Sabtu, 24 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Jangan heret kambing masuk dalam kain la bro... kahkahkah...

Posted: 24 Dec 2011 09:30 AM PST

Khir Toyo Berkata Dia Kambing Hitam!!

Oleh: laniismaa

Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu dan dia dipenjara setahun.

Namun begitu dia berkata dia sebagai kambing hitam politik dan berkata dia tetap tidak bersalah kerana harga RM3.5 juta pada asasnya "pembeli sanggup dan penjual sanggup". Khir juga berkata "Sejak dari mula lagi," apabila ditanya pemberita sejak bila dirasakannya akan bersalah sekiranya dia kambing hitam.

Khir juga berkata "ini bukan keputusan muktamad dan saya akan terus berjuang untuk membersihkan nama saya." "Soalan politik, saya akan menjawab selepas Januari 9," tarikh keputusan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1Dr Khir didakwa telah melakukan kesalahan itu di kediaman Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7 / 1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007. -Sumber TMI

PS :Ha..haa… baru terasa dia berada di pihak yang benar dan baru terasa dia menjadi kambing hitam politik Najib. Mungkin betul kerana Najib nak menunjukkan dia serius nak benteras rasuah [NFC lain cerita!]. Sebenarnya Khir tak dikehendaki lagi dalam UMNO. Kalau dikehendaki dan pengaruhnya masih kuat tentu dia tak bersalah…itulah politik!!

EkELEH!!! Kambing Hitam Konon!!

Aku setuju sangat depa2 ni kita bakul sampahkan... haha...

Posted: 24 Dec 2011 08:00 AM PST


20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka?

Written by Mathias Gomes, Malaysia Chronicle

Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari.

Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula.

20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah

20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya.

19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau.

18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.

17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!

16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia.

15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.

14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.

13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.

12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.

11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang.

10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!

9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.

8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.

7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita 'correct, correct, correct' Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.

6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di 'outsource'. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit 'outsourced' mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding.

5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek.

4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN.

3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.

2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke "Bolehland" di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.

1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu? Hahahhaha !

Malaysia Chronicle

Meriahnya Pakatan... kahkahkah...

Posted: 24 Dec 2011 07:00 AM PST

Karpal minta Ramasamy letak jawatan TKM 11

Pertelingkahan antara pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh dengan timbalan setiausaha agung parti itu Prof P Ramasamy semakin tegang apabila Karpal Singh hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

Karpal Singh (kanan) , yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, berkata Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di George Town.

Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian berbahasa semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal Singh berkata dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.

"Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

Karpal Singh mencabar Ramasamy (kiri) supaya memberikan nama mereka
yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah," kagtanya.

Pengerusi DAP itu berkata Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya.

- Bernama

Betoi-betoi... kahkahkah...

Posted: 24 Dec 2011 06:00 AM PST

Shahrizat: Beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah?

Oleh Wong Choon Mei

Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

"Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

"Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan." Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. "Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami." Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

"Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia)," beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

"Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. "

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau "dihalau" termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan "Global Financial Integrity" baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini "seiring dengan bebapa negara Asian." Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini," ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat.

Malaysia Chronicle

Apasal Mustafa Ali segan nak jawab pulak nih... haha...

Posted: 24 Dec 2011 05:00 AM PST

Mustafa Ali enggan jawab tuduhan mahu jumpa Umno

"Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS, saya pun berhenti cakap," kata setiausaha agung PAS itu.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas tuduhan Datuk Dr Hasan Ali yang beliau mahu berjumpa pemimpin Umno.

Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.

"Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS, saya pun berhenti cakap.

"No komen, biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mustafa mendakwa exco agama kerajaan negeri Selangor mengatur rancangan mahu berjumpa pemimpin Umno.

`Saya sign surat

Selain Dr Hasan, kata Mustafa, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga mahu berjumpa dengan pemimpin Umno.

Bagaimanapun, dalam sidang media di rumah Dr Hasan di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pagi tadi, Adun Gombak Setia itu menafikannya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata hubungan beliau dengan Dr Hasan biasa sahaja.

"Hubungan personel (peribadi) biasa sahaja. Tiada hubungan dalam telefon, cuma hubungan dalam media," katanya sambil ketawa.

Ditanya bila PAS mahu menghantar surat memanggil Dr Hasan, Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberi pejelasan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mustafa berkata, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menguruskannya.

"Saya hanya sign (tandatangan) surat tetapi tarikhnya biar sesuai dengan tarikh presiden," kata Mustafa lagi.

Aikkk!!! Mustafa Ali pun ada jugak... kahkahkah...

Posted: 24 Dec 2011 04:00 AM PST

Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali' jawab Hasan


KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).

"Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.

"Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan," katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan 'stop-short' di situ.

"Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno," katanya.

NFC: Antara yang kena cekup...

Posted: 24 Dec 2011 03:31 AM PST

PEGAWAI Operasi Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh (kanan) bersama pegawai SPRM merampas seunit pemprosesan data (CPU) dan empat sampul surat besar berwarna putih dipercayai berisi dokumen dari pejabat National Feedlot Coperation (NFC) di Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Sairien Nafis

Gila babun ka hapa, 13 tahun punya menipu...

Posted: 24 Dec 2011 01:24 AM PST

Sejak 13 tahun, Dr M menipu rakyat untuk menjatuhkan Anwar

Written by Maclean Patrick, Stan Lee, Malaysia Chronicle

Tidak ada peristiwa yang lebih tepat untuk mentakrifkan Malaysia daripada peperangan yang berterusan antara Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Pertelingkahan mereka telah membentuk lanskap politik negara sejak tahun 1998.Pelbagai kiasah telah dimuatkan termasuk 'character assasination' paling keji, kemerosotan badan kehakiman, integriti pasukan polis yang tercalar dan pengongkongan media oleh kerajaan yang memerintah. Kesan-kesan persengketaan ini akan terus menentukan haluan negara untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Sehingga kini, punca perbalahan tersebut masih diselubungi misteri. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, ia telah menjadi jelas bahawa ancaman yang paling serius kepada kuasa Mahathir ialah kaliber dan kepimpinan timbalannya. Mungkin kerana dia mula merasai Anwar sudah mula menjauhkan dirinya dari Mahathir, lebih menyerlah dari segi pegangan agamanya dan menampakkan dirinya tidak menyukai sekatan ke atas kebebasan awam yang telah menjadi lambang pemerintahan Perdana Menteri Mahathir.

Namun begitu, Mahathir terus melantik Anwar sebagai penggantinya sehinggalah hubungan mereka betul-betul retak semasa krisis kewangan Asia. Pada Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998, penyokong kuat Anwar, Ahmad Zahid Hamidi, mengkritik kerajaan kerana tidak melakukan secukupnya untuk memerangi rasuah dan kronisme. Maklum balas adalah tidak ketara tetapi kesannya amat ketara.

Berminat dalam hal ekonomi

Mahathir mula berminat dalam polisi ekonomi Malaysia dan Anwar mendapati dirinya semakin dipinggirkan. Pada 2 September, dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan segera diusir keluar dari UMNO. Tiada sebab diberikan bagi pemecatan itu, namun, media telah membuat spekulasi bahawa ia berkaitan dengan dakwaan salah laku seks yang diedarkan di dalam "surat layang" pada perhimpunan agung '98.

Oleh kerana lebih banyak tuduhan-tuduhan jahat yang timbul, penyokong Anwar membalas dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang jelas menunjukkan siapa rakyat Malaysia lebih mahukan untuk memimpin mereka. Tidak hairanlah bahawa pada 20 September, Anwar ditangkap dan diletakkan dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekali lagi, tiada sebab yang jelas telah diberikan bagi pemecatan Anwar, namun rakyat dibuat untuk mempercayai bahawa ia adalah disebabkan oleh dakwaan salah laku seks semasa perhimpunan agung dan ini datang dari media yang dikawal oleh kepimpinan UMNO.

Kali ini buku 50 dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM telah diedarkan dan ia mengandungi penerangan dakwaan serta tuduhan rasuah terhadap Anwar. Buku ini telah ditulis oleh Khalid Jafri, bekas editor akhbar Utusan Malaysia dan bekas ketua editor majalah yang gagal, Harian Nasional kedua-duanya dikawal oleh kerajaan.

Anwar mendapat injunksi mahkamah untuk menghalang pengedaran buku dan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap penulis kerana memfitnah. Polis mendakwa pengarang buku dengan penyebaran berita palsu yang berniat jahat. Antara dakwaan di dalam buku ini adalah bahawa Anwar adalah lelaki homoseksual. Pihak polis telah diarahkan oleh Mahathir untuk menyiasat kebenaran dakwaan-dakwaan buku ini.

Ironinya, walaupun penulis didakwa kerana menyiarkan berita palsu, intipati buku disiasat seolah-olah ia adalah benar. Namun, siasatan telah dijalankan dan ini membawa kepada perbicaraan mahkamah yang paling kotor yang dikenali sebagai Liwat I pada tahun 1998, yang juga melahirkan sekuel pada tahun 2008 - Liwat II.

Tiada satu pun yang di atas boleh berlaku tanpa pengetahuan Mahathir. Dan sesungguhnya, sedikit- sebanyak dia bertanggungjawab untuk membenarkan perpecahan berlaku didalam parti UMNO dan masyarakat Melayu dan menyebabkan kekacauan di dalam negara ini.

Menarik juga jika diperhatiankan sebab awal berlakunya krisi ini seolah-olah berkait rapat dengan cara Anwar - sebagai Menteri Kewangan - menguruskan krisis kewangan negara.

Kawal lwn liberal


Semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Ban dalam pelan pemulihan ekonomi. Beliau juga dimulakan pakej penjimatan yang memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18%, seperti memotong gaji menteri dan projek-projek utama yang tertunda. "Projek-projek Mega", yang telah menjadi asas kepada strategi pembangunan Mahathir, banyak disekat.

Walaupun banyak syarikat Malaysia yang bakal menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: "Bail out tidak akan berlaku dan mana-mana bank akan dibenarkan untuk melindungi diri mereka dan kerajaan tidak akan campur tangan." Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas, termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan.

Mahathir sebaliknya menyalahkan spekulator mata wang seperti George Soros dan menyokong kawalan mata wang yang disokong dan peraturan yang lebih ketat daripada pelaburan asing. Ia adalah jelas bahawa dia telah tidak gembira apabila pada tahun 1998, Newsweek magazine menamakan Anwar "Asian of the Year". Ia merupakan satu tamparan hebat kepada Mahathir, yang menganggap dirinya seorang pemimpin yang hebatt, berpandangan jauh dan berkebajikan.

Pada akhir tahun itu, pertelingkahan di antara Anwar dan Mahathir menjadi hebat semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan empat tahun sekali. Sayap Pemuda UMNO, yang diketuai oleh sekutu Anwar iaitu Ahmad Zahid Hamidi, memberi isyarat bahawa ia akan memulakan perbahasan "kronisme dan nepotisme".

Mahathir membalasnya, dengan memecat Anwar dan mengisytiharkan timbalannya itu "ejen barat". Beliau memberi amaran bahawa Anwar akan menjatuhkan Malaysia jika IMF dibawa masuk. Krisis antara 2 lelaki ini disebabkan oleh yang Mahathir yang lebih gemar akan ekonomi yang terkawal manakala Anwar menyokong liberalisasi ekonomi.

Hidup dalam penipuan sejak 13 tahun


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih tepat lagi,13 tahun, Mahathir telah hidup didalam mimpi bahawa dengan menolak bantuan IMF, Malaysia telah melalui krisis kewangan tahun 1998 yang lebih baik daripada orang-orang yang telah menerima bantuan.

Sedih sekali bahawa ia adalah tanggapan palsu – nayta sekali, setelah dibongkar PKR, Mahathir rupa-rupanya telah mendapat bantuan kewangan dari IMF selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Jika benar, ia akan menunjukkan Mahathir sebagai munafik kerana mencerminkan dirinya lebih baik dari lembaga IMF, dan walaupun menghina George Soros, yang sebenarnya tidak sedikit pun membalas Mahathir. Namun, Mahathir sendiri tidak pernah teragak-agak untuk menyelar mereka.

Melalui dokumen Bank Dunia yang didedahkan oleh PKR pada awal minggu ini, ia menunjukkan bahawa selepas pemecatan Anwar, pentadbiran Mahathir telah menjalankan rancangan Anwar. Mahathir mendapat bantuan kewangan daripada organisasi yang sebelum ini ia telah disifatkan sebagai syaitan itu secara rahsia.

Dan ini menimbulkan soalan, siapa pula yang berdusta, atau pembohong yang lebih besar? Adakah rakyat Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO dan Mahathir? Adakah kita semua telah di 'brainwash' untuk mempercayai bahawa kerajaan UMNO-BN bersimpati dan mementingkan rakyat semasa ia ingin menghancurkan pembangkang?

Sehingga Mahathir boleh mengemukakan bukti yang menfikan semua ini, kita hanya boleh bergantung kepada maklumat yang datang terus dari laman web Bank Dunia, dan ini menunjukkan bahawa Mahathir telah meminjam dana, walaupun beliau enggan mengakui dan mencanangkan pada dunia bahawa dia menyelamatkan Malaysia tanpa menggunakan satu sen daripada wang "agen asing".

Terkini, yang keluar dari Mahathir adalah bahawa pinjaman itu telah telah diambil oleh Anwar ketika beliau Menteri Kewangan. Kemudian dia dipecat dan masih menggunakan pinjaman itu pula? Jika pinjaman itu berguna ke Malaysia, Anwar perlu diberi ganjaran dan pujian. Tetapi sebaliknya, Anwar yang disifatkan sebagai syaitan dan dipenjarakan.

Pada usia 86, tidak Nampak seperti Mahathir mahu berdamai. Atau mungkinkah telah terlambat, kerana sejak tahun 1998 dahulu dia sudah terlalu banyak menipu untuk menerima keampunan – daripada Tuhan mahupun kemaafan dari rakyat senegaranya selama 13 tahun!

Malaysia Chronicle

20 Politikus paling malang... kahkahkah...

Posted: 23 Dec 2011 08:00 PM PST

20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka?

Written by Mathias Gomes, Malaysia Chronicle

Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari.

Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula.

20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah

20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya.

19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau.

18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.

17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!

16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia.

15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.

14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.

13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.

12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.

11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang.

10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!

9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.

8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.

7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita 'correct, correct, correct' Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.

6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di 'outsource'. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit 'outsourced' mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding.

5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek.

4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN.

3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.

2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke "Bolehland" di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.

1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu? Hahahhaha !

Malaysia Chronicle

Pengganti Anwar... hihi...

Posted: 23 Dec 2011 05:59 PM PST

Nurul Izzah Atau Tengku Razaleigh Ganti Anwar?

Oleh Mohd Sayuti Omar

LUPA sekejap kisah lembu gemuk yang tinggal di Kondang – kondo - kandang, lupa sekejap kepada telatah dan gelagat Hasan Ali yang nampak intelek tetapi sebenarnya kurang sodium chlorid politik, tinggal Nasrudin Hasan yang sudah "kembali ke pangkalan jalan", mari kita bercakap fasal 9 Januari di mana tarikh dan saat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah hendak jatuhkan hukuman ke atas perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.

Ramai orang membuat perhitungan pada tarikh itu Anwar akan dijatuhi hukuman penjara dan Anwar akan terus dibawa ke Sungai Buluh untuk menjalani hukuman, tanpa boleh dibayar jamin. Begitulah yang orang fikir dan merasakan bayangan dari hasil perbicaraan itu. Walaupun Tuhan lebih tahu segala-galanya tetapi itu skrip yang mungkin tersedia.

Katakan Anwar di penjara, persoalan yang menghantui pemikiran orang ramai sebelah Pakatan Rakyat ialah siapakah yang ganti Anwar. Tepatnya siapakah yang akan jadi PM kalau Pakatan Rakyat menang pilihan raya ke-13. Bila Anwar dijatuhi hukum penjara, baik satu hari atau enam tahun, dia tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.

Lebih buruk dia akan dikurung sekiranya proses rayuan tidak boleh dijamin. Peristiwa tahun 1998 akan berulang lagi di mana parlimen dibubarkan setelah Anwar ditolak masuk ke penjara oleh Mahathir. Siapa akan menggantinya dan menjadi PM? Pertanyaan ini sukar untuk diberi jawaban. Menyebabkan seolah harapan untuk Anwar jadi PM sudah terkubur dan lenyap sama sekali.

Rupanya yang menimbulkan persoalan ini bukan saja para pemimpin parti peringkat cawangan dan cabang , tetapi ia juga menganggu minda penulis sehebat Subky Latif. Semasa perjalanan pulang dari makan tengah hari di ibu kota kelmarin dulu, Subky mengajukan pertanyaan itu kepada saya;

"Ini Anwar kalau dia kena penjara siapa nak ganti dia jadi PM?" Tanya Subky selamba dan bersahaja. Saya tahu dia hanya iseng-isengan sahaja untuk mengetahui pandangan saya. Saya tidak segera menjawab dan menanti jawaban darinya. Saya percaya dia bertanya begitu kerana dia ada usul di sebalik pertanyaan itu.

"Siapa agaknya?" Tanya saya menebak pemikirannya.

"Ana nampak Nurul Izzah boleh menjadi pengganti Anwar, jadi perdana menteri?" katanya bersahaja menjadi saya sedikit tergaru-garu kepala lantas mencelah; "ana tenguk Nurul Izzah jauh lebih pintar dan bijak dari ibunya Dr Wan Azizah..."

"Iya, budak ini bijak dan ada keistimewaan. Ana fikir dia boleh jadi penyatu di kalangan Pakatan Rakyat, dia jadi PM sementara, sebelum Anwar diproses keluarkan semula...lepas keluar bagi kepada Anwar," sambungnya semacam yakin dengan apa yang dibayangkan itu.

Saya merasa seronok dengan pandangan Subky itu kerana apa yang saya fikirkan bagi menjawab persoalan bagaimana Anwar akan jadi PM sama dengan tokoh wartawan Islam itu fikirkan. Saya pernah menghuraikan kebimbangan penyokong Pakatan Rakyat mengenai Anwar. Malahan ada yang sudah lemah semangat bila mendengar Anwar akan kembali semula ke penjara.

Bila ramai orang mempersoalkan harapan Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia sudah tidak ada, bila dia dipenjara saya menolak begini; "Kenapa tidak ada, Anwar masuk penjara kalau Pakatan menang dia akan dibawa keluar... itu tidak pelik.." kata saya memberi harapan dan semangat kepada mereka yang bimbang dengan nasib Anwar.

Bunyinya simple tetapi praktikal. Ia pernah terjadi semasa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM. Bukankah Anwar dibawa keluar penjara dulu menerusi proses perundangan menyebabkan Mahathir Mohamad dendam dan marah sampai kini kepada Abdullah? Betapa tidak dia yang memintas, menjerat kemudian memenjara Anwar bak harimau liar yang garang tetapi dilepaskan oleh Abdullah.

Jadi kalau Anwar hendak jadi PM tertakdir Pakatan Rakyat menang ia akan melalui proses perundangan yang sama. Jadi kepada mereka yang bimbang dan kabur mengenai masa depan Anwar tidak perlu bimbang, janji perlu bekerja kuat dan banyak berdoa.

"Tetapi kalau selain Nurul Izzah siapa orang lain yang enta fikir?" Subky mengocah saya lagi.Saya juga rasanya dia tahu nama siapa yang tersandar dalam benak saya.

"Tengku Razaleigh boleh," jawab saya rengkas menjadikan Subky terdiam. Kali ini dia pula menyetujui pandangan saya itu, tetapi dengan sedikit jawaban. "Tetapi Ustaz Hadi juga boleh...do belah Pas kena ada juga," katanya. Kami saling berangan-angan di atas kereta.

Kenapa Tengku Razaleigh tanya saya kemudian saya menjawab. Tengku Razaleigh tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak. Dia juga seorang tokoh yang berintegriti. Orang Cina juga senang dengannya orang India juga senang. Dia mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi. Yang paling nyata dia seorang tokoh yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

"Tetapi macam mana dengan Engku Li ini?" tanya Subky. Saya tahu maksudnya macam mana dalam pilihan raya akan datang. Subky kabur ke manakah dia nanti. Apakah bertanding atas tikit BN atau apa. Saya sendiri tidak tahu ke mana hujung jatuhnya. Cuma apa yang saya rasa dia masih sayangkan Umno tetapi tidak senang dengan pemimpin yang ada sekarang ini. Setidak-tidaknya itulah yang dapat dilihat dari wajahnya.

"Dia akan bertanding lagi?" tanya Subky. Kami sama-sama meramal nasib pemimpin yang sepatutnya sudah lama jadi perdana menteri itu, lebih dahulu dari Mahathir dan Abdullah.

"Ana kira dia akan bertanding, kalau Umno tidak bagi laluan dia akan bertanding atas bebas. Pas akan memberi laluan mudah kepada Tengku Razaleigh di Gua Musang. Harapan dia untuk menang kalau Pas beri laluan rasanya mudah. Pengaruhnya di sana masih kuat," balas saya sambil menekan tidak mustahil juga kalau Tengku Razaleigh bertanding atas tikit parti selain BN dan Pas.

Diam tak diam destinasi yang ditujui sudah sampai, rumah Subky Latif di Taman Karak Utama, Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan selama kira-kira 30 minit kami hanya sempat membincang tiga saja calon perdana menteri, Nurul Izzah, Tengku Razaleigh Hamzah dan Abdul Hadi. Nama Husam Musa dan Mohamed Azmin Ali tidak termasuk dalam tilikan kami.

http://msomelayu.blogspot.com/

Jom bahagiakan ibu

Posted: 23 Dec 2011 02:30 PM PST

Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu!

Oleh: al-bahanj

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

[Tonton Video Nasyid Oleh Ahmad Bukhatir - Ya Ummi di sini]

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23.

Selepas itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا"

Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

Kita dilarang menderhakai ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata'ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara'.

Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu 'alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA".

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU 'alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.

Abu Hurairah r.a berkata:

"Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU 'alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu." - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-'As r.a berkata yang maksudnya:

"Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah bersama mereka." - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Mas'ud r.a berkata yang maksudnya:

"Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU 'alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH." - Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting. Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU 'alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai 'penduduk langit' hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.

Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa. Setiap kita biasa melakukan kesilapan. Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH. Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.

Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menyinggungkan hati mereka. Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.

wAllahu ta'ala a'lam.

Tiada ulasan: