Khamis, 13 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EZAM `RAJA SESUMPAH' MENEMUI JODOH DENGAN UMI `RATU SESUMPAH' ?

Posted: 13 Jan 2011 11:00 PM PST

`Andartu' ini pernah bersumpah memegang Al-Quran tanpa menutup aurat, Al-Quran diperhinakan oleh wanita ini...


Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah kini telah menemui `pasangan' atau `jodoh'. Ini bermakna Ezam sesumpah bukan orang lain dengan YB Azmin kerana `jodoh' Ezam sesmpah adalah adik kandung kepada Azmin iaitu Umi Hafilda, suatu nama yang `glamour' di era 98 dan insan `terbuang' dari keluarga.

Di dalam media haprak, wajah `andartu' yang dikatakan masih belum laku ini muncul kembali dengan membawa `sumpah' sepertimana yang kerapkali dilakukan oleh Ezam sesumpah. Setelah `konspirasi'nya gagal di awal kemunculannya di mahkamah di era 98, kemudiannya gagal untuk menceburi kerjaya politik apabila `andartu' ini ditolak oleh Puteri Umno atas kesalahan disiplin, kali ini beliau muncul untuk mendendangkan kembali cerita penglipur lara karangan Mahathir Kutty.

Umi Hafilda telah banyak memalukan keluarga Almarhum Ali, iaitu bapa YB Azmin Ali dan juga artis Azwan Ali. Jika dahulu, Azwan Ali begitu rapat dengan `andartu' ini setiap hari ulang-alik ke mahkamah di dalam kes Liwat 1 melibatkan drama DS Anwar dan Azizan. Pada waktu itu hubungan Azwan Ali begitu renggang dengan abangnya Azmin Ali. Sekarang, hubungan di antara Azwan Ali amat baik dan kembali bersatu dalam satu keluarga. Ini tidak berlaku kepada `andartu' ini. Beliau dikatakan tidak diakui anak oleh ayahnya sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Begitulah nasib seorang yang terbuang.

Kemunculan `andartu' yang ingin mencari glamour murahan ini untuk membawa kembali episod tahun 98 memperlihatkan betapa beliau sanggup berbuat apa sahaja hatta menjadi `pelacur politik' kepada sekutu Apco. Beliau telah diberi peluang untuk mendedahkan segala yang beliau tahu tentang kes liwat 1 dahulu, namun ianya tidak berhasil sama sekali. Kini, beliau ingin kembali menyelit di tengah-tengah kejahatan puak sekutu Apco untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Adakah kali ini beliau akan berjaya?

Tindakan beliau untuk menyaman DS Anwar, DS Wan Azizah malahan abang kandungnya sendiri YB Azmin adalah satu usaha terbaru `andartu' ini. Beliau besumpah dengan kalimah Allah sama seperti Ezam sesumpah pernah lakukan hanya kerana untuk menjatuhkan imej DS Anwar. Tetapi, semakin banyak mereka ini bersumpah, semakin tinggi imej dan darjat DS Anwar di mata rakyat dan semakin jatuh kredibiliti pemimpin sekutu Apco. DS Anwar terus diberi kekuatan moral dan beliau bukan semakin takut, bahkan semakin berani untuk berdepan dengan Najib. Siapa yang takut untuk berdepan dengan DS Anwar?

Inilah anugerah Allah seperti yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan `andartu' yang gila glamour ini. Tidak hairanlah jika Mahathir Kutty amat takut berdepan dengan DS Anwar hatta untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 1 dahulu. Najib juga bakal dipanggil untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 2 yang sedang berjalan sekarang. Adakah Najib akan mewarisi sifat penakut Mahathir Kutty? Bayangan penakutnya Najib telah mula kelihatan apabila enggan berdebat dengan DS Anwar di dalam isu ekonomi negara.

Saya mengalu-alukan usaha terbaru `andartu' Umi Hafilda ini. Beliau telah kembali mengingatkan kita tentang konspirasi tahun 98. Walaupun ramai yang terlibat di dalam konspirasi itu telah kembali ke dalam tanah seperti Peguam Mokhtar Abdullah (Mokhar Dugung), Penulis Buku Fitnah iaitu Khalid Jeffri, Hakim `Hacks' Augustine Paul, Dr Kristina Majid (Anwar pernah ditelanjangkan di depannya) dan beberapa orang lagi yang masih hidup tetapi `tersiksa' atau `terpulau', namun Umi Hafilda masih hidup untuk meneruskan `perjuangan' puak-puak yang telah ditanam itu. Syabas Umi `Ratu Sesumpah'./wfauzdin.blogspot.com

SELANGOR - HARAMKAN UMAT ISLAM MENCARI REZEKI HARAM DI KILANG/PREMIS JUALAN ARAK

Posted: 13 Jan 2011 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ARAK sememangnya haram di sisi Islam tanpa khilaf lagi. Bekerja secara langsung atau tidak selagi ianya bersangkut-paut dengan minuman haram ini, maka hukumnya tetap haram kepada mereka yang berugama Islam. Malang sekali, ramai juga orang-orang Islam yang bekerja atau mencari rezeki di kilang-kilang atau kedai arak.

Apabila membaca laporan di sini, amat mendukacitakan kerana kita yang memerintah di Selangor masih berbelah bahagi untuk melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di kilang atau premis yang menjual arak. Apa ruginya Kerajaan Negeri Selangor sekiranya mewujudkan undang-undang yang ketat agar tiada lagi umat Islam yang mencari rezeki haram di situ.

Mengapa perlu ditanya siapakah yang boleh mendapatkan kerja untuk umat Islam yang diberhentikan kerja di Kilang arak? Bumi Allah ini luas, mereka boleh memilih kerjaya yang lain selain dari bergelumang dengan kencing Syaitan ini. Betapa ramai yang sanggup tidak bekerja atau sekadar menjadi `kuli' asalkan tidak terlibat dengan arak.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar undang-undang atau peraturan melarang umat Islam bekerja di kilang/premis menjual arak dikuatkuasakan segera di selangor. Jika kita tidak mampu menghalang Kerajaan Pusat ditunjangi Umno daripada mengeluarkan lesen kilang arak, memadai dulu kita mewujudkan undang-undang melarang umat Islam bekerja di Kilang atau premis arak. Kesemua Kerajaan Negeri yang berada di bawah PR hendaklah bertindak segera agar minda dan akhlak semua umat Islam terpelihara./wfauzdin.blogspot.com

DR HASSAN ALI TIDAK PERNAH BERI AMARAN KEPADA KERAJAAN SELANGOR, MEDIA SALAH LAPOR

Posted: 13 Jan 2011 05:00 PM PST

PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.

Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.

Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".

"Saya tidak tahu bagaimana laporan berita seperti ini boleh dibuat, sama ada wartawan tersalah lapor atau editor yang keliru.

"Justeru saya mengesa Malaysiakini membuat pembetulan semula secara terbuka dan meminta maaf kepada Pesuruhjaya. Laporan berita ini telah menimbulkan masalah kepada PAS Selangor dengan ahli-ahli dan menjejaskan hubungan kami dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar

Posted: 13 Jan 2011 08:36 AM PST

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Wacana-wacana terbuka antara tokoh-tokoh politik seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah menyebarkan pendidikan politik. Seperti yang sering diulang-ulangkan oleh Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Demikian juga, zaman momokan hanya BN yang patriotik sedangkan pembangkang adalah pengkhianat negara juga telah berlalu. Dalam sebuah negara demokrasi, kedua-dua parti yang menerajui kerajaan dan yang menjadi pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama kepada negara. Melalui persaingan siapakah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab yang terbaik, dialah yang bakal dipilih oleh rakyat.

Pemilihan pemimpin yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab adalah idaman semua manusia. Para ilmuan dari seluruh peradaban sering berbicara tentang pemimpin yang seperti ini sama ada Plato, Kung Fu Tze, Kautilya dan al-Mawardi. Secara sejagatnya kesemua mereka mengharapkan pemimpin yang berilmu, bermoral dan berintegiriti. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka rakyat dapat mengharapkan tertegaknya keadilan dan kebajikan. Perbahasan-perbahasan para ilmuan itu sehingga hari ini kekal dalam lembaran-lembaran ilmu dalam bentuk bahasa-bahasa retorik.

Bagaimanapun, seseorang pemimpin politik dari dahulu hingga kini, jarang menggunakan bahasa-bahasa retorik. Sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa politik, iaitu bahasa yang sering difahami dengan mudah oleh rakyat. Dengan pengertian lain, peranan bagi seseorang pemimpin politik yang berwibawa ialah menterjemahkan bahasa retorik tentang kenegaraan kepada bahasa politik untuk memahamkan rakyat. Di sinilah letaknya kepentingan wacana politik sama ada bercorak ceramah, diskusi atau debat. Menyedari hakikat tersebut, debat antara Najib dan Anwar itu bukanlah membazir masa, bahkan sangat perlu dalam mendidik rakyat tentang politik kenegaraan.

Sangatlah malang bila terdapat pula pihak-pihak lain yang ingin 'kacau daun' untuk menggagalkan debat ini atau mungkin mempunyai agenda tersendiri. Antara mereka ialah Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. Dari segi kedudukan politik, awal-awal lagi kedudukan politik mereka berbanding Anwar adalah tidak seimbang. Nazri Aziz hanya seorang menteri biasa yang tidak ada jawatan-jawatan kanan dalam parti, manakala Khairy pula seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tiada apa-apa dalam kabinet. Sepatutnya kedua-dua mereka mencari lawan yang sesuai supaya tidak ditanggapi mereka mempunyai agenda tersendiri dalam berdebat.

Dari segi kewibawaan peribadi pula, kedua-dua Nazri dan Khairy belum mempunyai wibawa untuk menandingi Anwar. Kebetulan saya mempunyai pengalaman berdialog atau mungkin juga boleh dikatakan berdebat dengan mereka. Dengan Nazri perdebatan secara tidak langsung manakala dengan Khairy perdebatan secara langsung. Perdebatan secara tidak langsung dengan Nazri ialah ketika saya bersama beberapa yang lain membantu persiapan Salahuddin Ayub berdebat dengan Nazri berhubung dengan Isu "Penarikan Geran Perkapita Sekolah Agama Rakyat". Perdebatan yang berlangsung pada 17 Februari 2003 itu memperlihatkan kedangkalan Nazri dalam berhujah, semata-mata bergantung kepada janji harapan untuk mengembalikan geran itu setelah pemerintahan Dr Mahathir berakhir.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin lebih mantap bersama-sama dengan fakta-fakta yang berkaitan. Manakala Nazri pula lebih bersifat cuba "menegakkan benang basah" dengan jaminan sekolah agama rakyat tidak akan dipinggirkan, walaupun hakikatnya dengan penarikan geran perkapita itu bererti satu peminggiran. Sesiapa yang menyaksikan debat pada malam itu di Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh menilai apakah kewibawaan Nazri setara dengan Anwar atau tidak? Sekiranya berlangsung juga perdebatan antara Nazri dan Anwar, tiada apa yang berfaedah melainkan menyelamatkan Najib daripada cabaran itu.

Manakala dengan Khairy pula berlaku secara langsung semasa Forum Intelektual tentang "Malaysia and Its Competetiveness in the Future" di UIA pada 27 Julai 2010. Forum itu juga disertai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Dr Marzuki Mohammad. Saya hadir dalam forum tersebut sebagai 'bidan terjun' menggantikan seorang sahabat yang berkeuzuran, dan hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum forum. Saya juga terpaksa hadir lewat sedikit disebabkan mempunyai komitmen kerja sehingga hampir malam. Tujuan saya hadir untuk mengemukakan tiga point penting iaitu:

a. Competitiveness sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada sektor ekonomi semata-mata tetapi juga faktor-faktor lain termasuklah demokrasi yang telus, pentadbiran yang bersih, kebebasan akademik dan lain-lain.

b. Kesemua faktor-faktor yang menyokong kepada peningkatan daya saing negara itu telah diruntuhkan semasa era pemerintahan Dr Mahathir, seperti kebebasan kehakiman, dan dasar pengasingan kuasa.

c. Bagi memulihkan semula daya saing itu, perlu dilakukan reformasi sistem atau dasar bukan sekadar meletakkan pemimpin-pemimpin yang baik. Pemimpin-pemimpin yang baik bukanlah satu jaminan reformasi ke arah kebaikan akan berlaku.

Walaupun, Khairy mempunyai 'golden chance' untuk memukul ahli-ahli panel lain kerana beliau diletakkan di giliran terakhir semasa penggulungan, saya lihat ketiga-tiga point yang saya kemukakan tidak tergugat. Yang paling menarik, bila saya menyatakan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan daya saing negara telah runtuh semasa era Dr Mahathir, Khairy hanya mengulas: "no comment" dengan nada mengiyakan apa yang berlaku. Strategi saya memerangkap Khairy dengan 'memuji' kepimpinan Pak Lah yang cuba membaiki kerosakan yang dibuat oleh Dr Mahathir benar-benar mengena.

Oleh sebab itu, pada pandangan saya Khairy juga belum layak untuk berdebat dengan Anwar. Perdebatan Khairy dengan Anwar tidak lebih daripada untuk menaikkan semula dirinya dalam dunia percaturan politik UMNO. Berdasarkan pengalaman-pengalaman itu, saya melihat Nazri dan Khairy tidak sepatutnya menjadi 'pengacau' ketikamana pelbagai pihak berusaha untuk menjayakan debat antara Najib dan Anwar. Berikan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan satu perdebatan bersejarah yang akan menjadi titik tolak kepada budaya politik yang lebih sihat di negara ini.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
Pengarah Institut Kajian Polisi (IPS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

Sumber: Anwaribrahim.blog

Cabar Anwar Berdebat, KJ Guna Talian Hayat

Posted: 13 Jan 2011 04:00 AM PST

12/01/2011


SHAH ALAM 12 JAN: Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya./TVNews

SIAPA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR LAGI ? IKUT GILIRAN OK

Posted: 13 Jan 2011 12:00 AM PST

Oleh: Mandor

ISU Debat belum habis walaupun Najib telah `menyorok' belakang Bik Mama. Mungkin Najib kata " Aku bukan takut dengan Anwar, tapi Anwar yang tak takut dengan aku...". Maka Bik Mama pun jawab," Issshh...i ingatkan U ni takut ngan i jer....."
Justify Full
Kalau kita orang tuduh takut dengan bini, tentulah kita malu bukan? Jadi, macam mana nak `cover' malu? Itu kena pandai masing-masing la....

Bila Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, terpacul pula muka-muka pengampu nak berdebat dengan Anwar juga. Laris betul Anwar ni. Maklumlah, sesiapa boleh tewaskan Anwar, mereka akan dilantik jawatan tinggi atau akan diberi anugerah oleh bos. Yang cerdik Ezam sesumpah, tak payah debat, cuma pergi merata tempat kutuk Anwar, buat sumpah sikit dan bodek Najib, tup..tup...dapat `Senatak'.

KJ pula dah hampir putus asa. Jadi Ketua Pemuda Umno tapi tak pegang apa jawatan pun dalam kabinet, kecuali berada di `kabinet' dapor je. Terasa `fade up' juga, itu yang terasa tak mahu lagi jadi calon Pilihanraya. `Test market' kot. Orang yang dok dalam `kabinet' dapor ni pun terasa nak cari makan disaat akhir. KJ pun cabar Anwar debat. Geli aku. Orang Rembau semua tahu kisah KJ lari lintang pukang bila Chegu Bard cabar beliau berdebat di Rembau semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Kali ni, mana tahu bila cabar Anwar saja, Najib pun angkat beliau jadi apa-apa pun lah.....

Sekor lagi Nazri Aziz. Menteri yang tak pernah-pernah naik pangkat asyik jadi Menteri je sejak dulu pun mahu cari makan juga. Beliau cabar Anwar tentang isu Apco. Tujuannya, biar orang lupa pasal isu janji 100 hari PR yang mahu didebatkan oleh Anwar dengan Najib itu. Itu stail Nazri yang akan pusing tajuk agar bosnya selamat. Cari makan cara ini mudah sikit.

OK lah, tak kiralah siapa yang nak cari makan dengan mencabar Anwar berdebat. Tetapi, boleh tak selesaikan satu-satu ikut giliran untuk berdebat dengan Anwar? Yang pertama dulu, Shabery Cheek dah lepas sampai meleleh air liur atas pentas. Kini, giliran Najib, tunggulah sampai Najib naik pentas dulu nak tengok apa yang meleleh dari Najib nanti. Lepas itu nanti, barulah peluang untuk Nazri, kemudiannya KJ. Ikut giliran lah, jangan berebut....

Yang penting, tunggu Najib dulu naik. Kalau Najib tak mahu naik, dia boleh `passing' kat Bik Mama. Sebab apa beza Najib dengan Bik mama? /mandor.blogspot.com

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Logo Umno pada beg sekolah: ADUN Teja, Chang Lih Kang beri kata dua pada Umno/BN!

Posted: 13 Jan 2011 07:13 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Tahniah ADUN Teja! syabas PR Gopeng!..Bangsa hipokrit dalam Umno/BN ni jangan terlalu diberi muka sangat..ternyata akta dan undang2 yang digubal mereka hanyalah terpakai untuk parti2 pembangkang, sedang parti politik pro-pemerintah diberikan hak keistimewaan mencabul undang2 negara..

Banyak sudah contoh sebelum2 ini..contohnya isu demontrasi jalanan..bagi PR slogan "demontrasi bukan budaya kita" dimainkan..tetapi bila mereka anjurkan demo jalanan, undang2 dan pihak berkuasa akan menjaga mereka sebaiknya..klik di SINI..

'Undang2 rimba'

Contoh terbaru sempena PRK Dun Tenang, pengarah pelajaran Johor', Markom Giran telah bertindak 'kurang ajar' apabila berkempen secara terang2ngan kepada guru2 sekolah supaya menyokong dan menggerakkan jentera supaya mmbantu parti kerajaan (Umno)..lihat bukti video di SINI, dan laporan polis di SINI..

So, apa tindakan kerajaan dalamm isu ni? apakah pengarah pelajaran Johor ini telah dan bakal dikenakan tindakan??...

Tidak sama sekali..seperti yg penulis katakan, undang2 hanya terpakai kepada pembangkang, adapun Umno/BN, undang2 itu tidak memberi apa2 kesan kepada mereka..buktinya, Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi sekonyong2 mempertahankan tindakan Markomm Giran itu kononnya ianya tidak salah..berlawanan dengan kenyataan SPR yg mendakwa ianya adalah salah..baca di SINI..

Isu beg sekolah

So, dalam isu beg sekolah lambang dacing dan keris ini, penulis gesa ADUN Teja dan PR kawasan Gopeng teruskan mengasak Umno dan Najib..jika mereka tidak jawab isu ini, maka sila lancarkan beg sekolah berlambangkan PR di setiap sekolah di Gopeng khusus dlm DUN Tualang Sekah..

Akhir kalam..tahniah diucapkan kepada ADUN Teja dan PR kawasan Gopeng..diharapkan PR kawasan lain dpt mencontohi keberanian seperti ini..jgn dibiar kita dihina dan dibuli..mungkin zaman pembangkang lemah dahulu boleh, tetapi kini lawan tetap lawan!!..fikirkan..wallahua'lam..


Tampal logo PR, mahu kementerian bertindak

GOPENG – Susulan tindakan parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberikan beg sekolah tertera dengan logo parti itu, Pakatan Rakyat (PR) bertindak menampal logo berkenaan dan digantikan logo PR.

Sebelum ini, PR telah membongkar taktik ahli politik UMNO dan BN yang cuba membawa unsur politik ke dalam sekolah dengan memberikan beg sekolah berlogo UMNO dan BN kepada pelajar miskin.



Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang berkata, tindakan pihaknya itu tidak bertujuan mempolitikkan sekolah, sebaliknya mendesak pihak Kementerian Pendidikan membetulkan keadaan yang dirosakkan oleh ahli politik UMNO.

Menurutnya, sekiranya pihak kementerian tidak memberikan panduan atau arahan yang jelas berhubung perkara itu, anak penyokong PR juga akan membawa beg yang berlogo komponen parti PR ke sekolah.

"Kami juga difahamkan, salah satu majlis penyampaian beg yang berlogo parti itu telah dijalankan dalam kawasan sekolah di Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah," katanya ketika selesai sesi penampalan logo PR di atas logo UMNO dan BN pada beg yang disumbangkan.

Lih Kang berkata, sekiranya tiada pihak yang memberi tindak balas, anak penyokong PR akan membawa beg yang berlogo PR ke sekolah sehingga arahan dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Katanya, perkara itu bukan kali pertama dilakukan oleh ahli UMNO dan BN, malah sebelum ini, salah sebuah sekolah dalam kawasan Teja turut menjemput wakil UMNO merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

"Selain itu, sebuah sekolah rendah pula menjemput wakil MCA untuk memberikan sumbangan kepada murid yang mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang cemerlang.

"Kami mempertikaikan rasional pihak sekolah menjemput ahli politik BN yang bukan wakil rakyat untuk menghadiri program sekolah, sedangkan wakil rakyat dipinggirkan," katanya. - Sinar Harian

Artikel berkaitan (mesti tengok dan sebarkan):
- Umno terdesak: Lambang parti pada beg sekolah bukti Umno politikkan pelajar sekolah!
- Koleksi himpunan bukti bergambar Umno berpolitik di IPT dan sekolah..

Ekoran aduan peguam MCA, Masjid Kerinchi akur perlahankan azan..Hari ini DEMO selepas Jumaat!

Posted: 13 Jan 2011 08:32 AM PST



Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinci diperlahankan

Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinci mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.


(Penulis tidak dapat bayangkan betapa riuhnya blog2 pro-Umno dan media arus perdana dengan isu ini ANDAI ianya melibatkan parti DAP dan PR..namun ianya berlaku sebaliknya..hasilnya? mereka terdiam seribu bahasa..Allah itu maha Kuasa..baca di SINI..)

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Ganggu tidur

Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.- Mk

Tuntut ulasan penyokong Umno: "PAS akan menubuhkan negara Islam jika memerintah" - MCA

Posted: 13 Jan 2011 06:10 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Nampaknya sekutu Umno ini sekali lagi cuba memprovoke dan menakut2kan masyarakat China terhadap dasar penubuhan negara Islam PAS..

Jika dahulu, mereka cuba memperlekeh dan menghina undang2 Islam yang bakal dilaksanakan PAS kelak adalah mundur terkebalakang dan boleh 'mengubah' kehidupan orang bukan Islam, hari ini mereka sekali lagi mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ini..sugguh biadap..

Depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain..

Ternyata Umno dan MCA telah berkompromi secara jahat demi memperbodohkan penyokong2nya..Umno di depan kaum Melayu menuduh PAS bakal melupakan hasrat negara Islamnya, PAS sudah melupakan matlamat perjuangan Islamnya, PAS menjadi boneka DAP dalam Pakatan Rakyat..

Pada masa yg lain, MCA menuduh pula PAS semakin lantang menyuarakan isu2 negara Islam, PAS pasti akan melaksanakan matlamat negara Islamnya, DAP menjadi boneka PAS dalam Pakatan Rakyat dan lain2...sungguh munafik pejuang2 rasis dalam BN ini..

Reaksi pejuang maya Umno??

Penulis tuntut reaksi dan komen penyokong fanatik Umno terhadap kenyataan kurang ajar ini, termasuk kenyataan presiden MCA bahawa PAS akan melaksanakan dasar Islamnya..apa reaksi blogger Umno? apa komen pemimpin Islam Umno..apa tindakan YB Zul Kulim, mana teriakan PERKASAm dan NGO Melayu..

Adapun reaksi Najib, penulis telah pun ketahui..Najib sebagaimana Chua Soi Lek percaya bahawa PAS akan melaksanakan negara Islam, namun seperti juga presiden MCA itu, Najib cuba memberi gambaran negatif terhadap dasar dan matlamat PAS ini..sungguh kurang ajar..boleh rujuk bukti di SINI..fikir2kan..wallahua'lam..


Pengundi Cina di Tenang perlu fikir

KUANTAN 12 Jan. -Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini.

"Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam.


(Sebagaimana Chua Soi Lek, Najib juga percaya PAS pasti akan melaksanakan negara Islam apabila berkuasa kelak..apa reaksi penyokong Umno? apakah mereka setuju dgn kenyataan Najib ini?..baca di SINI..)

"Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Soi Lek mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat dekat Labis, Isnin lalu.

Menurut Soi Lek, MCA tidak akan menggunakan isu itu bagi menakut-nakutkan masyarakat Cina tetapi ia memerlukan pertimbangan yang mendalam.

"Pas sering mengatakan MCA sengaja menjadikan perkara ini (negara Islam) sebagai isu untuk menakutkan masyarakat Cina.

"MCA tidak bermaksud sedemikian tetapi mahu dan berharap kaum Cina dapat membuat pertimbangan mengenai implikasinya," jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan terhadap gejala judi Internet di kalangan remaja dan pelajar Cina sehingga mendorong mereka meminjam daripada ah long.

"Semua pihak terutama ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang merugikan itu.

"Pihak sekolah juga boleh berperanan mengingatkan pelajar mengenai kesan negatif bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga ibu bapa dan masyarakat," jelasnya. - MK

Versi BERNAMA...

Consider implication of PAS' Islamic state, MCA chief advises Chinese

KUANTAN: MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek today advised the Chinese, particularly those in Johor's Tenang state constituency where a by-election is due on Jan 30, to consider in-depth the implications of the Islamic state championed by PAS.

He said PAS would definitely want to make it a reality if it were to come to power.

"PAS will not back down from its struggle to set up an Islamic state. This is a direct warning to the DAP and all non-Muslims. If you consider all the political parties in the country, it is only PAS which is talking of religion in terms of a political agenda.

"If PAS comes to power and administers, it has to fulfil what it is championing and will adhere to its constitution to set up an Islamic state," he told reporters after handing out contributions to old folks in conjunction with the Chinese New Year next month.

He was asked to comment on PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang's statement on the setting up of an Islamic state and enforcement of Islamic laws at a party function in the Chemplak Barat Felda Scheme in Labis on Monday.

Dr Chua said the MCA was not using the issue to frighten the Chinese, but the matter had to be given some thought.

On another issue, the MCA president hit out at private companies which reaped huge profits but failed to fulfil their corporate social responsibility (CSR).

He said there was an imbalance in CSR by private companies in relation to the rising economic growth of the country.

Contributions, if any, were confined to entertaining guests at certain functions, he said.

Dr Chua said private companies should assist the government in contributing to the welfare of the people because they owned huge human and financial resources.

For example, he said, a private company or a government-linked company (GLC) could adopt a nearby school and donate computers and other equipment.

Gambar kunjungan ulamak besar Yaman, Sheikh al-Habib 'Umar bin Hafiz bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 13 Jan 2011 04:37 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Ulama' terkemuka dari Yaman, Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz telah melakukan lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan pada 12 Januari lalu..

Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan juga Dato' Paduka Haji Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Lawatan rasmi ini telah dibuat dalam siri Dakwah Tahunannya ke serata Negara..boleh lihat profil penuh Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz di SINI..

Disamping ulamak dari Yaman, seorang ulamak terkemuka dari Fattani, Sheikh Baba Abdul Aziz, Yg Dipertua Jemaah Ulama Fattani turut berkesempatan mengunjungi MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz...

















(Sheikh Baba Abdul Aziz..)



Sumber gambar: Topeng Perak Unmasked

Artikel berkaitan (mesti tengok):
- Gambar Tok Guru Nik Aziz disantuni ulamak dunia (Syria)

MEMALUKAN: Istana arah tarik balik gelaran "Dato' Seri", bukan atas pertimbangan Khir Toyo!

Posted: 13 Jan 2011 02:01 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Semalam bukan main segala hulu balang dan blogger rasis parti perkauman Umno memuji, memuja, men'jilat' dan membodek Khir Toyo kononnya seorang yang berprinsip, berani dan pahlawan sebenar..

Dakwa mereka, tidak ada satu tokoh pemimpin politik pun termasuk Anwar yang seberani Khir Toyo memulangkan gelaran Dato' atas kerelaan sendiri, demi menghadapi proses mahkamah (bagi mengelakkan merosakkan gelaran Dato')..

Korang baca artikel Khir Toyo 12 Januari lalu:

"Penyerahan Semula Darjah Kebesaran Selangor

1, Pada pertengahan Disember 2010 yang lalu saya telah menghantar sepucuk surat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuaku Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

2. Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

3. Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

4. Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr. Mohamad Khir bin Toyo sahaja."
Jika kalian baca sekali imbas entry Khir Toyo di atas, sudah tentu anda merasakan bahawa Khir Toyo memulangkan gelaran ini atas pertimnbangannya sendiri, seolah2 bukan atas arahan pihak istana..betul tak?

Dan hari ini istana menjelaskan bahawa penarikan gelaran "Dato' Seri" adalah atas ARAHAN pihak istana, bukan berdasarkan pertimbangan Khor Toyo sendiri, apatah lagi kononnya ia hanyalah bersifat "penyerahan sementara"..

Sungguh memalukan penggerak gerakan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) ini..nak tunjuk hero konon, tapi setakat hero kampung..mungkin ini petanda beliau sememangnya bakal dikenakan tindakan atas laporan2 rasuah dan penyelewengan sebelum ini..

Apa kata penyokong fanatik ketuanan Melayu Umno?..berani ke Khir Toyo desak istana mintak maaf andai laporan ini tidak benar?..fikir2kan..wallahua'lam..


Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran "Dato' Seri" kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.



Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. - Mk

Versi Thestar.com.my...

Khir Toyo's title suspended, not surrendered: State Sec Khusrin (Updated)

SHAH ALAM: The Datuk Seri title of former Mentri Besar Dr Mohd Khir Toyo was suspended by the Selangor Sultan and not surrendered voluntarily, State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi clarified Thursday.

The former MB's statement that he had voluntarily returned his title was not true, Mohd Khusrin said when contacted, adding that the decision to suspend the title was made by the Sultan and relayed to Dr Mohd Khir after the royal council's meeting Wednesday.

According to Mohd Khusrin, the suspension would be until the case pending against Dr Mohd Khir was settled.

"If he is found guilty, the title will be revoked. If he is not guilty, it will be returned to him," he added.

Meanwhile, in a response posted in his blog, Dr Mohd Khir maintained he had volunteered to surrender his title.

"I readily accept the suspension as I had written to the Sultan's private secretary (Datuk Munir Bani) in December, expressing my intent to temporarily return the title until my case is over," Dr Mohd Khir said.

When contacted, Dr Mohd Khir said he had written to Munir on Dec 7 and to the Sultan on Dec 10, through Munir's office.

He said he had written to secure the palace's permission to temporarily return the title as he did not have the authority to suspend it himself.

He said as he was not at the royal council's meeting, he was not in a position to say whether or not his letter had influenced the decision to suspend his title.

"I was only informed that His Highness the Sultan and the royal council had suspended my title and I assumed it this must be due to my letter," Dr Mohd Khir said.

He said Mohd Khusrin should have conferred with Munir before making the statement.

"I don't have to lie about these things," he added.

On Wednesday, the Sungai Panjang assemblyman said the policy for title-holders to surrender their titles if charged in court was made during his tenure as MB.

"Given this, it is the right and honorable thing for me to return the title to the palace.

"I wrote a letter to the palace on this matter last month," he added.

Dr Mohd Khir had said he was surrending the title "temporarily", pending the disposal of his graft trial.

Dr Mohd Khir, 45, was charged on Dec 6 in the Sessions Court here with accepting two plots of land in Section 7 here for RM3.5mil, when the said lots were bought by Ditamas Sdn Bhd managing director Datuk Shamsuddin Haryoni for RM6.5mil.

Shamsuddin, 52, was also charged with abetting in the deal of the property on May 29, 2007.

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Najib tiada idea sanggah tawaran 100 hari Pakatan Rakyat

Posted: 13 Jan 2011 07:36 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak disifatkan 'kering idea' untuk menyanggah pelan tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat apabila menolak pelawaan debat oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Demikian telahan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kepada Harakah ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut 13 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sepatutnya Najib menerima tawaran debat Anwar kerana ia adalah jalan terbaik bagi rakyat untuk menilai sejauhmana tawaran Pakatan Rakyat itu suatu idea yang realistik.

Kenyataan Najib yang menyifatkan cabaran debat itu sebagai 'membuang masa' kata Salahuddin suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab selepas Perdana Menteri itu mengkritik Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

"Dia (Najib) melemparkan kritikan, tetapi kenapa takut untuk berhujah dengan pimpinan Pakatan Rakyat.Jika beliau berani, beliau sahut cabaran Anwar, samada debat atau berbincang secara terbuka," katanya.

Beliau yakin, keenganan Najib itu sebenarnya membuktikan ketidakmampuan kerajaan Umno-BN memberikan tawaran yang benar-benar menyentuh rakyat kebanyakan.

Apa yang menjadi amalan Umno-BN sebelum ini hanyalah mementingkan soal kroni, sedangkan rakyat dibiarkan tertekan dengan masalah ekonomi hasil kepincangan pentadbiran kerajaan, katanya.

"Pakatan Rakyat datang dengan menawarkan alternatif, suatu kerajaan yang berintegriti, mampu menjadikan ekonomi negara mesra dan memihak kepada rakyat," ujarnya lagi.

Beliau yakin, Najib akan terus menolak tawaran debat atau berbincangs ecara terbuka kerana Najib kekeringan idea untuk menyanggah hujah Pakatan Rakyat.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


F.L.O.M - (First Lady of Malaysia) Division di Jab Perdana Menteri - Jabatan khas untuk minah katek?

Posted: 13 Jan 2011 03:42 PM PST

Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas

Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi

G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas

Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi

Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas

Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas

FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?

Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

EDYES @ edyesdotcom
mode menyerang
sumber : edyesdotcom
MS: HARAMJADAH ... TU YANG AKU NAK KATA DULU ... untuk apa perlu diadakan satu jabatan khas untuk jaga minah katek tu, yang tak pernah dibuat oleh mana-mana PM Malaysia sebelum ni? Memang betul lah Najib ni takut bini ... tunggu pendedahan edyesdotcom lagi selepas ini ... JATUHKAN NAJIB, TUMBANGKAN UMNO

PRK di Melaka pula?:

Posted: 13 Jan 2011 08:57 AM PST

ADUN Merlimau masuk hospital

MELAKA: EXCO Kerajaan Melaka, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Pakar Putra petang tadi dipercayai kerana masalah jantung.

Sehingga malam ini, Mohd Hidhir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, dilaporkan dalam keadaan stabil. Beliau memegang portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa selain jawatan Naib Ketua UMNO Jasin dan Penolong Setiausaha UMNO Melaka. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, melawat beliau kira-kira jam 8 malam tadi. - BH

MS: jangan lah salah anggap yer ... bukan aku nak doakan agar di adakan PRK di Merlimau ni, tapi sekadar bertanya saja ... apa-apa pun aku doakan agar YB Mohd Hidhir ni segera sembuh la .. insyallah ... cuma Pakatan Rakyat sekadar bersedia saja la ... mana lah tau kan ... emmmm

Rogol : Apakah dalam kepentingan politik, seorang gadis boleh dikorbankan dengan amat mudah?

Posted: 13 Jan 2011 07:36 AM PST

Ia sangat sinonim malah dekat dengan hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan masyarakat Melayu. Samaada sedar atau tidak sedar; perkataan rogol (selain bunuh atau dibom- tetapi "dibom" sangat jarang berlaku di Malaysia) diulang hampir setiap hari oleh media arus perdana dan hari ini anda menemuinya di sini.

Isu ROGOL bukan sebagai strategi pemasaran murahan tetapi cuba untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri kira-kira empat tahun lalu. Menteri tersebut masih berkhidmat dalam Kabinet Najib sehingga detik ini.

Maklumat bocor anggota kabinet yang terlibat dalam jenayah rogol ini telah didedahkan kembali dalam WikiLeaks sebelum tersebar dengan meluas di kalangan blog-blog lokal dan laman sosial yang lain. Ia telah menjadi rahsia umum dan semakin rancak diperbualkan rakyat. Memang benar kata sesetangah dari kita; WikiLeaks menyusahkan orang!

Menurut pendedahan "Laporan Investigasi" yang dikeluarkan oleh Migrant Care Indonesia, Menteri yang tertuduh melakukan jenayah rogol ini adalah Rais Yatim yang memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kes ini dilihat sebagai "Pembuka 2011 yang panas".

Telah lama diketahui

Persoalan demi persoalan timbul. Anehnya, Menteri tersebut masih "selamat" walaupun laporan mengenainya telah lama sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Subjek (mangsa) dalam kes Menteri rogol ini adalah Robengah yang berasal dari Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah. Seperti yang umum ketahui, Ibu kepada Monica dan Tina ini telah berkhidmat dirumah Menteri tersebut selama lapan tahun. Laporan penyiasatan yang dibuat Migrant Care, Robengah mendakwa "pernah diperkosa" majikannya saat terakhir akan pulang ke kampung halamannya.

Menurut Pengarah Migrant Care Malaysia, Alex Ong, Robengah dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007.

Laporan polis dan penafian Menteri?

Saat artikel ini ditulis, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telahpun membuat laporan polis terhadap Menteri tersebut berhubung kes ini dan pada masa yang sama pula, Menteri tersebut mengeluarkan kenyataannya kepada media seperti berikut "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik."

Penulis ingin membawa anda semua lari sebentar untuk menghayati sebuah filem bertajuk Jamila dan Sang Presiden karya Ratna Sarumpaet yang meraih anugerah NETPAC di Festival Filem Mediale Rom. Jamila (lakonan Atiqah Hasiholan) telah membunuh seorang Menteri bernama Nurdin (lakonan Adjie Pangestu) atas kebenciannya terhadap ahli politik dan negara yang telah membiarkan kehidupannya sengsara sejak kecil. Atas desakan pelbagai "aktivis masyarakat" pro-Nurdin, Jamila dijatuhkan hukuman mati. Sehingga saat akhir beliau tidak mahu untuk membuat sebarang rayuan atas hukumannya. Jamila mati bermaruah mempertahankan tindakannya.

Sinonim dengan kes rogol yang hangat diperkatakan ini. Walaupun Bapak Sukirman (suami Robengah) tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana ia melibatkan "orang atasan", cerita ini telahpun "heboh" dan langkah seterusnya harus diambil. Siasatan terperinci dibuat dengan kadar segera demi keadilan dan menjamin keselamatan mangsa, keluarga serta menjaga kemaslahatan kedua negara.

Nasib Moshe Katsav yang malang

Di Israel, keadilan dua pekerja bawahan Katsav akhirnya terbela selepas bos mereka itu didapati bersalah dengan tuduhan merogol. Bekas Presiden Israel yang berumur 65 tahun itu didapati bersalah merogol pekerjanya dalam tempoh semasa berada dalam kabinet Israel. Pada tahun 1998, seorang pekerja wanitanya telah ditolak ke lantai sebelum dirogol manakala pada tahun 2005, seorang lagi pembantunya dipeluk dalam jangkamasa agak lama sambil lehernya dihidu. Walaupun Katsav mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa kepada politik, Mahkamah Israel menjatuhkan beliau hukuman minimum empat tahun sehingga enam belas tahun penjara.

Memetik kata-kata Shimon Peres yang menjadi pengganti Katsav sebagai Presiden, "Tidak ada dua negara Israel, cuma satu negara". Katanya lagi, "Di sini tidak ada dua jenis warganegara...semuanya sama di mata undang-undang."

Kita berada dalam dunia ketiga. Situasi di mana yang berkuasa adalah absolute dalam hampir semua keadaan! Walaupun kita lebih baik dan maju dalam beberapa bidang berbanding negara seangkatan, tetapi dalam soal keadilan, status selalunya menjadi kasta yang mungkin akan "mencipta keadilannya tersendiri secara magis" terutama apabila melibatkan kes yang berprofil tinggi.

Penulis samasekali bukan merendahkan atau mempersoal kreadibiliti sistem perundangan negara ini mahupun negara apapun. Cuma, persoalan akan terus timbul sekiranya perlaksanaan keadilan terus diganggu maupun terganggu oleh entiti-entiti asing seperti "politik".

"Tiba-tiba" Robengah nafi dirogol?

"Magik" sedang berlaku? Setelah laporan "diperkosa" dibuat beberapa tahun lalu, dengan tiba-tiba ada berita dikhabarkan dari Banjarnegara. Sepucuk surat yang ditandatangani Robengah pada 7 Januari 2011 menyatakan antaranya "...Mulai keberangkatan selama di Malaysia sampai pulang di Indonesia, tidak pernah terjadi masalah apapun pada diri saya..". Media arus perdana mengganggap surat ini sebagai "killer point" mereka dan seolah-olah Rais "manusia bersih dari tuduhan". Adakah ini bermaksud kes selesai?

Seolah-olah isu ini tidak perlu siasatan terperinci; penafian sudah cukup. Kerajaan harus ingat bahawa rakyat sekarang tidak terlalu bodoh untuk dibohongi. Penulis bertegas bahawa tulisan ini bukan beerti menuduh menteri terbabit bersalah tetapi mahukan siasatan terperinci dijalankan.

Perbicaraan Lim Guan Eng 1997 dan Menteri kanan dari Kedah

Anda tentu masih ingat perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 (Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ini). Kes ini adalah kes pembelaan beliau untuk mangsa rogol seorang gadis Melayu bawah umur berusia 15 tahun oleh tertuduh pada waktu itu bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.

Pada 28 Februari 1995, Lim Guan Eng telah didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Rentetan dari pendakwaan itu, pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana "mencetak dengan niat jahat" risalah yang mengandungi "maklumat palsu", khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan "mangsa terpenjara" untuk menggambarkan murid sekolah itu yang akhirnya menyebabkan beliau dipenjarakan tiga tahun.

Para pemerhati politik melihat beliau sebagai mangsa kepada campurtangan politik dalam perjuangannya membela mangsa yang rogol.

Kalau anda masih ingat lagi pada tahun 2005 seorang "Menteri kanan dari Kedah" yang dituduh terlibat dalam kes rogol dilupakan begitu sahaja. Malah pembelaan terhadap gadis-gadis Penan yang diperkosa sekitar 2008 juga tidak dapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan.

Berbalik kepada kes Menteri rogol amah ini. Persoalan pertama; adakah ini akan disiasat dengan telus dan terperinci? Persoalan kedua; adakah rakyat akan diperlihatkan lagi dengan keadaan di mana campurtangan politik mengganggu proses siasatan dan perundangan dijalankan? Persoalan ketiga; adakah kes ini akan "masuk bakul sampah" begitu sahaja?

Hubungan Malaysia-Indonesia

Rakyat negara ini, malah dunia sedang memerhati dan menuntut agar kes rogol yang melibatkan Menteri ini di tangani dan diadili sebaiknya. Rakyat di kedua-dua negara pasti ternanti-nanti di hadapan kaca televisyen masing-masing mengenai laporan berita "Menteri Malaysia rogol Amah Indonesia" bersama popcorn dan Coke mereka di sisi!

Sekiranya sistem perundangan negara kita gagal menangani "skandal" ini dengan baik dan adil. Ia akan membawa "kecelakaan lebih besar" dalam hubungan baik diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Jakarta manakala rakyat pula mampu untuk membuat pengadilan mereka dengan cara yang tersendiri.

Penulis suka menggungkap sebahagian kenyataan Marina Mahathir, merujuk kepada kes perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas... pilihlah perogol anda dengan teliti... Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Malah kita juga bersetuju; bukan sahaja gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan mudah; siapapun boleh menjadi korban mudah "politik", kerana kezaliman, penindasan dan salah guna kuasa takkan kenal apa itu "undang-undang". Rakyat sudah lama menanti sinar baharu dengan penuh harapan agar keadilan akan tertegak dengan gemilangnya di tanah air ini.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Percubaan Khir Toyo untuk menipu akhirnya terbongkar ... kahkahkah

Posted: 12 Jan 2011 11:39 PM PST

(sebenarnya) Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran "Dato' Seri" kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," tambahnya.


Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. - Malaysiakini
MS: Tak sampai 24 jam, percubaan Khir Toyo nak tunjuk baik terbongkar. Komen aku pada artikel sebelum ni yang menyebut Khir Toyo "KONON" nak tunjuk baik, sebenarnya PENIPU BESAR ...sebab apa? sebab rela menyerah kembali "Dato Seri"nya. Rupa-rupanya BUKAN DIA YANG NAK SERAH KEMBALI tapi Sultan Selangor yang memerintahkan gelaran itu digantung ... hahahaha.
Rupa-rupanya Doktor juga kaki kencing juga rupanya ...sama saja dengan tok Ketua mereka ... tapi umum mengetahui puak-puak ni memang kaki kencing ... kalau bukan kaki kencing bukan ahli Umno lah ...