Khamis, 29 Disember 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Takk sabar nak melihat “Malaysia Baru”

Posted: 29 Dec 2011 08:53 PM PST

Kerajaan Malaysia hari ini ibarat sebuah syarikat bas express yang sudah terlalu tua. Ia sangat uzur, dan berbagai kerenah datang silih berganti .  Keadaan basnya pula selalu rosak dan bermasaalah,  manakala pemandu  bas tua ini sering memandu ikut syok sendiri,   memandu secara tidak berhemah dan kadang-kadang peraturan pun mereka redah.  Kasihan nasib bas tua!,  mereka lanyak cukup-cukup!  Jaminan keselamatan penumpang sudah tidak ada lagi.  Apakah orang ramai masih mahu menerima perkhidmatan bas seperti ini ?

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuat perubahan seratus peratus. Marilah kita sama-sama menikmati keselesaan sebuah syarikat bas yang baru,  bas-basnya baru  dan pemandunya juga baru, masih muda, matang dan bermoral tinggi.   Kita tamatkan perkhidmatan bas lama  dengan menolak BN dan pilih  Pakatan Rakyat.  Kita cuba dan kita lihat perbezaannya !
Read More / Baca Lagi >>

Hipokrasi Umno dalam isu gambar pemimpin

Posted: 29 Dec 2011 08:50 PM PST


Oleh: Mat Zain Mat Isa

"Pasal gambar pun kecoh satu negeri ke? Bila masa pulak orang PAS penhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzPBoehKJF__IYCyBDMDu_qKjoNZb5sDOjpORF0HrtDRMx5ehT0_ybaX3_MFakwjh46qapiRRizcoCewL72GygpoAX0NYebLFf9BeLeLXn99senZXDifuzPeautG8h0yAUHdjELMBkTi8/s320/najib+kena+pijak.jpgtingkan soal gambar ni?", begitulah antara reaksi sinis para pendukung Barisan Nasional (BN) Terengganu lebih sedekad lalu.

Kenyataan itu timbul ekoran dakwaan adanya beberapa pejabat milik jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang agak 'liat' untuk menaikkan gambar Menteri Besar baru, bagi menggantikan gambar bekas MB.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Ulamak sambut baik pertemuan mahabbah

Posted: 29 Dec 2011 08:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bersyukur dan amat menyambut baik keputusan pertemuan mahabbah untuk menyelesaikan perbezaan pandangan di dalam parti yang diadakan baru-baru ini dengan semangat ukhuwwah yang tinggi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang diadakan di Kelantan, Selasa lalu.
"Amalan memohon kemaafan amat dituntut dan digalakkan oleh ajaran Islam, terdapat dalam satu hadis yang menceritakan kelebihan orang yang meminta maaf, Allah SWT amat menyayangi mereka yang melakukan keterlanjuran kemudian kembali kepada Allah SWT.
"Kedudukan mereka sangat istimewa di sisi Allah SWT berbanding mereka yang enggan melakukan tindakan sedemikian rupa," tegas beliau ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau lagi, memandangkan kemelut tersebut telah selesai dan kedua-dua tokoh tersebut telah menjelaskan kepada kepimpinan tertinggi parti, maka sebaiknya tidak perlu lagi diambil tindakan yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Setelah 21 tahun, Islam tidak lagi jadi fobia

Posted: 29 Dec 2011 08:47 PM PST

KOTA BHARU, 30 Dis: Setelah 21 tahun negeri ini ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam, agama Islam tidak lagi menjadi 'fobia' khususnya di kalangan non-muslim.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap generasi muda mempelopori usaha memberi kefahaman sebenar Islam sebagai cara hidup dan agama yang benar diturunkan Allah SWT kepada golongan tersebut.
Kerajaan negeri juga, katanya melakukan sedaya upaya mungkin ke arah menjadikan Al-Quran sebagai dasar pentadbiran negeri dan negara.
"Bahkan kerajaan negeri menjalankan kempen kepada seluruh masyarakat betapa Islam itu agama yang adil.
Meneri Besar berucap pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) Kali Kedua  2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini, petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Risalah Lucah : UiTM Akan Siasat Dakwaan

Posted: 29 Dec 2011 08:46 PM PST

Shah Alam, 29 Dis : Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam mengesahkan tidak menerima sebarang aduan, mengenai penyebaran karikatur lucah seperti didakwa Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khairul Naim, kelmarin.
Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UiTM, Prof Madya Mohd Yaziz Ahmad berkata, Bahagian Keselamatan universiti tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
"Apabila keselamatan melakukan penyiasatan, pihak pertama mendapat jawapan ialah HEP sebelum memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (TNC).
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan

Posted: 29 Dec 2011 08:44 PM PST


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS sedia bantu perjuangan Selamatkan Felda

Posted: 29 Dec 2011 08:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Dewan Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata masalah yang berkait dengan Felda bukanlah satu permasalah yang baru didengari.
Terbaru, katanya adalah apabila Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di dalam satu kenyataannya bertarikh 19 Oktober 2011 menyatakan niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).
"Tindakan ini nyata mendapat bantahan daripada sebahagian anak-anak Felda yang prihatin," ujarnya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Adam Adli, aktivis mahasiswa, wira rakyat

Posted: 29 Dec 2011 08:41 PM PST


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Adam Adli Abdul Halim hanya seorang aktivis mahasiswa sehingga perbuatannya menurunkan bendera bergambar Datuk Seri Najib Razak semasa satu demonstrasi aman mendapat perhatian utama media.
Berikutan insiden itu, bermula sebagai satu bantahan kecil mahasiswa menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember kini menjadi pergerakan yang semakin besar, melibatkan mahasiswa, pensyarah universiti, rakyat — bersatu dan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang mana dengan tegas tidak membenarkan berpolitik di kampus.
Gambar fail Adam Adli (tengah) selepas dia buat laporan polis ugutan ditumbuk anggota polis di Kuala Lumpur pada 23 Disember, 2011. — Gambar oleh Jack Ooi
Ia juga telah meletakkan mahasiswa berumur 22 tahun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang publisiti awam. Walaupun dikenali secara tiba-tiba, Adam Adli tetap berharap apa yang berlaku itu "akan berakhir selepas 40 tahun memperjuangkannya."
"Kebebasan akademik akan menjadi satu masalah besar yang perlu diperjuangkan bersama untuk membina semula negara yang sudah rosak. Ia sangat penting seperti isu-isu lain yang dibincangkan dalam masyarakat," kata Adam Adli kepada The Malaysian Insider.
"Ramai orang termasuk mahasiswa tidak pernah mendengar tentang kebebasan akademik, AUKU dan carta magna (satu undang-undang yang dirangka mahasiswa bagi menggantikan akta itu) sehingga ia (insiden) terjadi. Sekarang penulis blog pro-kerajaan berusaha keras untuk memahaminya," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Kambing hitam’ elak terlibat kes profil tinggi

Posted: 29 Dec 2011 08:40 PM PST

KOTA BHARU, 30 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, wujud kecenderungan di kalangan kepimpinan sekarang terhadap kes berprofil tinggi yang akhirnya mencari 'kambing hitam'.
"Inilah masalah dan sikap tidak baik yang ada di kalangan kita di Malaysia apabila berlaku pendedahan dan berlaku kes, biasanya ada mangsa yang dicari untuk meletakkan kesalahan itu, tetapi hukuman atau tindakan ke atas orang yang melakukan kesalahan terbabit tidak dibuat.
"Ini yang menjadi masalah kepada kita di Malaysia, walau pun transaksi sudah cukup, tetapi dicuba mencari 'kambing hitam', cuba nak mengelakkan isu, mengalihkan isu tertentu daripada masalah sebenarnya," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan kepada pemberita pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) kali kedua 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Zakat: ‘Sampai bila Jamil Khir mahu berselindung’ kata Nik Nazmi

Posted: 29 Dec 2011 08:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menuntut pentadbiran Najib memberikan penjelasan berhubung penyalahgunaan wang zakat didakwa melibatkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sambil sekali lagi meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak lagi berselindung di sebalik pegawai kerajaan.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata beliau berterima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali kerana memberikan penjelasan.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Ucapan Paderi Eu tiada hasutan

Posted: 29 Dec 2011 08:39 PM PST

christmas tea party koh tsu koon teresa kok Reverend Eu Hong SengPakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan tindakan pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA yang membuat laporan polis ke atas seorang pemimpin Kristian, Paderi Dr Eu Hong Seng semalam berhubung satu kenyataan didakwa menghasut.

Katanya, beliau tidak melihat apa-apa perkara menghasut dalam kenyataan Eu (foto paling kiri) yang menyampaikan satu ucapan di satu majlis sambutan ambang Krismas, hujung minggu lalu.

Malah, ketua Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu juga telah menimbulkan beberapa isu penting dalam peruntukan perlembagaan pada ucapan tersebut, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

More lies from Najib and BN: UK's Race Relations Act not a suitable model

Posted: 29 Dec 2011 08:38 PM PST

More lies from Najib and BN: UK's Race Relations Act not a suitable model The replacement to the Internal Security Act (ISA) which was repealed during a Malaysia Day telecast by Najib Razak, is as restrictive and binding as the ISA itself.
The Race Relations Bill (RRB) slated to be tabled in March 2012 is nothing short of a means to curtail citizens, not merely based on affiliation; like the Peaceful Assembly Bill 2011, but also based on ethnicity.
The wording to the RRB is supposed to promote and support the BN's government 1Malaysia initiative. It is a law that Najib says affirms his administration's commitment to multi-culturalism and tolerance. To prove it, it will be modelled after existing law from Britain itself, the Najib administration claims.
Whoops! At this point, the warning signals should be blaring out loud and clear for all Malaysians. Will Najib's RRB be as similar to the UK's as the Malaysian Anti-Corruption Commission be to the Hong Kong's ICAC, which was what the BN government also promised? Can anyone deny the huge difference in standards between the MACC and the ICAC and not worry that the BN is out to spin a new lie?
Read More / Baca Lagi >>

Who are the Malays?

Posted: 29 Dec 2011 08:37 PM PST

There are two theories as to their origins, one is they came from the Hoabinh area of Indochina and the other is they originated from South China.

By Anas Zubedy
To the general public, Syed Husin Ali is the former deputy president of PKR. To me, he will always be Prof Syed Husin Ali, the respectable bespectacled professor who I first encountered when I was an undergraduate in Universiti Malaya.
I never failed to make time to attend his public forum, seminars and talks. He was not my lecturer, but his ideas have definitely made an impact on my thought process.
Prof Syed's book, 'The Malays – Their Problem and Future' was first launched in 1978. I can still remember the book which was green in colour – and I still have it with me. I found the book intriguing and very informative to understand the history of the Malays.
When they released a revision of the book in 2008, I was perhaps one of the first to go out to buy it and read it again.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Hanya Bukti Kapitalis Kuat

Posted: 29 Dec 2011 04:28 PM PST

Demo_-Madrasah_Salihiah_Kanchut-300x185.png (300×185)ALOR SETAR 28 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu menggunakan kaedah fiqh yang lebih menyeluruh iaitu mengutamakan 'maslahah ammah' atau kepentingan awam berhubung keputusannya mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berkata, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah 'istibdal' (wakaf gantian) terhadap tanah wakaf khas milik madrasah itu untuk meneruskan keputusannya.

"Walaupun beliau (Azizan) hendak 'istibdal' tanah wakaf khas itu tetapi beliau tidak boleh tolak kepentingan orang ramai yang menuntut madrasah itu dikekalkan.

Read More / Baca Lagi >>

Hanya UMNO Mampu Memerintah! Bukti!

Posted: 29 Dec 2011 04:26 PM PST

Gambar diatas takde kena mengena dengan tulisan dibawah!


Kalau dah MB UMNO Khir Toyo pun kantoi rasuah..
Apalah nak diharap dengan anak-anak buahnya..
Nak dapat jawatan di projek mega macam Iskandar tu pun..
Kompom bukan calang-calang orang!
Kompom kena ada 'cable emas'..
Kompom kena ada macam-macam 'link'..

Takat tu je teman leh komen!

wakakakaka!Read More / Baca Lagi >>

MCA implodes: 30% of members to abandon party by GE-13

Posted: 29 Dec 2011 03:59 PM PST

MCA implodes: 30% of members to abandon party by GE-13TWO time bombs have exploded in the MCA in the past two days but the mainstream media, especially MCA's mouthpiece, The Star, has down played the news.
About 1,000 MCA members from Penang and Johor have resigned en bloc and they cite the loss of confidence in the party leadership as their reason for quitting.
The resignations are only the tip of the iceberg and they signal the beginning of the implosion widely predicted for Barisan Nasional's second largest component party.
Loss of faith in Soi Lek
According to a few of those who quit but did not want to be named, more MCA members nationwide are expected to quit in the run-up to the next general election.
The mainstream media are down playing the news because it is a major blow for the MCA and BN's preparations for the general election widely expected to be called by Prime Minister Najib Abdul Razak in February or March.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Balachandaran DHPP 29 12 2011 kg maras

Posted: 29 Dec 2011 03:57 PM PST

Adam Adli — student activist, villain, folk hero

Posted: 29 Dec 2011 03:53 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 30 — Adam Adli Abdul Halim would have just been another student activist until his act of bringing down a banner bearing a picture of Datuk Seri Najib Razak during a peaceful demonstration drew more media attention than the cause itself.
Following the incident, what started out as a small student protest for academic freedom on December 17 has now escalated into a growing movement of undergraduates, university lecturers and members of the public, uniting and demanding the government repeal the controversial Universities and University Colleges Act (UUCA), which strictly prohibits political activities on campuses.
File photo of Adam Adli (centre) speaking to the press in Kuala Lumpur on December 23, 2011. — Picture by Jack Ooi
It had also put the 22-year-old student of the Sultan Idris University of Education in the public limelight, drawing both admiration and disapproval alike. Despite his sudden catapult to fame and accelerated awareness of the UUCA, Adam Adli remains unfazed and hopes this exposure "will be the end of our 40 years of unfinished struggle".
Read More / Baca Lagi >>

2011: A year of natural disasters

Posted: 29 Dec 2011 03:49 PM PST

Egypt authorities raid foreign-funded NGOs

Posted: 29 Dec 2011 03:36 PM PST

Jingga 13 Dedah Video Kondo Mewah Keluarga Menteri

Posted: 29 Dec 2011 10:17 AM PST

Ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu di Mesir 26/12/11 (Menjawab Soalan)

Posted: 29 Dec 2011 09:33 AM PST

Ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu di Mesir 26/12/11 (part 3)

Posted: 29 Dec 2011 09:32 AM PST

Ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu di Mesir 26/12/11 (part 2)

Posted: 29 Dec 2011 09:31 AM PST

Ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu di Mesir 26/12/11 (part 1)

Posted: 29 Dec 2011 09:29 AM PST

Tiada ulasan: