Khamis, 29 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Hasan, Harakahdaily atau Tok Guru Nik Aziz yang silap?

Posted: 29 Dec 2011 02:16 AM PST

Terkini, bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.

"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.

"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.

Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini.

Harakahdaily pertahan berita!

Sementara itu, Harakahdaily pula memuat turun transkrip penuh kenyataan Tok Guru Nik Aziz dan mempertahankan laporan mereka yang memetik kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Perang terbuka antara Hassan-Harakahdaily ini sebenarnya menjurus kepada perang baharu selepas semua pihak menganggap isu Hassan telah selesai.

Namun, dalam kes ini setelah Harakahdaily mempertahan beritanya, apakah Hassan Ali akan menyatakan kenyataan Tok Guru itu yang tersasar?

Apakah sebenarnya Hassan Ali tidak minta maaf kepada pimpinan?

Apakah ini sikap Hassan Ali, dan jika ia benar, bermakna Hassan masih terus dengan pendirian menyerang PAS, dan bukannya individu dalam PAS.

Pastinya tindakan terkini Hassan ini boleh membawa kepada satu lagi episod baharu dan debaran yang semakin rancak.

Untuk menyatakan bahawa kenyataan Tok Guru adalah salah, Harakahdaily telah menyiarkan transkrip penuh tanpa diubah mana-mana bahagian kenyataannya, dan ramai yang melihat bahawa kesediaan Tok Guru bertemu dan bermuhibbah dengan Hassan adalah keseriusan Tok Guru dalam mendamaikan pihak yang berbalah dalam PAS.

Tetapi Hassan masih tidak mahu memohon maaf dan terus menegaskan pendirian yang bertentangan dengan parti.

Harapnya ada dikalangan ahli dan kepimpinan PAS yang lain boleh menilai sikap Hassan Ali ini dengan matang, bukannya dengan emosi lantas menyalahkan Harakah sebagai ejen perpecahan, sedangkan tugas Harakah hanya melaporkan.....

Tiada ulasan: