Jumaat, 28 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TIDAK DAPAT SASAR CALON PAS, SENJATA DI HALA KEPADA SUAMINYA PULA

Posted: 28 Jan 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAPU tidak sudah-sudah Muhyiddin di Tenang. Beliau sudah tidak Tenang lagi apabila semua hujahnya tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang TPM.

Bayangkan isu suami calon PAS yang mendapat MC pun beliau boleh pertikaikan. Beliau belum pun tanya doktor kerajaan yang memberikan MC kepada suami Puan Normala, beliau sudah menganggap suami calon PAS itu berbohong tentang sakitnya. Kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, " Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit".(Malaysiakini)

Wahai Muhyiddin, mengapa tuding jari pada Ma'arof suami Puan Normala? Siasat dulu doktor yang memberinya cuti sakit tu. Masakan pesakit boleh tipu doktor dan doktor tidak langsung membuat pemeriksaan sebelum memberikan cuti sakit? Jangan jadi kurang cerdik dan memperlekehkan tugas seorang doktor. Jika doktor itu cuai dan tidak laksanakan tugas dengan betul, tindakan hendaklah diambil ke atas doktor. Jika suami Puan Normala `membeli' MC dari doktor, kedua-duanya perlu diambil tindakan.

Hakikatnya Muhyiddin terasa tertekan dengan sokongan semakin meningkat disaat akhir buat calon PAS. Serangan Muhyiddin selama ini tidak berkesan malahan hujahnya sering menjadi bahan tertawa. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Posted: 28 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - TUAN GURU NIK AZIZ - ANWAR DI TENANG

Posted: 28 Jan 2011 10:56 AM PST

HARI TERAKHIR, PEMIMPIN MESTI KETUK PINTU RUMAH PENGUNDI

Posted: 28 Jan 2011 10:24 AM PST

Pilihanraya kat Tenang ni, aku rasa kerja kuat sikit je lagi kita boleh menang. Nampaknya Umno dah banyak tersasar strategi mereka kerana yang bikin kacau rosakkan strategi Umno adalah MCA melalui Presidennya.

Umno dah terkunci mulut nak cerita pasal Islam. Paling kuat dia akan cerita pasal Melayu, kemudiannya biasalah cerita pasal pembangunan...peruntukan...blaa..blaaa...semua pasal perut. Nak cerita pasal agama, Chua Soi Lek dah hentam gila Islam. Habis, camne?

Pastu, Umno kumpulkan budak-budak yang paling bangang kat situ suruh kacau ceramah PR. Budak-budak ni pun dapat T-Shirt pengelap kaki sehelai sorang dengan topi, terus bertukar jadi beruk. Kununnya nak tunjuk berani untuk cover Najib, Muhyiddin dan Maslan yang bapak penakut untuk berdebat tu.

Hari terakhir ni, eloklah semua pimpinan utama masuk ke setiap penjuru Tenang berkempen. Cara ceramah mungkin kurang berkesan. Elok pemimpin sendiri ketuk setiap pintu rumah kerana kadangkala keinsafan, kesedaran dan hidayah tu datang bila mereka menatap wajah pemimpin. PR, terutamanya PAS banyak pemimpin yang dihormati dan disegani. Mereka inilah yang patut berkempen dari rumah ke rumah disaat-saat akhir ini. Jangan harapkan jentera kempen dikalangan pimpinan bawahan je./budakmental

ISU CUTI SAKIT - JANGAN SAMAKAN NORMALA DENGAN BIBI ROSMAH

Posted: 28 Jan 2011 03:17 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.

NONEIni merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?

Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?

Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.

Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com

Azmin: Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana

Posted: 28 Jan 2011 03:10 AM PST


Jan 28, 11 5:58pm

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan perdana menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus.

azlan"Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan perdana menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Begitu pun, demi rakyat saya menyeru kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," kata Azmin.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat./Malaysiakini

Tiada ulasan: