Addin |
- (Gambar) Terkini!! Program Tahun Baru PR Selangor Dapat Sambutan Meriah..
- Rupa-Rupanya Najib Takut Shahrizat Selak Kain Rosmah Pulak..
- "Jamil Khir Baharom Tak Ngaku Berak Di Tengah Jalan"
- Bongkar!! Jumlah Sebenar Pendatang Asing Di Sabah
- Kenapa Blogger UMNO Masuk DAP?.. Ini Jawapannya
- Bongkar!! UMNO Daftarkan Pelajar IPTA Sekitar Melaka Sebagai Ahli UMNO?
- Jualan Harakah Merosot Kerana Takde Iklan Ubat Seks?
(Gambar) Terkini!! Program Tahun Baru PR Selangor Dapat Sambutan Meriah.. Posted: 31 Dec 2011 10:11 AM PST
gambar ~ tawanmalaysia | ||||||||||||||
Rupa-Rupanya Najib Takut Shahrizat Selak Kain Rosmah Pulak.. Posted: 31 Dec 2011 07:24 AM PST Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian. "Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?. "Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat. "Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor. Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita. "Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya. "Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor. Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN. Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat."'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu. Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. | ||||||||||||||
"Jamil Khir Baharom Tak Ngaku Berak Di Tengah Jalan" Posted: 31 Dec 2011 07:03 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar. Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman. "Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu. Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan. Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan. "Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya. Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf. Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini. "Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya. Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. ~bernama Addin : Dah berak tengah jalan tak ngaku pulak.. | ||||||||||||||
Bongkar!! Jumlah Sebenar Pendatang Asing Di Sabah Posted: 31 Dec 2011 05:55 AM PST Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk warga asing di Sabah bakal menjadi majoriti, kerana disediakan sekali dengan statistik yang jelas untuk anda perhatikan taburan warga asing di Sabah mengikut daerah. Kalau disemak rekod melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sbah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah. Mungkin…tiada mustahil kalau ada banyak lagi "projek-projek yang diatur di Sabah. Berdasarkan ranking jumlah warga asing di Sabah :
Kalau orang Kuala Lumpur contohnya, mengadu tidak senang dengan kehadiran & lambakan warga asing, agaknya apa pula perasaan orang Sabah melihatkan jumlah warga asing di negeri mereka ketika ini? Gambaran warga asing di ibukota Itu baru statistik warga di Sabah yang telah berjaya direkodkan, yang tidak sah? Isu warga asing di Sabah bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya. Kami pasti isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah. Harap kerajaan persekutuan mengambil serius perkara ini. Itu harapan kami Itu belum masuk lagi berita mengenai kedatangan pekerja asing sekitar 100,000 yang "dibawa khas" dari Nepal? ~beritasemasa | ||||||||||||||
Kenapa Blogger UMNO Masuk DAP?.. Ini Jawapannya Posted: 31 Dec 2011 05:04 AM PST Kemasukan blogger UMNO Aspan Alias ke dalam DAP menjadi tamparan hebat buat UMNO dan kuncu-kuncunya. Dalam UMNO membawa berita-berita pembohong kemasukan ahli-ahli PAS dan PKR ke dalam UMNO yang di dendangkan oleh media massa milik UMNO hampir setiap hari.. tiba-tiba blogger berpengaruh UMNO bertindak sebaliknya. Maka terkedulah UMNO dalam menempuh PRU 13 yang tidak lama lagi. Rupa-rupanya UMNO makin tidak mampu menghadapi peperangan ini.. kita ikuti sama-sama pendedahan blogger Aspan Alias.. Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP. Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya. Jawapanpendek saya senang sahaja: Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO. ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR. Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum. Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini. menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu. Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin. Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu. Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah. adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka? Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya. Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini. Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu. Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini. Terima kasih. ~manjungmari | ||||||||||||||
Bongkar!! UMNO Daftarkan Pelajar IPTA Sekitar Melaka Sebagai Ahli UMNO? Posted: 31 Dec 2011 04:03 AM PST Info terbaru yang pihak admin perolehi setakat semalam mendapati mahasiswa yang telah didaftarkan telah mencecah angka 746 orang mahasiswa yang mana 232 dari UTEM dan 514 orang daripada UiTM Kampus Bandaraya Melaka. untuk dijadikan pengundi di Parlimen Bukit Katil. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkemungkinan pendaftaran pemilih untuk pertukaran alamat akan dilanjutkan ke satu tarikh yang baru memandangkan tarikh sepatutnya berakhir adalah pada 31 Disember 2011. Sumber ini diperolehi dari pihak dalaman UTEM. Manakala bagi Multi Media Universiti (MMU) Bukit Beruang, pihak admin cuba mendapatkan dokumen. Pihak kami sudah pun mendapatkan video rakaman selama 9 minit dan akan ditayangkan selepas 1 Januari 2012. Pihak kami telah mendapatkan video tersebut pada Selasa 27 Disember 2011 namun pihak kami masih mengumpul bukti-bukti yang akan mengaitkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pihak kami juga telah didesak oleh blogger pencacai UMNO untuk mendedahkan maklumat ini. Insyaallah kami akan dedahkan dan telanjangkan apa yang dikehendaki oleh blogger tersebut. Semoga video dan dokumen ini menjadi saksi kepada kita siapa sebenarnya pengkhianat negara dan merogol maruah negara dengan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini. Teruskan menjejaki siri-siri yang akan menyusul dari semasa ke semasa. ~kijang59 Baca di sini. | ||||||||||||||
Jualan Harakah Merosot Kerana Takde Iklan Ubat Seks? Posted: 30 Dec 2011 06:12 PM PST Betul ke ni?? jualan Harakah merosot kerana pengharaman iklan ubat seks. Penulisan sinis macam ni mungkin tiada kebenarannya. Selama ini Harakah bukanlah bergantung pada iklan ubat seks semata-mata. Harakah menyinar menjadi wadah perjuangan rakyat sekitar 1999 semasa era reformasi. Maklumat dalam Harakah menjadi tagihan masyarakat yang inginkan perubahan. Namun sedekad berlalu era reformasi, Harakah makin hilang gemerlapannya. Mungkin penulisan macam ni ingin menimbulkan persepsi buruk terhadap akhbar Harakah.. sama-sama kita fikirkan. Pengharaman Iklan Ubat Seks Punca Jualan Harakah MerosotPuncanya, seorang rakan penulis membuat jenaka mengatakan jualan Harakah versi cetak semakin merudum kebelakangan ini kerana ketiadaan iklan-iklan ubat penguat tenaga batin yang satu ketika menghiasi setiap halaman dalam akhbar tersebut. Kebetulan pula penulis ada menulis mengenai kemerosotan jualan Harakah ini dalam satu entri di laman ini pada minggu lepas. Walaupun sekadar jenaka, penulis rasakan ada fakta yang melingkar disebalik jenaka tersebut, seterusnya mendorong kepada penulisan ini. Khabarnya, ada pihak-pihak tertentu dalam editorial Harakah yang merasakan iklan ubat menguatkan tenaga batin ini boleh mendatangkan perasaan tidak sihat di kalangan pembaca dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam dalam masa yang sama. Ubat penguat tenaga batin ini seringkali dikaitkan dengan perhubungan seks walaupun sebenarnya ia mampu menambah tenaga untuk hal-hal yang lain juga. Ditambah pula dengan ramainya pemimpin lelaki dalam PAS yang mempunyai isteri lebih dari satu, maka persepsi Harakah sebagai akhbar yang mempromosikan seks, lebih dari perjuangan Islam itu sendiri makin menjadi-jadi. Justeru, penulis difahamkan bahawa pihak editorial Harakah telah membuat keputusan supaya iklan-iklan sedemikian dikurangkan dalam setiap terbitan Harakah versi cetak. Pengurangan itu bagaimana pun telah menyebabkan kebanyakan pengiklan terbabit beralih kepada Harakah versi Online untuk mengiklan produk mereka. Sehingga akhirnya kalau kita perhatikan hari ini, iklan-iklan ubat menguatkan tenaga batin sudah tidak kelihatan langsung dalam Harakah versi cetak. Dalam masa yang sama, jualan akhbar tersebut turut merudum. Mungkinkah perkara ini berlaku secara kebetulan, atau sememangnya ubat penguat tenaga batin ini mempunyai tarikan tersendiri untuk orang ramai mendapatkan Harakah? Penulis secara peribadi berpendapat, tidak ada masalah untuk Harakah versi cetak meneruskan tradisi mengiklankan ubat penguat tenaga batin ini, jika itu mampu menaikkan semula jualan Harakah yang kini semakin merosot. Disamping mampu menambah pendapatan Harakah dari segi pengiklanan, ia juga membolehkan rakyat terdedah kepada informasi alternatif dalam bentuk bahan bercetak yang sekarang dimonopoli akhbar arus perdana. Sudah sampai masanya pihak editorial melupakan seketika pandangan umum mengenai iklan ubat penguat tenaga batin di dalam Harakah (seperti dinyatakan di atas) dan memberi tumpuan kepada matlamat sebenar menerbitkan Harakah itu sendiri serta kepentingannya kepada survival parti PAS. ~suaraPR |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan