Siulan Apadianie |
Utusan UMNO/Fitnah/Nombor Ekor..bila nak bertaubat? Posted: 14 Dec 2011 05:45 PM PST Guan Eng kata;...."Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP." Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kata :... akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu. Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu. Lim Guan Eng kata : ... Utusan memang mahu memfitnah saya dan DAP..akhbar milik Umno itu mempersalahkan saya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk. usinkata;...huhuhu..Utusan maybe akan bertaubat selepas tidak lagi meletakan keputusan nombor ekor di dada akhabarnya...huhuhu..dan apa yg paling penting..Utusan akan bertaubat jika UMNO tidak menjadikanya lidah rasmi parti UMNO-BN buat selama-lamanya... |
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan