Rabu, 26 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


TERKINI: Dua laporan polis akan menyusul hari ini...

Posted: 26 Jan 2011 10:33 PM PST



LAPORAN POLIS 1
FB Khairul Faizi Ahmad Kamil: "Sidang Media pagi ini : Ahmad Maslan Mengaku Azhar Bersalah. Slps ini laporan polis terhadap Azhar oleh Pemuda PAS di Balai Polis Labis"
LAPORAN POLIS 2
FB ضامام Dhamam: "Sedang buat report polis pasal bendera pas yg di cabut dan di buang d sekitar Tenang Station!"
p/s: Akan dikemaskini...nantikan...

ZALIM @ BONGKAK: Kerana bilik Gerakan BN terselindung, gerai penduduk Tenang dirobohkan!

Posted: 26 Jan 2011 09:43 PM PST


(Klik image di atas untuk paparan lebih jelas, atau klik di SINI..sebarkan!..)

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.


(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan..)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.


(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku..)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno..)

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan. - HD

Cerita banjir di Tenang: 'Air naik setengah betis, kain naik setengah peha'..

Posted: 26 Jan 2011 09:53 AM PST



1. CERITA BANJIR 1

Ditakdirkan Allah, maka banjirlah pekan Labis....maka....





Inilah bezanya antara yang 'karat hijau' dan 'karat biru'..yang dakwa parti ketuanan Melayu langsung tak tahu agama..tu sebab MCA lebih suka berdamping dengan Umno berbanding dengan PAS..sebab apa, sbb dalam Umno ramai yang jahil agama mcm Chua Soi Lek..

Penulis harap Chua Soi Lek dan ketua wanita Gerakan tak timbulkan isu gambar di atas.."bukan sahaja dengan lelaki, dengan perempuan pun dia (cikgu Normala) tak beri tunjuk kaki betisnya, ini tak mesra"...


2. CERITA BANJIR 2

Bila Allah turunkan ujian banjir, ingatkan masing-masing muhasabah diri, jauhi dosa dan mungkar..rupanya tidak..isu banjir dijadikan modal untuk mencipta fitnah..

Eh, siapa yang fitnah siapa ni? fitnah tentang apa?




Apa kata blogger di atas:
"Kami dengar Mala berada di Lembah Bakti ketika air naik. Sebaik dilihat air naik, dia tidak mahu menaikkan kain untuk mengharungi banjir. Sebaliknya Mala terus mematah balik dan pergi ke tempat lain.

Hai apa jadinya jika betul berlaku banjir dan Mala sudah jadi wakil rakyat? Adakah dia akan berpatah balik? Baru saja testing masa pilihanraya kecil dah tak mahu bersusah. Apa jadinya bila dah jadi wakil rakyat?" - theunspinners.blogspot.com
Sungguh keji cara kempen blogger Umno di atas..fitnah dah lali dengan darah daging mereka..korang tahu mana sumber mereka??..sumber mereka ialah, "kami dengar", "kami dapat tahu", "kami syak", "kami diberitahu", "kami rasa-rasa" dan seangkatan dengannya...

Inilah yang dikatakan blogger ce-la-ka..maaf jika terkasar bahasa...






Gambar Cikgu Normala meredah banjir bertemu dengan penduduk kampung boleh lihat di SINI..gambar jentera PR mangsa banjir penyokong BN pula di SINI..

3. CERITA BANJIR 3

Cerita bab banjir ni rupanya di kubu kuat BN pun banjir kilat jugakk..ingatkan bila dan nama kubu kuat, semuanya terjaga dan terkawal la kan..maklumlah semua peruntukan/kewangan diagihkan kat kawasan dia...rupanya kena juga..kuasa Allah..




(Teruk juga banjir kat kubu kuat BN ni..gambar dirakam ketika jentera PAS/PR sedang membantu mangsa banjir (penyokong Umno)..lagi gambar di SINI..eh, mana pemimpin Umno? mana Tok Ai??...)

Kalau kalian ingat, masa PRK2 sebelum ini, galak betul penyokong/blogger Umno kritik dan hentam PAS kononnya kerajaan PAS punca kawasan itu banjir (kebetulan kawasan yang diadakan pilihan raya tu kawasan mudah dinaiki air)..

Meriah betul kutukan tak kurang fitnah terhadap kerajaan pimpinan PAS Kelantan..sekarang rasakan sendiri..Allah bayar cash..'sakit' tak?


4. CERITA BANJIR 4

Cerita banjir 4 ini agak 'special'..penulis tak perlu cerita, kerana 'tugas' penulis ini akan diambil alih oleh RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan media2 perdana yang lain..

Korang tengok je la kat paper n berita esok...nanti korang faham la..kalau ada masa baca tulisan wak Raden alBanjari kat SINI..fikir2kan..wallahua'lam...


[Kemaskini] BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..(video inside)

Posted: 26 Jan 2011 02:40 AM PST





Oleh: Pria Malaya

Sungguh biadap kelakuan penyokong jumud Umno ini..mentang-mentang berada di tempat mereka (kubu BN), berlagak samseng..kalian baca laporan Malaysiakini pada tajuk, "Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng"...

Jika kalian merantau di setiap facebook dan blog pro-Umno, mereka menjaja berita kononnya rakyat tempatan (Chempedak barat) bangkit membantah kehadiran pemimpin DAP..rakyat tempatan menolak dan mengusir orang luar (PR) dari kampung mereka..



(Antara contoh gambar/banner facebooker Umno kononnya yang membantah kehadiran pemimpin PR semalam adalah anak muda tempatan, sedangkan mereka adalah orang luaryg tak bermoral.)

Persoalan kini, benarkah yang memekik melalak ini adalah orang tempatan??..benarkah mereka semua anak muda tempatan mewakili penduduk Chempelak Barat??

Jawapannya ada pada gambar di bawah...




Sila klik image di atas untuk paparan lebih jelas, atau klik di SINI...

Dan jangan terkejut jika penulis mengatakan, samseng yang berbaju merah di atas adalah penyokong tegar Umno a.k.a facebooker Umno yang menggunakan nama samaran "Suara Dari Bumi"..

Siapa individu ini?..kalian boleh klik link di bawah untuk mengenal hamba Allah yang biadap lagi kurang ajar ini..


- "AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!"

Di bawah pula, rakaman pertengkaran antara samseng-samseng BN ini dengan pihak polis..mentang2 polis adalah hamba tuan mereka (Umno), mereka langsung tidak menghormati, malah melawan dan menengking pihak polis...



Sudahlah pemimpin atasan mereka jenis bacul untuk berdebat, penyokong bawahan pula menjadi samseng tak bertempat..fikir2kan..wallahua'lam..



p/s: Inilah samseng kampung Cempelak Barat yang bertengkar dengan pihak polis dalam video di atas..langsung tak boleh terima hakikat negara ini adalah negara demokrasi..(mamat ni faham tak apa itu takrif negara demokrasi?)..ingat ini negara Umno yang punya?...


Tiada ulasan: