Jumaat, 28 Januari 2011

bumiperak

bumiperak


Doa untuk Cikgu Mala calon DUN tenang

Posted: 28 Jan 2011 04:12 PM PST

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim...
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kekuasaan dan bagiNya segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Selawat dan Salam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu. Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami. Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu. Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.

Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah. Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.

Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Amin, amin Ya Rabb alalami.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Gempar!!!!!!Rosmah Mansori dihalau daripada memasuki masjid di DUN Tenang kerana tidak menutup aurat(berita terkini)

Posted: 28 Jan 2011 11:16 PM PST

sila baca berita harian dan jangan percaya bulat2 tajuk di atas..

jpm memperuntukkan rm 1.07 juta untuk 17 masjid dan surau di dun tenang..

peruntukkan disampaikan mb johor..

persoalannya..

menagapa hanya dun tenang???

kenapa di tenang??

kenapa masuk surat khabar??

kenapa mb johor yg serahkan??

kenapa baru skarang??

kenapa tak bg masa prk galas??

kenapa??

kenapa??

kenapa??

seni politik mmg membingungkan..

bg mereka yg sering mncari persoalan..

ada yg akan marah apabial mempersoalkan..

menyatakan ini bukanlah politik..

tetapi sebagai peruntukkan..

sdangkan mereka yg menidakkan perkara ini sebagai taktik politik..

merupakan mereka yg cupa menipu orng ramai..

wah..bebelit la aku becakap..

kesimpulannya senang sahaja..

dah ada prk korang mintak la mcm2..

maunya najib tk nk bagi????

aku harap adun sungai pelek dan mp sepang mati cepat..

aku nk mintak najib buat hospital,stesen komuter,dan menara wifi berdekatan rumah aku..

apsal tk boleh???

aku rakyat dan aku bebas mengundi!!!!!

hwahwahwahwa

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar ribuan warga Tenang pelbagai kaum hadir program Pakatan Rakyat semalam!

Posted: 28 Jan 2011 05:11 PM PST

PROGRAM 1

Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah mega di Tenang malam tadi..







PROGRAM 2

Ribuan warga Cina hadiri Makan Malam Tahun Baru Cina bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Pekan Labis, Dun Tenang semalam..



















p/s: Lagi gambar akan menyusul..

GEMPAR: Umno jadikan Masjid Tenang sebagai markas kempen politik BN!

Posted: 28 Jan 2011 04:15 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Apa kes??..boleh ke berpolitik dalam kawasan masjid? boleh ke anjur program dan kempen parti politik dalam kawasan masjid masa pilihan raya?..boleh ke gantung bendera dlm kawasan rumah ibadat?..

Sultan benarkan ke?..tafsiran "politik" tu merujuk kepada parti pembangkang sahaja ke?..hanya parti berlambang 'dacing' dan 'keris' sahaja ke dibenarkan?..

Dasar hipokrit punya manusia..ternyata undang2 hanya terpakai kpd parti politik pembangkang..alasannya tak sokong kerajaan..alasannya tak dapat restu sultan..alasannya tak dapat lampu hijau dari jabatan agama..sah munafiq!

Mcm biasa, isu ini akan dikemaskini dalam link berikut, "Koleksi Umno/BN berpolitik dalam surau/masjid..(bukti bergambar dan video)"..fikir2kan..wallahua'lam..


KES 1









VIDEO: PRK Tenang : Bongkar !!! Umno Gunakan Masjid Untuk Berpolitik



KES 2



Kejadian kibaran bendera BN di sebuah surau di Taman Mewah Labis pada 28/01/2011 jam 10 pagi , ketika petugas PAS menjalankan rutin biasa rayuan undi , petugas PR tersebut amat terkejut apabila melalui sebuah kawasan yang disangkakan markas operasi BN kerana di dalamnya bersepah peralatan gerak kerja publisiti kempen BN, tetapi apabila didekati , petugas PR amat terkejut kerana ia sebenarnya adalah sebuah surau.

**baca seterusnya di SINI..

"Apabila kita berbicara mengenai menghormati agama lain, kita patut belajar daripada PAS" - Mey Lim

Posted: 28 Jan 2011 03:13 AM PST



可怕的回教党, 果然令国阵害怕 ^^

When we want to talk about respecting other religion . We should learn from PAS .


Sumber di SINI

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BN akan kalah di Tenang, Najib n si katek lari ke UAE

Posted: 28 Jan 2011 09:47 PM PST

The Sabah Times

Najib dengan si katek dan juak-juaknya akan 'lari' ke Abu Dhabi esok, sebab apa? Sebab najib dah tau BN akan di kalahkan di Tenang, jadi lebih baik awal-awal lagi cabut lari, tinggal lah mat sembab utk menjawab semua nya. ...
Hari ni dia ada di Tawau pi melawat Maliau Basin, sebelum balik KL ptg ni dan esok akan cabut lah ... Dia tak sanggup dengar dan tak dapat terima yang BN kalah di negeri yang di katakan teramat kuat dengan UMNO/BN ... kahkahkah ... jangan tak balik sudah lah najib ya ...

PRK Tenang : Apa kata Nurul Izzah tentang Cikgu Mala

Posted: 28 Jan 2011 09:10 PM PST

Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim sehingga hari ini masih lagi gagal menjawab dakwaan terhadap beliau yang melelong tanah penduduk semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Oleh itu, beliau tentunya dilihat oleh orang ramai bukanlah sebagai seorang yang layak dipilih dalam pilihan raya Dun Tenang 30 Januari ini kerana tidak selayaknya menjadi pemimpin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya calon BN itu tidak bersalah, beliau pasti sudah dapat menjawab dakwaan terhadapnya itu, tetapi sehingga kini beliau tetap gagal menjawabnya.

Menurut beliau, sebaliknya, semua kenyataan yang dibuat oleh calon BN itu berhubung dakwaan tersebut bukanlah jawapannya, sebaliknya jauh menyimpang dari jawapan dan realiti sebenar.

"Keadaan itu amat jauh bezanya dengan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang baik, berkarisma dan bertanggungjawab.

"Keistimewaan Cikgu Normala itu bukan hanya pada mata saya, tetapi turut diakui oleh penduduk di kawasan Tenang sendiri dan mereka yang mengenalinya," katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu, keistimewaan Cikgu Normala juga, katanya, boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sewaktu beliau menjadi guru dulu.

Mohd Azahar sewaktu menjadi ADO didakwa dengan cuai telah melelong tanah seseorang secara tidak sah dan tidak mengikut prosedur.

Semua kesalahannya itu sudah terbukti apabila keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2008 sudah pun mengarahkan tanah tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya.

Azahar akan dibicarakan di dalam satu tuntutan saman di mahkamah oleh pembeli tanah Mansor melalui lelongan tersebut iaitu Norhana Mohd Ali yang mendakwa terpedaya oleh Azahar, sehingga menyebabkan beliau membeli tanah Mansor secara lelongan yang disyaki palsu dan tidak sah itu.

Menurut Nurul Izzah, kes yang dihadapi oleh Azahar itu tidak mampu disembunyikan oleh beliau kepada orang ramai terutama kepada penduduk di kawasan Tenang, sehingga menyebabkan semakin ramai orang yang semakin hilang keyakinan terhadapnya.

"Ini amat berbeza dengan Cikgu Normala yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kawasan itu.

"Buktinya, semasa saya pergi ke Tenang Selasa dan Rabu lalu dan mengadakan ceramah di kawasan felda, ramai penduduk di kawasan itu yang hadir.

"Jumlah kehadiran mereka ratusan orang. Ini amat jauh bezanya ketika saya mengadakan ceramah di kawasan felda lain termasuk di kawasan Felda Suharto," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.

Kehadiran dengan jumlah itu di kawasan felda, menurut beliau, merupakan satu jumlah yang besar.

Ini jelas membuktikan Cikgu Normala dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya itu semakin diterima oleh orang ramai, setelah didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin Normala mempunyai harapan besar untuk menang dalam pilihanraya itu, memandangkan para pengundi di kawasan itu sendiri ternyata amat senang kepadanya.

Namun, beliau turut kesal kerana Umno atau BN terus menggunakan politik kotor dalam kempen mereka di Tenang, termasuk menggunakan politik mengugut para pengundi dengan ugutan yang bukan-bukan agar mereka tidak menyokong calon PAS. [HD]

Najib dah kecut teloq tengok ni

Posted: 28 Jan 2011 06:09 PM PST









Suasana di ceramah- ceramah yang telah di adakan malam tadi di sekitar Tenang/Labis yang telah dihadiri ribuan penyokong2 Pakatan, membuatkan najib dan juak-juaknya kecut teloq. Pasti papagomo tak akan siarkan gambar ni, yang dia sibuk dengan sijil cikgu Mala tu nak buat apa?
Nota: gambar-gambar aku cilok dari blog kawan-kawan ..

PRK Tenang : PR akan buat kejutan untuk BN esok

Posted: 28 Jan 2011 05:23 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
January 29, 2011

LABIS, 29 Jan — Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang menghampiri penghujung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi merayu masyarakat Cina memberikan undi padu kepada calon mereka Normala Sudirman.

Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Bercakap pada majlis makan malam anjuran DAP, rakan komponen Pakatan Rakyat, Hadi berharap masyarakat Cina yang terdiri daripada 39 peratus pengundi di Tenang akan melakukan kejutan dengan mengubah kedudukan di mana kerusi itu secara tradisi dipegang oleh Barisan Nasional (BN).

"Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.

"Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya," kata Hadi lagi.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng — yang melakukan kunjungan kedua untuk menarik sokongan kepada Normala, calon wanita mewakili parti itu.

Kerusi DUN Tenang menjadi rebutan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989.

Dalam ucapannya Hadi turut menegaskan Islam yang diperjuangkan PAS berbeza dengan Islam dibawa Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara.

Beliau berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini.

"Pakatan rakyat adalah pakatan yang disertai PAS yang berhasrat sama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam PKR dan DAP.

"Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf. Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

"Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah," katanya.

Hadi menjelaskan Islam agama yang menganjurkan politik dan ia perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat termasuk orang bukan Islam.

"Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

"Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

"Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan latar belakang.

"Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.

"Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu - TMI

Boleh lagi kah UMNO memimpin?

Posted: 28 Jan 2011 08:05 AM PST

28 JAN — Umno sudah tiada kepimpinan dan yang lebih malang kita tidak ada pengganti jika piminan pada hari ini berhenti atau pun dibesarakan oleh ahli-ahli parti atau pun oleh rakyat dalam pilihanraya. Yang lebih ditakuti lagi jika Umno kalah didalam pilihanraya siapa pula yang akan mengambil alih kepimpinannya untuk meneruskan kehadziran parti itu dalam politik tanah air sebagai parti pembangkang.

Kalau diteliti dari sikap dan perangai pemimpin-pemimpin berbagai peringkat dalam Umno, parti ini akan terkubur terus jika ianya menjadi pembangkang didalam semua Dewan-Dewan Legisltive dinegara ini. Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita tidak mengendahkan isu etika dan isu-isu yang bersabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pemimpin-pemimpin besar kita sudah biasa dengan melakukan kesalahan tanpa diambil sebarang tindakkan. Rasuah tidak mudah untuk dibuktikan dengan adanya OSA (Official Secrets Act) dan berbagai-bagai lagi akta yang melindungi kerja aib mereka. Rakyat sedar segala-galanya ini. Itulah sebabnya rakyat sekarang bertindak untuk menolak barisan kepimpinan ini kerana mereka tidak mahu berubah dan menyedari betapa buruknya perbuatan ramai diantara mereka.

Berbagai cara dan petunjuk telah diberikan kepada mereka yang memimpin ini supaya menjadi pemimpin yang baik. Hanya mereka tidak mahu berubah dan meninggalkan sikap dan budaya buruk yang sudah menjolok mata rakyat itu. Didalam mana-mana pertubuhan sekali pun perubah pasti berlaku. Sedangkan agama mengatakan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Yang penting kita tidak lari dari asas matlamat dan tata cara perlaksanaan tujuan dan matlamatnya.

Islam telah banyak membawa kejayaan didalam peperangan untuk menegakkan agama dengan bersenjatakan tombak dan pedang. Tetapi Islam kini hari tidak boleh lagi menggunakan tombak dan pedang untuk berlawan dalam zaman moden yang berteknoloji tinggi ini.

Begitu jugalah pertubuhan politik seperti Umno. Kalau dulu Umno memenangi pilihanraya dengan mengungkit-ngungkit jasa kerajaan yang dipimpinnya dengan menggunakan isu air dan api serta jalanraya yang besar-besar, itu merupakan senjata yang sudah usang. Dinegeri Cina tidak ada Umno tetapi jalanrayanya lebih besar dan hebat dari kita. Rakyat boleh menjawab yang wang serta dana yang digunakan oleh Umno untuk membina jalanraya itu adalah wang rakyat yang menjadi ahli kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang. Wang itu bukannya wang BN.

Dr Mahathir misalnya tidak boleh menggunakan isu membangunkan Putrajaya dan KLCC sebagai senjata untuk meminta sokongan rakyat kerana wang yang digunakan untuk membangunkan itu semua adalah dari Petronas kepunyaan mereka. Malahan Dr Mahathir dibayar gaji yang lumayan untuk diamanahkan membangunkan pembangunan seperti itu.

Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising apabila mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang wang untuk membangunkan Negara itu ada ketirisan besar melalui rasuah dan guna kuasa yang salah. Mereka mahukan pemimpin yang dipilih mereka itu menerima "accountability"nya jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan.

Jadi dalam sebuah negara yang demokratik rakyat akan menukar pimpinan dan parti yang memerintah jika pemerintahan yang ada pada hari ini tidak mahu berubah atau tidak tahu untuk berubah. Pimpinan Umno memang sudah sinonim dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan memang itu pun budaya yang sudah menjadi imej yang sebati.

Jika kepimpinan masih inginkan Umno itu untuk terus memerintah maka pimpinan mesti pandai dan mahu berkorban untuk memulihkan imej buruk itu. Oleh kerana imej itu berkait rapat dengan manusia yang memimpinnya maka adalah menjadi tanggung jawab ahli-ahli dan pimpinan untuk mencari batang tubuh yang mampu untuk melakukan perubahan itu dan sekali gus membawa imej yang baru dan bersih untuk parti ini terus dianggap releven untuk masa kini.

Sekarang ini pimpinan kita masih lagi menggunakan resipi lama dan kaedah yang usang; berucap berapi-api dengan menggunakan "jargon-jargon" yang "bombastic" sebagai "cosmetic" kepada ucapan-ucapannya semata-mata yang akhirnya dia sendiri tidak faham dan gagal melaksanakannya.

Kalaulah benar pimpinan sekarang ini adalah kepimpinan yang baik kenapa rakyat ramai dimana-mana bercakap dan meluahkan rasa kekecewaan mereka? Nak salahkan pembangkang lagi?

Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Yang orang ramai hairan kenapa Dr Mahathir tidak pula bercakap tentang kelemahan yang nyata ini.

Kita medengar bermacam-macam "theory" sebab kenapa Dr Mahathir tidak "meroyan" dengan kepimpinan hari ini. Tapi tak apalah, kita ketepikan isu ini dahulu. Nanti sampai ketikanya kita boleh kupas isu ini dengan teliti.

Tetapi ramai juga yang tahu sebabnya. Kalau nak ulas isu sekarang pun, ianya ibarat menyuluh ditempat yang terang. Atau sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. — aspanaliasnet.blogspot.com

PRK Merlimau

Posted: 28 Jan 2011 07:28 AM PST

TERKINI ; PRK Merlimau:

Penamaan calon : 26 Feb -
Hari pembuangan undi :: 6 Mac -

Di mana Cikgu Mala dapat kekuatan

Posted: 28 Jan 2011 05:43 AM PST

abuhikam

"Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Aceh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulamak terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Hamka dalam Tafsir Azhar "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Wasalam."

PRK Tenang : PAS hampir pasti beroleh kejayaan

Posted: 28 Jan 2011 02:55 AM PST

oleh Pemerhati Tenang
Di awal permulaan berkempen sebaik selesai penamaan calon, kita sudah menjangkakan yang UMNO/BN tidak punya banyak isu untuk diketengahkan bagi menghadapi PAS. Isu yang paling hangat dimulakan apabila Chua Soi Lek mempertikai cara bersalam calon PAS, Puan Normala Sudirman @ Cikgu Mala. Itu antara isu yang paling hangat dikejutkan oleh pihak BN. Maka rata-rata pemimpin UMNO terikut-ikut rentak raja porno itu, seolah-olah mereka terlupa, cara bersalam cikgu Mala adalah tuntutan agama - bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Termasuk lah MB Johor, TPM mengiyakan apa yang dikatakan raja porno itu. Itu belum dikira yang bukan Islam.
Dalam sibuk-sibuk pemimpin UMNO mengheret isu itu kesegenap pelusuk Felda, dan seluruh Tenang sebagai modal besar berkempen, tiba-tiba mufti yang dipercayai orang harapan UMNO sendiri telah 'menembak' CSL bersabit isu tersebut. Harussani yang sebelum ini tidak pernah menyebelahi PR, telah meminta CSL memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana membangkitkan isu tersebut. Terkedu semua pemimpin UMNO, diam seribu bahasa, kerana dibedal oleh orang mereka sendiri.
Isu bersalam reda. CSL 'hilang' entah kemana. Namun mereka terus menggunakan isu Islam untuk menakut-nakutkan yang bukan Islam, dan yang Islam pula terus memburukan Pakatan Rakyat khususnya PAS dengan mendakwa Tenang tidak akan maju andai di bawah PAS. Satu omokan kosong yang tidak akan dapat memberi kekuatan untuk menarik pengundi memberi sokongan mereka kepada BN.
Sesungguhnya tiada projek besar dapat dibawa TPM ke Tenang kali ini. Tiada jambatan, tiada sekolah - mungkin juga kerana janji-janji terdahulu juga masih belum tertunai mungkin, jadi secara langsung atau tidak langsung ini memberi kekuatan kepada PR/PAS. Ditambah pula dengan dakwaan demi dakwaan salahlaku calon mereka Azahar, semasa beliau berkhidmat dahulu.
Disebabkan oleh sudah ketandusan isu yang hendak diketengahkan, demi untuk meraih sedikit sokongan, hari ini timbul pula isu cuti sakit suami cikgu Mala. Apa perlunya isu cuti sakit itu pula dimainkan? Yang bertanding si isteri, bukan si suami.
Jadi dalam pemerhatian saya sejak dari hari penamaan calon minggu lalu, PAS punya kelebihan untuk menawan DUN Tenang, insyallah
Selamat mengundi

PAS 'tembak' gengstar

Posted: 28 Jan 2011 01:26 AM PST

LABIS: PAS has opened fire on Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, whom it accused of terrorising the voters in Tenang with threats.

Calling him a "gangster", PAS vice-president Mahfuz Omar also reminded Muhyiddin that he was the deputy prime minister and not the "deputy extortion minister".

Muhyiddin earned the title over his warning to the voters that casting their ballots for PAS candidate Normala Sudirman could dampen development in the constituency.

Shocked by the threat, Mahfuz said: "This is a form of gangsterism. Does he mean that if Normala wins then the district offices will close the next day? That the police will stop working and there will be no police stations? And the village chiefs will no longer have their jobs?"

Last night, Muhyiddin was reported to have said that development would suffer if Barisan Nasional candidate Mohd Azahar Ibrahim was defeated in Sunday's by-election for the state seat.

He said that voters must avoid "making a mistake" as the state and federal governments were under BN.

Meanwhile, Mahfuz said that he perplexed as to how a deputy prime minister could utter such things.

"This is a form of extortion, it's just like being a gangster. You must remember, you are the deputy prime minister not the deputy extortion (minister), You shouldn't extort the rakyat," he said.

"Because no matter who wins, it is the government's job and responsibility to service the rakyat," he told a joint press conference here.

Citing the Hulu Selangor parliamentary seat, Mahfuz said although BN won the by-election, the Pakatan Rakyat state government, however, continued with development in the area.

'Interlok decision to fish for Malay votes'

Meanwhile, Muhyiddin, who is also education minister, came under fire for retaining the controversial Interlok novel as well.

According to DAP MP Charles Santiago, the timing of Muhyiddin's announcement revealed that the latter was desperate for Malay votes in Tenang.

"The issue here is the timing. All is not well with the Malay votes in Tenang, there is infighting in Umno. He could have announced it on Monday," he said.

Santiago also alleged that Muhyiddin was pandering to Perkasa and the ultra Malays.

"If we read the book, these are all systematic stereotyping that we don't need at all as we are already divisive enough. Enough of marginalisation in Malaysia. We must not let our education system be compromised by politics," he said.

Yesterday, Muhyiddin announced that the novel would be retained as a component for the Malay literature subject for Form Five students, but amendments would be made to the parts deemed offensive to the Indian community.

Zeroing in on Tenang, Santiago said there were many Indian and Malay areas where poverty was extreme, indicating BN's alleged failure in helping the poor.

"These are people earning only RM700 a month, how can you survive like that?" he said, calling on the government to implement a "living minimum wage" rather than a "poverty minimum wage".

'Don't insult people's intelligence'

In another development, PAS vice-president Salahuddin Ayub accused Umno of insulting the people's intelligence by claiming that BN candidate Azahar was only a witness in a court case involving an illegal land sale.

"Umno treats the Tenang people as stupid and unable to differentiate between a defendant and a witness in a court case. They think the Tenang folk don't care whether Umno has integrity, credibility or the qualification to be a representative," he said.

Previously, Azahar was alleged to have abused his powers as a former assistant district officer by illegally selling a land and subsequently being sued by the buyer.

The court had returned the land to the victim, with costs, in 2008. The subsequent buyer of that land is also suing Azahar, claiming RM1.5 million in damages. - FMT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TIDAK DAPAT SASAR CALON PAS, SENJATA DI HALA KEPADA SUAMINYA PULA

Posted: 28 Jan 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAPU tidak sudah-sudah Muhyiddin di Tenang. Beliau sudah tidak Tenang lagi apabila semua hujahnya tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang TPM.

Bayangkan isu suami calon PAS yang mendapat MC pun beliau boleh pertikaikan. Beliau belum pun tanya doktor kerajaan yang memberikan MC kepada suami Puan Normala, beliau sudah menganggap suami calon PAS itu berbohong tentang sakitnya. Kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, " Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit".(Malaysiakini)

Wahai Muhyiddin, mengapa tuding jari pada Ma'arof suami Puan Normala? Siasat dulu doktor yang memberinya cuti sakit tu. Masakan pesakit boleh tipu doktor dan doktor tidak langsung membuat pemeriksaan sebelum memberikan cuti sakit? Jangan jadi kurang cerdik dan memperlekehkan tugas seorang doktor. Jika doktor itu cuai dan tidak laksanakan tugas dengan betul, tindakan hendaklah diambil ke atas doktor. Jika suami Puan Normala `membeli' MC dari doktor, kedua-duanya perlu diambil tindakan.

Hakikatnya Muhyiddin terasa tertekan dengan sokongan semakin meningkat disaat akhir buat calon PAS. Serangan Muhyiddin selama ini tidak berkesan malahan hujahnya sering menjadi bahan tertawa. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Posted: 28 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - TUAN GURU NIK AZIZ - ANWAR DI TENANG

Posted: 28 Jan 2011 10:56 AM PST

HARI TERAKHIR, PEMIMPIN MESTI KETUK PINTU RUMAH PENGUNDI

Posted: 28 Jan 2011 10:24 AM PST

Pilihanraya kat Tenang ni, aku rasa kerja kuat sikit je lagi kita boleh menang. Nampaknya Umno dah banyak tersasar strategi mereka kerana yang bikin kacau rosakkan strategi Umno adalah MCA melalui Presidennya.

Umno dah terkunci mulut nak cerita pasal Islam. Paling kuat dia akan cerita pasal Melayu, kemudiannya biasalah cerita pasal pembangunan...peruntukan...blaa..blaaa...semua pasal perut. Nak cerita pasal agama, Chua Soi Lek dah hentam gila Islam. Habis, camne?

Pastu, Umno kumpulkan budak-budak yang paling bangang kat situ suruh kacau ceramah PR. Budak-budak ni pun dapat T-Shirt pengelap kaki sehelai sorang dengan topi, terus bertukar jadi beruk. Kununnya nak tunjuk berani untuk cover Najib, Muhyiddin dan Maslan yang bapak penakut untuk berdebat tu.

Hari terakhir ni, eloklah semua pimpinan utama masuk ke setiap penjuru Tenang berkempen. Cara ceramah mungkin kurang berkesan. Elok pemimpin sendiri ketuk setiap pintu rumah kerana kadangkala keinsafan, kesedaran dan hidayah tu datang bila mereka menatap wajah pemimpin. PR, terutamanya PAS banyak pemimpin yang dihormati dan disegani. Mereka inilah yang patut berkempen dari rumah ke rumah disaat-saat akhir ini. Jangan harapkan jentera kempen dikalangan pimpinan bawahan je./budakmental

ISU CUTI SAKIT - JANGAN SAMAKAN NORMALA DENGAN BIBI ROSMAH

Posted: 28 Jan 2011 03:17 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.

NONEIni merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?

Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?

Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.

Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com

Azmin: Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana

Posted: 28 Jan 2011 03:10 AM PST


Jan 28, 11 5:58pm

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan perdana menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus.

azlan"Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan perdana menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Begitu pun, demi rakyat saya menyeru kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," kata Azmin.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat./Malaysiakini