MIMPI SENJA |
- Buat la cerita lain wei.. Tak kan sengkek sangat kot pembangkang ni ...
- Segera dakwa Taib Mahmud dan keluarga - Surendran
- Guan Eng vs Utusan : Mahkamah arah Utusan bayar RM200,000 pada Guan Eng
- DAP Taiping anjur majlis berkhatan
Buat la cerita lain wei.. Tak kan sengkek sangat kot pembangkang ni ... Posted: 14 Dec 2011 05:55 AM PST SMS minta anggota parti pembangkang terima BR1M derma RM100 kepada parti dipersoal 2011/12/14 KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain. "Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya. Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti." Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab. "Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya. Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat. "Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu. "Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA |
Segera dakwa Taib Mahmud dan keluarga - Surendran Posted: 14 Dec 2011 04:49 AM PST Saya merujuk kepada surat bertarikh 13 Disember 2011 daripada badan-badan bukan kerajaan enam negara, yang mendesak penangkapan dan pendakwaan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya di atas penipuan, rasuah, rampasan tanah secara haram dan penyalahgunaan kedudukannya. Kekayaan Taib dan keluarganya yang diperoleh secara haram bukan lagi rahsia bagi rakyat Malaysia. Selama bertahun-tahun individu, pertubuhan dan parti-parti pembangkang telah mendesak BN untuk menghentikan rompakan kekayaan dan hasil mahsul Sarawak oleh Taib (gambar kiri). Tetapi tiada tindakan diambil terhadap Taib dan kroni-kroninya. Fakta-fakta yang didedahkan di dalam surat ini amatlah memeranjatkan. Kepentingan keluarga Taib di dalam 14 syarikat sahaja bernilai RM4.6 bilion. Keluarga Taib dikenalpasti mempunyai kepentingan di dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing. Aktiviti haram empayar Taib sedang diteliti di Australia, Jerman, Switzerland, UK dan Kanada. Syarikat-syarikat keluarga Taib telah diberikan konsesi balak yang besar dan projek-projek pembinaan besar tanpa tender terbuka dan mempunyai monopoli terhadap eksport simen dan balak. Kekayaan dan aset Sarawak bernilai ratusan juta ringgit sedang diseludup keluar Malaysia menerusi pegangan hartanah mewah yang dimiliki anak-anak Taib di Kanada, England dan Amerika Syarikat. BN telah mengkhianati rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia umumnya. Dalam usaha mengekalkan undi "deposit tetap" mereka bagi mengekalkan kekuasaan BN, mereka telah membenarkan Taib memerintah Sarawak sesuka hatinya. Meskipun kekayaan dan rasuah besar-besaran Taib dan keluarganya, mereka tidak dapat diusik dan dilindungi oleh kerajaan BN. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding skandal rasuah NFC, yang juga turut dilindungi oleh BN dengan kerjasama polis dan peguam negara. Empayar rasuah Taib yang melibatkan begitu banyak negara luar merupakan bukti kepada salahtadbir Malaysia dan kekayaannya oleh BN. Imej negara di masyarakat antarabangsa telah pun rosak teruk berikutan keengganan kerajaan untuk menghentikan rompakan ini dan mendakwa Taib dan keluarganya. Kami mendesak: i) pembentukan serta-merta Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat empayar perniagaan Taib; ii) penangkapan dan pendakwaan serta-merta Taib dan 13 ahli keluarganya; iii) perletakan jawatan serta merta Taib sebagai Ketua Menteri dan anggota keluarganya yang memegang jawatan di dalam anak-anak syarikat atau badan-badan berkanun kerajaan iv) pembentukan pasukan bertindak pelbagai agensi untuk mengembalikan aset dan harta yang diperoleh secara haram di Malaysia dan seluruh dunia v) agar kerajaan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dan negara-negara luar bagi membawa Taib dan keluarganya ke muka pengadilan; vi) Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan BN meminta maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya Sarawak, kerana menyokong dan membenarkan Taib untuk merompak kekayaan rakyat sesuka hati selama ini. *Kenyataan media oleh N.Surendran selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. |
Guan Eng vs Utusan : Mahkamah arah Utusan bayar RM200,000 pada Guan Eng Posted: 14 Dec 2011 03:53 AM PST KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 . Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk "Kebiadapan Guan Eng" telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam. "Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif," kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider. Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP. Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya. Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010. Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya. - TMI |
DAP Taiping anjur majlis berkhatan Posted: 14 Dec 2011 12:29 AM PST DAP Taiping mencipta sejarah lagi apabila mengadakan Majlis Berkhatan secara besar-besaran di perkarangan Masjid Eskpo di Taiping untuk tiga tahun berturut-turut. Apabila Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin melemparkan tuduhan terbuka terhadap DAP dengan menuduh parti tersebut sebagai parti yang "anti-Melayu, anti Islam dan Anti Sultan", DAP Taiping hari ini membuktikan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha licik UMNO tanpa asas untuk mengaburkan mata rakyat jelata demi melanjutkan talian hayat politik UMNO yang kini hanya disifatkan tinggal nyawa ikan sahaja. Dalam majlis tersebut, lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 10 tahun telah menjalani upacara berkhatan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai muslim. Upacara perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan perarakan yang diiringi oleh pasukan kompang dan pemancuhan air oleh kereta bomba dari unit pasukan keselamatan. Turut hadir bersama pada Majlis tersebut adalah tetamu khas dan bekas Exco Agama Negeri Perak, Zainuddin bin Mohd Yusof, ADUN Aulong, Yew Tian Woh dan Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin Bin Abdul Aziz. Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming telah menegaskan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat adalah parti yang berjuang untuk semua anak Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya masing-masing kerana Pakatan Rakyat bertekad untuk mewujud dan melakar landskap politik baru tanahair kita supaya menghancurkan politik perkauman yang didokong oleh parti perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO. Nga Kor Ming berkata, bertentangan dengan dakwaan UMNO, apabila Pakatan Rakyat berjaya memenangai kerajaan Pulau Pinang, peruntukan untuk agama Islam telah meningkat 100% hingga ke RM24 juta jika dibandingkan dengan RM12 juta ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan sistematik tiap-tiap tahun kepada sekolah agama rakyat sebagai pengiktirifan terhadap sumbangan pendidikan Islam. Beliau memohon restu dari kaum Melayu untuk memberi peluang lima tahun kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya supaya rakyat dapat membuat bandingan prestasi pentadbiran di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan bahawa sebagai pengundi bijak, ia adalah sangat penting bahawa pengundi menggunakan kesempatan pilihanraya mewujudkan sistem kerajaan yang boleh saling berganti dan hanya dengan saingan system dwi-parti ini rakyat akan memperolehi manfaat yang paling besar. "Kita sudah bagi BN menang 12 kali dan sepanjang 54 tahun, apa salahnya kita bagi peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk lima tahun?" tegas Nga. - Merdeka Review |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan