Rabu, 14 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MALAM INI - MENGAPA `ABU' (ASAL BUKAN UMNO) WAJIB DISOKONG?

Posted: 14 Dec 2011 07:45 PM PST



Jangan lupa malam ini Rapat Rakyat ABU



Jangan lupa malam ini Rapat Rakyat ABU.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-bira Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." [Surah al-Hajj, 22:40]

Revolusi Arab atau dikenali juga sebagai Arab Spring di Tunisia telahpun melonjak kebangkitan rakyat menghadapi Sang Diktator. ASALKAN BUKAN REJIM!!!
Tindakan penjual sayur Mohamed Bouazizi, 26 bakar diri telah membawa pada Asal Bukan Ben Ali.

14 Januari lepas, Asalkan Bukan Ben Ali telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (23 tahun) itu dalam masa 21 hari.

Lonjakan rakyat di Tunisa dikatakan sebagai Teori Domino apabila merebak ke Mesir, Syiria, Libya, Yaman dan negara-negara Arab lain.

Atas sangkaan Khalid Sa'id edar dadah, polis pukul siswa itu sehingga mati sehingga membawaAsalkan Bukan Mubarak.

Wael Ghanem (blogger/eksekutif google) meniupkan We Are All Khaled Said di Facebook sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Asalkan Bukan Mubarak telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (30 tahun) itu di Mesir pada 11 Februari lepas; dalam 18 hari sahaja.

Asalkan Bukan Gadaffi juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (42 tahun) itu pada 20 September lepas di Libya; dalam masa 217 hari.

Asalkan Bukan Gadaffi telahpun mengakibatkan rakyat langsung tidak takut dan tunduk pada peluru hidup dan bom yang dilepaskan oleh rejim Gadaffi.

Asalkan Bukan Keluarga Asad juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (41 tahun) itu pada 26 Januari lepas di Syria; dalam masa 49 hari.

Begitu juga dengan Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh), telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (33 tahun) itu di Yaman; dalam masa 294 hari.

Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh) telah mendesak rejim sehingga melepas jawatan sebagai Presiden Yaman pada 23 November lepas.

Berapa hari pun yang diambil rakyat, semua kita telah yakin dan percaya bahawa Asalkan bukan Ben Ali, Mubarak, Gadaffi, Keluarga Asad dan Ali telah menumbangkan rejim-rejim besar di dunia.

Kezaliman, pengkhianatan, pembaziran, kemiskinan dan pengangguran telah melonjak rakyat di seluruh dunia untuk percaya Asalkan Bukan Rejim adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara dan hidup rakyat.

Tidak hairan sekiranya rakyat di dunia hatta Malaysia sendiri pada ketika ini begitu percaya bahawa Asalkan Bukan Rejim sudah menjadi sentimen antarabangsa dan sedang memulihkan negara-negara Arab berkenaan.

Tidak hairan sekiranya akademia seperti Prof F Gregory Gause dari Universiti Vermont mencadangkan kepada Amerika Syarikat supaya tidak menggalakkan amalan demokrasi di negera-negara berkenaan demi 'kestabilan politik sedunia'.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Dr Max Lane dari Institut Asia, Universiti Melbourne yang antara lain menyebut bahawa Revolusi Mesir adalah leaderless revolution; selain tidak menafikan faktor sampingan yang digerakkan sendiri oleh angkatan anak muda Ikhwan.

Semua kita sedar hakikat sebenar bahawa Asalkan Bukan Umno lebih awal bertiup di tanah air ini; iaitu menjelang pilihan raya umum ke-12 (8 Mac 2008).

Manifestasi pada Asalkan Bukan Umno ketika itu dapat dilihat melalui perhimpunan Protes, Bersih 1.0 dan Hindraf. Impak berantainya, lahirlah Tsunami Politik.

Semua ini berlaku sebelum meletusnya Revolusi Arab (Arab Spring) di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dan Yaman.

Semua ini berlaku disebabkan semua kita, tidak kira secara langsung atau sebaliknya, telahpun menggigit Asalkan Bukan Umno sekuat-kuatnya tanpa mengira warna kaum, warna parti, warna pekerjaan, secara diam atau terbuka.

Asalkan Bukan Umno telah menumbangkan Umno Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak walaupun didakwa kudeta kemudiannya berlaku di Perak.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah memakmurkan Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah membawa negeri-negeri berkenaan Ke Arah Era Rakyat.

Allahyarham Sa'aid bin Mat Hassan dipukul sampai mati. Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati. Teoh Beng Hock dibunuh keita dalam proses siasatan SPRM. A Kugan dibunuh dalam lokap polis. Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Kalau tidak sekarang ASALKAN BUKAN UMNO, bila lagi?
** Kepada yang hadir malam ini akan mendapat DVD khas #asalkanbukanumno secara percuma (1000 yang pertama) selain itu SAMM akan menjual buku FITNAH dengan tawaran luar biasa. Jumpa malam ini di Taman Melewar Gombak./Chegu Bard

Tiada ulasan: