Rabu, 26 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LAGI CABARAN DEBAT, KALI INI KEDUA-DUA CALON DICABAR BERDEBAT

Posted: 26 Jan 2011 10:31 PM PST

PRK TENANG: (Terkini) KUBID cabar calon DEBAT!!!


Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID telah mengantar surat jemputan Debat kepada Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman. Debat itu bertujuan untuk melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.

Calon PAS, Cikgu Normala sudah bersetuju untuk menyahut cabaran debat tersebut. Kini, KUBID sedang menunggu maklum balas calon BN.

Adakah BN berani???

Terperinci pasal debat sila klik sini.

KESIHAN, MEREKA TERPAKSA MENJADI `BERUK' DEMI PERTAHANKAN APCO

Posted: 26 Jan 2011 10:00 PM PST



Oleh: WFAUZDIN NS

MELIHAT kepada klip video di atas, rasa kesihan mengatasi rasa marah apabila melihat sekumpulan `beruk-beruk kelaparan' di Tenang begitu susah mahu mencari makan. Mereka terpaksa terpekik-terlolong umpama dijangkiti sawan atau histeria demi mempertahankan parti yang bersekongkol dengan Chua Soi Lek (pelakun porno) yang telah menghina Islam itu.

Anak-anak `beruk' ini sebenarnya begitu lama terpinggir di Tenang. Mereka sukar untuk mencari makan sebelum ini. Apabila adanya Pilihanraya Kecil di sini, inilah peluang mereka untuk mendapatkan upah walaupun dengan sebungkus rokok daun. Inilah nasib yang menimpa segelintir anak-anak muda Melayu yang telah diajar sejak lama dahulu dengan `subsidi' atau dengan menjadi peminta sedekah.

Melihat kepada peristiwa sedih di atas, menjadi kewajipan kita untuk menyelamatkan mereka ini. Jangan biarkan mereka berterusan menjadi hamba abdi kepada sekutu Apco sehingga terpaksa menjadi `beruk' upahan sedemikian rupa. Tenang mesti diselamatkan, anak-anak muda di Tenang mesti diletakkan ke tempat yang lebih baik dari yang ada sekarang. Bukan salah mereka kerana mereka hanya `binatang peliharaan' oleh sekutu Apco bersama dengan Apek pelakun lucah itu. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO JOHOR KUAT ? MENGAPA TAKUT BAYANG-BAYANG

Posted: 26 Jan 2011 06:00 PM PST

Jangan takut bayang-bayang

Johor dikatakan kuat UMNOnya di dunia. Tetapi apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Tenang, begitu banyaknya peruntukan yang diluluskan Kerajaan Pusat untuk menambat hati pengundi.

Apakah ini menandakan kerajaan UMNO-BN pun tidak yakin untuk mengekalkan kemenangan di situ? Untuk pengundi Felda khususnya, buatlah pilihan yang bijak untuk kebaikan generasi akan datang. Kerajaan UMNO-BN pernah berjanji semasa PRK Hulu Selangor dulu untuk membayar pampasan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya sebanyak RM50,000 seorang, malangnya hingga ke hari ini hanya RM1,000 sahaja yang berjaya diprolehi setiap seorang melalui cek dan bakinya mungkin terpaksa tunggu jika berlakunya lagi PRK di situ.

Diharapkan kepada peneroka yang berada di kawasan DUN Tenang, berhati-hati dengan janji yang dibuat oleh pimpinan UMNO-BN. - /Sumber Sinar - MELAYU BAHARU PG

MACAM-MACAM ALASAN BILA AJAK BERDEBAT

Posted: 26 Jan 2011 07:22 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AHMAD Maslan masih mempertahankan dirinya dari digelar sebagai bacul dan penakut. Apabila ANAK mencabarnya debat dalam isu Felda, Ahmad Maslan putar belit minta adakan dialog. Katanya, "Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," (Malaysiakini).

Bukankah ANAK pernah hantar surat untuk berdialog secara terbuka dahulu? Mengapa tidak mahu berdialog secara terbuka? Kalau debat terbuka pun takut, dialog terbuka pun tidak berani, ini bermakna ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

Sampai bila Maslan mahu tipu Peneroka? Sampai bila mahu sembunyikan salah laku diu dalam pengurusan Felda? Jika telus dan benar, mengapa perlu takut berdepan dengan Peneroka melalui debat atau dialog terbuka? Sekurang-kurangnya Maslan boleh dapat kredit kerana berani berdebat, tidak seperti Najib yang penakut itu.

Jadi, alasan masa tidak cukup untuk berdebat adalah satu alasan paling bodoh. Kalau benar sekalipun masa tidak cukup satu jam, boleh minta dua jam atau secara berperingkat dan bersiri, asalkan debat boleh berjalan. Jangan cari alasan yang manusia cerdik tidak boleh terima. Paling senang, katakan saja bahawa Umno memang takut untuk berdebat di dalam apa jua isu./wfauzdin.blogspot.com

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari', Dua-Dua Kaki Kencing

Posted: 26 Jan 2011 02:39 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maksudnya dua beranak ini `kaki kencing'. Itulah yang berlaku kepada Chua Soi Lek yang sebelum ini membuat fitnah besar terhadap hukum Islam berkaitan isu salam tangan di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrim. Mangsa fitnah beliau adalah Muslimat iaitu calon PAS di PRK Dun Tenang Puan Normala Sudirman.

Anaknya pula iaitu MP Labis, Chua Tee Yong melakukan fitnah terhadap Puan Normala dengan mendakwa calon PAS ini mempersoalkan penjualan arak sewaktu berkempen di sebuah kedai menjual arak. Apabila ditanya di kedai mana dan bila masa Puan Normala berkata demikian, anak `pelakon biru' ini tidak mampu menjawabnya.

PAS telah menghantar surat peguam kepada Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, menuntutnya memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung fitnahnya itu. Begitulah hebatnya parti komponen BN di dalam membantu calon Umno di dalam PRK Dun Tenang ini. Peliknya, tingkah laku mereka tidak mendapat kesan mendalam kepada pemimpin Umno yang mengaku memperjuangkan Islam itu.

Nampaknya tuduhan Umno selama ini bahawa PAS tunduk kepada DAP terbukti tidak benar kerana terbukti DAP sendiri membela PAS di dalam isu ini. Apa yang boleh dibuktikan sekarang adalah Umno yang tunduk kepada MCA dan Gerakan kerana Umno gagal mempertahankan maruah Islam yang dihina oleh sekutu mereka itu.

Persoalannya, adakah pengundi-pengundi Islam di Tenang akan mengikut jejak langkah Umno ini?/wfauzdin.blogspot.com

UNDIAN SINAR - 84 % TIDAK SETUJU BAHAWA PAS LAKUKAN FITNAH DI TENANG

Posted: 26 Jan 2011 12:00 AM PST

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas sudah kekeringan idea politik dan tiada modal untuk raih sokongan pengundi di Tenang sehingga pembangkang sanggup lakukan apa sahaja termasuk sebarkan fitnah demi memecahkan perpaduan ummah.

Setuju

16%
Tidak setuju
84%
Jum. Undian : 7919

Sumber: Sinar Edisi Johor

Di atas adalah keputusan undian yang diperolehi di dalam Sinar Edisi Johor hari ini. 84 % tidak setuju PAS lakukan fitnah sepanjang kempen PRK Dun Tenang. (Dipetik pada 26 Jan 2011 (5:30 AM)

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BN pula nak letak calon wanita di Merlimau? hahaha

Posted: 26 Jan 2011 07:06 PM PST

Mereka ialah Roslan Ahmad, Zaleha Bujang dan Datuk Mohd Said Yusof, kata sumber dalaman Umno bahagian Jasin.

PETALING JAYA: Tiga nama disebut-sebut menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Mereka ialah Roslan Ahmad, Zaleha Bujang dan Datuk Mohd Said Yusof, kata sumber dalaman Umno bahagian Jasin.

Roslan adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Jasin dan anak kepada Datuk Ahmad Ithnin yang satu ketika pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramai .

Ahmad merupakan abang kepada Datuk Seri Abu Zahar, bekas Ketua Menteri Melaka pada tahun 1997 hingga 1999.

Roslan berumur 39 tahun, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau dan bekerja sebagai penyelia dengan sebuah agensi kerajaan negeri Melaka.

Manakala Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin selama dua penggal mulai 1999 dan kini merupakan Timbalan Ketua Umno bahagian.

Zaleha pula memegang jawatan Ketua Wanita Umno Jasin sejak tahun lalu mengambil alih dari Datuk Ramlah Abas yang mengundur diri..

"Ketiga-tiga nama tersebut merupakan cadangan majoriti AJK bahagian dan akan diberi keutamaan dalam mesyuarat nanti.

"Tetapi nama Roslan yang paling di atas, bermakna peluang beliau akan menjadi calon sangat besar.

"Namanya (Roslan) juga menjadi perbualan di kalangan ahli dan penyokong Umno Merlimau dan Jasin," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu beberapa nama lain turut dicadangkan untuk dibincangkan sebagai calon BN.

Mereka ialah Mohd Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Setiausaha Pemuda Umno Jasin Jazlee Pit.

Setiausaha Umno bahagian Jasin Datuk Ghazali Muhamad memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini untuk membincangkan nama calon DUN Merlimau.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pilihanraya tersebut Jumaat ini.

"Jawatankuasa Umno bahagian akan memilih sekurang-kurangnya tiga nama untuk dihantar kepada Umno negeri untuk dipilih.

"Tiga nama adalah syarat yang ditetapkan oleh Umno negeri tetapi mungkin lebih daripada itu yang kita hantar kepada Umno Melaka," katanya ketika dihubungi petang semalam.

Ghazali berkata, selepas itu Umno negeri akan mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa Umno bahagian Jasin untuk memuktamadkan senarai calon BN untuk DUN Merlimau.

Katanya, nama yang telah dipersetujui oleh Umno bahagian dan Umno negeri itu dihantar kepada ibu pejabat parti di Kuala Lumpur untuk dipilih.

Pilihanraya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakilnya Datuk Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN seminggu lalu. - FMT

Melayu tolak Islam lebih teruk dari Kuan Yew - TGNA

Posted: 26 Jan 2011 04:42 PM PST

KOTA BARU, 27 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya di sini semalam.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".

Sejak awak minggu ini kenyataan Lee itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas perdana menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan pandangan Lee bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

"Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.
MS : Memang tepat sangat kata-kata TGNA, aku setuju. Ada Melayu Islam yang hidup sekadar Melayu dan bukan lagi Islam ...

Hospital pecat petugas bertudung

Posted: 26 Jan 2011 04:26 PM PST

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran

SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.

Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi. Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran. Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.

Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.

"Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji," kata Fahmi.

"Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar." Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).

Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.

Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.

"Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara," kata Fahmi.

Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah 'sesuatu yang serius' kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.

Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.

Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya," katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah. – Berita Hairan

Putrajaya nafi gubal akta baru awasi Internet

Posted: 26 Jan 2011 04:17 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Putrajaya mengetepikan kebimbangan banyak pihak dengan menegaskan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang baru untuk mengawal kandungan media online termasuk Facebook.

Kerajaan juga berkata undang-undang semasa sudah cukup memadai untuk mengawal selia kandungan Internet.

Laporan Bernama semalam menyebut Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, dipetik berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya semalam.

Bagaimanapun hari ini Putrajaya menjelaskan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengetepikan janji dalam Bil Jaminan sebelum ini bahawa ia tidak akan menapis kandungan Internet selari dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia, khususnya dalam perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan nasional.

Ketika mengumumkan pendirian itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dalam apa sahaja perkara yang memberi kesan ke atas keselamatan negara, undang-undang negara seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Komunikasi dan Multimedia akan digunakan.

Kata beliau, kerajaan hanya menyediakan garis panduan untuk membantu orang ramai memahami dengan mendalam ketiga-tiga akta tersebut.

Garis panduan berkenan, menurut beliau, akan dikemukakan kepada orang ramai menerusi program jelajah negara yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengumuman semalam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelbagai pihak, dengan kebanyakan mereka termasuk ahli-ahli politik menganggap tindakan sedemikian tidak perlu dan undang-undang sedia ada sudah memadai . - TMI

MS : Boleh percaya ker??????

Yang ni aku sokong KJ

Posted: 26 Jan 2011 07:47 AM PST

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Sebagai seorang yang sentiasa menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa Kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat samaada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Bagi saya ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita kebelakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini. Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah – bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain? Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.

Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini. Malahan, saya sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.

Jika kita melihat kepada statistik siber, 84 peratus daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah dan mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.

Lantaran itu, janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang. - Khairy Jamaluddin
MS : Ternyata najib amat gundah gulana dengan kebangkitan media baru sekarang. Kalau tiada apa-apa kesan atas kebangkitan ini, masakan akta mesin cetak perlu dipinda bagi merangkumii terbitan multimedia/internet.

Perayaan sambut Hari Wilayah RM5.67 juta? ... belanja sakan Nong Chik

Posted: 26 Jan 2011 04:48 AM PST

PUTRAJAYA: The Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry is allocating RM5.67 million for various events in conjunction with the celebrations for the Federal Territories Day on Tuesday.

Its minister, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the amount was slightly more than last year's allocation of RM5.3 million, and members of the public would be offered various goodies for the first time this year, including discounts on rental of facilities belonging to Kuala Lumpur City Hall (DBKL) such as sports venues, multipurpose halls and community centres throughout the month.

"The giving of the goodies and other programmes arranged throughout the celebration are to enable residents in the Federal Territories to appreciate the events so that they will be united in developing the territories to achieve the target set," he told reporters, here today.

Raja Nong Chik said the other 'goodies' included free membership to the Kuala Lumpur Library for registration made throughout next month and a 50 per cent discount for admission to the KL Bird Park, Taman Tasik Perdana on Tuesdays only.

He said Malaysians were also exempted from the fee charged to ride on the 'KL Hop On Hop Off' bus while a 50 per cent discount would be given to foreigners on the same Tuesdays. - Malay Mail
MS : Mentang-mentang bukan duit depa, depa belanja sakan no ... itu adalah antara sifat-sifat orang umno

PRK Tenang : Calon umno pembohong

Posted: 26 Jan 2011 12:48 AM PST

January 26, 2011

Mohd Azahar semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat didakwa melelong tanah Mansor Mohamad secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dengan harga RM 70,000.

LABIS: PAS mendakwa calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim tidak bercakap benar apabila mengatakan isu beliau melelong tanah seorang penduduk semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat telah selesai.

"Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan beliau tidak bercakap benar," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yaang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Azahar dikatakan membuat kenyataan isu tersebut selesai dalam satu akhbar internet semalam.

Bekas Bendahari Pemuda Umno bahagian Labis semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat didakwa melelong tanah Mansor Mohamad secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dengan harga RM 70,000.

"Pembeli tanah tersebut iaitu Norhana Mohd Ali telah menyaman Mohd Azahar, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Kerajaan Johor bagi menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta.

"Norhana telah menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No : 23-14-2009.

"Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tersebut pada 7 Februari ini.

"Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sendiri mewakili calon Umno dalam kes tersebut," katanya dalam kenyataan media tersebut.

Sehubungan itu, Salahuddin menggesa Mohd Azahar menarik diri dari menjadi calon jika beliau mempunyai integriti dan harga diri. - FMT

Timb. Menteri yang penakut ... mau angkat geng ooo ... hahaha

Posted: 26 Jan 2011 12:34 AM PST

Isu Felda: Ketua Penerangan Umno tolak debat Anak

LABIS, 26 Jan — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.

Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk menarik pengundi.

Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi oleh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. — Bernama

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Suami Normala Calon PAS Tenang pun pernah berzina dengan kerani sekolah(terlates daripada berita harian dan blogger UMNO)

Posted: 26 Jan 2011 10:28 PM PST

sila baca berita harian dan jngn percaya bulat2 pada tajuk..

ini bukan blog pro umnonok(maaf terkasau bahasa)

masuk berita harian..

laki si normala calon pas di tenang bercuti daripada mengajar..

semata2 nk teman bini dia berkempen...

ahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahaha

ini pun masuk berita ke..

awat korang dengki ke ngn yg laki normala ni sayang kat bini dia dan sokong pas..??

ahahahahahahahahahhahahahahaahhahahaa

ala setakat cuti beberapa hari tk da hal la..

budak2 skolah lg suka apa..

bagi la chance kat budak2 skolah rilek2 dalam dua tiga waktu subjek laki dia..

pe de hal..

nak kecoh buat apa..

bukan laki dia ponteng..

laki dia mohon cuti formal what..

mende la korang..tak matang langsung..

mcm budak2 cfs uia..(budak matrik uia)

harharharhar...

sama gak mcm najib sayangkan rosmah..

siap bagi pejabat lg u....isteri muhyidin tak dapek pun..

sama gak mcm laki yg mengaku isteri dia penah bezina ngn adun selinsing tu!!!..

dah berzina pun lagi mau simpan..

lawa sangat kot..

dah beslubong satu badan..

kalau mata lawa cam mata arab tak pe la gak..

kalau body tu mantap bergetah tak pe la gak..

tapi sure tak leh lawan makwe aku tiz zaqyah..

hwahwahwahwahwa,,,,

hidup tiz zaqyah!!!!!!!!

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Surat Terbuka Untuk PM

Posted: 26 Jan 2011 07:05 PM PST

 Tag : Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,malam semalam ,saya terbaca  satu surat terbuka dari seorang remaja 19 tahun ditujukan kepada PM kat sini
( http://nusanaga.blogspot.com/2011/01/surat-terbuka-untuk-perdana-menteri.html) Tapi, mungkin juga di tulis oleh seorang dewasa yang mengaku seorang remaja 19 tahun. atau mungkin juga dari penulis blog itu sendiri,hehehe..
 Apapun, marilah kita mengambil ikhtibar dan isu yang ingin di sampaikan dalam surat ini
..................................................................................
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato' Seri.

Dato' Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering 'singgah' di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato' Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, 'menelan' buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato' Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato' Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato' Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato' Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. "Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat", begitu sabda Nabi SAW.
DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato' Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato' Seri, kiranya jawapan Dato' Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato' Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato' Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato' Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato' Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato' Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, 'hilang' nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. 'Hilang' maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. 'Hilang' akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. 'Hilang' kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. 'Hilang' kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. 'Hilang' arah hinggakan nafsu 'disembah' sebagai Tuhan! HILANG Dato' Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, "Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya". Saya tergamam dan jadi takut Dato' Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato' Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato' Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato' Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato' Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato' Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato' Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato' Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato' Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato' Seri punya pilihan lain yang Dato' Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato' Seri, apakah Dato' Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato' Seri ini adalah perancangan 'PEMUSNAHAN' besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan 'PEMUSNAHAN' berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato' Seri akan 'menghancur' dan 'membunuh' pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato' Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato' Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya 'menelan' hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT
Dato' Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, "Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah". Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato' Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato' Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama "Kelembutan Islam" (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato' Seri dan pastinya dengan izin Dato' Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato' Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato' Seri, maaflah. Waktu Dato' Seri 'bertempik' berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato' Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato' Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato' Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato' Seri meredhai perbuatan isteri Dato' Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato' Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato' Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato' Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato' Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA'NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato' Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato' Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato' Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato' Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato' Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato' Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato' Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato' Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato' Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato' Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato' Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato' Seri menghantar pada kami 'perusuh-perusuh' yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato' Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato' Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato' Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato' Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato' Seri diambil peduli? Pernahkah Dato' Seri?

Dato' Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato' Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama'-ulama' yang bernaung di bawah Dato' Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato' Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato' Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato' Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama'-ulama' muda yang bernaung di bawah Dato' Seri itu menegur Dato' Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato' Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato' Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato' Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato' Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu'min. Bukankah sesama Mu'min itu bersaudara?

Dato' Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato' Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato' Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato' Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato' Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato' Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato' Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
..............................................................................................
-ijoks2009-
Saya kira remaja ini tak ada FB ,kalau ad mesti dia dah send surat ni kat ruangan komen FB PM Satu Malaysia
Bagi yang ada Facebook tu sila pasekan kat ruangan komen FB Satu Malaysia agar dapat dibaca oleh PM sendiri,Ada berani ke?Saya tak de FB ,hehehe





Cari N3 lama-lama disini

Pemimpin Gila Seks,Onani Sambil Berfacebook (Bergambar)

Posted: 26 Jan 2011 03:13 PM PST

Tag : Isu Semasa


Pendedahan yang benar-benar panas, Ng Nanyang dikatakan salah seorang pengasas Parti Keadilan yang kononnya menggemparkan penduduk di Tenang apabila mengumumkan dirinya untuk keluar dari PKR dan menyertai MCA memiliki rahsia besar! [Malaysiakini]

Nampaknya sebab sebenar Ng Nanyang keluar dari PKR dan menyertai MCA sudah terjawab apabila perbualan lucahnya di dalam Facebook telah didedahkan kepada umum! Ternyata individu-individu gila seks pasti akan memilih untuk menyertai Parti MCA yang diketuai oleh Pelakon video Lucah Chua Soi Lek!

Di dalam screenshot perbualan Ng Nanyang di Facebook, beliau mengajak seorang yang dipercayai wanita untuk melakukan hubungan seks, malah mendedahkan no telefonnya, 0182347922 agar mudah dihubungi oleh wanita yang berbual dengannya.

Ng nanyang juga mengaku di dalam perbualan itu bahawa beliau melakukan onani menggunakan tangan.

Sekiranya anda berminat bertanyakan sendiri hal ini sila ke facebook beliau sendiri [Facebook] atau menelefon sendiri no telefon beliau di 0182347922.

-ijoks2009-
Wira baru MCA dan BN nampaknya tak boleh blah jugak orangnya sama macam panglima tua diaorang jugak,hehehe


Cari N3 lama-lama disini

Ada Rumah Di Garis sempanan Malaysia-Indonesia ??

Posted: 26 Jan 2011 02:25 AM PST

Tag : Santai

Apa akan anda buat jika berada di situasi ini?
Bagaimana rasanya jika rumah yang kita berada di antara dua negara? Inilah yang dialami keluarga Mappangara (45) dan Hasidah (37) . Ruang tamunya berada di Indonesia, namun dapurnya berada di wilayah Malaysia.

Rumah Mappangara tergolong biasa. Rumah panggung khas suku Bugis, yang didominasi oleh kayu dan seng. Namun yang membuat rumah ini istimewa karena letaknya persis di garis patok III Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Nunukan, Kaltim, yang persis berada di daerah perbatasan Indonesia-Malaysia.



Karena berada di garis batas, wilayah rumahnya pun 'terbelah'. Di ruang tamunya, yang berukuran sekitar 3X4 masuk wilayah Indonesia, sedangkan dapurnya yang berukuran 2×3 telah masuk wilayah Malaysia. Pulau Sebatik satu-satunya pulau di perbatasan yang terbagi dua, Sebatik Induk milik Indonesia dan Sebatik Barat milik Malaysia.

"Gara-gara letak rumah saya ini, sudah banyak wartawan yang pernah datang," ujar Mappangara.

Rumah Mappangara ini adalah satu-satunya rumah yang persis di tengah perbatasan, karena letak ruang tamunya yang menjorok dan tak selurus dengan rumah-rumah tetangganya. Rumah-rumah yang ada di samping rumah Mappangara keseluruhan telah masuk wilayah Malaysia.

"Meski rumah saya di perbatasan, saya adalah warga Indonesia, karena asal saya memang Indonesia. Tetangga-tetangga saya juga begitu, kami orang Indonesia," terangnya.

Mappangara mempunyai KTP Indonesia, dan tidak mempunyai KTP Malaysia. Di rumah-rumah warga yang ada di perbatasan, di pintunya ditempel stiker merah putih berukuran kecil.

Kebanyakan warga di Desa Aji Kuning adalah warga keturunan perantau Bugis. Logat mereka pun percampuran antara dialek Melayu dan Bugis. Demikian pula dengan Mappangara, ia dan seluruh keluarganya adalah keturunan Bugis yang telah mendiami wilayah itu puluhan tahun.

"Saya baru sepuluh tahun di rumah ini, sebelumnya mertua saya yang menempati," ucapnya.

Sebagian keluarga Mappangara juga sebagiannya tinggal di Tawao, pulau yang merupakan wilayah Malaysia. Sebagian keluarga di desa itu memang memilih tinggal di Tawau untuk mencari nafkah.

"Keluarga saya juga ada di Tawau," ujar Anwar, tetangga Mappangara.

Cari N3 lama-lama disini

Ahlil Nujum Negara Dan Politik(Lawak Politik)

Posted: 26 Jan 2011 12:10 AM PST

 Tag : Santai

Dalam situasi ini ahlil nujum negara menjawab soalan-soalan misteri yang ditanya kepadanya ..

Soalan 1:

Tukang Soal: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal: 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... sekarang UMNO sudah semakin memburuk dari dalam sepertimana yang diakui oleh bekas presidennya Mahathir ,dan tiap-tiap yang buruk pasti akan tenggelam.

Soalan 2:

Tukang Soal: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal: 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar, bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand.!!

Soalan 3:

Tukang Soal: 'Ada sebuah masaelah, Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'

Tukang Soal: 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal: 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal: 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

-ijoks2009-
Saya pinjam teka-teki ni dari blog http://amizo78.blogspot.com

Cari N3 lama-lama disini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


TERKINI: Dua laporan polis akan menyusul hari ini...

Posted: 26 Jan 2011 10:33 PM PST



LAPORAN POLIS 1
FB Khairul Faizi Ahmad Kamil: "Sidang Media pagi ini : Ahmad Maslan Mengaku Azhar Bersalah. Slps ini laporan polis terhadap Azhar oleh Pemuda PAS di Balai Polis Labis"
LAPORAN POLIS 2
FB ضامام Dhamam: "Sedang buat report polis pasal bendera pas yg di cabut dan di buang d sekitar Tenang Station!"
p/s: Akan dikemaskini...nantikan...

ZALIM @ BONGKAK: Kerana bilik Gerakan BN terselindung, gerai penduduk Tenang dirobohkan!

Posted: 26 Jan 2011 09:43 PM PST


(Klik image di atas untuk paparan lebih jelas, atau klik di SINI..sebarkan!..)

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.


(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan..)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.


(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku..)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno..)

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan. - HD

Cerita banjir di Tenang: 'Air naik setengah betis, kain naik setengah peha'..

Posted: 26 Jan 2011 09:53 AM PST



1. CERITA BANJIR 1

Ditakdirkan Allah, maka banjirlah pekan Labis....maka....





Inilah bezanya antara yang 'karat hijau' dan 'karat biru'..yang dakwa parti ketuanan Melayu langsung tak tahu agama..tu sebab MCA lebih suka berdamping dengan Umno berbanding dengan PAS..sebab apa, sbb dalam Umno ramai yang jahil agama mcm Chua Soi Lek..

Penulis harap Chua Soi Lek dan ketua wanita Gerakan tak timbulkan isu gambar di atas.."bukan sahaja dengan lelaki, dengan perempuan pun dia (cikgu Normala) tak beri tunjuk kaki betisnya, ini tak mesra"...


2. CERITA BANJIR 2

Bila Allah turunkan ujian banjir, ingatkan masing-masing muhasabah diri, jauhi dosa dan mungkar..rupanya tidak..isu banjir dijadikan modal untuk mencipta fitnah..

Eh, siapa yang fitnah siapa ni? fitnah tentang apa?




Apa kata blogger di atas:
"Kami dengar Mala berada di Lembah Bakti ketika air naik. Sebaik dilihat air naik, dia tidak mahu menaikkan kain untuk mengharungi banjir. Sebaliknya Mala terus mematah balik dan pergi ke tempat lain.

Hai apa jadinya jika betul berlaku banjir dan Mala sudah jadi wakil rakyat? Adakah dia akan berpatah balik? Baru saja testing masa pilihanraya kecil dah tak mahu bersusah. Apa jadinya bila dah jadi wakil rakyat?" - theunspinners.blogspot.com
Sungguh keji cara kempen blogger Umno di atas..fitnah dah lali dengan darah daging mereka..korang tahu mana sumber mereka??..sumber mereka ialah, "kami dengar", "kami dapat tahu", "kami syak", "kami diberitahu", "kami rasa-rasa" dan seangkatan dengannya...

Inilah yang dikatakan blogger ce-la-ka..maaf jika terkasar bahasa...






Gambar Cikgu Normala meredah banjir bertemu dengan penduduk kampung boleh lihat di SINI..gambar jentera PR mangsa banjir penyokong BN pula di SINI..

3. CERITA BANJIR 3

Cerita bab banjir ni rupanya di kubu kuat BN pun banjir kilat jugakk..ingatkan bila dan nama kubu kuat, semuanya terjaga dan terkawal la kan..maklumlah semua peruntukan/kewangan diagihkan kat kawasan dia...rupanya kena juga..kuasa Allah..




(Teruk juga banjir kat kubu kuat BN ni..gambar dirakam ketika jentera PAS/PR sedang membantu mangsa banjir (penyokong Umno)..lagi gambar di SINI..eh, mana pemimpin Umno? mana Tok Ai??...)

Kalau kalian ingat, masa PRK2 sebelum ini, galak betul penyokong/blogger Umno kritik dan hentam PAS kononnya kerajaan PAS punca kawasan itu banjir (kebetulan kawasan yang diadakan pilihan raya tu kawasan mudah dinaiki air)..

Meriah betul kutukan tak kurang fitnah terhadap kerajaan pimpinan PAS Kelantan..sekarang rasakan sendiri..Allah bayar cash..'sakit' tak?


4. CERITA BANJIR 4

Cerita banjir 4 ini agak 'special'..penulis tak perlu cerita, kerana 'tugas' penulis ini akan diambil alih oleh RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan media2 perdana yang lain..

Korang tengok je la kat paper n berita esok...nanti korang faham la..kalau ada masa baca tulisan wak Raden alBanjari kat SINI..fikir2kan..wallahua'lam...


[Kemaskini] BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..(video inside)

Posted: 26 Jan 2011 02:40 AM PST





Oleh: Pria Malaya

Sungguh biadap kelakuan penyokong jumud Umno ini..mentang-mentang berada di tempat mereka (kubu BN), berlagak samseng..kalian baca laporan Malaysiakini pada tajuk, "Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng"...

Jika kalian merantau di setiap facebook dan blog pro-Umno, mereka menjaja berita kononnya rakyat tempatan (Chempedak barat) bangkit membantah kehadiran pemimpin DAP..rakyat tempatan menolak dan mengusir orang luar (PR) dari kampung mereka..



(Antara contoh gambar/banner facebooker Umno kononnya yang membantah kehadiran pemimpin PR semalam adalah anak muda tempatan, sedangkan mereka adalah orang luaryg tak bermoral.)

Persoalan kini, benarkah yang memekik melalak ini adalah orang tempatan??..benarkah mereka semua anak muda tempatan mewakili penduduk Chempelak Barat??

Jawapannya ada pada gambar di bawah...




Sila klik image di atas untuk paparan lebih jelas, atau klik di SINI...

Dan jangan terkejut jika penulis mengatakan, samseng yang berbaju merah di atas adalah penyokong tegar Umno a.k.a facebooker Umno yang menggunakan nama samaran "Suara Dari Bumi"..

Siapa individu ini?..kalian boleh klik link di bawah untuk mengenal hamba Allah yang biadap lagi kurang ajar ini..


- "AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!"

Di bawah pula, rakaman pertengkaran antara samseng-samseng BN ini dengan pihak polis..mentang2 polis adalah hamba tuan mereka (Umno), mereka langsung tidak menghormati, malah melawan dan menengking pihak polis...



Sudahlah pemimpin atasan mereka jenis bacul untuk berdebat, penyokong bawahan pula menjadi samseng tak bertempat..fikir2kan..wallahua'lam..



p/s: Inilah samseng kampung Cempelak Barat yang bertengkar dengan pihak polis dalam video di atas..langsung tak boleh terima hakikat negara ini adalah negara demokrasi..(mamat ni faham tak apa itu takrif negara demokrasi?)..ingat ini negara Umno yang punya?...