shalehudin |
- Mai tengok rupa Nik Aziz dikandang tertuduh...
- Takut sungguh hampa kat Anwar noo... haha...
- Masyaallah !! Kat Putrajaya kaa... haha...
- Kesian Chegu Bard...
- Panas!! Gambaq Najib dipijak-pijak...
- Bibir Najib dah tak merah lagi dahh...
- Masyaallah !! Di Putrajaya kaa...
- Agong mau ka dengaq cakap hampa...
- Tang mana laa kita nak letak dia ni haa...
- Umno meriah, pakat-pakat selak kain kengkawan... kahkahkah...
- Jom tengok indahnya Solat...
Mai tengok rupa Nik Aziz dikandang tertuduh... Posted: 31 Dec 2011 10:33 AM PST Hasan Ali: Tak Pasal Tuan Guru Nik Aziz Pula Dituduh Penipu POLEMIK berkaitan dengan Hasan Ali ini nampak tidak akan ada penghujung - sekurang-kurangnya selagi PAS menggunakan pendekatan yang sama seperti sekarang untuk menanganinya. Terbaru, bila Hasan Ali menyanggah kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang disiarkan di dalam Harakah 2 hari lepas berkenaan permohonan maaf pemimpin tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS kerana menyerang dasar parti tersebut berkaitan dengan Negara Kebajikan. Tidak cukup dengan itu, Hasan Ali juga menuduh Harakah memutar belit kenyataan TG Nik Aziz. Sanggahan Hasan Ali itu mendorong Harakah untuk menyiarkan transkrip penuh temu bualnya dengan TG Nik Aziz dan memang jelas TG Nik Aziz ada menyebut Hasan Ali meminta maaf kepada PAS berhubung isu yang disebutkan di atas. Kesempatan ini yang diambil oleh kebanyakkan media pro UMNO untuk menuduh TG Nik Aziz sebagai penipu, malah ada juga yang mengatakan TG Nik Aziz sudah nyanyuk kerana tidak mampu memahami percakapan Hasan Ali dengan jelas sehingga membuat kesimpulan yang Hasan Ali meminta maaf sedangkan hakikatnya tidak. Natijahnya, daripada isu-isu yang berkisar dengan Hasan Ali, kini ia beralih kepada TG Nik Aziz pula. Penulis dan laman ini dari awal lagi memang tidak menyokong Hasan Ali kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya, Hasan Ali sudah membakar jambatan dengan PAS apabila mempersoalkan hala tuju perjuangan parti daripada negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Atas sebab itu penulis percaya, apa pun usaha yang dilakukan kepimpinan PAS pusat untuk 'menyelamatkan' Hasan Ali tidak akan berjaya dan polemik terbaru berkaitan dengan dirinya, yang turut sama menyeret TG Nik Aziz di dalamnya, adalah bukti kepada pandangan tersebut. Penulis sudah biasa dengan jenis orang seperti Hasan Ali dan permainan politik seumpamanya. Justeru penulis tidak faham kenapa kepimpinan PAS pusat masih lagi mahu menghulur tali persahabatan dikala dia sendiri telah memutuskan untuk menolaknya? Tidak sepertimana biasa, sanggahan Hasan Ali ini tidak mendapat respon segera dari TG Nik Aziz. Begitu juga dengan pemimpin lain yang berada dalam pertemuan tertutup itu seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Ia menguatkan lagi tohmahan yang mengatakan TG Nik Aziz menipu!! Penulis tidak rasa pandangan sedemikian baik untuk TG Nik Aziz, PAS dan Pakatan Rakyat. Masih belum terlambat untuk kepimpinan pusat PAS memikirkan semula alternatif yang lebih drastik dalam menangani isu berkaitan dengan Hasan Ali ini setelah semua pendekatan diplomasi yang digunakan sekarang, tidak langsung memberi kesan. Malah lebih teruk dari itu, ia menjadi senjata makan tuan pula. |
Takut sungguh hampa kat Anwar noo... haha... Posted: 31 Dec 2011 06:30 AM PST 13 ditahan edar risalah tentang Anwar Abdul Rahim Sabri Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang. Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki. Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini. Manakala ahli parlimen Tanah Merah Amran Ab Ghani memberitahuMalaysiakini bahawa tujuh anggota PKR yang ditahan ketika mengedar risalah itu di Tanah Merah, dibawa ke ibu pejabat polis jajahan itu untuk disoal siasat. Katanya, disiasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak kerana mengedar risalah tersebut yang diterbitkan oleh PKR. Risalah itu juga telah dirampas. "Saya pergi memberi sokongan ketika mereka memberi keterangan kepada polis," katanya. Sementara itu, Mohd Azihan pula berkata beliau bersama lima lagi anggota PKR cabang Jeli dan Gua Musang ditahan selepas polis mendapati mereka membawa risalah mengenai kronologi perbicaraan Anwar, risalah perbandingan pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat dan bendera parti. Kesemua risalah itu diterbitkan oleh ibu pejabat parti itu dirampas. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Amran berkata tujuh anggota PKR di Tanah Merah itu ditahan dalam lokap malam tadi dan berkemungkinan ditahan reman hari ini. Beliau bagaimanapun telah meminta seorang pegawainya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan tersebut pagi ini. Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada salah seorang tahanan yang menghubunginya kira-kira jam 8.30 malam tadi - 45 minit selepas beliau meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan. Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk menghubungi Mohd Azihan yang juga exco AMK Pusat pagi ini belum berhasil. |
Masyaallah !! Kat Putrajaya kaa... haha... Posted: 31 Dec 2011 05:12 AM PST Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA...... PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan 'projek' ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu. Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam. Keadaan menjadi lebih 'meriah' waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka. Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan. Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini. Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam. Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan. "Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain. "Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk. "Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti," katanya. Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu. "Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai 'projek', malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan '*****'," katanya. Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata. Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan. "Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu. "Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa," katanya. Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh. "Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku," katanya. |
Posted: 31 Dec 2011 04:10 AM PST Chegu Bad: Polis Cepat Bertindak Apabila Di Lapor Umno Oleh Lizawati Madfa SHAH ALAM, 28 DIS : Tindakan pantas penahanan Chegu Bard berikutan satu laporan polis dibuat Umno sememangnya satu tindakan yang sudah dijangkakan. Sikap double standard polis ini telah acapkali berlaku sebelum ini terhadap mana-mana parti atau badan persatuan yang tidak sebulu dengan kerajaan Umno/BN. Itu respon terkini Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin sebaik diminta mengulas tentang penahanannya semalam berikutan kononnya dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didakwa menghina institusi raja. "Kalau laporan itu diterima selain daripada Umno/BN, memang tidak akan diberi perhatian pun oleh pihak berkuasa. "Sebaliknya kalau Umno/BN, tindakan pantas dapat kita jangkakan contohnya seperti semalam sedangkan perkara ini sudah dibangkitkan dan berada dalam laporan polis 4 bulan lepas," ulas pemimpin popular PKR itu. Baginya, tindakan polis ini sekadar untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan akses terhadap komputer riba dan telefon bimbitnya selain membuka ruang untuk menjadikan pemimpin PKR lain sebagai buruan. Menurut Chegu Bard lagi, beliau sendiri telah membuat laporan polis sebelum ini atas pelbagai perkara seperti ugutan bunuh dan sebagainya namun semuanya dipandang enteng atas asas itu laporan oleh PKR. Lewat petang semalam, Chegu Bard telah dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau juga menegaskan bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengannya. Mengulas lanjut beliau berkata, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik mereka disaat menjelang pilihanraya umum yang kian hampir. "Tindakan ini bertujuan menarik perhatian pemimpin tertinggi agar di pilih menjadi wakil dalam pilihanraya nanti," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau. |
Panas!! Gambaq Najib dipijak-pijak... Posted: 31 Dec 2011 01:30 AM PST Hipokrasi Umno dalam isu gambar pemimpin Oleh: Mat Zain Mat Isa "Pasal gambar pun kecoh satu negeri ke? Bila masa pulak orang PAS pentingkan soal gambar ni?", begitulah antara reaksi sinis para pendukung Barisan Nasional (BN) Terengganu lebih sedekad lalu. Kenyataan itu timbul ekoran dakwaan adanya beberapa pejabat milik jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang agak 'liat' untuk menaikkan gambar Menteri Besar baru, bagi menggantikan gambar bekas MB. Memang keadaan ketika itu (awal tahun 2000) agak 'panas'. Pantang ada sikit kesilapan atau pertembungan pendirian, ia akan mudah meleret kepada salah faham dan pertengkaran. Sesetengah kes malah berlarutan menjadi perbalahan politik antara dua kumpulan kakitangan berlainan parti dalam sesebuah pejabat. Tidak dinafikan ada segelintir penyokong kuat PAS yang agak agresif dalam tindakan dan desakan mereka. Hal itu boleh dirasionalkan, terutama mengambilkira keadaan mereka yang tersisih dan tertekan sejak puluhan tahun di bawah pemerintahan BN. Mereka didiskriminasi dan dipandang serong, bahkan dilayan tidak sama taraf dengan yang lain, hanya semata-mata kerana mereka penyokong PAS. Lalu apabila parti kesayangan mereka telah berjaya mengambilalih teraju pemerintahan, tentu timbul keinginan agak kuat di kalangan mereka untuk sedikit "membuka dada". Mereka menjadi antara agen tidak rasmi memastikan apa juga arahan dan pengumuman para pemimpin kerajaan PAS diikuti dan dipatuhi oleh pejabat masing-masing. Sebab itu apabila datang arahan agar gambar MB lama diturunkan dan digantikan dengan gambar MB baru, mereka ini atas kerelaan sendiri bertindak menjadi pendesak. Memburukkan keadaan ialah apabila sebilangan ketua atau orang kuat di pejabat tertentu adalah juga pendukung kuat BN, khususnya Umno. Mereka ini sengaja menzahirkan ketaksuban kepada parti, termasuk dalam hal yang sepatutnya dipatuhi. Asal saja ada peluang untuk mereka tunjukkan sikap ketidakbersamaan dengan parti pemerintah negeri (PAS), mereka ini sedaya mungkin menzahirkannya. Salah satu kes yang menimbulkan sedikit kekecohan ialah dalam soal penukaran gambar MB daripada yang lama kepada yang baru. Bagi pendukung Umno yang ketika itu masih dalam keadaan 'mengigau' dan belum dapat menerima hakikat kejatuhan kerajaan disokong mereka, arahan agar menurunkan gambar MB lama adalah suatu yang amat memilu dan memalukan. Lalu berbagai alasan dan justifikasi kedengaran. Ada yang memberikan alasan belum menerima apa-apa arahan rasmi daripada kerajaan baru (PAS), walau pun pentadbiran baru sudah berjalan beberapa bulan. Malah ada yang cuba berdalih kononnya pejabat mereka belum menerima gambar MB baru, sedangkan gambar dimaksudkan itu sudah rata disebarkan dan digantung di seluruh negeri, termasuk di surau dan markas parti. Ada pula yang menjawab sinis, "apa salahnya kalau tak ditukar gambar-gambar itu? Kata mereka, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas MB) bukan boleh buat apa kalau pun gambar dia kekal di situ? Dia dah tak ada kuasa pun." Ertinya, mereka mahu merasionalkan betapa kuasa bukannya pada gambar di dinding. Dalam ertikata sama, para pendukung Umno itu seakan mengatakan jika pun tidak diletakkan gambar MB baru pada dinding, pemimpin itu tetap ketua kerajaan baru dan dia lah yang memiliki kuasa pemerintahan. Bagi mereka soal memaparkan gambar pemimpin adalah perkara kecil dan remeh-temeh. Ia tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan, atau sehingga menyebabkan pihak bertanggungjawab terhadap pemasangannya di dinding mana-mana pejabat dipersoalkan kepatuhan mereka terhadap kerajaan yang memerintah. Memang para pemimpin kerajaan pimpinan PAS ketika itu tidak begitu mengambil serius soal kedegilan beberapa pejabat menaikkan gambar MB. Sebab itu tidak kedengaran walau seorang pun ketua pejabat atau pegawai bertanggungjawab yang dikenakan apa-apa tindakan di atas keengganan kakitangan mereka melaksanakan arahan itu. Tidak ada pun walau seorang penjawat awam yang ditukar atau diberi teguran disebabkan perkara itu. Jauh sekali untuk digantung tugas atau diberhentikan. Sebab itu agak memualkan apabila kini khalayak pendukung Umno pula seakan hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal perasaan hanya apabila sehelai bendera memaparkan gambar pemimpin parti itu diturunkan sekumpulan mahasiswa yang meluah rasa tidak puas hati berkaitan permasalahan yang mereka hadapi. Siswa terbabit bukan sahaja diugut untuk ditumbuk dan diludah, malah dibayang akan berdepan tindakan keras termasuk dibuang dari pengajian. Ertinya, Umno kini mengakui signifikan meletakkan gambar pemimpin di sesuatu premis. Ia sama sekali berlawanan dengan sikap dan pendirian yang mereka ambil di Terengganu lebih sedekad lalu. Hanya kerana sehelai bendera tertera gambar pemimpin Umno diusik, bukan setakat satu negeri, kekecohan kini merebak ke serata negara. |
Bibir Najib dah tak merah lagi dahh... Posted: 31 Dec 2011 12:00 AM PST Orang Kristian harus lawan untuk kebenaran: Isytihar perang ke atas Ibrahim Ali dan UMNO Written by John Kashuerin Perkasa dah buat hal lagi! Mendakwa dirinya sebagai penegak hak orang Melayu, kumpulan ini sering dilabel sebagai samseng golongan ekstrim. Sekarang, rakyat Malaysia mesti memikirkan siapakah sebenarnya ahli kumpulan yang seperti seperti terdiri dari mereka yang tidak pernah atau tak habis sekolah ini. Nyata, presiden pengasasnya Ibrahim Ali adalah sejenis manusia yang tidak akan berfikiran secara logik, berbincang secara rasional atau bersetuju apabila orang lain sudah terbukti benar . Dia dan pemimpin-pemimpin Perkasa lain ketagih dengan sikap menipu dan menikan dari belakang, Ini ialah abad ke-21! Zaman kebanjiran maklumat di mana ia boleh diakses melalui Internet kerana meningkatnya pengglobalisasian dan ekonomi digital dunia. Sering, Ibrahim Ali dan pengikut-pengikut bodohnya memutarbelitkan sejarah kita. Ia adalah penting bagi lelaki dan wanita Malaysia , sebagai warga yang baik, bersuara untuk menentang fitnah-fitnah jahat di dalam negara kita. Lelaki ini sama sekali tiada mempunyai rasa hormat kepada sesiapa dan telah terbukti dari kesediaan beliau untuk bergaduh secara terbuka dengan orang-orang Kristian pada musim perayaan ini. Kebaikan mesti mengatasi kejahatan Dalam agama Kristian, ia adalah dianjurkan untuk memerangi sebarang bentuk penindasan dan kekejaman bagi menegakkan keadilan, sama ada dari segi sosial, ekonomi atau politik. Ia mesti dilakukan sehingga kebaikan berjaya mengatasi kejahatan. Tuhan memerhatikan setiap sesuatu yang kita lakukan. Adalah wajib ke atas orang-orang Kristian mempertahankan kebaikan dan mengalahkan kuasa-kuasa jahat contohnya apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali yang berkelakuan seperti syaitan. Sebagai peringatan kepada orang Kristian, majoriti kawasan tanah Malaysia – Sabah dan Sarawak – penganut Kristian. Ini adalah mengapa pada tahun 1963 Perjanjian Malaysia tidak menyatakan satu agama rasmi bagi 2 kawasan Malaysia di Borneo ini. Penganut agama Kristian juga merupakan juga ada di semenanjung Malaysia. Rev Eu Hong Seng tidak mempersoalkan Perkara 153. Apa yang dipersoalkan olehnya ialah mengapa ia tidak digunakan dengan sama ke atas masyarakat bukan Melayu, termasuk orang-orang Kristian. Aspirasi yang sah untuk memberi jaminan di bawah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga boleh menambah yang Perkara 153, yang diperkenalkan untuk digunakan selama 15 tahun, bukan satu fasal yang boleh merangkumi semua perkara. Sebaliknya, ia membataskan diri, dengan menberi hak kaum peribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli dan orang Melayu Semenanjung Malaysia, peluang dalam hanya empat bahagian tertentu sahaja. Bahagian-bahagian ini ialah; diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam; belajar di institusi pengajian tinggi dan keistimewaan pendidikan, biasiswa kerajaan dan peluang-peluang berurusan dengan kerajaan. Inilah yang dikatakan kedudukan istimewa Bumiputra Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Ketamakan Umno mengubah dan menyalahgunakan Perkara 153 Umno telah memuutarbelitkan kedudukan istimewa kepada hak istimewa dengan meluaskan batasan Perkara 153 yang melebihi empat bidang-bidang tertentu untuk meliputi setiap aspek kehidupan di Malaysia. Mudah-mudahan, Akta Perhubungan Persaingan yang dicadangkan akan mengambil kira Perkara 153 yang kerap dilanggar dan diputar belitkan. Perhatikan bahawa tiada disebut dimana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Melayu Semenanjung Malaysia digelar sebagai Bumiputera. Undang-undang Agung Tanah semata-mata merujuk kepada orang Melayu sebagai umat Islam di Semenanjung Malaysia dan Singapura yang lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu – tiada pengkhususan diberikan di sini - dan amalan budaya Melayu, adat resam dan tradisi. Sekali lagi, tidak dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan Ketuanan Melayu? Kaji dulu di mana asal usulnya orang Melayu! Sedikit pengenalan, Melayu bermula sebagai dialek di Kemboja dan telah digunakan oleh orang Hindu pada awalnya, kemudian mubaligh Buddha dan akhirnya menjadi lingua franca kepulauan di Asia Tenggara. Oleh itu, nama Kepulauan Melayu digunakan bagi merujuk di kepulauan di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas. Melayu muncul sebagai bahasa keagamaan, perdagangan, pendidikan, dan pentadbiran dengan campuran Sanskrit dan Pali - dialek bahasa Sanskrit yang digunakan oleh penganut agama Buddha – bermaksud perkataan. Pendek kata, bangsa Melayu, sebenarnya tidak wujud. Kajian berterusan terhadap DNA yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuktikan ini. Apa yang disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu sebenarnya separuh daripada bahagian selatan Semenanjung Kra di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas. Semenanjung Tanah Melayu juga bukanlah tempat asal bangsa Melayu. Melayu di Semenanjung Melayu adalah istilah terakhir yang digunakan oleh penjajah British yang meliputi pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau berdekatan. Mereka hanya mengikut seperti apa didakwa mubaligh Hindu dan Buddha. Penjajah Britishlah yang telah berperang sebanyak dua kali dengan Bangkok untuk mendapatkan Semenanjung Tanah Melayu dari kerajaan Thai untuk menanam getah dan melombong bijih timah. Penjajah British jugalah yang mengubah beberapa Kerajaan Sungei - kerajaan sungai yang dikurangkan kuasa dengan hanya boleh mengutip tol di sepanjang laluan air - sultan Melayu menjadi pemerintahan wilayah. Mereka juga memulakan Persidangan Raja-Raja Melayu. Orang-orang yang memanggil diri mereka Melayu di Semenanjung Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada, penjajah British. Dasar Ekonomi Baru Ia membolehkan pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau yang berdekatan untuk memupuk idea nasionalisme Melayu - iaitu pemberontakan menentang penguasaan ekonomi Cina - untuk merebut konsesi ekonomi dan politik yang lebih besar daripada masyarakat bukan Melayu. Hasilnya ialah Perkara 153, antara sebahagian yag terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara yang lain adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai tambahan kepada bahagian Hak Keistimewaan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang ke-4. Seperti Perkara 153, DEB bukanlah klausa yang merangkum semua perkara. Di bawah satu fasal, DEB adalah bertujuan untuk memastikan bahawa 30 peratus daripada kekayaan korporat – yang disenaraikan secara awam, dimiliki, dikawal dan diuruskan oleh Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan masyarakat Orang Asli dan Melayu Semenanjung Malaysia dalam tempoh dua puluh-tahun (1970-1990). Seperti Perkara 153, DEB juga telah luput tarikhnya. Satu lagi fasal dalam DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama. Fasal 3 dan yang terakhir dalam DEB adalah untuk menghapuskan perbezaan pada kaum dengan kegiatan ekonomi dan tempat tinggal. Pada hakikatnya, sebagai satu contoh, apa yang kita lihat pada hari ini adalah keadaan dimana 90 peratus daripada tenaga perkhidmatan awam dikuasai oleh satu komuniti. Seperti satu lagi contoh, 90 peratus orang-orang yang tinggal di Putrajaya - Pusat Pentadbiran Persekutuan - terdiri daripada satu komuniti yang sama. Masyarakat yang sama juga membentuk 90 peratus daripada Badan Kehakiman, perguruan, perkhidmatan diplomatik, polis, angkatan tentera dan GLC-GLC. Layulah 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno! Kita memerlukan lebih ramai orang seperti Rev Eu Hong Seng untuk bersuara menentang segala bentuk ketidakadilan dalam negara ini. - John Kashuerin adalah pembaca Malaysia Chronicle |
Masyaallah !! Di Putrajaya kaa... Posted: 30 Dec 2011 10:00 PM PST Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA...... PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan 'projek' ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu. Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam. Keadaan menjadi lebih 'meriah' waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka. Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan. Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini. Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam. Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan. "Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain. "Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk. "Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti," katanya. Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu. "Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai 'projek', malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan '*****'," katanya. Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata. Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan. "Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu. "Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa," katanya. Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh. "Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku," katanya. |
Agong mau ka dengaq cakap hampa... Posted: 30 Dec 2011 08:00 PM PST Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf SHAH ALAM— Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat. Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman. Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam," katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini. Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini. Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu. PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan. Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman. -Themalaysianinsider |
Tang mana laa kita nak letak dia ni haa... Posted: 30 Dec 2011 06:00 PM PST PENULIS menyambut baik dan mengalu-ngalukan sokongan terbuka pakar perlembagaan negara, Profesor Dr. Aziz Bari terhadap Pakatan Rakyat. Walaupun pengumuman tersebut sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan, jika melihat peranan yang dimainkan Aziz Bari sebelum ini yang lebih banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutama dalam sebarang isu yang melibatkan tafsiran perlembagaan. Sokongan itu juga pada pandangan penulis menandakan bermulanya karier Aziz Bari dalam politik sebaik kerjayanya sebagai pensyarah undang-undang berakhir esok (31 Disember 2011). Secara amnya, penyokong Pakatan Rakyat menyambut dengan baik jika ada golongan profesional dari kalangan penjawat awam yang mengumumkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat. Apatah lagi jika mereka sanggup meninggalkan kerusi empuk masing-masing dalam perkhidmatan kerajaan, semata-mata untuk keluar dari kepompong kepura-puraan dan terlibat secara langsung dengan politik Pakatan Rakyat, Aziz Bari tidak tekecuali. Tapi penulis sedikit kecewa bila Aziz Bari dengan serta merta juga menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat. Seolah-olahnya sokongan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat tidak ikhlas sebaliknya semata-mata mengharapkan jawatan. Apatah lagi bila Aziz Bari belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan justeru tidak melayakannya bertanding menggunakan nama tersebut dalam pilihanraya akan datang. Setiap calon masih perlu bertanding atas lambang parti masing-masing dan penting untuk Aziz Bari menyatakan parti mana yang mahu disertainya. Dari situ, barulah ditentukan kawasan mana yang sudi menjadikan Aziz Bari sebagai calon mereka. Jika Aziz Bari dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang tanpa melalui proses yang sepatutnya, dikhuatiri pencalonan beliau akan menyekat peluang kepimpinan di kawasan tersebut untuk bertanding, seterusnya menyumbang kepada undi protes. Dalam keadaan sekarang, itu (undi protes) adalah perkara terakhir yang kita mahukan.. Kita perlu akui, Pakatan Rakyat sekarang tidak lagi sama seperti mana tahun 2008. Pencalonan tidak boleh lagi dibuat sesuka hati dan tangkap muat kerana sudah terbukti pencalonan yang sedemikian hanya mendatangkan musibah kepada parti seperti mana yang berlaku dalam PKR hari ini. Apatah lagi sebagai 'orang baru' dalam politik, kesetiaan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat dan dasar perjuangannya masih lagi belum teruji, dibandingkan dengan pemimpin akar umbi sedia ada. Penulis nasihatkan Profesor Dr. Aziz Bari agar dapat bersabar sedikit sementara menantikan saat yang sesuai untuk dirinya bertanding mewakili Pakatan Rakyat. Perhebatkanlah dulu jasa dan sumbangan di peringkat akar umbi sebelum boleh menawarkan diri.- SPR |
Umno meriah, pakat-pakat selak kain kengkawan... kahkahkah... Posted: 30 Dec 2011 04:00 PM PST Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah Written by Maria Begum Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain. Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau. Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka. "Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang saya baca dalam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu." Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu. Pendedahan atau permulaan perang? Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan. Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang. Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana. Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka. Itu untuk ini Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC. Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan. Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu. Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat. Malaysia Chronicle |
Posted: 30 Dec 2011 02:30 PM PST Gambar-Gambar Solat yang jarang kita lihat. Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita. Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan