Khamis, 22 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Oooo... Muhyiddin la dalangnya...

Posted: 22 Dec 2011 11:18 AM PST

Shahrizat sedia letak jawatan?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.

"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini.

Shahrizat mengulas desakan pelbagai pihak dalam Umno yang meminta beliau meletakkan jawatan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Pakatan Rakyat pula membuat pendedahan demi pendedahan ekoran skandal ini.

Terbaru, keluarga Shahrizat didakwa membeli sebuah kondo mewah di Singapura dengan harga hampir RM10 juta.

Namun hari ini Shahrizat juga berkata, dia hanya seorang isteri kepada pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami," kata beliau kepada wartawan cuba mempertahankan diri bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, Shahrizat bukanlah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam skandal ini kerana dia bukanlah menteri yang menjaga hal ehwal pertanian.

"Yang benar-benar bertanggungjawab adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin," kata Mohamad.

Oleh itu, yang paling bertanggungjawab dalam skandal ini adalah Muhyidin dan bukannya Shahrizat walaupun tetap bersalah kerana tidak menjaga kepentingan negara dalam kes ini.

Lelaki X... kahkahkah...

Posted: 22 Dec 2011 06:50 AM PST

Jangan percaya Lelaki X

Oleh Daing Yahya

Gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan,

Jika tuan-tuan mahu tahu, sayalah orangnya yang telah membangunkan Malaysia. Dahulu kita tidak pernah termimpi untuk memiliki bangunan tertinggi di dunia, walau pun untuk sementara waktu, sekurang-kurangnya kita pernah mengecapi kejayaan membina menara paling tinggi di dunia, ini telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju.

Selama mengecapi kejayaan ini, masih ada pihak yang memperlekehkan usaha saya itu, mereka mengatakan tiada faedah untuk rakyat Malaysia, membazirlah dan bermacam-macam lagi umpatan keji dan hina kepada saya.

Ya, saya akui, memang para petani, nelayan, pekebun dan peniaga kecil tidak mendapat manfaat secara langsung dengan adanya menara berkembar Petronas. Menara ini dibina untuk menjadi kebanggaan kita. Ia kebanggaan negara. Ia kebanggaan kepada orang Melayu.

Kepada para petani dan nelayan, sama-samalah tumpang bangga. Itu sudah mencukupi. Jangan risau apa-apa. Kerajaan tahu apa yang baik untuk anda.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Konspirasi parti lawan

Itu baru satu sahaja usaha saya. Tidakkah anda bangga dengan litar F1 Sepang, pembinaan KLIA, pembinaan Putrajaya dan bermacam-macam lagi. Semua ini adalah usaha kerajaan, walau pun semua itu hasil wang cukai titik peluh rakyat yang rajin bekerja dan berniaga.

Sayangnya, pencapaian hebat saya masih terus dicemburui oleh parti lawan terutamanya, apa nama tu, Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka Lelaki X.

Kini mereka menuduh saya lagi, kali ini tuduhan mereka sangat dahsyat. Mereka menuduh saya telah memohon pinjaman Bank Dunia dan IMF untuk projek pembangunan Malaysia. Mustahil saya berbuat begitu sebab sayalah penentang utama IMF dahulu. Tuan-tuan dan puan-puan sudah lupakah bagaimana hebatnya saya melawan IMF sewaktu Malaysia menghadapi krisis ekonomi kahir tahun 1990-an dahulu?

Yang tergila-gila sangat nak sokong IMF dahulu adalah Lelaki X yang pada masa itu dia menjadi timbalan saya. Semua orang tahu ini.

Cuma saya ingin jelaskan bahawa, memang saya tak pernah minta pinjaman Bank Dunia atau IMF. Tapi apabila mereka beri pinjaman, saya terimalah.Tapi saya tak pernah minta. Semua tuduhan ini adalah palsu belaka.

Sudah terbukti bahawa Lelaki X ini memang pengkhianat bangsa, negara dan agama. Saya yakin bahawa di sebalik serangan ini, beliau telah dibayangi oleh puak-puak DAP. Parti DAP ini sudah mencucuk jarum kepada Lelaki X untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat peluang saksama dan mengamalkan demokrasi bebas.

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa peluang saksama akan menutup peluang usahawan-usahawan UMNO kita? Kita telah lihat di Pulau Pinang bagaimana kontraktor-kontraktor Melayu berjaya mendapat projek atas kemahiran dan kelayakan mereka. Sedangkan ramai kontraktor UMNO yang tak cukup kelayakan tak mendapat apa-apa. Inikah yang kita mahu untuk UMNO?

Begitu juga dengan demokrasi dan hak kebebasan yang boleh meranapkan kuasa UMNO sebagai tonggak orang Melayu. Relakah kita jika para pemimpin Melayu daripada PKR, PAS dan DAP yang memegang kuasa? Mana boleh, kuasa telah ditetapkan untuk kita UMNO.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalang sebenar

Lelaki X telah terperangkap dengan agenda DAP. Begitu juga dengan parti PAS. Tidakkah anda pelik mengapa orang yang baik, bijaksana dan berjiwa pejuang seperti Dr. Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa boleh diperlekehkan sebegitu rupa oleh parti PAS sendiri, parti yang kononnya berjuang atas nama Islam?

Pejuang-pejuang Melayu yang hebat seperti Hasan Ali dan Nasharudin mahu kepada UMNO tetapi puak-puak DAP yang telah meracun pemikiran pucuk pimpinan PAS terutamanya Mat Sabu yang mahu kepada Negara Berkebajikan. Apa guna Negara Berkebajikan PAS jika UMNO yang selama ini telah menolong beberapa orang Melayu khususnya Menteri dan keluarga mereka menjadi jutawan?

DAP mahu memastikan PAS tidak meneruskan agendanya untuk melaksanakan hukum hudud dan menegakkan negara Islam. Walau pun saya sendiri menolak hudud dan negara Islam ala PAS, itu tidak menjadi soal. Saya pemimpin besar, saya tahu apa yang saya cakapkan. Percayalah saya.

Jika tuan-tuan dan puan-puan masih ragu-ragu lagi, ini saya bawakan lagi bukti yang paling jelas.

Dalam Muktamar PAS yang lalu, bagaimana orang seperti Mat Sabu boleh menang jadi Timbalan Presiden PAS? Mengapa pejuang-pejuang Melayu dan Islam yang hebat serta berjiwa UMNO seperti Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali boleh tewas dalam pertandingan itu?

Inilah bukti DAP telah menguasai pemikiran para pemimpin PAS. Sehingga sanggup ahli-ahli PAS menolak pemimpin berjiwa UMNO untuk digantikan dengan mereka yang berjiwa demokrasi dan mahu keadilan untuk semua.

Kita dalam UMNO menolak judi dan arak. Kita hanya ambil hasil cukai daripada industri ini. Samalah dengan lesen judi yang kerajaan saya keluarkan kepada kasino di Genting. Wang cukai itulah yang kita mahu, itu bukan duit judi.

Ia tak sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memberi wang judi kepada warga emas. Memang saya tak ada bukti tapi itulah yang saya dengar daripada pemimpin UMNO Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kepalsuan dalam pencapaian PR

Janganlah hendaknya kita percaya dengan janji-janji palsu Pakatan Rakyat. Memang mereka boleh laksanakan jika mereka menang nanti, saya akui. Tetapi tuan-tuan jangan lupa, jika mereka melaksanakan janji-janji itu, maka akan miskinlah para pemimpin UMNO. UMNO ini adalah orang-orang Melayu, orang-orang Islam.

Jadi adakah tuan-tuan dan puan-puan mahu bangsa kita merempat dan miskin kerana tidak lagi duduk di bawah payung UMNO?

Apa yang parti lawan warwarkan tentang kejayaan di Selangor dan Pulau Pinang, janganlah tuan-tuan percaya. Apalah sangat dengan slogan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) itu? Ia tak setanding dengan slogan kita dulu Bersih, Cekap dan Amanah yang telah melahirkan jutawan-jutawan Melayu. Berapa ramai jutawan Melayu yang CAT telah hasilkan?

Hutang negeri Pulau Pinang pimpinan DAP kini sudah menyusut kepada RM30 juta dari RM600 juta yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional dahulu. Apalah hebat sangat itu. Kita mesti banyak berhutang untuk membangunkan negara dan melahirkan ramai jutawan.

Tentang laporan Ketua Audit Negara yang meletakkan Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih, cekap dan bijaksana dalam urus tadbir kerajaan, itu bukanlah gambaran yang jelas dan tepat. Ia sekadar menunjukkan tahap perbezaan antara negeri.

Apa yang hebat sangat Pulau Pinang yang ditadbir oleh Lim Guan Eng? Memang ramai orang Melayu mendapat manfaat, miskin tegas dihapuskan, bantuan diberi kepada guru KAFA dan para huffaz. Tapi apa ertinya itu semua jika dunia tidak kenal siapa jutawan kita, apa mercu tanda negara kita. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan di Pulau Pinang.

Jika tuan-tuan dan puan-puan percaya dengan Lelaki X dan Pakatan Rakyat, alamat musnahlah masa depan UMNO. Ingatlah, tanpa UMNO, orang Melayu hilang tempat berteduh.

Apa guna menyokong Lelaki X dan Pakatan jika anda hanya mendapat demokrasi, kebebasan, hak asasi, peluang saksama, tender terbuka, keadilan untuk semua, negara berkebajikan, peluang kerja dan pengajian tinggi. – Roketkini.com

Najib silap la pi percaya kat Zahid... kahkahkah...

Posted: 22 Dec 2011 03:00 AM PST

Misi mustahil: Zahid gagal menyembunyikan isu Altantuya-Scorpenes

Written by Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle

Terdapat pelbagai kisah seram berkaitan orang yang telah mati, terutamanya mereka yang dibunuh dan datang semula menghantui orang yang membunuhnya. Si mati akan membalas dendam, begitulah selalunya bagaimana ia berakhir. Jika tidak, rohnya tidak akan tenteram.

Altantuya Shariibu, seperti yang lain juga dikatakan seakan-akan kisah-kisah sera ini. Altantuya yang berumur 28 tahun, seorang warga Mongolia telah mati dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, telah menjadi salah sebuah kisah lagenda di sini.

Ada juga yang mempercayai sial dan bagi mereka, kapal selam Scorpene yang kurang digunakan dan berhubung rapat dengan kisah Altantuya juga ada terkena sialnya sendiri. Ini tak ubah seperti kata pepatah Melayu yang menyatakan, bangkai gajah tidak mungkin boleh disembunyikan.

Harga mahal, kualiti tiada

Pada bulan Jun 2002, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian bernilai 1 billion Euro dengan Armaris (sekarang DCNS) dan pembuat kapal perang Sepanyol Izar (sekarang Navantia) untuk membeli 2 SSK Scorpene berserta bantuan sokongan dan latihan teknikal.

Warga Malaysia terkejut mendengar kaitan rapat Altantuya dengan perjanjian Scorpene menerusi sejumlah 114 juta Euro dalam bentuk komisyen yang dibayar kepada Perimekar, syarikat yang sangat rapat dengan Menteri Pertahanan dan Perdana menteri semasa, Najib Razak. Skandal Scorpene melibatkan pembayaran sebanyak 114.96 juta Euro (RM 574.8 juta) kepada Najib melalui Perimekar.

Maklumat dari pihak industri pertahanan, kos penyelengaraan kapal selam adalah sebanyak RM 270 juta setahun dan telah meningkat ke RM600 juta . Ini bermakna, jumlah penyelengaraan Scorpene akhirnya akan mencecah RM10 billion tidak lama lagi.

Satu lagi percubaan untuk menutup skandal Scorpene

Najib telah berulang kali menafikan pembabitannya dalam skandal ini. Dia cuba untuk menjauhkan diri daripada kes itu dan cuba menutupnya dengan menggunakan mahkamah untuk menyabitkan kedua-dua orang pengawal peribadinya sebagai pemunuh Altantuya. Cara lain seperti menggunakan media yang dikawal kerajaan dengan bersumpah diatas nama Allah bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya pada masa kempen pilihanraya di Ijok . Kemudian, setelah semua usahanya gagal, Najib dipaksa untuk membela dirinya. Namun, ada yang menceritakan bahawa, Altantuya tidak bisa pergi begitu sahaja.

Benar sekali, skandal itu timbul lagi. Kali ini, ia muncul pada sambutan LIMA 2011, dimana menteri pertahanan, Zahid Hamidi telah disoal tentang mengapa blogger UMNO, Papagomo telah diberi keistimewaan menaiki Scorpene bersama Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukankah ini sesuatu yang membazir untuk membawa Lim Guan Eng dan Papagomo untuk menyelam menggunakan Scorpene ini selama 90 minit supaya media BN boleh memaksa Guan Eng yang juga ketua setiausaha DAP untuk memuji Scorpene sebagai kapal selam yang hebat.

Setelah menaiki kapal selam, sebuah SMS menghebohkan cerita bahawa LGE dah kena brainwash oleh perisik Perancis dengan arak dan gadis-gadis diatas kapal. Zahid juga mahu ikut sekali tetapi isterinya menentang.

Sememangnya penyelaman itu merugikan pihak yang cuba menterbalikkan persepsi bahawa korupsi dan skandal itu ada kena mengena dengan Najib. Walau apa pun, usaha Zahid telah sebenarnya menimbulkan semula prasangka rakyat terhadap kes itu. Masih lagi belum terjawab kenapa kerajaan Malaysia membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan dua kapal selam yang tidak berguna dan rasuah yang telah diberi kepada NAjib melalui Perimekar , syarikat milik teman rapat Najib, Razak Baginda.

Tak masuk askar, tak patriotik

Zahid yang berusia 58 tahun itu juga tidak sunyi dari kontroversi. Dia dikritik kerana hujahnya di parlimen mendakwa orang Cina dan India terdiri dari jumlah yang kecil sahaja dalam pasukan tentera kerana mereka kurang semangat patriotik . Dia dikatakan bersifat perkauman dan memperlekehkan konsep 1 Malaysia Najib yang goyah pada masa ini.

Zahid sama ada tidak dapat atau hanya enggan memahami bahawa bukan Melayu sama patriotik sepertimana orang Melayu juga dan semangat patriotik muncul dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya dengan menyertai bidang ketenteraan. Menjadi warga yang produktif mematuhi undang-undang juga adalah satu bentuk patriotisme. Tetapi mencuri dana negara dan melalui pelbagai helah, adakah itu patriotik? Adakah dengan merampas kekayaan negara dan menyeleweng hak rakyat ke ambang kebankrapan patriotik? Ada yang akan setuju bahawa ini adalah pengkhianatan!

Ahmad Zahid juga enggan mengakui bahawa bilangan yang besar orang Melayu dalam tentera adalah semata-mata kerana ramai yang terdesak untuk mendapatkan wang. Dengan kurangnya gred, kemahiran, berserta kemahiran keusahawanan, bagaimanakah Melayu akan hidup jika tidak menyertai tentera? Orang bukan Melayu terutama orang Cina sangat pintar dan mempunyai kebebasan untuk memilih jalan hidup.

Tentera Amerika juga sukar untuk menarik minat rakyatnya jika tidak kerana ganjaran wang dan kemudahan yang lain. Enggan menghadapi kenyataan, Zahid telah menghina kaum Cina dan India. Dia memperkecilkan pengorbanan bukan Melayu yang berada didalam tentera dan tentera laut. Melalui penulisan, dia telah menidakkan segala kerja keras dan sumbangan meraka kepada Negara.

Kesetiaan beralih arah

Hakikatnya adalah bahawa Zahid hanyalah salah seorang ahli politik yang bersifat bermuka-muka demi menunjukkan sokongan kepada Najib. Dia cuba untuk mengalihkan perhatian kita dari Scorpenes dengan menggunakan Guan Eng untuk membersihkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kapal selam. Dengan PRU ke-13 tidak lama lagi, Zahid tidak sabar ntuk menunjukkan kepada Najib bahawa dia berada di pihaknya.

Zahid telah dipanggil sundal politik pada masa lalu. Zahid pada mulanya dekat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan selepas jatuh di antara Mahathir dan Anwar, Zahid menggambarkan dirinya sebagai penyokong kuat Mahathir. Namun selepas Mahathir bersara, Zahid menunjukkan sikap lantang menentang Mahathir, mahukan kronisme dan nepotisme berakhir dalam kerajaan Malaysia.

Ia adalah jelas bahawa Zahid masih mahu menjadi Menteri Pertahanan selepas PRU ke-13. Sinisnya, dia masih mahu mempengerusikan pembelian perkakasan tentera dan senjata yang lain. Rakan-rakan UMNO yang lain juga yakin bahawa Zahid ingin menjadi Men teri Besar Perak yang seterusnya. Spekulasi telah bertiup kencang bahawa dia berada di atas senarai panas calon-calon untuk menggantikan Zambry Kadir, yang telah tersilap langkah denga terlalu banyak melakukan kesilapan bodoh.

Mungkin ada benarnya sial yang dibawa kes pembunuhan itu. Mungkin juga roh Altantuya yang tidak tenteram bukan sahaja menghantui mereka yang terlibat secara langsung dalam pembunuhannya tetapi juga kepada mereka yang cuba menyembunyikan kebenaran daripada terbongkar.

Malaysia Chronicle

Ni la kesilapan terbesaq PAS...

Posted: 22 Dec 2011 01:30 AM PST

Kecaman Terbuka Hasan Ali, Tunggu Apa Lagi Baru Nak Bertindak?

MALAM ini, hari ini, waktu ini PAS terpaksa 'membayar' harga yang mahal kerana lambat mengambil tindakan ke atas Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pelbagai tindakannya yang berlawanan dengan dasar parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Tidak cukup dengan beberapa kenyataan terbuka kepada media sebelum ini yang mengkritik dasar dan kepimpinan PAS, Hasan Ali petang tadi mengadakan satu lagi sidang media di kediamannya dan membacakan kenyataan 3 mukasuratnya yang penuh dengan kecaman terhadap dasar PAS dan beberapa orang pemimpin kanannya.

Peluang terhidang ini terbukti tidak mungkin dilepaskan media-media pro UMNO seperti TV3 dan Utusan Malaysia. Malah, penulis dimaklumkan Utusan Malaysia telah menyediakan ruang penuh muka depan semata-mata bercakap tentang sidang media Hasan Ali petang tadi.

Penulis kurang peduli kalau Hasan Ali menggunakan kesempatan dalam sidang media tersebut untuk mempertahankan diri dari pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, antaranya menjadi talam dua muka kepada parti UMNO. Tapi penulis tidak boleh menerima bila Hasan Ali secara bersendirian mengisytiharkan PAS sudah tergelincir dari perjuangan asalnya kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan daripada Negara Islam.

Setakat mana yang penulis difahamkan, Negara Kebajikan adalah tahap perjuangan baru PAS yang telah diputus dan dipersetujui di peringkat Muktamar parti Jun lepas. Justeru kenapa pula sekarang Hasan Ali berkata itu (Negara Kebajikan) adalah satu kesilapan dan kerananya PAS sudah tergelincir dari perjuangan asas?

Siapa Hasan Ali untuk mengatasi ketetapan muktamar dan jauh lebih penting, siapa Hasan Ali dibanding Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am untuk mengatakan PAS tergelincir dari perjuangan? Hasan Ali tidak layak untuk berkata demikian kerana dia bukan sebahagian daripada Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi PAS selepas Mursyidul Am dan Muktamar parti.

Hanya Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama pimpinannya yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada perjuangan PAS sudah tergelincir atau tidak dan mengambil tindakan yang sewajarnya, bukan Hasan Ali. Ini dijelaskan dalam fasal 7 dan 9 Perlembagaan PAS

Memperjuangkan negara Kebajikan, tidak langsung bermaksud menolak Islam. Melainkan hudud dan perkataan negara Islam itu sendiri, PAS bebas untuk memperjuangkan apa jua amalan Islam yang difikirkanya tidak wujud dalam sistem sekarang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan nanti.

PKR dan DAP sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat tidak akan menghalang dan kalau tidak salah penulis, perkara ini sudah berulang kali dijelaskan.

Itulah penulis katakan, bila laman ini mengambil ketetapan untuk mencadangkan penyingkiran Hasan Ali, ramai yang menganggap kami sebagai mengapi-apikan kedua pihak yang terlibat. Ini bukan masalah mengapikan sesiapa tapi penulis melihat sudut pandang yang lebih besar dan terbukti apa yang berlaku hari ini adalah kebimbangan yang penulis cuba elakkan sejak mula bercakap tentang hal ini.

Penulis pasti satu perkara, para pendukung UMNO sedang bersorak gembira melihat Hasan Ali sebagai seorang tokoh dalam PAS diberi ruang yang seluas-luasnya oleh media pro UMNO untuk memburukkan parti tersebut. Jasa PAS meletakkan Hasan Ali ke kedudukkannya sekarang sejak 11 tahun lepas, ibarat debu hama yang tidak memberi apa-apa makna.

Malam esok jam 11, sorakan mereka akan tambah bergema kerana Hasan Ali diperuntukkan slot khas oleh TV3 untuk 'membongkarkan' segala keburukan PAS kepada dunia dalam satu rancangan bual bicara. Dengan 'menjaja' keburukan PAS kepada media pro UMNO ini, penulis tidak melihat maksud lain, selain Hasan Ali bersedia malah sudah pun mula membakar jambatan dengan PAS.

Menurut sumber penulis di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, kepimpinan PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan masalah Hasan Ali. Walaupun kelihatan agak terlewat tapi itu lebih baik dari tidak ada langsung, bak kata pepatah "Better Than Never".

Walaupun menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk menentukan kedudukkan Hasan Ali tapi demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, penulis mengharapkan satu keputusan dan satu keputusan sahaja – Hasan Ali disingkirkan terus dari PAS.

Period!! - SPR

Berat ni hampa tuduh Najib lagu ni...

Posted: 22 Dec 2011 12:00 AM PST

Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa

Harakahdaily

(Laporan akhbar Harian Metro)

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.

Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.

Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.

Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.

Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.

(Gambar kanan, tandatangan kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini)

Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.

Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.

Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.

Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.

(Surat Setiausaha Sulit Najib yang mengesahkan sokongannya)

"Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu

"Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J".

Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.

"Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.

"Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya.

Hassan Ali ni silap banyak laa...

Posted: 21 Dec 2011 10:00 PM PST

Pertahan Konsep Negara Berkebajikan

Oleh Nasrudin bin Hassan

Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijma' menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar Presiden parti " Membangun Negara Berkebajikan" yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Tidak layak bagi mana - mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijma'kan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah. Sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa di alu-alukan.

Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur [Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan]. Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu Ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta].

Justeru itu Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai :

Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip - prinsip adil dan ihsan [ al Adl wal Ihsan ] di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain - lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba - lumba melakukan kebajikan [Istibaq al Khayrat] dan saling bekerjasama [at Ta'awun] ke arah kejayaan [al Falah] pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat.

Berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan, [apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.] Lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru - baru ini dan Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini. Terdahulu, PAS Pusat telah pun melancarkan buku atau dokumen khas Negara Berkebajikan : Tawaran PAS. [ ianya akan menjadi teks untuk seminar dan diskusi awam anjuran DPPM ke seluruh negara kelak ~ nantikan kehadhiran kami ]

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Anwar bin Ibrahim

Posted: 21 Dec 2011 08:00 PM PST

Kenapa ramai sokong DSAI?

Oleh: senik

Assalamualaikum, sejak zaman Demostrasi pelajar lagi,DSAI telah berjaya menarik sokong ramai.Inilah personaliti yang melakar sejarah sehingga kini tetapi sejarah DSAI telah dicemari dengan unsur unsur negatif sehingga satu satunya pemimpin yang didapati bersalah dan mungkin akan didapati bersalah lagi kerana meliwat ialah DSAI.Hebatnya melayu kerana memilik pemimpin seperti ini.

Namun di celah celah sokongan kuat rakyat kepada wadah perjuangan menuntut keadilan untuk semua, masih terdengar suara suara sumbang seolah olah mengatakan semua dakwaan terhadap DSAI adalah benar, Pakatan rakyat yang dipimpin DSAI bersama TGHA,TGNA,LKT hanya terhasil kerana PAS hanya bertahlul bukan kerana bersama bersetuju dengan idea keadilan DSAI.Maka berbagai bagai hujah dan fakta cuba diketengahkan mengenai keburukan DSAI tetapi sehingga kini masih belum ada yang benar benar sahih walaupun ada tokoh tokoh seperti Dr.Jomo dikaitkan sekali dengan penentangan kepada DSAI.Lalu bagaimana suara suara ini mengharapkan rakyat menerima dakwaan yang mereka bawa?Di mana justifikasi yang mengatakan menyokong DSAI kerana taksub dengan peribadinya semata mata?

Umumnya, sesuatu bukti jahat yang dilakukan oleh seseorang pasti mudah diketahui sekalipun cuba disembunyikan oleh orang orang berpengaruh tetapi bukti yang didakwa tersembunyi pada ketika terminal untuk mendedahkan terbuka luas adalah satu yang tidak dapat diterima apatah lagi rakyat sudah ramai yang cerdik.Ini bermakna orang orang yang menyimpan bukti bukti jahat DSAI adalah pelik sekali sedangkan banyak dokumen yang tidak releven langsung tetapi masih cuba dikaitkan dengan perangai jahat DSAI didedahkan.

Saya teringat satu ketika dulu,seorang SB polis mendakwa beliau ada menyimpan VCD lucah DSAI tetapi sehingga sekarang gagal ditontonkan kepada saya sekalipun sudah lama saya memintanya tetapi tiba tiba muncul trio dato K mendedahkan video hitam putih mendakwa hubungan sex DSAI yang berlaku tahun ini.VCD yang didakwa SB polis tersebut tak silap saya kejadian pada tahun 1998.Inilah peliknya, ada bukti kejahatan DSAI tetapi enggan mendedahkannya sedangkan sokongan kepada DSAI semakin bertambah hari demi hari.

Begitu juga dalam kes bank dunia dan IMF, DSAI didakwa mahu memimjam dari IMF tetapi sehingga kini belum ada satu dokumenpun boleh membuktikannya.Baru baru ini dikeluarkan kenyataan Mustafa Mohamad berkaitan peranan IMF dirantau asia yang cuba mengaitkan DSAI dengan usaha mendapatkan pinjaman tersebut tetapi saya tidak menjumpai apapapun yang mengatakan DSAI yang membuat permohonan pinjaman dengan IMF.Di mana dokumen pinjaman IMF yang dibuat oleh DSAI?Sampai hari ini tidak ada walaupun masih kuat suara yang menuduh demikian.

Yang ada adalah dokumen berkaitan pinjaman bank dunia yang dikeluarkan oleh EPU, satu agensi yang bertanggungjawab terus kepada PM Mahathir ketika itu.Jadi siapa yang membuat pinjaman ini?DSAI atau Mahathir?Walaupun ada percubaan mengatakan bank dunia itu lebih baik dari IMF sedangkan kedua duanya adalah ceti.Ada ceti baik dan ceti tak baik?

Dalam kes liwat pula, Heboh diperkatakan bahawa hakim yang membebaskan DSAI atas asalan teknik walaupun hakim tersebut mengakui ada kejadian liwat, peliknya ketika perbicaraan saksi utama mengaku beliau tidak diliwat, tilam yang diusung tiba tiba didapati berada di satu tempat yang jauh dari villa yang didakwa kejadian liwat berlaku kerana pada tarikh yang disebut dalam kes villa tersebut masih belum dibina.Tetapi orang orang yang mahu membuktikan DSAI tidak baik akhlaknya tetap mengolah hujah yang boleh menunjukkan liwat itu berlaku.Bagaiaman pula pengakuan Mahathir bahawa pendakwaan itu hanyalah kerana kuasa di mana pengakuan tersebut dirakamkan di you tube sehingga hari ini.Kes video Liggam juga semacam tidak mahu disentuh mereka sekalipun panel hakim telah memutuskan ada kes terhadap 6 jahaman yang terlibat antara lain dalam konspirasi terhadap DSAI.

Namun DSAI tetap dikatakan jahat walapun sehingga kini tiada bukti yang terang dan jelas.Mereka mula menggunakan kes perbicaraan kes liwat baru DSAI sebagai bukti kerana kegagalan DSAI menyediakan pembelaan yang menyakinkan.Mereka membandingkan dengan kes 1998 dulu di mana pembelaannya berjaya mengujudkan keraguan yang terlalu munasabah tetapi tidak mereka katakan kenapa dalam keadaan keraguan yang munasabah DSAI tetap didapati bersalah?

Kegagalan DSAI mengemukakan alibi dijadikan hujah yang nampak menarik sebagai bukti DSAI bersalah.Begitu juga pengakuan peguam bela memang DSAI melakukan liwat suka sama suka serta tindakan DSAI memanggil Najib hanya satu usaha memburukkan imej Najib sahaja.Mereka semacam membenci DSAI tetapi semacam suka pula dengan Najib.Sebagai menguatkan lagi hujah mereka, mereka mengatakan dibuktikan ada penemuan air mani DSAI dipunggung Saiful walaupun sudah berhari hari di situ yang sebenarnya menggambarkan DSAI seorang yang istimewa kerana air maninya hidup lebih lama dari manusia biasa!(Sebagai perbandingan, macam mana pula pengakuan seorang peniaga Pakistan dalam kes perbicaraan bunuh seorang MP Sabah tempoh hari, yang mengatakan beliau tidak tahu bagaimana air maninya boleh berada dicelah kangkang si mati)

Pun begitu mereka menyembunyikan beberapa fakta yang sudah jelas sepanjang perbicaraan itu.Hak DSAI sebagai yang dituduh dinafikan satu demi satu, penemuan DNA lelaki ketiga yang tidak dikenali juga diabaikan serta pertuduhan dibawah seksyen yang jelas tidak adil kepada DSAI juga tidak langsung diusik.Kenapa Saiful tidak dituduh sama sedangkan seksyen tersebut mengatakan liwat suka sama suka?

Nampaknya tetap masih ada orang yang bersungguh sungguh mahu membuktikan DSAI bersalah dan seorang yang tidak bermoral sekalipun di luar negara DSAI menerima jemputan demi jemputan termasuk dari Erdogan. Ada orang yang mahu menongkah arus dengan membawa hujah dan fakta yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas tetapi terus menuduh orang yang berpihak kepada DSAI sebagai taksub.Namun sebagai seorang yang waras dan adil,seharusnya kita semua faham bahawa pembelaan ini bukanlah kerana taksub tetapi kerana membela seorang yang dizalimi.Kecuali orang yang mendakwa boleh mengemukankan bukti yang jelas dan menghuraikan semua yang berlaku, bukan hanya menghurai fakta yang boleh menunjukkan kejahatan DSAI sahaja(yang dipercayai dimanupulasi)tetapi mengabaikan fakta yang menzalimi DSAI.Barangkali orang orang yang membuat dakwaan ini ada menyimpan bukti besar tentang kejahatan DSAI, jadi keluarkan sekarang kerana semua media termasuk TV sentiasa bersedia untuk menyiarkan bukti bukti itu.Jangan jadi macam SB polis itu yang masih menyimpan VCD DSAI sebagai khazanah berharganya sahaja(mungkin harganya meningkat tinggi macam kondo NFC tu), untuk apa masing masing fikirlah sendiri.

Fakta terbesar yang perlu dijawab dengab jujur ialah permintaan DSAI untuk ke putrajaya, satu peluang yang dipohon DSAI untuk membuktikan kezaliman dan kejahatan orang orang yang memegang kuasa.Apa kata orang orang yang sering menuduh DSAI jahat, tidak berakhlak, diktator rosak akidah dan sebagainya.Bolehkan peluang yang dipohon ini diberi?DSAI berjanji kalau dia silap maka rakyat boleh tukar kerajaan dan boleh tukar serta hukum beliau.

Orang orang yang adil dan tidak berkepentingan pasti tidak bermasalah untuk memberi peluang yang dipohon itu, lagipun selama ini menyokong DSAI bukan kerana taksub tetapi kerana ingin bersama DSAI memperjuangkan keadilan walaupun ramai juga yang tewas kerana "PERUT LAPAR"

Kesian Haji Hadi...

Posted: 21 Dec 2011 06:00 PM PST

Kemaruk yang tak tertunai

Oleh Bara Jiwa

"Kesian hj hadi terpaksa menghadapi masalah yang ditimbulkan hasan ali ini di ambang pilihanraya." "hasan ali orang politik bercita-cita nak jadi MB. Kawan kita bukan orang politik dan tak ada cita-cita tu. Itu bezanya."

kemaruk-jawatan-yang-tak-kunjung-padam-lagi itu benar-benar telah menyala dan menyemarakkan lagi suhu relaunya. Dan hari demi hari api yang telah lama menyala itu, semakin lahap membakar nafsu.

2.
Itu adalah di antara petikan pesanan ringkas teman-teman hari ini. Mungkin mereka sedang membaca dan cukup 'terharu' dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Komen di atas memang cukup ukuran sopan santunnya dan begitu beradab sekali. Ertinya darjah ketatasusilaan teman-teman ini dalam menanggapi perangai, tingkah kelakuan pakar motivasi @ mantan pemimpin tertinggi dalam saf kepimpinan Pas satu ketika dulu @ mantan orang besar BTN @ mantan pegawai tinggi PTD ini, cukup bersopan sekali.

Ya, cukup bersopan jika kita bandingkan dengan segala terminologi, istilah, adjektif yang digunakan oleh para pembaca media maya berbahasa Inggeris. Bacalah segala puji, puja serta zikir mereka terhadap EXCO dari Pas ini.

3.
Perhatikan tingkat kebrutalan gerak kerja politik sebuah parti yang telah lama lusuh hati nuraninya. Lihatlah tingkat ketamadunan parti politik yang memerintah negara ini dalam meladeni kuasa mutlak rakyat. Lihatlah bagaimana sepanjang masanya formula Melayu, Islam dan juga keagungan institusi yang dikaitkan dengan agama dan bangsa itu sering diputarbelit, dibohongi sepenuhnya dan ― semahu-mahunya. Lihatlah bagaimana yakinnya mereka gendang berirama Melayu-Islam sangat ampuh jika dijadikan senjata. Lihatlah bertapa mereka begitu yakin orang-orang Melayu dapat dibohongi selama-lamanya dengan memperagakan topeng Melayu dan Islam itu!

Sebenarnya semakin ramai rakyat sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah siri rangkaian gerak kerja yang disusun rapi sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pentadbiran Negeri Selangor. Dan ramai yang yakin Sementelahan pula bahan pembakarnya terus menerus ditokok-tambah dengan penglibatan pelbagai aparat dan institusi yang tak kenal apa-apa kecuali kuasa yang mesti dikuasai - walau dengan apa cara sekalipun.

4.
Lihatlah sebahagian daripada petikan sebuah pesanan ringkas:

"Besok malam dialog di tv dia pergi london 2 minggu bersama-sama musuh dan semua ini dirancang dan pas tak boleh bertindak..."

Ya, tatkala puak-puak Umno termasuklah para simpatisannya di belakang tabir, bekerja begitu keras dengan memanfaatkan orang kemaruk kecewa Pas sebagai senjata, kita ingin melihat peluru dan buah silat apakah yang bakal dibidik Pas.

http://barabarajiwa.blogspot.com

Tak sabaq nak tengok Mahathir lari tak cukup tanah... haha...

Posted: 21 Dec 2011 04:45 PM PST

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan

Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dan sudah tahu temberang kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu di bawah tempurung dan terus menyokong Umno.

Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah laknat berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Dalam masa sama beliau menunjukkan beliau penghalang cadangan itu. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak 'mencepuahkan' Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.

Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.Iya Mahathir boleh sembunyi kebusukan untuk beberapa tahun tetapi bukan semuanya.

Kebenaran tetap kebenaran. Hari ini mungkin ada simpatisnya menyembunyikan maklumat tetapi esok belum tahu lagi. Bila kebenaran sudah 'terbahar', orang akan jadi berani dan saat itu Mahathir tidak akan cukup tanah untuk lari kejatanan dan pengkhinatan yang dilakukannya. Menara berkembar KLCC, KLIA, Proton Saga dan sebagainya tak mampu melindunginya lagi.

Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, Biro Komunikasi dan Penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:

TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998

KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku "menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]".

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN KEADILAN

Baguih betoi pesanan Tuan Ibrahim nie...

Posted: 21 Dec 2011 02:30 PM PST

Kemuncup Dalam Perjuangan Dan Dasar PAS Yang Dijamin Majlis Syura

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam."

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri."

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: