Anak Sungai Derhaka |
- Masa depan Melayu ‘gerhana’ jika Pakatan menang PRU - Najib kata
- Jawapan Bung Mokhtar buat Blogger Pro UMNO..
- Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat letak jawatan!!
- Hudud: Abim mahu Soi Lek minta maaf.
- PANAS!! Pemimpin UMNO dikaitkan dengan rasuah RM25 Juta dari Alstom Perancis.
- Video Ucapan DSAI di Rapat Rakyat Selangor...
- Semalam di Selangor.. Biar Hujan namun Lawan tetap Lawan!!
Masa depan Melayu ‘gerhana’ jika Pakatan menang PRU - Najib kata Posted: 05 Dec 2011 07:42 AM PST Masa depan Melayu atau masa depan pemimpin Melayu UMNO yang akan gerhana? Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan "gerhana" jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa. "Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" kata beliau (gambar) pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia's (Pekida) di sini hari ini. Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai ancaman sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. "Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan martabat Melayu dan Islam. "Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak," kata Najib. Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara ini terus terpelihara. "Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja," tegasnya merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berwibawa untuk mentadbir negara ini. "Mereka belum memerintah, tetapi sudah berjanji untuk memberi bulan dan bintang kepada rakyat," katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN yang memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam di negara ini. Jelas Najib lagi, BN juga menolak fahaman ekstremis yang cuba merosakkan hubungan kaum di negara ini. "BN menolak fahaman yang ekstrem, fahaman itu bukan dasar pemerintahan BN, tetapi kerajaan lebih kepada membantu dan menghulurkan tangan kepada kaum lain untuk kemakmuran negara," tegasnya mempertikaikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Umno dan BN bersifat rasis. "Melayu tidak pernah berat sebelah, tidak pernah menjadi rasis semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan memberikan keadilan kepada semua," tegasnya lagi. Dalam ucapannya itu, Najib turut memberikan contoh negara-negara besar yang menghadapi pelbagai krisis akibat daripada pemerintahan yang tidak cekap seperti Greece dan Itali. "Kerajaan berusaha mentadbir negara dengan berhemah, sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan sewaktu pilihanraya akan datang, tidak mustahil kita akan mengikuti jejak mereka," katanya memberi ingatan kepada ahli Pekida yang hadir daripada seluruh negara. Perdana Menteri turut menegaskan Umno-BN tidak akan sekali-kali membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, dan beliau akan mempertahankan setiap inci negara daripada kekuasaan pembangkang bagi memastikan pemerintahan sedia ada terus kekal. Dalam perhimpunan itu, ahli Pekida turut membuat sumpah bai'ah untuk tetap setia bersama Umno bagi memastikan kemenangan sewaktu pilihan raya akan datang. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof. The Malaysian Insider |
Jawapan Bung Mokhtar buat Blogger Pro UMNO.. Posted: 05 Dec 2011 03:46 AM PST Disamping mempertahankan pendiriannya yang mahukan Shahrizat meletakkan jawatan berikutan Skandal NFC yang melanda keluarganya, Bung Mokhtar juga menjawab serangan dari Blogger Pro-UMNO terhadapnya. Dalam menyerang Bung Mokhtar blogger-blogger Pro UMNO telah menyenaraikan akan pencapaian dan sumbangan Shahrizat dimasa lalu. Jawab Bung Mokhtar " Masa telah berubah, rakyat tidak lagi mahu mendengar sejarah atau kejayaan masa lalu. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada sejarah UMNO, kita mesti pandang jauh kedepan" ******************************************* Bung Mokhtar sticks to stand that Shahrizat must quit over NFC By Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, Dec 5 — Datuk Bung Mokhtar Radin today stood his ground and repeated his stand that Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil resign over the cattle scandal, despite growing criticisms from within Umno over his position. The Kinabatangan MP's action has earned him the ire and scorn of Umno supporters, with pro-Umno bloggers criticising him and going out of their way to defend the embattled Shahrizat. In response, the outspoken Umno supreme council member said he was "well aware" that his remarks have made him unpopular among members within his own party, but stressed that the reason he did so was out of concern for the future of the Malay party. "If there are even little cracks within Umno, it can cripple and destabilise the party in the elections. Whether or not this move of mine is seen as part of a vested interest, it is up to people to judge," Bung Mokhtar (picture) told The Malaysian Insider. "I do not expect my views to be agreed upon by all in my party. Everyone has differing views, so there will be a response, but I needed to say what has not been said," he said. The senior lawmaker, who hails from Sabah, charged that it was his "responsibility" to speak out on the matter, saying that he wanted to avoid the issue being a liability to Umno. "I do not deny that Shahrizat has brought a lot of good to Umno, to the country, but it is not enough when there are mistakes," he said. In their attacks against Bung Mokhtar, pro-Umno bloggers have outlined Shahrizat's past achievements and contribution as Wanita chief and a Cabinet minister. But the senior Barisan Nasional (BN) backbencher stressed that Umno needed to look at what was happening "right now," and how the National Feedlot Centre (NFC) issue was a dangerous one to the party if not dealt with effectively. "Times are changing, people do not want to hear about history or past glories. We cannot continue to rely on Umno's history, we need to look beyond this," Bung Mokhtar said bluntly. He appears to be the lone voice in addressing the touchy cattle scandal, as others appear to avoid or skirt the issue altogether. When addressing delegates during the women wing's assembly, Shahrizat said she had nothing to do with the RM250 million federally-funded cattle farming project and instead urged PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to resign over the allegations. She reportedly earned wild applause from wing members during her speech. The Malaysian Insider however understands that Shahrizat's explanation had failed to satisfy a number of leaders in the party who, like Bung Mokhtar, believe the senior minister should bow out of the coming polls. Bung Mokhtar has been openly critical of the NFC scandal and was the first Umno leader who called on Shahrizat to explain herself. The Auditor-General's Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now "in a mess". The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set. But Agriculture Minister Datuk Seri Noh Omar responded on October 31 that the project was a success as it met its target of 8,000 cattle by 2010 once 5,742 slaughtered cattle were taken into account. The Malaysian Insider |
Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat letak jawatan!! Posted: 04 Dec 2011 11:52 PM PST Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. "Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil. "Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. "Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian. Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. Malaysiakini |
Hudud: Abim mahu Soi Lek minta maaf. Posted: 04 Dec 2011 11:31 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud semalam. Setiausah Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, oleh kerana ia bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang berbaur menghina hukum Islam, pihaknya mahu permohonan maaf secara terbuka dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini. Semalam, Dr Chua dipetik berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan 'binasa diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Hari ini, Perkasa dan Pemuda PAS juga mengeluarkan kenyataan mengecam Dr Chua. "Abim juga menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali," kata Mohamad Raimi dalam satu kenyataan. Katanya, Abim mengecam kenyataan Dr Chua kerana telah memperlekehkan hukum hudud dan kenyataan biadap itu satu indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri. "Di samping itu, Abim berpandangan kenyataan tersebut berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. "Ini memandangkan hukum hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia," katanya lagi. Mohamad Raimi juga berkata, kenyataan Dr Chua juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamafobia yang berkembang pesat di seluruh dunia. "Abim merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau," katanya lagi. The Malaysian Insider |
PANAS!! Pemimpin UMNO dikaitkan dengan rasuah RM25 Juta dari Alstom Perancis. Posted: 04 Dec 2011 08:49 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh. Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu. Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an. Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995. Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom. Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland. Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu. Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan, Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. ****************************************** Umno leader linked to Alstom bribery scandal, says Singapore daily By Debra Chong KUALA LUMPUR, Dec 5 — Already on the backfoot over a national cattle farming scandal, Umno is now rocked by allegations that a former leader took kickbacks from French engineering giant Alstom for a power plant project in Perlis. Singapore's Straits Times (ST) reported today that Malaysia's Anti-Corruption Commission (MACC) officials raided last week the offices of Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), which is partly controlled by former Dewan Negara president and ex-Perlis Mentri Besar Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh (picture). The newspaper said the Umno veteran was directly implicated in Alstom's indictment for bribery in securing foreign contracts. Abdul Hamid is said to have been paid 7.5 million Swiss francs (RM25.5 million) to help Alstom secure a contract to build a power plant in Perlis in the late 1990s. He was the state's mentri besar from 1986 to 1995. The Singapore daily said both Abdul Hamid and his former business partner, Ti Chee Liang, were singled out in the criminal summons against Alstom. According to ST, Alstom was fined €31 million (RM130 million) by the Swiss Attorney-General two weeks ago for failing to implement proper controls to prevent bribery by company executives in Malaysia, Latvia and Tunisia, an offence under Swiss law. Alstom is a major player in Malaysia in the power business, and is credited with supplying key equipment for nearly 7.5 gigawatts of the country's installed power generation capacity, the paper added. Citing government sources familiar with the investigations, ST reported that the MACC will be questioning local Alstom executives in the days ahead. Last month, Alstom's Malaysian office denied it was aware of local investigation regarding the RM133 million fine by Swiss authorities involving contracts awarded to the company here. "There is no probe ongoing in Malaysia that we are aware of and Alstom have co-operated fully in Switzerland. The fine is for corporate negligence in the past and not for bribery," Alstom Malaysia president, Saji Raghavan, said in a statement. "In fact, investigation confirms there is no systematic bribery and sufficient controls are in place," he pointed out. The company had described itself as a "subcontractor of a consortium" and a "victim of the actions of some of its employees, who would have benefited from kickbacks", according to a previous Reuters report. Alstom is the second French company in as many years to be fined for bribing government officials in Malaysia, after telecommunications firm Alcatel-Lucent paid RM435 million to resolve US criminal and civil probes in December 2010. The four-year probe centred on payments made by Alstom Network Schweiz AG to middlemen — termed "commercial agents" by the company — in return for securing government contracts to build power stations in 15 countries since the 1990s. Alstom was awarded a RM2.8 billion contract by Tenaga Nasional earlier this year to provide key power generation equipment to Southeast Asia's first 1,000-megawatt (MW) supercritical coal-fired power plant Manjung, Malaysia. It also won turnkey contracts in 1994 and 2000 to build four power plants including the 1,300MW Lumut and the 670MW Kuala Langat plants and deals in 2003 and 2004 to install environmental control systems for the Tanjung Bin and Jimah coal-fired power plants. Alstom was also appointed by Tenaga to supply two 125MW hydro power turbines, a generator and ancillaries for the 250MW Hulu Terengganu hydro power plant in 2010. Alstom says it is "the largest original equipment manufacturer in Malaysia" having supplied key equipment for nearly 7.5 gigawatt (GW) of the country's installed power generation capacity. Berita yang dimaksudkan oleh The Malaysian Insider sila lihat di SINI |
Video Ucapan DSAI di Rapat Rakyat Selangor... Posted: 04 Dec 2011 06:03 PM PST Video ucapan DSAI di Rapat Rakyat di sebelah Stadium Shah Alam, Selangor yang dihadiri sekitar 5000 rakyat Selangor yang tidak berganjak biarpun hujan mula turun… Antara ucapan DSAI "Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," Video bahagian ke dua sila lihat di SINI |
Semalam di Selangor.. Biar Hujan namun Lawan tetap Lawan!! Posted: 04 Dec 2011 05:33 PM PST Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam. Biar diperkuda daripada diperlembu Beli cincin untuk isteri |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan