Isnin, 5 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


JIKA UMNO TERUS MEMBISU DIATAS TINDAKAN PRESIDEN MCA:UMNO AKAN DIKIRA BERSEKONGKOL DENGAN SICELUPAR ITU

Posted: 05 Dec 2011 09:30 AM PST

Pelbagai pihak tampil membidas apa yang dianggap mereka sebagai keceluparan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwa memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

NONETurut menjadi sasaran bidasan mereka yang berang itu adalah rakan parti komponen BN - Umno kerana didakwa tidak mengawal tingkah laku biadap rakannya itu.

"PERKASA minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

"Bagi PERKASA, Dr Chua masih kabur tentang Hudud. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah," kata setiausaha kumpulan pendesak Melayu itu, Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan medianya.

Menurut beliau, pemimpin Umno perlu menasihatkan presiden MCA itu supaya menarik semula kenyataannya yang salah terhadap hukumHudud.

"PERKASA tidak meminta Dr Chua memohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya sambil menambah jika tidak PERKASA akan mengajar MCA dengan secukupnya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Berniat jahat

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yberpendapat kenyataan Chua yang dianggap biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam.

NONESetiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam satu kenyataan media berkata kenyataan Chua berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

"ABIM merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.

"Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), ABIM menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini," kata Mohamad Raimi.
Umno bersekongkol

Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

NONE"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu Umno terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim dipetik akhbar rasmi PAS itu.

Katanya, sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga persuruhjaya PAS Pahang, parti itu telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan tetapi ia bukan sahaja tidak disokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar.

azlan"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, Umno seharusnya membentang hudud yang sebenar dan PAS akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya

JIKA PUTRAJAYA PAS TAWAN:YG GERHANA ADALAH UMNO KARENA PR JANJIKAN YG LEBIH BAIK

Posted: 05 Dec 2011 07:06 AM PST

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

najib at pekida event 051211 02"Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang?

"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

"Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" soalnya semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini.

Walaupun Najib tidak menamakan pilihan itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Walaupun belum lagi berkuasa, mereka sudah mahu mengurangkan perkhidmatan awam menjadi separuh ... mereka mahu mengubah bendera Malaysia, mencemarkan kedaulatan  Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu," katanya.

najib at pekida event 051211 audienceBeliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Orang bukan Melayu tidak perlu cuit perasaan orang Melayu. Jangan cuba ubah apa yang telah diputuskan dan dipersetujui," katanya.

MASA DEPAN SAHRIZAT TAMAT?

Posted: 05 Dec 2011 12:29 AM PST

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan"Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

"Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur

UMNO BOLEH MARA DI SELANGOR TAPI PAKATAN AKAN RAMPAS PUTRA JAYA?

Posted: 04 Dec 2011 06:52 PM PST

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarDengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

pakatan ceramah shah alam 041211 kit siang"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.
Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.
Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh  Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

pakatan ceramah shah alam 041211 crowdSelain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.
'Umno ibarat kereta tiada brek'
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Katanya, Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf?

"Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya lagi.

Turut hadir adalah sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'

Posted: 04 Dec 2011 02:52 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.

Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan: