Jumaat, 4 Februari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Di Malaysia ni, 'Mubarak' yang dah bersarapun masih menyibuk lagi!!!

Posted: 04 Feb 2011 06:58 AM PST

Bersara ke tidak, Mubarak akan dibersarakan di Mesir. Tetapi Mubarak di Malaysia ni dah bersarapun masih menyibuk. Promote anak lagi...Bengong!!

Kalau tidak mahu berubah, rakyat akan mengubahnya.

Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.

Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami 'vacuum' kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.

Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.

Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan 'continuity' atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.

Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.

Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga 'aristocrat. yang 'magnanimous' telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato' Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.

Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.

Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.

Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.

Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga 'aristocrat' yang 'magnanimous' dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan 'gentleman' itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak 'gullible' dan 'ungentleman'.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang 'viable' untuk mentadbir Mesir.

Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.

Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.

Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.

Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan 'vacuum' kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.

Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai 'blind sycophants' yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan 'viable' bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.

Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.

Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.

Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.

Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan 'tikus-tikus' gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.

Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.

Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.

Yang gundah gulana...jom berwacana!!

Posted: 04 Feb 2011 12:16 AM PST


Wacana Ilmu : Buku "Menuju PAS Baru"

Tarikh : 4 Februari 2011 (Jumaat)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Seminar, Hotel Melor Inn, Pusat Bandar 2, Pt Buntar

Anjuran : Sukarelawan Muslim Perak Cawangan Parit Buntar

Panelis :

1) YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
2) Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)
3) Y.Bhg. Ustaz Haji Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulama PAS)
4) Wakil dari Dewan Ulama' PAS Kedah

Terhad : 160 orang sahaja (percuma)
Dapatkan PAS Masuk . hubungi Nizam 013-5813634 (tinggal 10 sahaja lagi)

Apa kurangnya mufti di sebuah negeri "Pasir 2 Butir...!!?"

Posted: 04 Feb 2011 12:05 AM PST

Tindakan Mufti Mesir mengecewakan — Mohd Asri Zainul Abidin

4 FEB — Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir 'Ali Jum'ah yang muncul dalam TV Mesir — yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan.

Ya, memang selama ingin 'Ali Jum'ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau.

Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan.

Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.

Kenapa 'Ali Jum'ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.

Rosmah: Saya bosan jadi FLOM, mahu undur tapi bimbang nasib suami...He he!!

Posted: 03 Feb 2011 10:29 PM PST

Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah "bosan" kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.

Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau "sudah bosan" dengan tampuk kuasa.

Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.

Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya ke atas Ikhwanul Muslimin.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka.

Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian.

Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Samih Farid berkata, lapan orang terbunuh sejak kelmarin dan hampir 900 orang cedera dengan sembilan orang cedera parah.

Seorang lagi dikatakan terbunuh di Dataran Abdel Monem Riyad Square, tengah Kaherah dan ramai lagi cedera.

Dalam temu bual itu dengan ABC, Hosni berkata, beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan "apa akan berlaku jika letak jawatan sekarang."

"Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tidak berminat untuk menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya," kata Hosni.

Gamal Mubarak adalah anak lelaki Hosni yang dilihat oleh rakyat Mesir dan diplomat Amerika Syarikat bahawa sedang dibimbing untuk menggantikan beliau.

Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa dan ia harus dilakukan "sekarang."

Dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen kerajaan malam tadi (waktu Malaysia), Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman sekali lagi meminta penunjuk perasaan meninggalkan demonstrasi.

"Saya meminta orang-orang muda negara ini, kami ucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan, anda ada sumber reformasi," kata Omar.

Kemudian beliau mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan.

Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni.

Di Washington, jurucakap Obama mengutuk tindakan menyasarkan wartawan yang membuat liputan di Mesir.

Kumpulan pro-Hosni dikatakan menyerbu hotel-hotel penginapan wartawan asing.

Tuuuu dia. Sapa lelong tanah simpanan melayu?

Posted: 03 Feb 2011 10:21 PM PST

Tuuuu dia. Sapa serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?

Tuuuu dia. Sapa serahkan dua blog minyak kepada Brunei?

Tuuuu dia. Sapa dok englishkan matematik dan sains?

Tuuuu dia. Bagi India dan Cina masuk MRSM?

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dia!!!

Pakatan: Najib perlu respons isu 'Tanah Melayu' Mahathir

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.

Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya.

Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini.

"Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.

"Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan.

Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

"Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia.

"Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz.

Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu.

"Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita.

"Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini.

Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya.

"Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini.

Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama.

Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.

Tiada ulasan: