WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
MOKHTAR ABDULLAH, KHALID JAFRI, DR QRISTINA, AUGUSTINE PAUL DAN KINI ARIFFIN JAKA MENEMUI ALLAH Posted: 29 Dec 2011 09:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEMALAM kita dapat berita, seorang Hakim bernama Ariffin Jaka telah meninggal dunia. Ertinya, tiada sesiapa pun boleh menungkat langit dan berlagak sombong semasa di dunia ini. Ariffin Jaka kini telah mengadap Allah S.W.T yang telah menciptanya, sebagaimana semua makhluk di dunia dan yang berada di mana-mana planet cakrawala sekalipun semuanya Allah yang menjadikannya. Bezanya, sebagai seorang manusia wajib kita diadili oleh Allah S.W.T di Akhir Zaman nanti. Bahkan, sewaktu kita hampir-hampir hujung nyawa (Nazak) pun kita telah diberi bayangan oleh Allah S.W.T ke mana kita akan di tempatkan nanti.
Ariffin Jaka kini sedang diadili di alam Barzakh. Jika sewaktu beliau bernyawa, beliau adalah Hakim yang sering disebut `Yang Arif'. Beliau terkenal dan `glamour' apabila beliau terlibat di dalam perbicaraan fitnah 1 DS Anwar Ibrahim. Sebelum itu, Mokhtar Abdullah Peguam Negara yang banyak berfungsi di dalam kes yang sama telah menemui ajalnya. Hakim Augustine Paul juga begitu. Masing-masing kini sedang diadili kecuali Augustine Paul sebab beliau bukan Islam dan tidak perlu lagi kepada pengadilan Allah kerana tempat bagi orang-orang Kafir sudah ditetapkan. Mokhtar Abdullah mati di dalam keadaan koma, Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar. Dr Qristina yang menjadi salah seorang saksi Pendakwa juga mati. Ariffin Jaka dan kita semua akan melihat sendiri bagaimana keadilan Allah terhadap kita apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar. Pada ketika itu, kita akan melihat sendiri adakah para-para Hakim `Yang Arif' serta Peguam-Peguam yang hebat ini mampu berhujah atau memutarbelit di hadapan Rabbul Jalil? Kepada Hakim yang sedang mengadili kes Fitnah II DS Anwar sekarang seharusnya muhasabah diri dengan menjadikan kematian Ariffin Jaka ini sebagai iktibar. Begitu juga pihak Pendakwa dan Peguam Negara sekarang. Jangan fikir kita mahu menungkat langit sehingga bila-bila. Seandainya diberi peluang, Peguam Mokhtar Abdullah, Khalid Jafri, Dr Qristina dan Ariffin Jaka bahkan semua yang telah menemui Maha Penciptanya mahu diberi peluang kembali untuk hidup semula agar dapat melakukan amal ibadat yang banyak kepada Allah dan tidak akan berlaku zalim lagi. Tapi, apakan daya.../wfauzdin.blogspot.com | ||
BLOGGER DI PENTAS CERAMAH - BUKAN UNTUK CARI PENGARUH PERIBADI ATAU GLAMOUR Posted: 29 Dec 2011 12:13 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MASA untuk turun padang. Aku telah banyak menulis berkaitan isu-isu politik samada di dalam Blog, akhbar Suara Keadilan atau Harakah, juga banyak memberi komen di dalam Face Book. Semua itu untuk menentukan agar Umno cepat ke liang lahad. Tapi, ianya dirasakan tidak mencukupi. Mana yang termampu boleh kita lakukan dan jika berpeluang melakukan lebih dari itu, apalah salahnya kita lakukan asalkan memberi kebaikan kepada perjuangan ini. Sebelum ini, sudah ramai Blogger yang tampil di pentas ceramah, mereka juga terus menulis dan bercakap. Semuanya itu tidak lain tidak bukan hanya untuk membantu mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn. Itu sahaja. Tiada niat untuk mencari pengaruh peribadi, jauh sekali untuk mencari `glamour'. Menyedari terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri ini, tidak mungkin untuk bermimpi sejauh itu. Lebih-lebih lagi perjuangan kita semua bukan untuk mencari pengaruh peribadi atau glamour. Jika glamour yang mahu dicari, buat apa aku berhenti dari menjadi DJ Radio di Manis FM iaitu sebuah Stesyen Radio Swasta di Pantai Timur? Dulu, aku bertugas di konti radio tersebut yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan dan kini telahpun berpindah ke Kuala Terengganu. Dulu, Stesyen Radio ini milik bekas tokoh Umno iaitu Tan Sri Hussein Ahmad. Ketika itu, Stesyen Radio ini sering menampilkan tokoh-tokoh PAS Kelantan di dalam rancangan Tazkirah Ramadhan. Kini tidak lagi. Manis FM telah menjadi milik orang kuat Umno Terengganu. Dengar khabarnya milik Perbadanan MB Terengganu. Maka, memang tepat lah aku awal-awal lagi keluar dari Manis FM kerana jiwa politik aku tidak sehaluan dengan Umno. Selepas itu, aku dipanggil temuduga pula oleh RTM sebagai DJ Radio di bawah RTM. Sekali lagi, aku memikirkan jiwa aku bukan jiwa RTM, lidah rasmi yang sering membawa propaganda untuk memburukkan Pembangkang. Jika mahu glamour, mungkin di situ lah tempat yang aku harus ada sekarang. Akhirnya, aku beranikan diri bersama rakan-rakan yang lain berada di dalam Keadilan. Sebenarnya sewaktu aku berkhidmat di dalam Tentera lagi, sejurus pemecatan DS Anwar dari Kerajaan dan Umno jiwa aku bersama Keadilan. Tidak mudah, aku pernah beberapa kali dipanggil mengadap Cawangan Perisikan Khas Tentera kerana ada laporan yang kononnya aku terlibat secara langsung di dalam politik Pembangkang. Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan akhirnya aku berjaya menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun. Adakah aku tidak mengenang jasa Kerajaan? Jawapannya sudah tentu. Oleh kerana mengenangkan jasa Kerajaan lah aku berada bersama Keadilan kerana hanya Keadilan dan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh menyelamatkan negara ini. Aku cuba untuk membalas jasa Kerajaan dengan cara bersama Pakatan Rakyat membela nasib rakyat di negara ini. Membalas jasa Kerajaan bukan dengan cara menghancurkan negara. Malam ini, InsyaAllah, aku tampil dengan pendekatan berbeza. Aku diberikan ruang untuk tampil di dalam program Ceramah di Jenderak Utara. Sudah tentu, sebagai bekas tentera, isu tentera akan cuba aku kupas malam nanti. Semoga usaha yang teramat sedikit ini boleh digarap bersama rakan-rakan yang lain untuk menguburkan Umno/Bn secepat mungkin, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan