Sabtu, 31 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR TERBAIK YG PALING WAJIB ANDA TONTON

Posted: 31 Dec 2011 06:30 AM PST

gambar seribu makna.........anda tafsir sendirilah.. kalau benar pejuang islam..

Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT

Posted: 31 Dec 2011 04:50 AM PST

Dengan demonstrasi bakal diharamkan tidak lama lagi, kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.
killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 15Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".

Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan.

Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja.

Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November.

Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya.

killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 04Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabila
mereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik.

Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula.

Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai.

Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan.

Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno

Posted: 30 Dec 2011 11:30 PM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.
Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
"Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.
Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.
"Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu 'diredakan'.
"Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada," katanya.

AWAS PR:Gerakan S'gor yakin rampas 4 DUN, satu parlimen

Posted: 30 Dec 2011 10:20 PM PST

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)  Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada  Pilihan Raya Umum 2008.
  
Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.
  
Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.  
  
"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.

"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.     
  
Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong

Tiada ulasan: