Sabtu, 24 Disember 2011

Addin

Addin


Rahsia Kekayaan Taib Mahmud Di Swiss

Posted: 24 Dec 2011 06:00 AM PST

Taib masih belum menerima sebarang respon dari Kerajaan Swiss semalam. Semasa memberikan respon kepada soalan dari ahli MP Maya Graf dalam Parlimen Persekutuan Bern, Menteri Kewangan Swiss, Evelyn Widmer Schlum, gagal mengeluarkan apa-apa jawapan yang munasabah! Menurut Widmer, badan pemantau kewangan Swiss iaitu FINMA dijangkakan tidak dapat mengeluarkan hasil-hasil siasatan ke atas aset-aset Taib, berteraskan undang-undang kerahsiaan Swiss.

Tetapi FINMA "akan memberitahu individu yang disiasat" mengenai hasil-hasil siasatan mereka. Kumpulan individu yang sangat memerlukan laporan siasatan itu, dijangkakan adalah keluarga Taib, dan juga Kerajaan Malaysia. Tetapi bagaimana pula rakyat negeri Sarawak, yang telah dan sedang kehilangan tanah bernilai berbilion-bilion ringgit setelah dirampas oleh Ketua Menteri dan diberikannya kepada ahli-ahli keluarga, termasuk konsesi-konsesi dan kontrak?

Menteri Kewangan Swiss enggan menyokong maklumat Taib yang menafikan bahawa beliau mempunyai simpanan kekayaan di negara tersebut. "Saya tidak berpuas hati kerana kerajaan Swiss tetap merahsiakan kekayaan individu-individu yang melakukan rasuah di negara-negara yang ditadbir oleh kerajaan yang lemah.

Tiada gunanya kita mengadu mengenai kemusnahan hutan tropika dunia selagi negara-negara barat membantu keluarga-keluarga yang korup seperti keluarga Taib yang memperkayakan diri mereka dengan menebang pokok-pokok."

Ramai yang berpendapat bahawa komen-komen Taib semasa persidangan DUN yang lalu adalah tersusun dan teratur, di mana beliau telah menafikan bahawa beliau tiada simpanan aset di Switzerland sekarang, tetapi bukannya dahulu. Tetapi di negara Monaco yang ditadbir Putera Albert, cukai yang rendah ke atas simpanan dan undang-undang yang baik, telah menarik ramai penyimpan ke negaranya, termasuk keluarga Taib.

Pertubuhan Prince Albert Foundation (yang kononnya menyokong kempen pemeliharaan alam sekitar!) merupakan penerima biayaan terbanyak dari keluarga Taib, termasuk sekeping cek peribadi dari Taib bernilai 100,000 euro, yang diberi Taib semasa majlis pertunjukan fesyen di Monaco pada tahun lalu.

Selain itu Taib juga dikatakan membiayaan lawatan rombongan Putera Albert ke Mulu National Park. Keluarga yang membiayai Kallakis, setidak-tidaknya akan mengharapkan mereka tidak lagi menyimpan kekayaan mereka di Switzerland. ~sarawakreport


Anwar Ibrahim Di Penjarakan Selepas Khir Toyo.. Arahan Siapa?

Posted: 24 Dec 2011 04:00 AM PST

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!

Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah 'jawapan' UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu.

Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu 'ringan' kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.

Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda. Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama; nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif.

Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.

Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari.

Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan. ~suaraPR

Bola Misteri Dari Luar Angkasa?

Posted: 24 Dec 2011 01:00 AM PST

WINDHOEK -  Belum ada seorang pun yang tahu apa benda bulat dari logam yang jatuh di sebuah gurun di utara Namibia itu. Beratnya sekitar 6 kilogram dengan diameter 35 sentimeter. Saat menghantam permukaan tanah, benda tersebut membentuk kawah sedalam 30 sentimeter dan selebar 4 meter. Bola misterius itu sendiri ditemukan sekitar 18 meter dari kawah yang terbentuk. Penduduk lokal mengaku mendengar beberapa kali bunyi ledakan sebelum ditemukan benda tersebut oleh salah seorang petani.

Temuan benda itu pun langsung mendapat respons saat tersebar di internet. Sebagian berpendapat itu adalah bukti adanya kehidupan lain di luar angkasa.

Namun, Direktur forensik kepolisian setempat Paul Ludik tak mau berspekulasi sehingga langsung mengontak pihak berwenang. NASA dan badan antariksa Eropa (ESA) sudah siap meneliti apa sebenarnya benda tersebut. Salah satu dugaan kuat benda tersebut adalah tangki hidrazine yang digunakan untuk menyimpan senyawa yang mudah terbakar di satelit.

Benda tersebut sebenarnya ditemukan sejak sebulan lalu, tetapi baru dipublikasikan baru-baru ini. Suara ledakan yang terdengar saat jatuh mungkin sonic boom saat kecepatannya menembus Bumi mencapai ambang supersonik.

Benda-benda langit yang jatuh ke Bumi memang beberapa kali tidak habis terbakar karena menggunakna material yang sangat kuat. Saat satelit UARS (Upper Atmosphere Research Satellite) milik NASA dan satelit Rontgen milik Jerman jatuh beberapa waktu lalu, diperkirakan ada sisa material yang jatuh sampai ke Bumi.

Namun, material yang ditemukan di Namibia tetap masih menjadi pertanyaan. Yang pasti material yang digunakan tahan panas sangat tinggi sehingga tahan menembus atmosfer.

Ralat: Sesuai sumber artikel, bola tersebut seberat 13 pound (1 pound setara dengan 0,45 kg) dengan diameter 14 inci (1 inci setara 2,54 cm). Tempat jatuhnya membentuk kawah sedalam 12 inci dengan diameter 13 feet (1 feet setara dengan 30,48 cm). Bola ditemukan 60 feet dari kawah yang terbentuk. ~kompas



UMNO Lagi Lembu!! Ludah Gambar TG Hadi Dan TG Nik Aziz..

Posted: 23 Dec 2011 10:00 PM PST

Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu. Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno. Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.

Bagaimanapun, tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.

Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula. Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama.

Penglima Ludah Umno

Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini.

Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

"Benda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini," tulisnya.

Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu pejabat mereka dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu. Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan.

Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka. ~fmt

Kejam!! Ibu Ini Bakar Anak Dalam Ketuhar

Posted: 23 Dec 2011 07:36 PM PST

JACKSON - Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa menemui anaknya di dalam ketuhar elektrik di sebuah apartmen. Penyiasat forensik di Washington, Methel Johnson berkata, polis menemui mayat Tristan Robinson, 3, dalam keadaan terbakar dan suhu badannya masih panas semasa mangsa dikeluarkan dari ketuhar. Terrie A.Robinson, 24, ditahan oleh polis Greenville, kelmarin, kerana didakwa membunuh anaknya sendiri.

Laporan awal menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada kepala kanak-kanak itu dan laporan bedah siasat akan menentukan sama ada dia dibunuh sebelum dibakar di dalam ketuhar tersebut.

"Kejadian ini sangat menyentuh perasaan kerana ia akan kekal terpahat dalam memori saya sampai bila-bila," menurut Johnson lagi. Ketua Polis Greenville, Freddie Cannon enggan memberikan maklumat lanjut kerana siasatan masih dijalankan. ~msn

Terkini!! ADUN PAS Tendong Meninggal Dunia

Posted: 23 Dec 2011 05:14 PM PST

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh... Al-fatihah  ~pencacai semalaysia

Tiada ulasan: