Rabu, 26 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BN pula nak letak calon wanita di Merlimau? hahaha

Posted: 26 Jan 2011 07:06 PM PST

Mereka ialah Roslan Ahmad, Zaleha Bujang dan Datuk Mohd Said Yusof, kata sumber dalaman Umno bahagian Jasin.

PETALING JAYA: Tiga nama disebut-sebut menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Mereka ialah Roslan Ahmad, Zaleha Bujang dan Datuk Mohd Said Yusof, kata sumber dalaman Umno bahagian Jasin.

Roslan adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Jasin dan anak kepada Datuk Ahmad Ithnin yang satu ketika pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramai .

Ahmad merupakan abang kepada Datuk Seri Abu Zahar, bekas Ketua Menteri Melaka pada tahun 1997 hingga 1999.

Roslan berumur 39 tahun, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau dan bekerja sebagai penyelia dengan sebuah agensi kerajaan negeri Melaka.

Manakala Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin selama dua penggal mulai 1999 dan kini merupakan Timbalan Ketua Umno bahagian.

Zaleha pula memegang jawatan Ketua Wanita Umno Jasin sejak tahun lalu mengambil alih dari Datuk Ramlah Abas yang mengundur diri..

"Ketiga-tiga nama tersebut merupakan cadangan majoriti AJK bahagian dan akan diberi keutamaan dalam mesyuarat nanti.

"Tetapi nama Roslan yang paling di atas, bermakna peluang beliau akan menjadi calon sangat besar.

"Namanya (Roslan) juga menjadi perbualan di kalangan ahli dan penyokong Umno Merlimau dan Jasin," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu beberapa nama lain turut dicadangkan untuk dibincangkan sebagai calon BN.

Mereka ialah Mohd Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Setiausaha Pemuda Umno Jasin Jazlee Pit.

Setiausaha Umno bahagian Jasin Datuk Ghazali Muhamad memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini untuk membincangkan nama calon DUN Merlimau.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pilihanraya tersebut Jumaat ini.

"Jawatankuasa Umno bahagian akan memilih sekurang-kurangnya tiga nama untuk dihantar kepada Umno negeri untuk dipilih.

"Tiga nama adalah syarat yang ditetapkan oleh Umno negeri tetapi mungkin lebih daripada itu yang kita hantar kepada Umno Melaka," katanya ketika dihubungi petang semalam.

Ghazali berkata, selepas itu Umno negeri akan mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa Umno bahagian Jasin untuk memuktamadkan senarai calon BN untuk DUN Merlimau.

Katanya, nama yang telah dipersetujui oleh Umno bahagian dan Umno negeri itu dihantar kepada ibu pejabat parti di Kuala Lumpur untuk dipilih.

Pilihanraya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakilnya Datuk Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN seminggu lalu. - FMT

Melayu tolak Islam lebih teruk dari Kuan Yew - TGNA

Posted: 26 Jan 2011 04:42 PM PST

KOTA BARU, 27 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya di sini semalam.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".

Sejak awak minggu ini kenyataan Lee itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas perdana menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan pandangan Lee bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

"Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.
MS : Memang tepat sangat kata-kata TGNA, aku setuju. Ada Melayu Islam yang hidup sekadar Melayu dan bukan lagi Islam ...

Hospital pecat petugas bertudung

Posted: 26 Jan 2011 04:26 PM PST

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran

SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.

Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi. Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran. Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.

Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.

"Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji," kata Fahmi.

"Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar." Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).

Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.

Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.

"Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara," kata Fahmi.

Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah 'sesuatu yang serius' kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.

Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.

Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya," katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah. – Berita Hairan

Putrajaya nafi gubal akta baru awasi Internet

Posted: 26 Jan 2011 04:17 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Putrajaya mengetepikan kebimbangan banyak pihak dengan menegaskan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang baru untuk mengawal kandungan media online termasuk Facebook.

Kerajaan juga berkata undang-undang semasa sudah cukup memadai untuk mengawal selia kandungan Internet.

Laporan Bernama semalam menyebut Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, dipetik berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya semalam.

Bagaimanapun hari ini Putrajaya menjelaskan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengetepikan janji dalam Bil Jaminan sebelum ini bahawa ia tidak akan menapis kandungan Internet selari dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia, khususnya dalam perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan nasional.

Ketika mengumumkan pendirian itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dalam apa sahaja perkara yang memberi kesan ke atas keselamatan negara, undang-undang negara seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Komunikasi dan Multimedia akan digunakan.

Kata beliau, kerajaan hanya menyediakan garis panduan untuk membantu orang ramai memahami dengan mendalam ketiga-tiga akta tersebut.

Garis panduan berkenan, menurut beliau, akan dikemukakan kepada orang ramai menerusi program jelajah negara yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengumuman semalam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelbagai pihak, dengan kebanyakan mereka termasuk ahli-ahli politik menganggap tindakan sedemikian tidak perlu dan undang-undang sedia ada sudah memadai . - TMI

MS : Boleh percaya ker??????

Yang ni aku sokong KJ

Posted: 26 Jan 2011 07:47 AM PST

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Sebagai seorang yang sentiasa menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa Kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat samaada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Bagi saya ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita kebelakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini. Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah – bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain? Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.

Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini. Malahan, saya sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.

Jika kita melihat kepada statistik siber, 84 peratus daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah dan mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.

Lantaran itu, janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang. - Khairy Jamaluddin
MS : Ternyata najib amat gundah gulana dengan kebangkitan media baru sekarang. Kalau tiada apa-apa kesan atas kebangkitan ini, masakan akta mesin cetak perlu dipinda bagi merangkumii terbitan multimedia/internet.

Perayaan sambut Hari Wilayah RM5.67 juta? ... belanja sakan Nong Chik

Posted: 26 Jan 2011 04:48 AM PST

PUTRAJAYA: The Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry is allocating RM5.67 million for various events in conjunction with the celebrations for the Federal Territories Day on Tuesday.

Its minister, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the amount was slightly more than last year's allocation of RM5.3 million, and members of the public would be offered various goodies for the first time this year, including discounts on rental of facilities belonging to Kuala Lumpur City Hall (DBKL) such as sports venues, multipurpose halls and community centres throughout the month.

"The giving of the goodies and other programmes arranged throughout the celebration are to enable residents in the Federal Territories to appreciate the events so that they will be united in developing the territories to achieve the target set," he told reporters, here today.

Raja Nong Chik said the other 'goodies' included free membership to the Kuala Lumpur Library for registration made throughout next month and a 50 per cent discount for admission to the KL Bird Park, Taman Tasik Perdana on Tuesdays only.

He said Malaysians were also exempted from the fee charged to ride on the 'KL Hop On Hop Off' bus while a 50 per cent discount would be given to foreigners on the same Tuesdays. - Malay Mail
MS : Mentang-mentang bukan duit depa, depa belanja sakan no ... itu adalah antara sifat-sifat orang umno

PRK Tenang : Calon umno pembohong

Posted: 26 Jan 2011 12:48 AM PST

January 26, 2011

Mohd Azahar semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat didakwa melelong tanah Mansor Mohamad secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dengan harga RM 70,000.

LABIS: PAS mendakwa calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim tidak bercakap benar apabila mengatakan isu beliau melelong tanah seorang penduduk semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat telah selesai.

"Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan beliau tidak bercakap benar," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yaang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Azahar dikatakan membuat kenyataan isu tersebut selesai dalam satu akhbar internet semalam.

Bekas Bendahari Pemuda Umno bahagian Labis semasa menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat didakwa melelong tanah Mansor Mohamad secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dengan harga RM 70,000.

"Pembeli tanah tersebut iaitu Norhana Mohd Ali telah menyaman Mohd Azahar, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Kerajaan Johor bagi menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta.

"Norhana telah menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No : 23-14-2009.

"Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tersebut pada 7 Februari ini.

"Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sendiri mewakili calon Umno dalam kes tersebut," katanya dalam kenyataan media tersebut.

Sehubungan itu, Salahuddin menggesa Mohd Azahar menarik diri dari menjadi calon jika beliau mempunyai integriti dan harga diri. - FMT

Timb. Menteri yang penakut ... mau angkat geng ooo ... hahaha

Posted: 26 Jan 2011 12:34 AM PST

Isu Felda: Ketua Penerangan Umno tolak debat Anak

LABIS, 26 Jan — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.

Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk menarik pengundi.

Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi oleh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. — Bernama

Tiada ulasan: