AdukaTaruna |
- Memorandum PKR dan PAS mohon UPSI jangan tunduk campur tangan UMNO.
- Peristiwa Harian di Kelantan (1)
- Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji?
- Hasan Ali : Soalan coverline dari Nik Abduh
- Al Fatihah : Damailah dirimu di sana.
Memorandum PKR dan PAS mohon UPSI jangan tunduk campur tangan UMNO. Posted: 22 Dec 2011 12:56 AM PST |
Peristiwa Harian di Kelantan (1) Posted: 22 Dec 2011 12:37 AM PST Oleh : AdukaTaruna Bersama rakan sekerja tempat lama yang berkahwin. Baung, Chekok. Kek Burung Marah di kedai kek dalam Tesco. Kota Bharu. Jualan clear stok Kedai Barangan Elektrik Kemudi. Depan Kedutaan Thailand. Harga gila punya murah. LCD Toshiba 40" RM799. Tapi orang miskin macam gua beli pembakar roti RM9 untuk hadiah kawen member. Wakakaka. Hari PEMIKIR di KTC Kelantan. Pelbagai info dan pameran. Di rumah kawen member. Azri. Bunut Payong. Lepak sebentar sementara lauk siap. Wakakaka. Selamat pengantin baru bro. Hingga bahagia hingga ke syurga. Pemuda PAS Kelantan pun ada. Tapi gua malas bergambar. Tak pasal2, dia kena tuduh macam2. |
Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji? Posted: 21 Dec 2011 11:54 PM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Ini adalah Almarhum Ust Hasan Shukri(gambar) selepas beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dulu. Beliau tewas dengan Ust Nasaruddin Mat Esa, seorang tokoh muda ketika itu. Beberapa hari selepas pemilihan, di adakan mesyuarat AJK Pas Pusat, Beliau turut di jemput hadir. Ramai menjangkakan Almarhum Ust Hasan Shukri mungkin tidak hadir atas alasan baru saja tewas dalam pertandingan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk 'sejukkan' hati, tetapi apa yang memeranjatkan sewaktu hari mesyuarat, beliaulah antara yg pertama ada dalam bilik mesyuarat PAS Pusat(d Taman Melewar ketika itu), beliau sempat menyapu dalam bilik mesyuarat dan beliaulah yg menyambut tetamu lain yg hadir (termasuk Ust Nasaruddin Mat Isa). Begitulah akhlak seorang pejuang Islam tulin, yg berjuang untuk jemaah dan bukan atas faktor peribadi yg apabila tewas...menjauhkan diri dengan jemaah dan sampai tak datang mesyuarat. Al Fatihah untuk Almarhum Ust Hasan Shukri, Moga rohnya di tempatkan di kalangan syuhada dan solehin. Amin. [2] Ini Mat Sabu. Muka jahat pada orang2 tua yang hanya tengok TV. Bahasa kasar tapi kelakar. Lepas kalah kepada Nash pemilihan lepas, sebutir sikap atau kenyataan pun tak keluar dari mulutnya pasal kekalahan. Takda berita dia menjauhkan diri, atau enggan hadir jemputan parti. Yang memekak ialah penyokong2nya sahaja. [3] Ini Husam. Kalau Mat Sabu tadi, dia boleh dikatakan golongan bukan establish. Husam dia exco. Ada kedudukan. Kalah dengan Nash pemilihan lepas. Sebutir sikap dan kenyataan pun tak keluar yang menentang parti walau penyokong2nya mempertikaikan cara pengundian dikira. Pemilihan selepas itu, siap boleh beri laluan kepada Mat Sabu. Malah, walau mengecewakan gua dan Aziz Bari, dia menolak pencalonan Presiden dari kawasan Bukit Bintang. Kalau ikutkan, antara produk PAS yang terbaik dari segi aggresif / ekonomi / networking dan pentadbiran yang boleh dijadikan alternatif kepada Anwar ialah Husam. Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji? |
Hasan Ali : Soalan coverline dari Nik Abduh Posted: 21 Dec 2011 11:37 PM PST Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/gambar-adukataruna-topeng-perak-bakar.html 1. Gua bakar gambar dia lama dulu lagi. Pada tahun 2009. Secara poyonya kami berada beberapa tahun di depan semua pemimpin, penyokong dan blogger yang baru terhegeh2 menentang Hasan Ali sekarang ni. 2. Then, time gua mendamagekan pihak2 pro perubahan PAS akan kes Sultan Johor, Khalid Samad diputuskan digantung 6 bulan. 3. Selepas dicungkil Saari, Tantawi dikatakan terpedaya dengan air mata orang yang didakwa ada hutang 800k. Lalu Tantawi membuat kenyataan menyokong Hasan Ali. Ini sikap jujur dan naif Tantawi. 3. Tekanan meningkat kepada Hadi Awang. Seorang pemimpin PAS Pusat memberitahu gua, pihak Hadi takut isu Hasan ni membuatkan gua sampai ke Rusila sekali lagi. Gua tergelak. Ingatkan bergurau. 4. Tak lama kemudian, Stopa Ali change side. Wooo... then, tak lama lagi Hadi Awang akan buat statement. Agak2 berani tak Hadi Awang mengambil risiko dilanggar di Rusila kalau side masih si sebalh Hasan Ali? Keadaan Hadi Awang yang lemah otak ini dalam keadaan open check. a. Menyebelahi Hasan Ali, King selamat. Queen mati. Dia anytime dilanggar sekali lagi. Nak berhujah tak pandai, intelek out. b. Menyebelahi majoriti PAS (Tantawi dah ubah side, Muslimat dah keluar stand, Naib Presiden anggap perang), bermakna King mati. Queen selamat. Hasan Ali akan menganggap Presiden gagal menunaikan janji melindunginya ketika usaha berpadu. Maka, rahsia true color Hadi Awang akan didedahkan. 5. Selepas Tantawi change side, Nik Abduh tergamam. Maka, bertanyalah dia soalan tahap kelakar ini. Nak cover line kot. Bahaya yang nyata sebenarnya apabila penghafal itu dipilih menjadi pemimpin situasi perang. Maka bertanyalah Nik Abduh (rujuk gambar) : Apakah pandangan tuan-tuan yang budiman mengenai sikap UMNO yang tidak mengambil sebarang tindakan dan hukuman terhadap PEMBERONTAK utamanya, YM Tengku Razaleigh Hamzah yang hampir-hampir semua kenyataan dan tindakannya telah menguntungkan pembangkang? Atau ringkasnya, RUGI atau UNTUNG UNNO dengan sikapnya itu? Nak gua jawab rasa turun level. Tak jawab, bahaya sebab dia driver kepada ribuan penumpang. Maka jawapannya ialah : Jawapan level baby. Apa guna masak di rumah, kalau nak makan terpaksa ikut keadaan jiran.. Jawapan level budak sekolah. Apa guna buat peraturan sekolah, tapi untuk daulatkan peraturan itu terpaksa 2x5 dengan perauturan kumpulan gangster. Jawapan level penghafal. 1. Langgar perlembagaan parti fasal 82 (1) (g). Iaitu mengawal diri supaya tdk melakukan sebarang tindakan yg menyalahi atau merugikan kepentinga parti. 2. Fasal 82 (1) (b) iaitu taat n patuh kpd perlembagaan parti serta Aturan dan Peraturannya. 3. Fasal 82 (1) (c) iaitu taat dan patuh kpd arahan2 dan perintah2 parti. Sendiri buat perlembagaan. Tapi bila kengkawan sendiri yang langgar, kena rujuk kumpulan gangster UMNO supaya kita 2x5 dengannya. Haiyaaa... penghafal. |
Al Fatihah : Damailah dirimu di sana. Posted: 21 Dec 2011 11:17 PM PST Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya. Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi. Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi. Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi. Senyumannya, pandangan penuh harapan yang dimilikinya, sukar untuk kita fahami. Sukar untuk beliau luahkan penderitaan yang ditanggung walau sejuta insan menunjukkan rasa kasih kepadanya. Semangat untuk melihat adik Annisa untuk hidup normal, yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, sukar dinafi. Kesungguhan anda mengundang kekaguman di hati kami. Buat ibu dan ayah adik Annisa, redhalah, kerana ajal itu adalah janji Allah swt kepada setiap yang hidup. Kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan anda tidak bernoktah di sini. Jangan gusar dengan mendung di langit kerana yakinlah pasti akan ada pelangi yang bakal menjelma. Ketabahan anda, ketabahan kami. Kekuatan anda, kekuatan kami. Kesedihan anda, kesedihan kami. Penderitaan anda, penderitaan kami. Tabahlah. Kami bersama anda. Al fatihah untuk almarhum adik annisa. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan