Isnin, 5 Disember 2011

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Jumlah pengundi keluar tertinggi sejak zaman Firaun

Posted: 04 Dec 2011 03:13 PM PST

Abdul Mooez Ibrahim

Ketua komisi pilihanraya umum Mesir berkata terdapat 62% pengundi yang keluar mengundi dalam pusingan pertama pemilihan parlimen, dan ini merupakan jumlah pengundi yg tertinggi dalam sejarah Mesir.

Ketua komisi pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim mengumumkan pada hari Jumat lepas 2/12 dengan menyatakan jumlah pengundi Mesir yg "tertinggi sejak zaman firaun."

Pemilihan parlimen yang diadakan pada November 28-29 lalu adalah yang pertama sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan dalam sebuah revolusi rakyat pada bulan Februari.

Parti politik Ikhwanul Muslim & Parti Kebebasan dan Keadilan diharapkan akan mengambil bahagian dalam pungutan suara itu, diikuti oleh sebuah parti Islam lain lagi dan parti-parti liberal yg lain nya.

Lebih dari 13 juta pengundi pergi ke TPS dalam pungutan suara, yang pertama dari tiga pusingan. Dua pusingan seterusnya akan di adakan sebelum bulan march tahun depan bagi memilih majlis tertinggi.

Pemilihan ini berlaku pada ketika sebahagian rakyat Mesir meneruskan demonstrasi mereka menentang pemerintahaan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) dan menuduh SCAF mengkianati revolusi rakyat dengan menggunakan kekerasan terhadap rakyat awam.– mjr/eramuslim

Tiada ulasan: