Khamis, 13 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EZAM `RAJA SESUMPAH' MENEMUI JODOH DENGAN UMI `RATU SESUMPAH' ?

Posted: 13 Jan 2011 11:00 PM PST

`Andartu' ini pernah bersumpah memegang Al-Quran tanpa menutup aurat, Al-Quran diperhinakan oleh wanita ini...


Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah kini telah menemui `pasangan' atau `jodoh'. Ini bermakna Ezam sesumpah bukan orang lain dengan YB Azmin kerana `jodoh' Ezam sesmpah adalah adik kandung kepada Azmin iaitu Umi Hafilda, suatu nama yang `glamour' di era 98 dan insan `terbuang' dari keluarga.

Di dalam media haprak, wajah `andartu' yang dikatakan masih belum laku ini muncul kembali dengan membawa `sumpah' sepertimana yang kerapkali dilakukan oleh Ezam sesumpah. Setelah `konspirasi'nya gagal di awal kemunculannya di mahkamah di era 98, kemudiannya gagal untuk menceburi kerjaya politik apabila `andartu' ini ditolak oleh Puteri Umno atas kesalahan disiplin, kali ini beliau muncul untuk mendendangkan kembali cerita penglipur lara karangan Mahathir Kutty.

Umi Hafilda telah banyak memalukan keluarga Almarhum Ali, iaitu bapa YB Azmin Ali dan juga artis Azwan Ali. Jika dahulu, Azwan Ali begitu rapat dengan `andartu' ini setiap hari ulang-alik ke mahkamah di dalam kes Liwat 1 melibatkan drama DS Anwar dan Azizan. Pada waktu itu hubungan Azwan Ali begitu renggang dengan abangnya Azmin Ali. Sekarang, hubungan di antara Azwan Ali amat baik dan kembali bersatu dalam satu keluarga. Ini tidak berlaku kepada `andartu' ini. Beliau dikatakan tidak diakui anak oleh ayahnya sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Begitulah nasib seorang yang terbuang.

Kemunculan `andartu' yang ingin mencari glamour murahan ini untuk membawa kembali episod tahun 98 memperlihatkan betapa beliau sanggup berbuat apa sahaja hatta menjadi `pelacur politik' kepada sekutu Apco. Beliau telah diberi peluang untuk mendedahkan segala yang beliau tahu tentang kes liwat 1 dahulu, namun ianya tidak berhasil sama sekali. Kini, beliau ingin kembali menyelit di tengah-tengah kejahatan puak sekutu Apco untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Adakah kali ini beliau akan berjaya?

Tindakan beliau untuk menyaman DS Anwar, DS Wan Azizah malahan abang kandungnya sendiri YB Azmin adalah satu usaha terbaru `andartu' ini. Beliau besumpah dengan kalimah Allah sama seperti Ezam sesumpah pernah lakukan hanya kerana untuk menjatuhkan imej DS Anwar. Tetapi, semakin banyak mereka ini bersumpah, semakin tinggi imej dan darjat DS Anwar di mata rakyat dan semakin jatuh kredibiliti pemimpin sekutu Apco. DS Anwar terus diberi kekuatan moral dan beliau bukan semakin takut, bahkan semakin berani untuk berdepan dengan Najib. Siapa yang takut untuk berdepan dengan DS Anwar?

Inilah anugerah Allah seperti yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan `andartu' yang gila glamour ini. Tidak hairanlah jika Mahathir Kutty amat takut berdepan dengan DS Anwar hatta untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 1 dahulu. Najib juga bakal dipanggil untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 2 yang sedang berjalan sekarang. Adakah Najib akan mewarisi sifat penakut Mahathir Kutty? Bayangan penakutnya Najib telah mula kelihatan apabila enggan berdebat dengan DS Anwar di dalam isu ekonomi negara.

Saya mengalu-alukan usaha terbaru `andartu' Umi Hafilda ini. Beliau telah kembali mengingatkan kita tentang konspirasi tahun 98. Walaupun ramai yang terlibat di dalam konspirasi itu telah kembali ke dalam tanah seperti Peguam Mokhtar Abdullah (Mokhar Dugung), Penulis Buku Fitnah iaitu Khalid Jeffri, Hakim `Hacks' Augustine Paul, Dr Kristina Majid (Anwar pernah ditelanjangkan di depannya) dan beberapa orang lagi yang masih hidup tetapi `tersiksa' atau `terpulau', namun Umi Hafilda masih hidup untuk meneruskan `perjuangan' puak-puak yang telah ditanam itu. Syabas Umi `Ratu Sesumpah'./wfauzdin.blogspot.com

SELANGOR - HARAMKAN UMAT ISLAM MENCARI REZEKI HARAM DI KILANG/PREMIS JUALAN ARAK

Posted: 13 Jan 2011 07:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ARAK sememangnya haram di sisi Islam tanpa khilaf lagi. Bekerja secara langsung atau tidak selagi ianya bersangkut-paut dengan minuman haram ini, maka hukumnya tetap haram kepada mereka yang berugama Islam. Malang sekali, ramai juga orang-orang Islam yang bekerja atau mencari rezeki di kilang-kilang atau kedai arak.

Apabila membaca laporan di sini, amat mendukacitakan kerana kita yang memerintah di Selangor masih berbelah bahagi untuk melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di kilang atau premis yang menjual arak. Apa ruginya Kerajaan Negeri Selangor sekiranya mewujudkan undang-undang yang ketat agar tiada lagi umat Islam yang mencari rezeki haram di situ.

Mengapa perlu ditanya siapakah yang boleh mendapatkan kerja untuk umat Islam yang diberhentikan kerja di Kilang arak? Bumi Allah ini luas, mereka boleh memilih kerjaya yang lain selain dari bergelumang dengan kencing Syaitan ini. Betapa ramai yang sanggup tidak bekerja atau sekadar menjadi `kuli' asalkan tidak terlibat dengan arak.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar undang-undang atau peraturan melarang umat Islam bekerja di kilang/premis menjual arak dikuatkuasakan segera di selangor. Jika kita tidak mampu menghalang Kerajaan Pusat ditunjangi Umno daripada mengeluarkan lesen kilang arak, memadai dulu kita mewujudkan undang-undang melarang umat Islam bekerja di Kilang atau premis arak. Kesemua Kerajaan Negeri yang berada di bawah PR hendaklah bertindak segera agar minda dan akhlak semua umat Islam terpelihara./wfauzdin.blogspot.com

DR HASSAN ALI TIDAK PERNAH BERI AMARAN KEPADA KERAJAAN SELANGOR, MEDIA SALAH LAPOR

Posted: 13 Jan 2011 05:00 PM PST

PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.

Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.

Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".

"Saya tidak tahu bagaimana laporan berita seperti ini boleh dibuat, sama ada wartawan tersalah lapor atau editor yang keliru.

"Justeru saya mengesa Malaysiakini membuat pembetulan semula secara terbuka dan meminta maaf kepada Pesuruhjaya. Laporan berita ini telah menimbulkan masalah kepada PAS Selangor dengan ahli-ahli dan menjejaskan hubungan kami dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar

Posted: 13 Jan 2011 08:36 AM PST

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Wacana-wacana terbuka antara tokoh-tokoh politik seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah menyebarkan pendidikan politik. Seperti yang sering diulang-ulangkan oleh Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Demikian juga, zaman momokan hanya BN yang patriotik sedangkan pembangkang adalah pengkhianat negara juga telah berlalu. Dalam sebuah negara demokrasi, kedua-dua parti yang menerajui kerajaan dan yang menjadi pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama kepada negara. Melalui persaingan siapakah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab yang terbaik, dialah yang bakal dipilih oleh rakyat.

Pemilihan pemimpin yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab adalah idaman semua manusia. Para ilmuan dari seluruh peradaban sering berbicara tentang pemimpin yang seperti ini sama ada Plato, Kung Fu Tze, Kautilya dan al-Mawardi. Secara sejagatnya kesemua mereka mengharapkan pemimpin yang berilmu, bermoral dan berintegiriti. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka rakyat dapat mengharapkan tertegaknya keadilan dan kebajikan. Perbahasan-perbahasan para ilmuan itu sehingga hari ini kekal dalam lembaran-lembaran ilmu dalam bentuk bahasa-bahasa retorik.

Bagaimanapun, seseorang pemimpin politik dari dahulu hingga kini, jarang menggunakan bahasa-bahasa retorik. Sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa politik, iaitu bahasa yang sering difahami dengan mudah oleh rakyat. Dengan pengertian lain, peranan bagi seseorang pemimpin politik yang berwibawa ialah menterjemahkan bahasa retorik tentang kenegaraan kepada bahasa politik untuk memahamkan rakyat. Di sinilah letaknya kepentingan wacana politik sama ada bercorak ceramah, diskusi atau debat. Menyedari hakikat tersebut, debat antara Najib dan Anwar itu bukanlah membazir masa, bahkan sangat perlu dalam mendidik rakyat tentang politik kenegaraan.

Sangatlah malang bila terdapat pula pihak-pihak lain yang ingin 'kacau daun' untuk menggagalkan debat ini atau mungkin mempunyai agenda tersendiri. Antara mereka ialah Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. Dari segi kedudukan politik, awal-awal lagi kedudukan politik mereka berbanding Anwar adalah tidak seimbang. Nazri Aziz hanya seorang menteri biasa yang tidak ada jawatan-jawatan kanan dalam parti, manakala Khairy pula seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tiada apa-apa dalam kabinet. Sepatutnya kedua-dua mereka mencari lawan yang sesuai supaya tidak ditanggapi mereka mempunyai agenda tersendiri dalam berdebat.

Dari segi kewibawaan peribadi pula, kedua-dua Nazri dan Khairy belum mempunyai wibawa untuk menandingi Anwar. Kebetulan saya mempunyai pengalaman berdialog atau mungkin juga boleh dikatakan berdebat dengan mereka. Dengan Nazri perdebatan secara tidak langsung manakala dengan Khairy perdebatan secara langsung. Perdebatan secara tidak langsung dengan Nazri ialah ketika saya bersama beberapa yang lain membantu persiapan Salahuddin Ayub berdebat dengan Nazri berhubung dengan Isu "Penarikan Geran Perkapita Sekolah Agama Rakyat". Perdebatan yang berlangsung pada 17 Februari 2003 itu memperlihatkan kedangkalan Nazri dalam berhujah, semata-mata bergantung kepada janji harapan untuk mengembalikan geran itu setelah pemerintahan Dr Mahathir berakhir.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin lebih mantap bersama-sama dengan fakta-fakta yang berkaitan. Manakala Nazri pula lebih bersifat cuba "menegakkan benang basah" dengan jaminan sekolah agama rakyat tidak akan dipinggirkan, walaupun hakikatnya dengan penarikan geran perkapita itu bererti satu peminggiran. Sesiapa yang menyaksikan debat pada malam itu di Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh menilai apakah kewibawaan Nazri setara dengan Anwar atau tidak? Sekiranya berlangsung juga perdebatan antara Nazri dan Anwar, tiada apa yang berfaedah melainkan menyelamatkan Najib daripada cabaran itu.

Manakala dengan Khairy pula berlaku secara langsung semasa Forum Intelektual tentang "Malaysia and Its Competetiveness in the Future" di UIA pada 27 Julai 2010. Forum itu juga disertai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Dr Marzuki Mohammad. Saya hadir dalam forum tersebut sebagai 'bidan terjun' menggantikan seorang sahabat yang berkeuzuran, dan hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum forum. Saya juga terpaksa hadir lewat sedikit disebabkan mempunyai komitmen kerja sehingga hampir malam. Tujuan saya hadir untuk mengemukakan tiga point penting iaitu:

a. Competitiveness sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada sektor ekonomi semata-mata tetapi juga faktor-faktor lain termasuklah demokrasi yang telus, pentadbiran yang bersih, kebebasan akademik dan lain-lain.

b. Kesemua faktor-faktor yang menyokong kepada peningkatan daya saing negara itu telah diruntuhkan semasa era pemerintahan Dr Mahathir, seperti kebebasan kehakiman, dan dasar pengasingan kuasa.

c. Bagi memulihkan semula daya saing itu, perlu dilakukan reformasi sistem atau dasar bukan sekadar meletakkan pemimpin-pemimpin yang baik. Pemimpin-pemimpin yang baik bukanlah satu jaminan reformasi ke arah kebaikan akan berlaku.

Walaupun, Khairy mempunyai 'golden chance' untuk memukul ahli-ahli panel lain kerana beliau diletakkan di giliran terakhir semasa penggulungan, saya lihat ketiga-tiga point yang saya kemukakan tidak tergugat. Yang paling menarik, bila saya menyatakan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan daya saing negara telah runtuh semasa era Dr Mahathir, Khairy hanya mengulas: "no comment" dengan nada mengiyakan apa yang berlaku. Strategi saya memerangkap Khairy dengan 'memuji' kepimpinan Pak Lah yang cuba membaiki kerosakan yang dibuat oleh Dr Mahathir benar-benar mengena.

Oleh sebab itu, pada pandangan saya Khairy juga belum layak untuk berdebat dengan Anwar. Perdebatan Khairy dengan Anwar tidak lebih daripada untuk menaikkan semula dirinya dalam dunia percaturan politik UMNO. Berdasarkan pengalaman-pengalaman itu, saya melihat Nazri dan Khairy tidak sepatutnya menjadi 'pengacau' ketikamana pelbagai pihak berusaha untuk menjayakan debat antara Najib dan Anwar. Berikan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan satu perdebatan bersejarah yang akan menjadi titik tolak kepada budaya politik yang lebih sihat di negara ini.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
Pengarah Institut Kajian Polisi (IPS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

Sumber: Anwaribrahim.blog

Cabar Anwar Berdebat, KJ Guna Talian Hayat

Posted: 13 Jan 2011 04:00 AM PST

12/01/2011


SHAH ALAM 12 JAN: Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya./TVNews

SIAPA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR LAGI ? IKUT GILIRAN OK

Posted: 13 Jan 2011 12:00 AM PST

Oleh: Mandor

ISU Debat belum habis walaupun Najib telah `menyorok' belakang Bik Mama. Mungkin Najib kata " Aku bukan takut dengan Anwar, tapi Anwar yang tak takut dengan aku...". Maka Bik Mama pun jawab," Issshh...i ingatkan U ni takut ngan i jer....."
Justify Full
Kalau kita orang tuduh takut dengan bini, tentulah kita malu bukan? Jadi, macam mana nak `cover' malu? Itu kena pandai masing-masing la....

Bila Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, terpacul pula muka-muka pengampu nak berdebat dengan Anwar juga. Laris betul Anwar ni. Maklumlah, sesiapa boleh tewaskan Anwar, mereka akan dilantik jawatan tinggi atau akan diberi anugerah oleh bos. Yang cerdik Ezam sesumpah, tak payah debat, cuma pergi merata tempat kutuk Anwar, buat sumpah sikit dan bodek Najib, tup..tup...dapat `Senatak'.

KJ pula dah hampir putus asa. Jadi Ketua Pemuda Umno tapi tak pegang apa jawatan pun dalam kabinet, kecuali berada di `kabinet' dapor je. Terasa `fade up' juga, itu yang terasa tak mahu lagi jadi calon Pilihanraya. `Test market' kot. Orang yang dok dalam `kabinet' dapor ni pun terasa nak cari makan disaat akhir. KJ pun cabar Anwar debat. Geli aku. Orang Rembau semua tahu kisah KJ lari lintang pukang bila Chegu Bard cabar beliau berdebat di Rembau semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Kali ni, mana tahu bila cabar Anwar saja, Najib pun angkat beliau jadi apa-apa pun lah.....

Sekor lagi Nazri Aziz. Menteri yang tak pernah-pernah naik pangkat asyik jadi Menteri je sejak dulu pun mahu cari makan juga. Beliau cabar Anwar tentang isu Apco. Tujuannya, biar orang lupa pasal isu janji 100 hari PR yang mahu didebatkan oleh Anwar dengan Najib itu. Itu stail Nazri yang akan pusing tajuk agar bosnya selamat. Cari makan cara ini mudah sikit.

OK lah, tak kiralah siapa yang nak cari makan dengan mencabar Anwar berdebat. Tetapi, boleh tak selesaikan satu-satu ikut giliran untuk berdebat dengan Anwar? Yang pertama dulu, Shabery Cheek dah lepas sampai meleleh air liur atas pentas. Kini, giliran Najib, tunggulah sampai Najib naik pentas dulu nak tengok apa yang meleleh dari Najib nanti. Lepas itu nanti, barulah peluang untuk Nazri, kemudiannya KJ. Ikut giliran lah, jangan berebut....

Yang penting, tunggu Najib dulu naik. Kalau Najib tak mahu naik, dia boleh `passing' kat Bik Mama. Sebab apa beza Najib dengan Bik mama? /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan: