Jumaat, 4 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DEBAT ULAMAK UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ MENJADI KENYATAAN ?

Posted: 04 Feb 2011 09:22 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Ulamak veteren Umno dari Kelantan, Mohd Noor mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengannya berkaitan kenyataan Mursyidul Am PAS itu bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah golongan Jahiliyyah dan Malaysia bukan Negara Islam, saya merasakan cabaran itu lebih kepada bersifat emosi dan peribadi orang tua tersebut.

Sebelum ini orang tua berkenaan pernah `menyerang' Tuan Guru Nik Aziz di dalam rumah yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen PRK Dun Galas tanpa beradab sama sekali dan tidak menghormati tuan rumah yang mereka berdua adalah tetamunya. Orang tua seperti ini sepatutnya bukan lawan buat Tuan Guru Nik Aziz kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang ilmuan apatah lagi alim ulamak.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar hari ini, Tuan Guru Nik Aziz bersedia malah mengalu-alukan debat di antara beliau dengan orang tua berkenaan. Meskipun diketahui orang tua berkenaan bukan pemimpin utama atau berpengaruh di dalam Umno yang boleh menentukan dasar parti dan negara, namun sebagai menghormati cabaran dari beliau, maka Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdepan dengannya. Sepatutnya yang lebih berwibawa dan sesuai untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah PM atau wakilnya seperti Mej Jen (B) Jamil Khir dan juga wakil dari JAKIM.

Persoalannya, apakah debat tersebut akan direstui oleh Umno? Apakah pihak media kerajaan seperti TV sanggup menyiarkan secara langsung debat berkenaan? Sukar untuk saya meyakini bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Walau apa pun, kita menanti perkembangan seterusnya. Biarpun dikatakan orang tua Umno ini telah menghantar memorandum kepada Majlis Fatwa dan juga membuat laporan Polis terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, kita yakin ianya tidak akan memberi kesan sedikit pun. Majlis Fatwa lebih-lebih lagi pihak Polis tidak boleh menipu atau memutarbelitkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tuan Guru Nik Aziz berhujah berpandukan Al-Quran. Orang tua ini berhujah berpandukan akal dan emosi. Mana mungkin akal manusia boleh mengatasi ilmu Allah? Semua ini akan dibuktikan nanti jika debat ini berjaya diadakan. Sekarang kita tunggu apa pula jawapan pihak yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz. Apa pula helah mereka kali ini agar debat tersebut tidak dapat diadakan. Jangan mengikut cara Najib yang penakut berdebat itu sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: