pengerusi Jonker Walk, Datuk Gan Boon Leong.


Kepada:
Editor
Forum, Berita Harian
9 Apr 2008
PENJELASAN TENTANG PANDANGAN ISLAM MENGENAI FENG SHUI
KAMI merujuk kepada surat Encik Sheikh Anwarul Mohamad Sharif dan Encik Abdul Halim Abdul
Karim bertarikh 19 dan 12 Mac 2008 yang meminta penjelasan tentang amalan feng shui menurut
pandangan Islam.
Dalam rencana Berita Minggu bertarikh 2 Mac lalu mengenai seorang Muslim yang mengamalkan
feng shui, ada disertakan petikan panduan agama dari laman web Majlis Ugama Islam Singapura
(Muis) berkaitan hukum amalan feng shui dalam Islam.
Jawapan agama yang dipetik itu sama sekali tidak berupa pengesahan hukum yang khusus untuk
pengamalan feng shui yang dipaparkan dalam rencana berkenaan.
Ingin kami jelaskan bahawa jawapan itu merupakan irsyad ataupun panduan agama umum untuk
soalan yang sering diajukan (FAQ) dan bukan fatwa rasmi mengenai feng shui yang dikeluarkan
Jawatankuasa Fatwa Muis.
Lazimnya, masyarakat boleh bertanya mengenai sesuatu isu dengan latar belakang dan
maklumat tertentu dan Muis cuba memberikan panduan bersesuaian dengan soalan yang
diutarakan.
Irsyad kami sama sekali tidak menyatakan feng shui tidak ada kena-mengena dengan agama
seperti yang dinyatakan Encik Abdul Halim.
Malah, ia dengan jelas membezakan dua unsur feng shui iaitu unsur yang berdasarkan
kepercayaan agama dan unsur yang berdasarkan falsafah dan ilmu sains tanpa elemen agama.
Irsyad kami dengan jelas menegaskan 'tidak menjadi satu kesalahan jika orang Islam mengikut
cara feng shui atas dasar falsafah dan elemen saintifik, tanpa mempercayai yang lebih dari itu'.
Yang kami maksudkan dengan 'yang lebih dari itu' ialah unsur feng shui yang ada kena-mengena
dengan agama, lantas boleh menjejas akidah kita.
Namun, saranan yang dikemukakan kedua-dua pembaca itu agar Muis mengambil pendekatan
lebih teliti dan terperinci dalam mengeluarkan panduan-panduan agama kepada masyarakat amat
kami hargai.
Kami di Muis telah mendapatkan penerangan daripada pihak tertinggi setempat bagi agama Tao
dan merujukkan kajian-kajian akademik mengenai isu feng shui, latar belakang, ciri-ciri dan
bentuk-bentuk pengamalannya. Walaupun nama feng shui itu melambangkan satu jenis amalan, aplikasinya pada hari ini
merangkumi pelbagai sudut.
Kepercayaan bahawa feng shui yang baik akan memperbaiki nasib dan dapat menjauhkan diri
daripada mudarat merupakan sesuatu yang tidak selari dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Agama Islam menuntut agar para penganutnya berpegang teguh dengan keyakinan bahawa
satu-satunya kuasa yang mampu memberikan kebaikan kepada manusia ataupun melindungi
mereka daripada malapetaka adalah Allah swt.
Firman Allah dalam ayat 51, Surah At-Taubah:
'Katakanlah (ya Rasulullah) bahawa sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali sesuatu yang
telah ditentukan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan orang-orang yang beriman hanya
bertawakal kepada-Nya.'
Ada juga sudut pengamalan feng shui yang selari dengan logik, mengambil kira pertimbangan
praktikal dan aturan persekitaran yang baik.
Contohnya, memasang cermin di satu sudut rumah untuk menjadikan rumah itu kelihatan lebih
luas atau meletakkan kolam air untuk menambahkan ketenangan di rumah.
Ternyata perkara ini memang mempunyai kesan dari sudut psikologi dan dibuktikan dengan
dapatan sains moden dan tidak bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Secara dasarnya, Islam menerima baik sesuatu perkara yang membawa kebaikan dan tidak
bercanggah dengan akidah dan kepercayaan agama.
Oleh itu, kami berpendapat bahawa masyarakat Islam sendiri dapat menilai aspek-aspek feng
shui dan memahami hukumnya, berdasarkan prinsip-prinsip yang kami utarakan.
Namun, bagi mereka yang ingin mengusahakan sesuatu secara logik dan saintifik yang dapat
diterima agama, maka kami menasihatkan agar tidak menggunakan nama 'feng shui' agar
mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh timbul.
Kami menggesa masyarakat agar terus mendalami ilmu agama dan pada masa yang sama
mempelajari dan mendalami tamadun lain terutama dalam konteks masyarakat majmuk
Singapura.
Pemahaman yang mendalam dan baik akan membantu kita menghargai lain-lain ketamadunan
dan yakin diri untuk berinteraksi serta belajar daripada masyarakat lain, sekali gus membina
masyarakat Islam yang kukuh prinsip dan amalan keagamaannya dan berjaya mengharungi
cabaran kehidupan masa kini.
Ustaz Nazirudin Mohd Nasir
Ketua Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura

ahahaha ini leh jatuh syirik tak??ini jahiliah ke tidak???

nk sangat fuckta kan??nah amik ko fuckta

Gambar Awek-awek Cun yg Cukup Cun Terlebih-lebih Cun

Posted: 04 Feb 2011 02:22 AM PST

best jadi kucing ni oi dapat melekap kat riba awek oi!!!!!!

hari ni surat khabar berita harian tak de cite..

so aku saje la nk cite2...

ahad ni nak berambus balik..

7 minggu lgi lopeh tu exam..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh

orng tak de asas nk belaja bende susah2..

mmg la payah..............

yg menyampah ...yg mngaja lak assume sume orng suda ade asas..

mana buleh ooooooooooi...

kenala carik sndiri aku ni oi.........

tak pe..ini cabaran dalam hidup..

adventure gak hidup aku sbagai seolang student..

tak leh tahan dah kena mara ngn awek cun...

baik punya cun..fesyen Islamik habis..

aku rasa anak kerabat sultan kelantan kot..bawak bmw..pakai black berry..

tengok mata mcm mata sultan kelantan terkini..ni kaum kerabat la ni...

seminggu aku tk lena tido sbb awek cun ni marah aku...

pasal apa dia marah???jangan risau..bukan sbb aku buat gangguan seksual pun..

sampai termimpi2..nk lawan balik lepas kena marah tak sampai hati oi..

orng nye leh tahan lawaaaaaa...fehhhhhhhhhh

dah marah aku...lepas tu mintak no fon aku..harharhar..

tapi.....aku masih nk awek mcm tiz zaqyah...hiyaaaaaaaaaaa


Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Rogol Anak

Posted: 04 Feb 2011 03:01 PM PST

Tag : Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja gerai makan dihukum penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun di hadapan isterinya, tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan lelaki berusia 47 tahun itu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tuduhan secara berturut-turut berkuat kuasa daripada tarikh dia ditangkap pada 27 Januari 2011.

Dia didakwa atas empat tuduhan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun empat bulan di dalam sebuah bilik rumahnya di Pudu Ulu Cheras, di sini, antara jam 2 hingga 4 petang, sekitar November 2010 hingga 23 Januari 2011.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang juga anak kelima daripada sembilan beradik itu baru selesai mengemas bilik tidur bersama ibunya sebelum didatangi tertuduh yang bertindak merogol anak perempuannya itu di hadapan isterinya sendiri.

Isteri tertuduh yang juga pekerja gerai makan bertindak menghalang tindakannya, namun dia hanya mampu menangis apabila dipukul lelaki terbabit.

Malah pada jam 3 petang akhir Disember 2010, tertuduh turut memaksa anak perempuannya dan isterinya meraba serta mencium badannya sebelum sekali lagi merogol mangsa di hadapan isteri tertuduh juga di tempat yang sama.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dalam keadaan bersahaja supaya mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia mempunyai pelbagai penyakit termasuk darah tinggi dan sakit sendi kaki.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Loon Jia Yin, memohon mahkamah memandang serius perbuatan tertuduh yang dianggap keji, sekali gus menyebabkan anak perempuannya itu trauma dan merosakkan masa depannya.

Sumber : http://www.bharian.com.my


 


Cari N3 lama-lama disini

When Internet Is Going Down

Posted: 04 Feb 2011 04:51 AM PST

Susah mau update blog bila internet slow sangat musim cuti ni..

Mari baca luahan hati teman blogger saya berkenaan kenaikan harga minyak

Usah naikkan lagi

apa sudah jadi

malaysia hari ini

benda sudah jadi

semua sakit hati

mana pergi janji

dulu kamu meterai

kata kami didahului


tengok apa sekarang jadi

usah berdolak lagi

kami tak tahan lagi

usah buat kami begini

wahai datuk menteri

cuba fahami kami

tak tahu mana lagi

kami nak bawa diri

tak tahu mana lagi

nak adu nasib kami

usah naikkan lagi

harga keperluan kami

hargailah kami…

http://www.princeduyong.com

 
 
Cari N3 lama-lama disini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

0
sumber :-

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PENGUMUMAN!

Posted: 04 Feb 2011 05:45 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Salam ukhwah, salam muhibbah dan salam perjuangan sahabat2 sekalian..

Dukacita dimaklumkan, blog RUANG BICARA PRIA MALAYA mungkin tidak dapat diudpate dalam tempoh jangka masa tertentu disebabkan hal 'peribadi' penulis..

Apa pun insyaAllah, kita akan jumpa lagi selepas ini..yang pastinya demi menjatuhkan 'regim' Umno dan Barisan Nasional pada PRU ke-13 yang akan datang! insyaAllah..

Pada rakan-rakan seperjuangan, sila rapatkan saf, tingkatkan iman, aktifkan setiap cawangan dan bahagian, dekati masyarakat, aktifkan gerakan 'undergorund' di setiap kampung, institusi, persatuan dan pergerakan..penulis yakin jika penulis boleh lakukan, kalian juga mampu laksanakan..

Akhir kalam..kita jumpa lagi, lawan tetap lawan!


p/s: Mohon kemaafan kepada rakan2, pengirim email dan mesej (ym/fb) yang bertanyakan khabar penulis..maaf kerana tidak terbalas mesej kalian..


Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Fakta atau Auta?Adakah Pakar Matematik Jauh Lebih Pandai Berbanding Menteri Kewangan Malaysia?Mungkin...

Posted: 04 Feb 2011 04:02 AM PST


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AMK : KPN Perlu Siasat Kekerasan Lerai Demo Anti-Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 08:49 PM PST

Warga tua diludah ketika polis surai perhimpunan aman

Posted: 04 Feb 2011 08:47 PM PST

Takkan Melayu hilang di dunia

Posted: 04 Feb 2011 08:43 PM PST

Jangan dizalimi Mereka.. Depa Bukan Nak Merusuh!

Posted: 04 Feb 2011 08:41 PM PST

Sekatan Halal dan Himpunan Haram

Posted: 04 Feb 2011 08:37 PM PST

Apco Worldwide punca polis umno bertindak ganas?

Posted: 04 Feb 2011 08:30 PM PST

Isu ‘Tanah Melayu’ Mahathir tak produktif, tegas MCA dan Gerakan

Posted: 04 Feb 2011 08:29 PM PST

PAS Setuju Nik Aziz Dialog Dengan Majlis Fatwa

Posted: 04 Feb 2011 07:56 PM PST

Polis UMNO halang peguam jumpa tahanan

Posted: 04 Feb 2011 05:07 PM PST

Pakatan’s Selangor under scrutiny in Orange Book debate

Posted: 04 Feb 2011 05:04 PM PST

Jahatt...Teruskan "Provokasi" Ka Atas Nik Aziz - Katak Pasir Mas

Posted: 04 Feb 2011 05:01 PM PST

PKR: Subsidi gas RM19b ibarat negara hilang hasil, perlu dihentikan

Posted: 04 Feb 2011 04:58 PM PST

Tun Mahathir akui UMNO tidak lagi perjuangkan Melayu

Posted: 04 Feb 2011 04:21 PM PST

Malaysia hak orang Melayu.....Dulu le..!!!

Posted: 04 Feb 2011 04:17 PM PST

Laut Tak menjanjikan Ketenangan...

Posted: 04 Feb 2011 03:57 PM PST

Amerika Dan Barat Gusar Kebangkitan Rakyat Di Mesir

Posted: 04 Feb 2011 03:56 PM PST

Tun Mahathir Mohamad punca masa depan orang Melayu gelap

Posted: 04 Feb 2011 03:55 PM PST

53 Tahun Merdeka : Jejak Pak Cik Flintstones

Posted: 04 Feb 2011 03:50 PM PST

Ketuanan Betina : Isteri ikut kekasih

Posted: 04 Feb 2011 03:48 PM PST

CHINA ADA MACAM MACAM

Posted: 04 Feb 2011 03:31 PM PST

RAKYAT MESIR DAN ORANG ARAB YANG BIADAP

Posted: 04 Feb 2011 03:31 PM PST

Revolusi Mesir: Strategi CFR Menyekat Ikhwanul Muslimin

Posted: 04 Feb 2011 03:28 PM PST

DASAR KENANG JASA UMNO TAK RELEVAN LAGI!!

Posted: 04 Feb 2011 09:20 AM PST

Tindakan Mufti Mesir mengecewakan

Posted: 04 Feb 2011 09:16 AM PST

Protes Terbesar ‘departure day’ Bermula

Posted: 04 Feb 2011 09:08 AM PST


~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Nak protes apa di Malaysia? Semuanya baik-baik belaka

Posted: 04 Feb 2011 06:51 AM PST

Catatan peribadi: Saat-saat libang libu

Posted: 04 Feb 2011 01:39 AM PST

Umno ganti Umno

Posted: 03 Feb 2011 11:41 PM PST


Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Di Malaysia ni, 'Mubarak' yang dah bersarapun masih menyibuk lagi!!!

Posted: 04 Feb 2011 06:58 AM PST

Bersara ke tidak, Mubarak akan dibersarakan di Mesir. Tetapi Mubarak di Malaysia ni dah bersarapun masih menyibuk. Promote anak lagi...Bengong!!

Kalau tidak mahu berubah, rakyat akan mengubahnya.

Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.

Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami 'vacuum' kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.

Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.

Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan 'continuity' atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.

Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.

Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga 'aristocrat. yang 'magnanimous' telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato' Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.

Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.

Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.

Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.

Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga 'aristocrat' yang 'magnanimous' dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan 'gentleman' itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak 'gullible' dan 'ungentleman'.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang 'viable' untuk mentadbir Mesir.

Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.

Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.

Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.

Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan 'vacuum' kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.

Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai 'blind sycophants' yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan 'viable' bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.

Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.

Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.

Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.

Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan 'tikus-tikus' gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.

Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.

Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.

Yang gundah gulana...jom berwacana!!

Posted: 04 Feb 2011 12:16 AM PST


Wacana Ilmu : Buku "Menuju PAS Baru"

Tarikh : 4 Februari 2011 (Jumaat)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Seminar, Hotel Melor Inn, Pusat Bandar 2, Pt Buntar

Anjuran : Sukarelawan Muslim Perak Cawangan Parit Buntar

Panelis :

1) YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
2) Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)
3) Y.Bhg. Ustaz Haji Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulama PAS)
4) Wakil dari Dewan Ulama' PAS Kedah

Terhad : 160 orang sahaja (percuma)
Dapatkan PAS Masuk . hubungi Nizam 013-5813634 (tinggal 10 sahaja lagi)

Apa kurangnya mufti di sebuah negeri "Pasir 2 Butir...!!?"

Posted: 04 Feb 2011 12:05 AM PST

Tindakan Mufti Mesir mengecewakan — Mohd Asri Zainul Abidin

4 FEB — Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir 'Ali Jum'ah yang muncul dalam TV Mesir — yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan.

Ya, memang selama ingin 'Ali Jum'ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau.

Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan.

Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.

Kenapa 'Ali Jum'ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.

Rosmah: Saya bosan jadi FLOM, mahu undur tapi bimbang nasib suami...He he!!

Posted: 03 Feb 2011 10:29 PM PST

Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah "bosan" kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.

Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau "sudah bosan" dengan tampuk kuasa.

Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.

Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya ke atas Ikhwanul Muslimin.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka.

Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian.

Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Samih Farid berkata, lapan orang terbunuh sejak kelmarin dan hampir 900 orang cedera dengan sembilan orang cedera parah.

Seorang lagi dikatakan terbunuh di Dataran Abdel Monem Riyad Square, tengah Kaherah dan ramai lagi cedera.

Dalam temu bual itu dengan ABC, Hosni berkata, beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan "apa akan berlaku jika letak jawatan sekarang."

"Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tidak berminat untuk menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya," kata Hosni.

Gamal Mubarak adalah anak lelaki Hosni yang dilihat oleh rakyat Mesir dan diplomat Amerika Syarikat bahawa sedang dibimbing untuk menggantikan beliau.

Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa dan ia harus dilakukan "sekarang."

Dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen kerajaan malam tadi (waktu Malaysia), Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman sekali lagi meminta penunjuk perasaan meninggalkan demonstrasi.

"Saya meminta orang-orang muda negara ini, kami ucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan, anda ada sumber reformasi," kata Omar.

Kemudian beliau mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan.

Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni.

Di Washington, jurucakap Obama mengutuk tindakan menyasarkan wartawan yang membuat liputan di Mesir.

Kumpulan pro-Hosni dikatakan menyerbu hotel-hotel penginapan wartawan asing.

Tuuuu dia. Sapa lelong tanah simpanan melayu?

Posted: 03 Feb 2011 10:21 PM PST

Tuuuu dia. Sapa serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?

Tuuuu dia. Sapa serahkan dua blog minyak kepada Brunei?

Tuuuu dia. Sapa dok englishkan matematik dan sains?

Tuuuu dia. Bagi India dan Cina masuk MRSM?

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dia!!!

Pakatan: Najib perlu respons isu 'Tanah Melayu' Mahathir

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.

Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya.

Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini.

"Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.

"Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan.

Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

"Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia.

"Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz.

Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu.

"Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita.

"Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini.

Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya.

"Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini.

Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama.

Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT